Jangan Asyik Salahkan Artis Menteri Sahaja


TANGGAL 18 Mac 2020 menyaksikan kerajaan terpaksa mengambil langkah drastik dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid-19 daripada terus menular dalam negara kita.

Langkah ini dilihat amat penting walaupun membawa beberapa kesan negatif terutama aspek ekonomi dan sosial.

Pada masa itu, Malaysia dilihat seolah-olah sangat tertekan bagi membendung permasalahan tersebut. Pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) menjadi salah satu perkara paling dititikberatkan oleh kerajaan bagi memastikan wabak tidak terus merebak.

Namun, jika diperhatikan sejak bermulanya wabak, rata-rata masyarakat sering menyalahkan pihak tertentu kerana berlakunya penyebaran Covid-19.

Sebagai contoh, kesalahan diletakkan di bahu kerajaan pada awal pandemik bermula kerana masih membenarkan warga China masuk ke Malaysia. Kemudian, warganet juga menghentam habis-habisan jemaah tabligh yang mengadakan perhimpunan beramai-ramai di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur hingga menyebabkan wujud kluster paling besar pada masa itu.

Seterusnya disalahkan kluster Sivagangga dan kluster-kluster lain yang berpunca daripada Pilihan Raya Negeri Sabah.
Perkara pokok yang ingin disampaikan adalah kesalahan berlakunya penyebaran wabak tidak pernah diletakkan pada diri masing-masing. Walhal jika kesemua SOP yang ditetapkan dipatuhi, sudah tentu penyebaran wabak dapat dibendung dengan lebih efisien atau sekurang-kurangnya diperlahankan.

Sebagai contoh, pertama, jika kita perhatikan masih ramai yang tidak mencuci tangan sebelum masuk dan keluar premis dengan pensanitasi tangan atau sabun walaupun memakai pelitup muka dengan baik.

Kedua, semasa pergi ke pasar, masih ramai yang bergesel badan antara satu sama lain kerana berebut membeli sayur atau ikan.

Ketiga, masih ramai ketika di pejabat datang berborak sambil tidak memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal kononnya bukan berada di tempat awam dan tiada pengawasan pihak berkuasa.

Keempat, masih ramai yang memakai dengan betul pelitup muka ketika hendak masuk ke masjid dan mengimbas suhu tetapi membukanya dan memakai di bawah dagu ketika sedang solat kerana menganggap sukar untuk bernafas.

Tambahan pula, selesai solat Jumaat khususnya mereka berebut-rebut keluar melalui pintu masjid kerana sikap tidak sabar sehingga membuatkan mereka terlupa untuk mematuhi penjarakan fizikal dan menggunakan pensanitasi tangan.

Natijahnya, kealpaan dan sikap acuh tidak acuh kebanyakan rakyat menjadi faktor utama penyebaran wabak dalam kalangan komuniti, tempat kerja, aktiviti sosial dan sebagainya.

Tidak hairanlah jika kebanyakan kes positif ini tidak disedari di mana puncanya walhal pematuhan kepada SOP diambil mudah kerana mentaliti sebahagian daripada kita yang menganggap Covid-19 tidak terlalu bahaya pada golongan muda.

Jika ingin dipaparkan masih terdapat 1,001 ketidakpatuhan rakyat pada SOP tetapi mereka masih lagi tidak sedar hingga ke hari ini.

Malahan mereka mencari kesalahan tidak mematuhi SOP orang lain terutamanya golongan menteri, artis, bangsawan dan seumpamanya. Bak kata pepatah, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak kelihatan.

Oleh: RADZI ABDUL RASIH
          UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang
Jangan Asyik Salahkan Artis, Menteri SahajaBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2021/06/jangan-asyik-salahkan-artis-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biar Angka Kes Sahaja Yang Menurun Jangan Semangat Kita Yang Menurun

Biar Angka Kes Sahaja Yang Menurun Jangan Semangat Kita Yang Menurun

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 289 hits
BIAR ANGKA KES SAHAJA YANG MENURUN JANGAN SEMANGAT KITA YANG MENURUN Assalammualaikum wbt Haaa kan bukan main tajuk berjela sampai terlajak masuk rumah jiran sebelah Hehehe Apa khabar semua sahabat sahabat blogger Alhamdulillah diperhatikan...
Jangan Salahkan Diri Kamu Jika Ibu Akhirnya Tidak Bangun Luah Seorang Ibu Sebelum Diintubasi

Jangan Salahkan Diri Kamu Jika Ibu Akhirnya Tidak Bangun Luah Seorang Ibu Sebelum Diintubasi

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 442 hits
Saban hari kes positif COVID 19 di negara kita semakin bertambah dan baru baru ini angka kes harian melebihi 6 000 buah kes sehari Hal ini sangat membimbangkan semua terutama mereka yang bertungkus lumus bekerja di barisan hadapan Pastinya ...
Pemuda Ini Tempelak Asyraf Wajdi Dalam Kabinet Pn Ada 9 Menteri Umno Jangan Berlagak Macam Pembangkang

Pemuda Ini Tempelak Asyraf Wajdi Dalam Kabinet Pn Ada 9 Menteri Umno Jangan Berlagak Macam Pembangkang

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 307 hits
May 23 2021 Pemuda Umno buat lawakPengundi di Malaysia jangan terpedaya dengan lakonan UmnoMenteri Pertahanan UmnoMenteri Wilayah Persekutuan UmnoMenteri Pengajian Tinggi UmnoMenteri Tenaga Sumber Asli UmnoMenteri Kesihatan UmnoMenteri Luar...
Covid 19 Jangan Salahkan Kerajaan Gagal Apabila Kita Sendiri Yang Gagal

Covid 19 Jangan Salahkan Kerajaan Gagal Apabila Kita Sendiri Yang Gagal

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 322 hits
Pembangkang berkata kerajaan Malaysia ialah kerajaan gagal kerana tak mampu mengatasi masalah Covid 19 Di UK pula Perdana Menteri Boris Johnson kata Stay home stay safe save the NHS Ini kerana kalau sistem kesihatan runtuh maka ramai rakyat...
Timbalan Menteri Mosti Kena Ada Rasa Malu Kalau Fitnah

Timbalan Menteri Mosti Kena Ada Rasa Malu Kalau Fitnah

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 311 hits
Saya nak tengok apakah Timbalan Menteri MOSTI dari PAS dan Harakahdaily akan memohon maaf atas tuduhan dusta mereka sebelum ini ke atas SELangkah Teruk kalau puak lebai nie berbohong Pinnochio pun surrender
Jadi Menteri Ja Perangai Pak Lebai Dh Berubah Tak Malu Ke Wali Kot

Jadi Menteri Ja Perangai Pak Lebai Dh Berubah Tak Malu Ke Wali Kot

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 255 hits
HAMDAN TAHAIni bukti bila jadi menteri jer perangai mula berubah dulu kita kata menteri umno lepas tu ph dapat 22 bulan ada yang buat sama perangai macam xvier dan ramai lagi Tapi kita ingat menteri dari pas tak mungkin kot mereka wali Alla...
Menteri Timbalan Menteri Sumbang Tiga Bulan Gaji Bantu Perangi Covid 19

Menteri Timbalan Menteri Sumbang Tiga Bulan Gaji Bantu Perangi Covid 19

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 401 hits
freemalaysiatoday com May 31 2021 9 45 PMPETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan gaji semua menteri dan timbalannya akan dipotong selama tiga bulan bermula Jun Katanya jumlah itu akan dimasukan kedalam Akaun Amanah Bencan...
Menteri Nadiem Targetkan Vaksinasi Covid 19 Tenaga Kependidikan Selesai Agustus 2021

Menteri Nadiem Targetkan Vaksinasi Covid 19 Tenaga Kependidikan Selesai Agustus 2021

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 290 hits
Dengan angka yang baru mencapai 28 persen Nadiem mengaku mengalami keterlambatan dalam proses vaksinasi kepada mereka
Menteri Nadiem Sebut Testing Covid 19 Sebelum Ptm Terkendala Anggaran

Menteri Nadiem Sebut Testing Covid 19 Sebelum Ptm Terkendala Anggaran

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 272 hits
Dana Bantuan Operasional Sekolah memang bisa digunakan sebagai jalan keluar masalah tersebut Namun Nadiem tak berniat mewajibkan kepala sekolah agar menggunakan Dana BOS untuk tes Covid 19
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu F Nyanyian Floor 88

Generasi Perfect 10 Angkat Kisah Tekanan Dan Pencarian Identiti Anak Muda

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Barca Gah Di Puncak Liga

Masak Nasi Tomato Ayam Masak Merah

Tular Konten Kreator Malaysia Bertahan 4 Jam Atas Pokok Elak Serangan Harimau