Jamah Nasi Kosong Ini Juga Tugas Pemimpin Rakyat



Jamah nasi kosong setiap hari KU sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.Begitulah nasib yang terpaksa dilalui ibu tunggal, Noor Sarah Sulaiman Kanisan, 32, yang membesarkan tiga anak kecil sendirian.“Perkahwinan pertama dulu hanya sempat bertahan kurang tiga tahun dan dikurniakan dua anak, Nur Arissa Sofea, 4, dan Nazim Zafran, 2.“Kemudian saya berkahwin semula tahun lalu namun diceraikan pada Januari lalu ketika sarat mengandung anak ketiga, Naufal Zikri yang kini berusia tujuh bulan,” kata Noor Sarah yang mesra disapa sebagai Sarah.Wanita cekal ini pernah menyewa dalam bilik kecil di tingkat atas bangunan kedai di Taman Maluri pada kadar sewa RM400 sebulan.Dia hanya bergantung kepada aktiviti jualan produk atas talian dengan pendapatan antara RM50 hingga RM150 sebulan untuk menampung kehidupan.Hampir setahun menetap di bilik itu, Sarah akhirnya mendapat perhatian daripada Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberi bantuan RM300 sebulan.“Saya pernah bekerja di kedai perabot sebagai pembantu jualan, tapi dengan kos upah mengasuh anak di luar kemampuan, saya terpaksa berhenti kerja.“Anak masih kecil dan perlukan perhatian saya. Mereka tidak meragam walaupun kami hanya makan nasi putih saja setiap hari,” katanya.Apatah lagi Sarah, mualaf sejak berusia enam tahun selepas mengikut jejak langkah arwah bapa sering ke kelas mengaji untuk mengisi ruang masa.“Sejak kecil saya dan kakak membesar di rumah anak-anak yatim di Sabak Bernam kerana bapa tidak mampu menjaga kami.“Selepas masuk usia remaja dan kami berdua kembali tinggal bersama arwah bapa, kami sudah biasa hidup susah.“Apabila diduga dengan dua kali perkahwinan yang gagal dan membesarkan anak sendirian, saya reda,” katanya.Sarah akui kakaknya yang turut hidup sederhana sesekali datang membantu di segi susu dan lampin pakai buang anak.Malah, ibunya yang masih menganut agama asal tidak pernah ketepikan kebajikan cucunya dan membantu jika ada kemampuan.“Ibu dan kakak ada membantu, tapi mereka pun hidup susah. Kakak sudah berkahwin, tiada anak dan menetap bersama mentua.“Manakala ibu pula menyewa di Pandan Indah juga bukan orang senang dan saya tidak mahu menyusahkan mereka,” katanya.Sarah kini berpindah ke sebuah rumah sewa lebih selesa demi keselamatan anak di Pangsapuri Sri Malaysia, Kampung Malaysia Tambahan pada 24 November lalu.“Saya pernah memohon rumah PPR pada Mac lalu, malah pernah buat rayuan tapi tiada jawapan.“Demi keselamatan dan keselesaan anak, saya usaha juga cari rumah sewa.“Saya merancang untuk mengambil upah mengasuh bagi menambah pendapatan bulanan selain hasil jualan produk atas talian,” katanya. (MyMetro)

Ini, Sepatutnya Tugas Pemimpin..
Firman Allah swt, Al Anfaal: 27. Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
Marilah kita bertakwa kepada Allah swt di mana sahaja kita berada dengan meningkatkan rasa takut kita kepada-Nya, semoga kita sentiasa dibawah jagaan-Nya.
Hari ini ramai orang yang ghairah untuk menjadi pemimpin tanpa melihat dan mengukur kelayakan diri sendiri, sedangkan jawatan pemimpin itu satu amanah dan tanggungjawab. Mereka meminta menjadi pemimpin dalam berbagai jawatan dalam sektor awam atau swasta, sehingga  meminta menjadi wakil rakyat dan menteri. 
Demi untuk memperolehi sesuatu jawatan ada kemungkinan mereka akan melakukan apa saja dan bersedia menghalalkan cara walaupun dengan melakukan jenayah dan perkara-perkara yang ditegah oleh syarak seperti rasuah, mencaci, mengumpat, menipu dan sebagainya.
Memimpin adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Amanah dan tanggungjawab ini tidak akan terlaksana tanpa adanya pemimpin yang berwibawa. Pemimpin yang  memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat yang tertentu, sesuai dengan tugas dan tanggungjawabnya, mengajak manusia mengabdikan diri sesungguhnya kepada Allah swt.
Juga melalui kerja-kerja memakmurkan bumi Allah swt, melakukan islah, menegakkan kebenaran, mengujudkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat dan negara. Berdasarkan amanah dan tanggungjawab seorang pemimpin, maka orang yang lemah dan tidak memiliki kelayakan tidak boleh menjadi pemimpin. 
Oleh itu melantik seorang pemimpin atau pegawai yang tidak memeliki kelayakan kepada sesuatu jawatan sedangkan masih ada orang yang lebih layak kepada jawatan tersebut, merupakan suatu pengkhianatan besar kepada Allah swt dan Rasulullah saw. Dan sangat bertentangan dengan ajaran syariat Islam kerana akibat dari perbuatan itu, masyarakat dan negara akan musnah dan tergadai serta diangkat keberkatannya.
Sabda Rasulullulah saw; ‘Apabila disandarkan pekerjaan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat (saat kehancuran)’.
Sabda Rasulullulah saw lagi; ‘Barang siapa melantik seseorang sebagai pemimpin/pegawai di dalam sebuah kumpulannya sedangkan masih ada di kalangan mereka orang yang lebih layak, orang yang lebih disukai Allah swt daripadanya maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah swt dan Rasul-Nya dan mengkhianati orang-orang yang beriman’.
Demi menjaga kepentingan umat dan negara, demi menjaga pengaruh keduniaan agar tidak meresab masuk ke dalam jiwa pemimpin, Rasulullah saw melarang meminta sesuatu jawatan di dalam pemerintahan, apa lagi merebut tanpa kelayakan dan persedi aan yang mencukupi. 
Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud; ’Kami demi Allah, tidak akan melantik ke jawatan pemerintahan ini, orang yang memohonnya dan juga orang yang sangat-sangat berkeinginan untuk mendapatkannya’.
Sifat loba dan sifat tamak dan menginginkan jawatan akan mendorong seseorang untuk berbuat zalim dan dosa demi untuk mendapatkannya. Apabila sudah dapat berjawatan maka akan dipergunakannya untuk kepentingan-kepentin gan dirinya. Adapun orang yang diberikan jawatan berdasarkan kelayakkan, sedang ia tidak menginginkan jawatan itu, maka Allah swt akan memberikan pertolongan dan taufik kepadanya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.
Orang yang menginginkan jawatan kerana mengejar pangkat, mencari pengaruh, mengumpul harta kekayaan, kemewahan duniawi semata-mata, sangat terdedah kepada melakukan penyelewengan, pengkhianatan dan penipuan semasa menjalankan tugas tanggungjawabnya. Kepada mereka ini diingatkan bahawa pengkhianatan dan penipuan yang dilakukan oleh seorang pemimpin sangat besar kesan dan akibatnya keatas diri, keluarga, rakyat dan negara. 
Diatas perbuatannya itu ia akan menanggung kesusahan hidup di dunia dan di akhirat dan dia akan menyesal kerana disiksa oleh Allah swt di dalam Neraka jahanam nanti.
Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud; ‘Tiadalah seorang hamba Allah swt yang diberi tugas pemimpin untuk memimpin rakyat kemudian dia mati di hari kematiannya dalam keadaan dia menipu rakyatnya melainkan Allah swt mengharamkannya dari memasuki syurga’. (Hadis Muttafaq’alaih)
Seorang pemimpin hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, tidak boleh melarikan diri dari menjalankan tanggungjawabnya. Kalau dia seorang pemimpin rakyat, maka dia harus turun ke medan menemui rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka. Rakyat hendaklah dilayani dengan adil dan saksama.
Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud; ’Sesiapa yang diberi Allah swt kuasa untuk menguruskan sesuatu urusan kaum Muslimin, tetapi dia berlindung tidak menunaikan keperluan mereka atau menghiraukan kemiskinan mereka, nescaya Allah swt berlindung Diri tidak melayani hajat dan permintaannya’. (Hadis Sahih)
Sudah menjadi hak masyarakat untuk dididik dan dibantu oleh pemimpin begitu juga menasihati dan menegur mana-mana pemimpin yang terlanjur dengan cara berkhikmah kerana Islam adalah agama ‘al-nasihah’; nasihah kerana Allah, berpandukan kitabnya dan Rasulnya untuk memimpin kaum Muslimin dan sekalian rakyatnya. 
Masyarakat dan rakyat hendaklah mentaati pemimpin dalam perkara-perkara kebaikan dan kebajikan dan hendaklah bersedia membantu dalam melaksanakan program-program pembangunan dan kebajikan.Penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin adalah merupakan satu kezaliman yang sangat besar bahayanya, demikian juga menyalahgunaan kekayaan negara dan harta rakyat. 
Pemimpin atau pegawai yang terlibat dengan mengurus harta kerajaan tidak boleh menggunakan harta kerajaan atau makan harta kerajaan dengan cara yang tidak benar dari segi syariat Islam dan melanggar peraturan. Apapun harta yang di sampaikan kepadanya, hendaklah ia menyerahkan kepada perbendaharaan atau Baitulmal milik kaum muslimin, jangan ada sedikitpun yang dijadikan milik peribadi.
Rasulullulah saw bersabda yang bermaksud; ‘Barang siapa di antara kamu yang kami tugaskan untuk memimpin, lalu dia menyembunyikan harta walaupun sebesar jarum atau lebih kecil dari itu, maka pada hari kiamat nanti dia akan datang membawanya sebagai  seorang pengkhianat’.
Seorang pemimpin hendaklah sentiasa peka dan berwaspada terhadap perbagai manusia yang keluar masuk kepadanya dan yang ada di sekelilingnya, lantaran itu hendaklah ia mengambil penasihat-penasihat dari kalangan orang-orang yang baik-baik, ikhlas lagi dipercayai dari kalangan ulamak dan orang yang bijak pandai.
Rasulullulah saw pernah mengingatkan kita dengan sabdanya, bermaksud; ‘Tidak ada seorang nabi diutuskan Allah dan tidak ada pula seorang pemimpin yang diangkat kecuali mereka mempunyai dua jenis teman rapat; teman rapat yang menyuruhnya dan yang mendorongnya berbuat kebaikan dan selalu mendorongnya untuk berbuat baik sedangkan teman yang satu lagi menyuruhnya membuat kejahatan serta mendorongnya berbuat kejahatan. Orang yang terpelihara sebenarnya ialah orang yang mendapat jagaan dan pemeliharaan daripada Allah swt.’ (Sahih Bukhari)

Jalan yang selamat ialah sentiasa berhati-hati, tidak terburu-buru membuat keputusan atau tindakan tanpa bermesyuarah terlebih dahulu. Seorang pemimpin hendaklah bersikap jujur dan mesra dengan masyarakat atau orang bawahannya serta memberi layanan yang adil kepada semua tanpa memilih kasih.
Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang disayangi oleh rakyat atau orang bawahannya. Oleh itu seorang pemimpin hendaklah memupuk kesetiaan masyarakat kepada kepimpinannya dan jangan melakukan sesuatu yang melemahkan kepercayaan mereka dan kesetiaan mereka. 
Ingatlah sabda Rasulullulah saw; kepada Abu Dzar ra ketika ia meminta dilantik menjadi pegawai Rasulullulah saw, Rasulullulah saw menepuk bahunya serta bersabda; ‘Hai Abu Dzar kamu seorang yang lemah sedangkan jawatan itu adalah satu amanah (tanggungjawab) yang kelak di hari kiamat menjadi hina dan menyesal kecuali orang yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipannya’.
Was’salam mualaikum wrt. Wallah A’lam. (IH)

Hibur Hibur Sikit
2:58WATCHEDNASIB SI MISKIN - TAN SRI P.RAMLEEemas mutiara3 years ago4,750 views



3:37Tolong Kami Anak2 Yatim PiatuXq eXQue12 years ago97,275 views
Tiga Abdul - P.ramlee dengan lagunya tolong kami.. kesian dan hiba dengar lagu yg sayu ni.. diiringi pula dgn bebudak yatim ...



2:56WATCHEDP.Ramlee - Hujan Ditengahariimprezaawie5 years ago15,198 viewsP.Ramlee - Hujan Ditengahari.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/12/jamah-nasi-kosong-ini-juga-tugas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Kosong Dan Deskripsi Tugas Pelukis Pelan Gred Ja19 Ja29 Di Spa

Jawatan Kosong Dan Deskripsi Tugas Pelukis Pelan Gred Ja19 Ja29 Di Spa

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 2296 hits
Assalamualaikum Bukan mudah nak dapat kerja sekarang ni Cik Rose faham dengan situasi sekarang Tapi tak salah untuk kita terus mencuba mohon kan Tadi Cik Rose melawat laman web SPA Cik Rose nampak iklan jawatan kosong Jadi tak salah untuk C...
Jawatan Kosong Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad

Jawatan Kosong Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 383 hits
Jawatan Kosong Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad Portal jawatan kosong ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan yang kini dibuka di Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayak...
Hutang Kerajaan Lama Terlalu Banyak Tiada Lagi Wang Percuma Untuk Rakyat

Hutang Kerajaan Lama Terlalu Banyak Tiada Lagi Wang Percuma Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 500 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa kerajaan Pakatan Harapan tidak dapat memberikan wang percuma kepada rakyat kerana perlu menampung jumlah hutang yang terlalu banyak Hutang yang ditinggalkan kerajaan lama terlalu ba...
Jokowi Buka Peluang Koruptor Dihukum Mati Bila Rakyat Menghendaki

Jokowi Buka Peluang Koruptor Dihukum Mati Bila Rakyat Menghendaki

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 181 hits
Mengapa negara kita mengatasi korupsi tidak terlalu tegas Kenapa enggak berani seperti di negara maju misalnya dihukum mati
Tun Minta Rakyat Betulkan Persepsi Terhadap Kereta Terbang

Tun Minta Rakyat Betulkan Persepsi Terhadap Kereta Terbang

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 383 hits
Sumber gambar dari AmanzSebelum ini hangat diperkatakan bahawa Malaysia akan mempunyai kereta terbang sendiri Walaubagaimanapun kereta terbang yang dimaksudkan bukanlah kereta terbang yang sebenar tetapi projek dron di bawah Kementerian Pem...
Soal Pilkada Tak Langsung Golkar Bilang Kedaulatan Di Tangan Rakyat

Soal Pilkada Tak Langsung Golkar Bilang Kedaulatan Di Tangan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 220 hits
Ketua DPP Partai Golkar Ace Hasan Syadzily mengatakan hampir semua partai di Parlemen Senayan tidak setuju wacana Pilkada tidak langsung Saat ini revisi UU Pilkada tengah berproses di DPR
Antara Pau Dan Kuntau Mana Satu Jadi Pilihan Rakyat Malaysia

Antara Pau Dan Kuntau Mana Satu Jadi Pilihan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 601 hits
Dirancang atau tidak segala yang berlaku adalah atas izin Allah SWT Persidangan Agung UMNO 2019 dan Kongres Nasional 2019 berlangsung pada hari dan waktu yang sama Itulah perancangan Allah SWT dan yang lebih penting rakyat Malaysia mesti me...
Dewan Rakyat Dimaklumkan Kekosongan Kerusi Parlimen Kimanis Speaker

Dewan Rakyat Dimaklumkan Kekosongan Kerusi Parlimen Kimanis Speaker

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR 9 Dis Dewan Rakyat hari ini menerima surat pemakluman daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai kekosongan luar jangka bagi kerusi P 176 Parlimen Kimanis mulai 10 Dis Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff ...
Rakyat Tidak Mampu Harga Rumah Tiga Kali Ganda Gaji Tahunan

Rakyat Tidak Mampu Harga Rumah Tiga Kali Ganda Gaji Tahunan

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 242 hits
Mengikut pengiraan teknik Median Berganda pendapatan harga rumah adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding gaji tahunan Sumber Bank Islam KUALA LUMPUR Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli kediaman sendiri kerana secara ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco