Jamal Abdillah Dipanggil Polis Sertai Majlis Sosial Di Ladang



Jamal Abdillah Dipanggil Polis, Sertai Majlis Sosial Di Ladang. Polis akan memanggil beberapa individu termasuk penyanyi terkenal kerana menyertai majlis sosial dipercayai berlaku di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pada jam 2 petang hari ini, polis mengesan penularan gambar majlis sosial itu di Facebook (FB).
Katanya, majlis berkenaan membabitkan selebriti tempatan dan beberapa individu di sebuah ladang sekali gus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Melalui gambar tular itu, mereka tidak ada penjarakan sosial dan ada juga tidak memakai pelitup muka.

“Gambar berkenaan dipercayai dirakam pada 24 Jun lalu oleh individu yang turut serta dalam majlis terbabit, ” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Wan Azharuddin berkata, ahli perniagaan tempatan dan beberapa penduduk kampung turut hadir dalam jamuan itu sambil berkaraoke.
Katanya, polis menjalankan siasatan mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Semua individu terbabit akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
“Polis ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan sebarang bentuk majlis atau perhimpunan sepanjang tempoh PKP 3.0 dan sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.
Jamal Abdillah terjebak ‘pesta’ durian sambil karaoke, niat asal nak beli baja kolam ikan – “Orang jemput makan takkan saya nak tolak” GARA-GARA memenuhi pelawaan untuk makan durian sambil berkaraoke, penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah kini disiasat polis atas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana menyertai satu majlis sosial.
Cerita Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 62, dia berada di sebuah ladang di Kampung Poh, Bidor, Perak pada Jumaat lalu bagi mendapatkan baja untuk bisnes kolam ikan yang diusahakannya.
“Betul itu adalah saya, jadi saya nak mohon maaf kepada semua kerana terleka
“Sebenarnya saya ke sana kerana urusan untuk dapatkan baja untuk kolam ikan.
“Lepas itu kawan-kawan yang ada dusun durian ajak saya makan durian, saya ikut la. Orang jemput makan takkan saya nak tolak… hanya singgah sekejap je,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.
Berhubung suasana seperti sedang berpesta kerana dia dilihat turut menghiburkan peminat, Jamal berkata ia berlaku secara kebetulan.
“Kebetulan tempat tu ada set karaoke, sambil makan… saya menyanyi
“Sebelum tu saya pakai pelitup muka tapi apabila nak makan dan nyanyi, saya letak tepi,” katanya.
Dalam pada penyanyi lagu Belenggu Rindu ini berkata dia sedia memberi kerjasama dan akan hadir ke Balai Polis Tapah kira kira pukul 2 petang Ahad.
Tambah Jamal, dia juga tidak menyangka persinggahannya itu mengundang masalah apabila secara tidak langsung menarik perhatian penduduk kampung untuk turut serta.
“Saya tak tahu dekat situ ada orang lain, jadi apabila orang lihat saya… tiba-tiba ramai datang berkumpul.
“Saya akui memang salah sebab terlepas pandang. Saya hanya memenuhi hasrat orang, tak mahu kecilkan hati orang,”
katanya.-mSTAR/HM
Jamal Abdillah Dipanggil Polis, Sertai Majlis Sosial Di Ladang Baca Artikel Menarik :
Azhan Rani Lega Akaun Ada Lebih Setengah Juta FAZURA : MATA KETUMBIT TAPI MASIH CANTIK [VIDEO] Agong panggil Speaker Dewan menghadap Berhutang Dalam Tempoh Pandemik Bukan Jalannya Lelaki dakwa wujud perkauman dalam pemberian vaksinasi Resepi Kek Ogura Pandan Bergedik Layari Laman Facebook MYKMU
“Allahyarham Pesan Kasihi Ayah, Jangan Malukan Keluarga” – Jamal Abdillah Mengenang Tan Sri Harussani

The post Jamal Abdillah Dipanggil Polis, Sertai Majlis Sosial Di Ladang appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/06/27/sertai-majlis-sosial-di-ladang-jamal-abdillah-dipanggil-polis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sertai Majlis Sosial Penganjur Penyanyi Popular Dipanggil Polis

Sertai Majlis Sosial Penganjur Penyanyi Popular Dipanggil Polis

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 219 hits
Ketua Polis Daerah Tapah Wan Azharuddin Wan Ismail berkata semua individu terbabit akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan PETALING JAYA Polis akan memanggil beberapa individu termasuk penyanyi terkenal kerana menyerta...
Individu Sertai Himpunan Black Democracy Akan Dikompaun Kata Polis

Individu Sertai Himpunan Black Democracy Akan Dikompaun Kata Polis

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 258 hits
June 30 2021 Tangkap layar klip video yang tular di media sosial mengajak orang ramai berhimpun dalam operasi BD di beberapa lokasi di seluruh negara pada 12 tengah hari ini PETALING JAYA Polis memberi amaran akan terus mengeluarkan kompaun...
Jamal Abdillah Minta Maaf

Jamal Abdillah Minta Maaf

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 259 hits
Penyanyi bertaraf legenda Datuk Jamal Abdillah mohon maaf kepada rakyat Malaysia atas salah faham yang berlaku selepas kesilapannya memenuhi pelawaan makan durian sambil berkaraoke di sebuah ladang di Kampung Poh Bidor Perak pada Jumaat lal...
Karaoke Di Ladang Penyanyi Terkenal Akan Dipanggil

Karaoke Di Ladang Penyanyi Terkenal Akan Dipanggil

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 242 hits
Oleh Gambar beberapa individu termasuk penyanyi terkenal yang tular di media sosial kerana dikatakan melanggar SOP PKP 3 0 Foto ihsan polis TAPAH Polis akan memanggil beberapa individu termasuk penyanyi terkenal kerana menyertai majlis sosi...
Polis Siasat Ahli Politik Anjur Majlis Tanpa Kebenaran Mkn

Polis Siasat Ahli Politik Anjur Majlis Tanpa Kebenaran Mkn

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 215 hits
BH ONLINE MELAKA Polis Melaka membuka kertas siasatan berhubung laporan mengenai seorang ahli politik di negeri ini yang didakwa menganjurkan program tanpa kebenaran Majlis Keselamatan Negara ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 Ti...
Wanita Dakwa Dihubungi Anggota Polis Menerusi Whatsapp Akan Dipanggil Beri Keterangan

Wanita Dakwa Dihubungi Anggota Polis Menerusi Whatsapp Akan Dipanggil Beri Keterangan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 322 hits
Wanita dakwa dihubungi anggota polis menerusi Whatsapp akan dipanggil beri keteranganPolis akan memanggil wanita yang mendakwa dihubungi seorang anggota polis WANITA yang membuat laporan dan mendakwa dihubungi seorang anggota polis melalui ...
Hiburan Tular Video Karaoke Dan Kenduri Durian Jamal Abdillah Mohon Maaf

Hiburan Tular Video Karaoke Dan Kenduri Durian Jamal Abdillah Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 322 hits
Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah tampil memohon maaf dan berharap agar orang ramai tidak mencontohi kesilapannya gara gara tular foto dirinya sedang berkaraoke dan menjamah durian di sebuah ladang di Kampung Poh Bidor Perak pada Jumaa...
Polis Tumpaskan 10 Sindiket Along

Polis Tumpaskan 10 Sindiket Along

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 182 hits
Pinjaman hingga RM1 juta kadar bunga hingga 15 peratus sebulan SHAH ALAM Polis menahan 38 individu daripada 10 sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along dalam serbuan berasingan yang dilakukan di sekitar Selangor pada awal bulan...
Polis Buru Lima Penyamun

Polis Buru Lima Penyamun

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 341 hits
Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS LIMA orang penyamun yang menjadi buruan polis KLANG Polis sedang memburu lima anggota kumpulan penyamun yang merompak dua mangsa di sebuah pejabat di Klang kelmarin Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten ...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

Sindiket Pil Kuda Rm6 16 Juta Tumpas Sembunyi Dalam Najis Lembu Bisnes Salon

Slurping Toward Nirvana On The Maine Oyster Trail

Monolog Jiwa Andai Rasa Tak Sedalam Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

7 Tanda Korang Sebenarnya Bijak Walaupun Rasa Macam Tak Hebat Mana

Apakah Orang Junub Boleh Mengurus Pemakaman Jenazah

Desk Calendar Custom Cipta Impresi Profesional Sepanjang Tahun

Unboxing Anak Pokok Sandpaper

Mana Tahu Kan Suatu Hari Nanti Mudah Mudahan Fazura Sifatkan Hisyam Hamid Sebagai Family Man