Jambatan Ikonik Tarikan Baharu Di Tasik Kenyir


HARAKAH DAILYFoto daripada TRDI News. HULU TERENGGANU: Terengganu bakal mempunyai satu lagi daya tarikan pelancongan terbaharu apabila jambatan ikonik di Pulau Poh, Tasik Kenyir di sini siap sepenuhnya pada Mei depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata jambatan itu adalah sebahagian daripada komponen projek pembangunan pusat bebas cukai di tasik tersebut.

Beliau berkata, jambatan ikonik yang bermotifkan kepala bangau itu, dibina berkonsepkan kabel tetap dengan empat lorong sepanjang 133 meter yang menelan kos pembinaan sebanyak RM107 juta.

“Struktur binaan dan reka bentuk jambatan yang gah ini akan menjadi satu lagi mercu tanda yang bakal melonjakkan industri pelancongan di Terengganu.
“Projek pembangunan pusat bebas cukai Tasik Kenyir di Pulau Poh yang kini hampir 100 peratus siap itu antaranya melibatkan pembinaan terminal utama jeti penumpang, jeti kargo, pembinaan kawasan rehat dan rawat, tempat letak kenderaan, pembinaan sistem perparitan, keperluan pengurusan pengawalan alam sekitar, kemudahan sistem rawatan kumbahan dan hotel 150 bilik bertaraf tiga bintang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) Sektor Pelancongan kepada wakil pemandu bot dan pengusaha rumah bot serta malim gunung di Tasik Kenyir di sini, hari ini.
Pada majlis itu seramai 230 pemandu dan pengusaha rumah bot serta 33 malim gunung menerima bantuan secara sekali beri berjumlah RM300 setiap seorang, melibatkan kos keseluruhan RM78,900.
Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Limbat berkata bantuan itu akan diagihkan kepada penerima secara berperingkat dengan disalurkan terus ke dalam akaun penerima yang telah dikenal pasti.
BERKAT Sektor Pelancongan adalah insentif khas yang diumumkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi meringankan beban penggiat industri pelancongan yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19.
Ia melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM150,200 membabitkan pemandu teksi Lapangan Terbang Sultan Mahmud, pemandu pelancong bandar dan alam semula jadi, pengayuh beca, pengusaha bot penambang, pemandu bot laju Tasik Kenyir serta malim gunung. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/jambatan-ikonik-tarikan-baharu-di-tasik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Positif Hadapi Musim Baharu Walaupun Pra Musim Singkat

Selangor Positif Hadapi Musim Baharu Walaupun Pra Musim Singkat

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 240 hits
Liga Malaysia kini telah mendapat lampu hijau dari kerajaan Malaysia untuk dilangsungkan dengan kaedah gelembung sukan Walaupun ianya nampak baik di atas kertas akan tetapi ianya sedikit menyukarkan kesemua pasukan bertanding kerana pra mus...
Menerusi Media Sosial Ebit Berkongsi Suasana Sambutan Sederhana Tahun Baharu Cina Bersama Ahli Keluarganya

Menerusi Media Sosial Ebit Berkongsi Suasana Sambutan Sederhana Tahun Baharu Cina Bersama Ahli Keluarganya

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 330 hits
Menerusi media sosial Ebit berkongsi suasana sambutan sederhana Tahun Baharu Cina bersama ahli keluarganya Foto Instagram Berbeza latar bahasa budaya agama atau kepercayaan tidak seharusnya menjadi tembok yang memisahkan hubungan sesama man...
Koh Kim Keok Bersama Ebit Liew Menaiki Kereta Baharu Sumbangan Penceramah Itu Di Kota Bharu Semalam

Koh Kim Keok Bersama Ebit Liew Menaiki Kereta Baharu Sumbangan Penceramah Itu Di Kota Bharu Semalam

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 279 hits
KOH Kim Keok bersama Ebit Liew menaiki kereta baharu sumbangan penceramah itu di Kota Bharu semalam Sebuah kereta Myvi terpakai berharga RM15 000 peranti tablet untuk kegunaan anak anak mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah se...
Buku Bacalah Sayang Jawi Baharu

Buku Bacalah Sayang Jawi Baharu

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 334 hits
Buku keluaran FARGOES ini ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia Buku ini menyediakan latihan topical yang memnuhi kehendak Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran terkini Ianya membantu mur...
Didiktv Ialah Saluran Tv Pendidikan Baharu Mengambil Alih Saluran Ntv7

Didiktv Ialah Saluran Tv Pendidikan Baharu Mengambil Alih Saluran Ntv7

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 475 hits
Beberapa minggu yang lalu Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah mengatakan kerajaan akan melancarkan sebuah saluran TV pendidikan baharu khusus untuk PdPR sepanjang tempoh PKP Semalam saluran baharu ini diumumkan menggu...
Hadiah Tahun Baharu Cina Istimewa Dari Ebit Liew

Hadiah Tahun Baharu Cina Istimewa Dari Ebit Liew

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 304 hits
Oleh ROHANA MOHD NAWI KOH Kim Keok bersama Ebit Liew menaiki kereta baharu sumbangan penceramah itu di Kota Bharu semalam KOTA BHARU Sebuah kereta Myvi terpakai berharga RM15 000 peranti tablet untuk kegunaan anak anak mengikuti sesi Pengaj...
Lulus Perjawatan Baharu Petugas Untuk Perkukuh Sistem Kesihatan Kata Tok Mat

Lulus Perjawatan Baharu Petugas Untuk Perkukuh Sistem Kesihatan Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 308 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata sistem kesihatan perlu ditambah baik kerana wabak Covid 19 dijangka berterusan sehingga 2024 PETALING JAYA Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menggesa sistem kesihatan terus ditambah baik susul...
Kfc Zero Chicken Burger Baharu Sedap Macam Ayam Tapi Bukan Ayam

Kfc Zero Chicken Burger Baharu Sedap Macam Ayam Tapi Bukan Ayam

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 420 hits
KUALA LUMPUR 8 FEBRUARY 2021 2021 may have started with a sense of d j vu but here s something excitingly new for you and your tastebuds KFC Malaysia is planting itself in yet another thrilling territory in the foodie scene with the debut o...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Makan Kenduri Di Sana Sini

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

4fingers For Lunch

Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah

Filem Duyung Legenda Aurora

Pas Perlis Strategi Gagal Kuasa Tergadai