Jangan Adakan Kenduri Selepas Pengkebumian


Pemimpin-pemimpin masyarakat dan ketua-ketua kampung serta mukim digesa agar sentiasa mengingatkan penduduk di kawasan masing-masing agar tidak mengadakan sebarang majlis selepas pengkebumian termasuk kenduri, tahlil dan seumpamanya.


Kota Kinabalu: Pemimpin-pemimpin masyarakat dan ketua-ketua kampung serta mukim digesa agar sentiasa mengingatkan penduduk di kawasan masing-masing agar tidak mengadakan sebarang majlis selepas pengkebumian termasuk kenduri, tahlil dan seumpamanya.

“Ini penting untuk mengelak penularan jangkitan yang berpotensi mencetuskan kluster baharu yang terus bertambah ketika ini, khususnya berkaitan penganjuran majlis sosial,” kata Jurucakap rasmi Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun (gambar), dalam kenyataan di sini, pada Rabu.

Beliau berkata mereka yang melanggar prosedur operasi standard dengan menganjurkan majlis-majlis sosial boleh diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Walaupun Sabah menyaksikan penurunan bilangan kes positif pada Rabu dengan jumlah 949, Negeri ini terus mendaftarkan kluster baharu, dengan yang terbaharu di Kota Belud (kluster Tampasuk) membabitkan jangkitan dalam komuniti, dipercayai berpunca dari satu majlis berkaitan pengkebumian.

Kes indeks membabitkan seorang kakitangan bank berumur 32 tahun yang diuji positif Covid-19 pada 26 Julai selepas menunjukkan simptom-simptom demam, sakit badan dan sakit kerongkong.

Seramai 159 kontak rapat telah disaring di mana 29 didapati positif Covid-19.

Sementara itu, seramai 413 pesakit Covid-19 dibenarkan keluar dari hospital, sementara 994 masih dirawat di hospital, 3,458 berada di pusat-pusat kuarantin berisiko rendah, 48 dikuarantin di pusat tahanan sementara/penjara dan lapan di kemudahan swasta.

Seramai 117 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 45 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kapasiti keseluruhan katil-katil di hospital, pusat kuarantin dan pusat tahanan sementara ialah 6,645 unit dengan kadar penggunaan 67.72 peratus.

Setakat 4 Julai, pecahan komposisi kes positif ialah 917 penduduk tempatan, lima membabitkan jangkitan import (masing-masing satu dari Selangor, Sarawak dan Pahang serta dua dari Kelantan) dan 27 membabitkan tahanan.

Pecahan komposisi bagi kewarganegaraan ialah 805 rakyat Malaysia dan 144 membabitkan bukan warganegara. Dari 949 kes baharu pada Rabu, seramai 84 orang telah lengkap menerima vaksin, 102 telah menerima dos pertama, 523 belum divaksin dan 240 tidak layak menerima vaksin.

Dari 949 kes pada Rabu, mereka yang berumur antara 18 hingga 59 tahun direkodkan paling ramai dengan 635 kes, disusuli mereka yang berumur 6 – 17 tahun (175 kes), 60 tahun ke atas (74 kes), 1 – 5 tahun (57 kes) dan mereka yang berumur di bawah setahun merekodkan lapan kes.

Sementara itu, empat lokaliti di tiga daerah telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) selama 14 hari bermula esok (6 Ogos), iaitu Perumahan Ladang Mostyn dan Kg Kasnuri (Kunak), Kg Kuala Mengalong (Sipitang) dan Kg Tanjung Aru Lama serta Universiti Apartment I, kedua-duanya di Kota Kinabalu.

Tiga lokaliti akan menamatkan PKPDnya seperti jadual hari ini iaitu Kondominium 1Borneo (Kota Kinabalu) serta Taman Merpati dan Kg Istimewa Batu Sapi di Sandakan

Sementara itu, vaksinasi bagi Fasa 2 Dos 1 (PICK), sebanyak 39,120 dos diberikan menjadikan jumlah keseluruhan penerima kepada 900,391 orang, sementara Fasa 2 Dos 2 mendaftarkan 7,720 suntikan baharu harian dibuat menjadikan jumlah kumulatif seramai 357,063 orang.

Seramai 12,182 orang mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif kepada 1,221,465 atau 44.3 peratus.

Sementara itu, 33 kompaun dikeluarkan pada Rabu di seluruh Sabah dengan kegagalan memakai pelitup muka mencatat kes paling banyak dengan 11, disusuli dengan kenderaan lebih penumpang (10 kes).

Sabah merekodkan enam kematian berkaitan Covid-19, iaitu dua di sini dan dua di Tawau, serta masing-masing satu di Papar dan Sipitang.

Kadar pematuhan SOP keseluruhan ialah 95.8 peratus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/jangan-adakan-kenduri-selepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Zambry Letak Jawatan Jangan Pula Jual Lapangan Terbang

Selepas Zambry Letak Jawatan Jangan Pula Jual Lapangan Terbang

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 181 hits
August 10 2021 Jangan pula apabila Datuk Seri Zambry Abdul Kadir melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad ada menteri membenarkan Lapangan Terbang Subang dijual kepada tauke hartanah Sindiran itu dibuat oleh ve...
Siti Sarah Meninggal Dunia Selepas Bertarung Nyawa Akibat Jangkitan Covid 19 Sejak Rabu

Siti Sarah Meninggal Dunia Selepas Bertarung Nyawa Akibat Jangkitan Covid 19 Sejak Rabu

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 432 hits
KUALA LUMPUR Penyanyi terkenal Siti Sarah Raisuddin 36 yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID 19 meninggal dunia sebentar tadi Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5 13 pagi...
Seolah Bertukar Nyawa Baby Tak Dapat Diselamatkan Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bagai Mati Hidup Semula Selepas Ditidurkan

Seolah Bertukar Nyawa Baby Tak Dapat Diselamatkan Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bagai Mati Hidup Semula Selepas Ditidurkan

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 346 hits
Hilang kata kata apabila anak yang dikandung selama 22 minggu pergi buat selamanya tanpa sempat ditatap diusap oleh si ibu Bukan tak reda cuma hati seorang ibu pastinya ingin menatap wajah si kecil ini Begitulah pengalaman pahit yang terpak...
Hiburan Lagu Arwah Sarah Akan Terasa Lain Selepas Ini Kesetiaan Tular Kembali Di Media Sosial

Hiburan Lagu Arwah Sarah Akan Terasa Lain Selepas Ini Kesetiaan Tular Kembali Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 309 hits
Pemergian penyanyi Allahyarhman Siti Sarah bukan sahaja ditangisi oleh keluarga dan rakan rapatnya sahaja malah seluruh rakyat Malaysia turut terkesan dengan berita duka itu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMeninjau di media sosial khususnya ...
Selepas Pandemik Nak Beli Kereta Apa

Selepas Pandemik Nak Beli Kereta Apa

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 240 hits
Ramai orang tanya nak beli kereta apa yang sesuai sekarang Ya pandemik ni memang bencana yang mengajar kita tentang banyak perkara Yang kaya boleh jatuh miskin yang miskin semakin susah Nak tak nak kita tak boleh lagi harap pada satu sumber...
Covid 19 Brunei Lapor 7 Kes Selepas 457 Hari Perkenal Penjarakan Sosial Ketat

Covid 19 Brunei Lapor 7 Kes Selepas 457 Hari Perkenal Penjarakan Sosial Ketat

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 222 hits
Seorang lelaki memakai pelitup muka berkunjung ke Pasar Malam Gadong di Bandar Seri Begawan Brunei Foto AGENSIBANDAR SERI BEGAWAN Brunei melaksanakan peraturan penjarakan sosial ketat selepas negara itu melaporkan lapan kes baharu COVID 19 ...
Mkt Umno Tidak Lagi Sah Selepas 30 Jun 2021 Peguam

Mkt Umno Tidak Lagi Sah Selepas 30 Jun 2021 Peguam

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 164 hits
MKT UMNO mengumumkan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan bermula pada 7 Julai lalu Gambar hiasanKUALA LUMPUR Peguam Aktivis dan Politik Rizal Abdullah mendakwa jawatan Majlis Kerja Tertinggi UMNO tidak lagi sah selepas 30 Jun 2021 k...
Hiburan Netizen Cuba Bongkar Lokasi Sajat Selepas Kongsi Video Divaksin

Hiburan Netizen Cuba Bongkar Lokasi Sajat Selepas Kongsi Video Divaksin

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 235 hits
Sehingga kini pihak berkuasa masih gagal mengesan usahawan kosmetik Sajat yang menghilangkan diri selama berbulan bulan Ada yang mengatakan Muhammad Sajjad ini telah melarikan diri keluar dari Malaysia ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementBagaima...
Lelaki Maut Dipercayai Ditetak Jiran Gara Gara Tuntut Penjelasan Selepas Anaknya Ditampar

Lelaki Maut Dipercayai Ditetak Jiran Gara Gara Tuntut Penjelasan Selepas Anaknya Ditampar

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 371 hits
Gara gara ingin menuntut penjelasan selepas anaknya ditampar jiran seorang lelaki mati ditetak dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Sitiawan Bruas kira kira 40 kilometer dari Lumut semalam Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi be...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst