Jana Wibawa Lebih 1 000 Kontraktor Bumiputera Rugi Besar



PROGRAM Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa atau lebih dikenali sebagai Jana Wibawa adalah satu skim yang diperkenalkan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin.
Ia diwujudkan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek serta merangsang ekonomi negara ketika dan selepas pandemik Covid-19.
Skim itu juga bertujuan untuk meningkatkan kapasiti kontraktor Melayu-Bumiputera dalam industri pembinaan untuk menjadi lebih berdaya saing dan berdaya tahan.
Pada 21 Februari, 2023, media melaporkan Presiden PKMM Mohamed Fadzill mendakwa projek tersebut diberi kepada syarikat yang mesra pada parti tertentu meskipun tiada pengalaman mahupun kepakaran untuk kerja tersebut.
Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) mendakwa projek Jana Wibawa diberi melalui rundingan terus dan tender terpilih yang merupakan ‘rahsia terbuka’ diketahui kontraktor Melayu-Bumiputera.
Jadi.. setelah Kerajaan bertukar, Kementerian Kewangan baru-baru ini mengarahkan projek Jana Wibawa ditangguh pelaksanaannya bagi meneliti semula sama ada tatacara perolehannya mengikut peraturan ditetapkan perbendaharaan.
Penangguhan projek bernilai RM5.7 bilion itu kerana disyaki ada unsur kaedah perolehan dibuat secara tender terpilih atau runding terus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi penggulungan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, baru-baru ini memberi jaminan projek Jana Wibawa akan diteruskan khusus untuk membantu Bumiputera.
"Jana Wibawa akan diteruskan dan tidak dibatalkan seperti dakwaan sesetengah pihak. Saya runding semula kerana banyak pelanggaran peraturan kewangan sebelum ini, malah ada syarikat Cina 'dibumiputerakan'," kata Perdana Menteri.
Lantaran dari penangguhan itu lebih dari 1,000 kontraktor Bumiputera menanggung kerugian besar apabila pelbagai projek diluluskan menerusi Program Jana Wibawa sebelum ini dibatalkan untuk ditender semula.
Oleh itu Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz, berharap kerajaan mempertimbang semula keputusan berkenaan kerana menurutnya masalah yang berlaku adalah antara kerajaan sekarang dan kerajaan terdahulu.
KOTA BHARU: Lebih 1,000 kontraktor Bumiputera terpaksa berputih mata dan menanggung kerugian besar apabila pelbagai projek diluluskan menerusi Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) sebelum ini dibatalkan untuk ditender semula.
Difahamkan, sekurang-kurangnya 100 projek yang kebanyakan membabitkan tender terhad menerusi Program Jana Wibawa bernilai bilion ringgit akan dibuka untuk tender semula, biarpun kontraktor sebelum ini sudah membuat pelaburan besar, termasuk melantik jururunding bertauliah untuk menyelia projek itu.
Kebanyakan projek itu membabitkan pembinaan jalan di luar bandar dan projek tebatan banjir. Kontraktor terbabit juga mendakwa mengalami kerugian besar kerana sudah melantik arkitek, jurutera, juruukur bahan dan juruukur tanah untuk menyiapkan dokumen tender projek itu, dengan bayaran yang sudah dilunaskan sepenuhnya.
Mendedahkan perkara itu, Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz, berkata kontraktor Bumiputera terbabit kini tersepit dalam situasi genting apabila tender projek berkenaan dibatalkan.
"Kebanyakan projek ini di bawah Program Jana Wibawa dan masalah yang berlaku adalah antara kerajaan sekarang dan kerajaan terdahulu. Ia tidak sepatutnya membebankan kumpulan kontraktor. Kita difahamkan projek akan diteruskan, namun kaedah tender akan dibuat kita tidak tahu, manakala tender asal sudah dibatalkan," katanya.
Katanya, sebahagian besar kontraktor juga tidak dimaklumkan mengenai perkembangan itu dan terpaksa menanggung kerugian besar kerana sudah mengeluarkan modal yang tinggi.
"Ini situasi paling ditakuti kontraktor yang mana setiap mereka sudah membelanjakan ratusan ribu ringgit, namun akhirnya projek entah ke mana.
"Duit habis, projek tidak dapat. Hampir keseluruhan kontraktor terbabit adalah mereka dalam Gred 7 atau kelas A dan sebahagian lagi adalah Gred 6 atau kelas B.
"Pembatalan tender sebelum ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia projek tender terhad, bukannya projek runding terus.
"Setiap kontraktor menyertai tender itu sudah mengeluarkan modal untuk kerja awalan (Reka dan Bina) dan kontraktor berkenaan juga sudah dinilai Kementerian Kewangan dan disahkan layak untuk menyertai tender berkenaan," katanya.
MINTA PERTIMBANG SEMULA
Mohd Rosdi berkata, untuk menyertai tender terhad membabitkan projek jalan baharu, kontraktor terpaksa mengeluarkan modal puluhan ribu hingga ratusan ribu ringgit bagi melantik arkitek, jurutera, juruukur bahan, juruukur tanah, menyiapkan dokumen tender projek dan reka bina struktur pelan.
"Bayangkan mereka sudah berhabis duit yang banyak, tiba-tiba projek dibatalkan hanya disebabkan masalah antara kerajaan terdahulu dengan kerajaan sekarang," katanya.
Justeru, Mohd Rosdi berharap kerajaan mempertimbang semula keputusan berkenaan kerana ia membabitkan kerugian besar bagi kontraktor.
"Disebabkan pembatalan tender itu, kontraktor bukan sahaja menanggung kerugian sebaliknya buntu memikirkan modal baharu untuk menyertai tender lain.
"Apa yang berlaku ini bukan dalam kalangan ahli persatuan kontraktor sahaja, sebaliknya mereka yang bukan ahli juga mengalami nasib sama.
"Ini yang kita perjuangkan kerana sebelum ini sudah ramai kontraktor sudah gulung tikar kerana tidak mampu menampung kenaikan kos bahan binaan, namun kali ini berdepan penamatan tender pula," katanya.
Tender terhad ialah tender yang dikeluarkan oleh pelanggan kepada kontraktor yang berada dalam kelas kelayakan yang dinyatakan dalam kenyataan tawaran (notis tender). Proses pemilihan tender terhad lebih cepat kerana jumlah kontraktor yang menyertai tawaran adalah terhad kepada kelas tertentu - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/04/jana-wibawa-lebih-1000-kontraktor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kalah Kes Saman Amelia Henderson Kena Bayar Ganti Rugi Lebih Rm200 000 Kepada A Aida

Hiburan Kalah Kes Saman Amelia Henderson Kena Bayar Ganti Rugi Lebih Rm200 000 Kepada A Aida

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 615 hits
Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur memerintahkan pelakon dan pengacara Amelia Henderson untuk membayar RM213 000 kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan A Aida Production Sdn Bhd Jumlah tersebut merangkumi kos deposit ganti rugi am fit...
Duda Rugi Rm180 000 Akibat Terpedaya Oleh Kenalan Wanita Melalui Facebook

Duda Rugi Rm180 000 Akibat Terpedaya Oleh Kenalan Wanita Melalui Facebook

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 157 hits
KUANTAN Seorang jurukimpal di sini kerugian RM183 600 akibat terpedaya sindiket Love Scam selepas berkenalan dengan seorang wanita tempatan melalui Facebook Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata disebabkan sayang dan me...
Apakah Lim Guan Eng Lebih Besar Dari Pdrm

Apakah Lim Guan Eng Lebih Besar Dari Pdrm

papar berkaitan - pada 26/3/2023 - jumlah : 218 hits
Dap boleh jadi big brother atau kepala besar dalam PH atau dalam kerajaan campuran tetapi tidak perlu mendahului siasatan SPRM atau mahkamah Siapa benar akan ambil masa atas siasatan dan proses seterusnya Kenapa cepat panik dengan hanya sat...
Aktivis Cadang Bina Ppr 1 000 Kaki Persegi Untuk Keluarga Besar

Aktivis Cadang Bina Ppr 1 000 Kaki Persegi Untuk Keluarga Besar

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 246 hits
Kajian Institut Penyelidikan Khazanah mendapati unit PPR seluas 700 kaki persegi tidak lagi boleh diguna pakai bagi saiz isi rumah berbeza PETALING JAYA Seorang aktivis menggesa unit Projek Perumahan Rakyat diluaskan kepada 1 000 kaki perse...
Permohonan Guru Secara Besar Besaran Kerajaan Umum 19 000 Kekosongan Spp Gred Dg41

Permohonan Guru Secara Besar Besaran Kerajaan Umum 19 000 Kekosongan Spp Gred Dg41

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 235 hits
Permohonan Guru Secara Besar Besaran Kerajaan Umum 19 000 Kekosongan SPP Gred DG41 Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan baru baru ini membuka peluang bagi warga Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran jawatan yang ditawarkan Sebelum mem...
Jana Wibawa Bersatu Leader S Cases To Be Tried In Kl Sessions Court

Jana Wibawa Bersatu Leader S Cases To Be Tried In Kl Sessions Court

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 152 hits
All five graft charges involving the Jana Wibawa project made against businessperson Adam Radlan Adam Muhammad will be tried together in the Kuala Lumpur Sessions Court Deputy public prosecutor Maziah Mohaidi informed Sessions Court Judge A...
Jana Wibawa Projek Rm7 2 Bilion Di Kkdw Dibatalkan Kata Zahid

Jana Wibawa Projek Rm7 2 Bilion Di Kkdw Dibatalkan Kata Zahid

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 327 hits
SEBANYAK RM7 2 bilion nilai projek yang diserahkan kepada kontraktor Program Jana Wibawa membabitkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dibatalkan kata Menterinya Ahmad Zahid Hamidi Beliau yang juga timbalan perdana menteri berkata keput...
Cpc Adsense Usd0 14 Blog Jana Lebih Usd22 Sehari

Cpc Adsense Usd0 14 Blog Jana Lebih Usd22 Sehari

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 207 hits
CPC Adsense USD0 14 Blog Jana Lebih USD22 Sehari Alhamdulillah rezeki di bulan ramadan Pada hari ke 2 berpuasa saya dapat income yang agak memberangsangkan Terus naik semangat untuk tambah entri setiap hari Sememangnya kalau nak berhasil da...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life