Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh Di Naik Taraf Empat Lorong Buka Pada 31 Ogos Depan




TEMERLOH: Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah di sini yang dinaik taraf daripada dua kepada empat lorong bakal dibuka kepada pengguna secara rasminya pada 31 Ogos depan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, setakat ini kerja-kerja naik taraf jambatan tersebut telah mencapai tahap 86 peratus.
Menurutnya, jambatan itu dijangka mampu menampung hingga kira-kira 10,000 kenderaan sehari.
"Berita baiknya difahamkan ia siap dengan sempurna dan ada penjimatan masa. Tahniah kepada kontraktor yang dilantik.
"Projek ini diluluskan bawah peruntukan pembangunan Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Kesebelas (RP3, RMKe-11) Tahun 2020.
"Kaedah perolehan projek ini adalah secara tender terbuka, pembinaan projek dimulakan pada 10 September 2020 dengan kos kontrak semasa berjumlah RM102 juta," katanya.
Beliau berkata demikian selepas turun padang bagi meneliti kerja-kerja penyambungan segmental box girder (SBG) jambatan itu di sini pada Jumaat.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar dan Pembangunan), Datuk Zahrul Hakim Abdullah dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, Datuk Hafizah Zakaria.

Ujar beliau, antara skop kerja utama projek adalah membina jambatan baharu bersebelahan jambatan sedia ada berukuran 655 meter (m) panjang dan 11.5m lebar, menaik taraf jalan tuju sepanjang 1.5km, menaik taraf dan membina sistem saliran, pemasangan lampu dan perabot jalan, pengambilan tanah dan pengalihan utitili.
Jelasnya, antara keistimewaan projek itu adalah 'decking system' daripada SBG sepanjang 200m yang digunakan pada rentang utama jambatan (span 4) tersebut merupakan antara yang terpanjang di Malaysia.
"Tahniah pada JKR kerana kebolehan dan kemampuan keseluruhan proses reka bentuk dilaksanakan sepenuhnya oleh tenaga kepakaran tempatan daripada JKR sendiri," tambah beliau.
Projek naik taraf jambatan daripada dua lorong kepada empat lorong adalah sebahagian daripada solusi untuk menyelesaikan isu 'bottle neck' serta kesesakan trafik di jambatan sedia ada terutamanya pada waktu puncak dan musim perayaan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/05/jambatan-sultan-haji-ahmad-shah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadikan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Institusi Pengajian Islam Terbaik

Jadikan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Institusi Pengajian Islam Terbaik

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 254 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah mahu semua pihak berusaha menjadikan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah sebagai institusi pengajian Islam terbaik Baginda bertitah pihak yang terlibat seper...
401 Projek Naik Taraf Fasiliti Kesihatan Daif Dijangka Siap Tahun Ini

401 Projek Naik Taraf Fasiliti Kesihatan Daif Dijangka Siap Tahun Ini

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 268 hits
Projek menaik taraf fasiliti kesihatan yang sedang berjalan akan disiapkan sebelum hujung tahun ini bagi memberikan kemudahan kesihatan lebih baik buat penduduk kata Dzulkefly Ahmad KOTA KINABALU Sebanyak 401 projek melibatkan naik taraf kl...
Penantian Panjang Shohib Selama 26 Tahun Enggak Nyangka Nelayan Miskin Bisa Naik Haji

Penantian Panjang Shohib Selama 26 Tahun Enggak Nyangka Nelayan Miskin Bisa Naik Haji

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 173 hits
Shohib mengungkapkan rasa syukurnya bisa ke Baitullah karena hidupnya sebagai nelayan serba pas pasa
Kelantan Pemuda Disyaki Terjun Dari Jambatan Sultan Yahya Petra

Kelantan Pemuda Disyaki Terjun Dari Jambatan Sultan Yahya Petra

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 193 hits
Malaysiakini nbsp Satu lagi kes melibatkan jambatan di Kelantan berlaku kali ini membabitkan seorang lelaki berusia 28 tahun yang disyaki terjun ke dalam sungai di Jambatan Sultan Yahya Petra Kota Bharu Ketua Polis Derah Kota Bharu ACP Mohd...
Kisah Perjuangan Holipah Penjual Bunga Tabur 12 Tahun Menabung Akhirnya Bisa Naik Haji

Kisah Perjuangan Holipah Penjual Bunga Tabur 12 Tahun Menabung Akhirnya Bisa Naik Haji

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 130 hits
Holipah menyisihkan uang dari berjualan mulai dari Rp10 000 sampai Rp20 000 untuk tabungan pergi haji
Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Ke Empat Timang Bayi Lelaki

Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Ke Empat Timang Bayi Lelaki

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 238 hits
Mia Ahmad selamat bersalin anak ke empat timang bayi lelaki Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan anak keempat mereka yang merupakan bayi lelaki pada petang Isnin lalu Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi merupakan isteri kepada pen...
Sisihkan Rp10 Ribu Selama 24 Tahun Dari Memijat Mbah Supiyah Akhirnya Naik Haji

Sisihkan Rp10 Ribu Selama 24 Tahun Dari Memijat Mbah Supiyah Akhirnya Naik Haji

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 190 hits
Mbah Supyah pun bercerita jika ia menjalani profesi sebagai tukang pijat keliling ini sejak usia 17 tahun
Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Umno Join Bersatu Mp Says More Appropriate That Mca Joins Dap

Election Victory Parades Kick Off Across Singapore

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat

Siri 1 2025

Medx Back Machine A Game Changer For Strengthening Weak Low Back Muscles


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pokok Dan Cabang Agama Telaah Kritis Terhadap Pembagian Ushul Furu

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Bab 5 Mei 2025

Kru Ciptaan Sempurna Chord

Man Kinabalu Sibidat Kumut Kumut Chord