Jangan Anggap Diri Useless Jika Tak Mampu Susukan Anak Anda Tetap Ibu Terhebat


Hampir semua wanita menyimpan hasrat untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada si kecil sehingga usia enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun. Dalam melengkapkan misi ini, tentunya banyak cabaran yang perlu dihadapi. Setiap cabaran yang dihadapi pasti akan ada cara untuk mengatasi.
Semua wanita bergelar ibu pasti mempunyai impian untuk menyusukan sendiri bayi. ia merupakan hadiah pertama paling berharga dan terbaik buat yang tersayang. Susu ibu dicipta oleh Allah SWT sebagai rezeki yang perlu disalurkan kepada anak melalui ibu.

Kebiasaannya, ramai ibu terutama yang pertama kali melahirkan anak seakan-akan hilang arah dan tiada panduan penyusuan sejurus selepas melahirkan bayi. Ada juga golongan yang bersungguh mahu menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu tetapi keliru apa yang sepatutnya dilakukan dek kurang sokongan dan ilmu penyusuan.
Artikel Menarik: [Berbaloi Dua Jam Sekali Bangun Malam. Penyusuan Waktu Ini Banyak kelebihan Untuk Anak]
Suami Kena Bagi Sokongan Terhebat!
Ramai ibu beranggapan penyusuan merupakan suatu perkara yang mudah dan susu akan dihasilkan dengan banyak sejurus selepas melahirkan. Sedangkan realitinya tidak. Bukan mudah untuk menjayakan penyusuan jika tiada sokongan padu daripada suami dan persekitaran. Penyusuan bukan sahaja tanggungjawab ibu, malah tanggungjawab ayah juga.

Jika bersungguh mahu menjayakan penyusuan susu ibu, ibu bapa seharusnya mula membuat persediaan awal sebelum kelahiran anak. Persediaan awal ini adalah mencari maklumat dan memenuhkan dada dengan ilmu penyusuan sebanyak yang boleh. Perkara utama yang perlu diketahui adalah bagaimana dan bila sebenarnya susu mula terhasil dan sedia ada di dalam payudara.
Ketahui Tentang Kolustrum
Ramai ibu tidak menyedari dan tidak tahu, badan menghasilkan susu sejak dari peringkat awal kehamilan iaitu pada fasa memogenesis (sekitar minggu ketujuh atau kelapan kehamilan).
Seterusnya apabila kandungan masuk ke trimester kedua sekitar 16 – 24 minggu proses penghasilan susu untuk menghasilkan kolostrum (laktogenesis 1) bermula. Ini bermakna sejak dari kandungan lagi payudara telah menghasilkan susu! Hebat sekali ciptaan Allah SWT kerana Dia sediakan susu seawal usia kandungan 24 minggu. Pada waktu ini, ada bayi yang dilahirkan pramatang. Walaupun bersalin awal, ibu tetap mampu menyusukan anak.

Kolostrum merupakan susu pertama yang sangat berharga dan perlu diperoleh oleh bayi sebanyak yang boleh kerana di dalamnya terkandung banyak manfaat di antaranya zat antibodi (imunoglobulin). Selain itu, terdapat faktor-faktor pertumbuhan yang berfungsi untuk menyempurnakan pertumbuhan dan perkembangan manusia dari bayi hingga dewasa.
Artikel Menarik: [‘We Time’ Iu Yang Bf Anak Ni Bila Dapat Pam Susu Ramai-Ramai Dengan Kawan]
Saya Memang Jenis Yang Tak Ada Susu!
Jawapannya tidak benar! Setiap ibu yang melahirkan anak sudah mempunyai susu. Penghasilan kolostrum sudah bermula sejak minggu ke-16 kehamilan. Cuma paras hormon yang berbeza membuatkan ada ibu yang mula keluar susu sejak sebelum melahirkan. Ada ibu lain hanya keluar susu pada hari kedua atau ketiga bayi dilahirkan.

Bagi meningkatkan paras hormon prolaktin, rangsangan daripada hisapan bayi sangat diperlukan terutama pada jam-jam pertama kelahiran. Oleh itu, anda perlu:
Mendapatkan bayi secepat mungkin untuk disusui supaya proses pengeluaran susu lebih cepat berlaku. Bersedia dan susukan bayi dengan yakin tanpa ragu-ragu. Bila puting payudara dipicit ia seakan tiada susu, kerana fizikal kolostrum yang pekat dan sangat sedikit sesuai dengan keperluan dan saiz perut bayi yang sangat kecil. Warna kolostrum jernih pada awalnya dan kekuningan menyebabkan ia tidak kelihatan. Hanya rangsangan kerap pada payudara dapat membantu kolostrum diterima oleh bayi. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah susukan anak sekerapnya termasuk sebelah malam. Artikel Menarik: [Rahsia Susu Membuak-Buak, Ibu Kena Disiplin & Rajin ‘Supply’ Lewat Malam Pada Anak]
Lebih kerap payudara mendapat rangsangan, lebih cepat kolostrum keluar dan lebih banyak kolostrum diterima oleh bayi. Jadi, lebih banyak susu bakal terhasil. Jangan risau kerana bayi mampu bertahan selama enam jam walaupun tanpa makanan kerana bekalan makanan yang diterima dari plasenta mampu menampung keperluan jam-jam pertama kehidupannya. Bayi menangis bukan semata-mata kerana kelaparan. Banyak faktor penyebab yang lain. Susukan anak kerana hanya penyusuan dapat menenangkannya. Jangan Salah Cara Lekapan

Pelekapan betul membantu melancarkan aliran susu ibu serta penghasilannya. Hal ini perlu diberi penekanan dalam penyusuan di peringkat awal kelahiran. Teknik pelekapan yang betul mustahak untuk memastikan anak mendapat bekalan susu yang cukup untuk keperluan tumbesarannya dan mengelakkan payudara mudah melecet atau luka.
Adalah sesuatu yang normal jika anda mengalami puting melecet atau merekah pada minggu-minggu pertama kelahiran. Ia akan beransur pulih secara perlahan-lahan. Apabila puting mula melecet atau merekah, emosi anda tentunya mudah terganggu dan menyebabkan penyusuan menjadi tidak lancar. Sebaiknya belajar teknik pelekapan dan posisi terbaik sejak dari awal agar penyusuan dapat berjalan lancar dan menyeronokkan.

Pelekapan yang betul bukan hanya membantu anak mendapat susu yang cukup, ia juga memastikan anda menghasilkan bekalan susu mencukupi. Bagi mengelak masalah puting merekah, sebaiknya anda menyapu susu ibu setiap kali selesai sesi penyusuan. Susu ibu mengandungi vitamin dan ciri-ciri anti mikrob yang membantu memulihkan rekahan dan mengelakkannya berulang. Bantuan dan sokongan moral daripada suami dan keluarga amat diperlukan pada saat menyakitkan ini.
Artikel Menarik: [“Cukup Ke Susu Baby Minum?” Sebenarnya Kalau Dia Naik Berat 400g-1kg Setiap Bulan Mama Tak Perlu Risau]
Pelekapan yang terbaik adalah apabila mulut bayi terbuka luas, dagu bersentuh dengan payudara, hidung tidak tertutup oleh payudara, bibir atas dan bawah melekap keluar. Bayi melekap di kawasan areola bukan bergantung pada puting semata-mata. Bagi memastikan penyusuan berjaya, anda perlu merapatkan bayi secara mengiring dan rapat pada tubuh. Pastikan perut anda dan bayi bertemu. Lengan anda mengampu belakang dan punggung bayi dalam keadaan yang selesa.
 
The post Jangan Anggap Diri Useless Jika Tak Mampu Susukan Anak. Anda Tetap Ibu Terhebat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-anggap-diri-useless-jika-tak-mampu-susukan-anak-anda-tetap-ibu-terhebat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peringatan Kepada Ibu Bapa Selepas Merokok Jangan Cium Dan Peluk Anak Ini Sebabnya

Peringatan Kepada Ibu Bapa Selepas Merokok Jangan Cium Dan Peluk Anak Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 601 hits
Anda bila lagi nak berhenti jangan sampai macam saya menyesal nanti pesan lelaki yang kini berusia 35 tahun kepada orang ramai setelah anaknya yang berusia 1 tahun 10 hari meninggal dunia akibat terlalu terdedah kepada asap rokok Katanya an...
Jangan Anggap Seri Ibu Mengandung Bengkak Kaki Teruk Mungkin Tanda Praeklampsia

Jangan Anggap Seri Ibu Mengandung Bengkak Kaki Teruk Mungkin Tanda Praeklampsia

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 535 hits
Sesetengah wanita mengalami masalah praeklampsia ketika mereka mengandung Praeklampsia ialah gangguan sistemik hipertensi kepada ibu yang mengandung pada fasa trimester kedua yang melibatkan tekanan darah tinggi beserta rembesan protein dal...
Diduga Bunuh Diri Dalam Kamar Ibu Ini Tinggalkan Pesan Untuk Anak

Diduga Bunuh Diri Dalam Kamar Ibu Ini Tinggalkan Pesan Untuk Anak

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 349 hits
MAAFIN MAMA YA BHI MAMA GAK BISA DAMPINGI OBHI MAMA SAYANG OBHI JD ANAK YG PINTAR YA SAYANG JGN NYUSAHIN ORANG MAMA YAKIN ADEK BISA demikian kalimat tertulis pada surat yang dititipkan CA untuk anaknya
Jangan Beri Ubat Dekat Anak Guna Sudu Ini Alasan Setiap Ibu Bapa Perlu Tahu

Jangan Beri Ubat Dekat Anak Guna Sudu Ini Alasan Setiap Ibu Bapa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 290 hits
Pengambilan ubat secara berlebihan akan memberikan kesan kepada tindak balas tubuh badan manusia Ubat biasanya digunakan untuk menyembuhkan penyakit ataupun mengurangkan rasa sakit yang ditanggung oleh seseorang Namun penggunaan ubat tidak ...
26 Tahun Berkahwin Ibu Berusia 44 Tahun Ini Bakal Lahirkan Anak Ke 22 Tahun Depan Meriahnya

26 Tahun Berkahwin Ibu Berusia 44 Tahun Ini Bakal Lahirkan Anak Ke 22 Tahun Depan Meriahnya

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 428 hits
Mesti meriah jika setiap pasangan yang berkahwin mempunyai zuriat yang ramai Pasti tak sunyi dengan keletah setiap anak yang ada Suami isteri warga Britain antara pasangan yang bertuah dan dimurahkan dengan rezeki anak yang ramai Sue Radfor...
Kisah Reza Anak Sopir Lulus Itb Ipk 3 98 Pernah Dihina Karena Ibu Tak Kerja Hingga Jajan Rp 5 000 Per Hari

Kisah Reza Anak Sopir Lulus Itb Ipk 3 98 Pernah Dihina Karena Ibu Tak Kerja Hingga Jajan Rp 5 000 Per Hari

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 284 hits
Jantung Muhammad Reza Nurrahman berdetak cukup kencang saat namanya dipanggil Dengan langkah meyakinkan ia berjalan menuju mimbar untuk menyampaikan pidato perwakilan wisudawan prodi sarjana pada Sidang Terbuka Wisuda Pertama ITB Tahun Akad...
Mb Fair Jakarta 2 Selain Diskon 70 Ada Sirkus Di Pameran Produk Ibu Anak Ini Unik Banget

Mb Fair Jakarta 2 Selain Diskon 70 Ada Sirkus Di Pameran Produk Ibu Anak Ini Unik Banget

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 194 hits
Ada juga talkshow edukatif bersama psikolog pakar kesehatan dan pakar pendidikan yang sayang jika dilewatkan
Viral Ibu 80 Tahun Dibuang Anaknya Di Minimarket Sang Anak Saya Tak Mau Urus

Viral Ibu 80 Tahun Dibuang Anaknya Di Minimarket Sang Anak Saya Tak Mau Urus

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 310 hits
Nenek berusia 80 tahun diduga dibuang putrinya sendiri dengan dalih hendak mencuci mobil Dikutip dari World of Buzz insiden tersebut diduga terjadi pada Minggu Korban dibuang di sebuah toko kelontong di Taman Sungai Kob Kedah Malaysia Sang ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya