Jam Terakhir Kempen Zahid Beri Isyarat Bakal Bentuk Jajaran Baharu


agendaily.com18/11/2022
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakan baik sejak zaman Pemuda UMNO.
Tinggal beberapa jam terakhir tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam ini sekali lagi memberi isyarat berkemungkinan jajaran baharu bakal terbentuk.

Dalam amanat yang disiarkan secara langsung dalam media sosial, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata sedia membuka lembaran baharu sekiranya berjaya memenangi PRU-15 walaupun terdapat spekulasi mengatakan bakal wujud jajaran baharu dengan parti cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Barisan Nasional bersedia untuk membuka lembaran baru, dengan membuat dasar-dasar yang lebih baik dan mengukuhkan pembangunan.

“Kami berjanji untuk melakukan perubahan yang progresif dalam masa beberapa bulan yang akan datang. Barisan Nasional berjanji, untuk memberikan yang lebih baik kepada rakyat selepas pilihan raya ini,” katanya dalam amanat di Bagan Datuk malam ini.

Untuk rekod, timbul spekulasi sebelum ini Zahid dan Anwar bakal bekerjasama untuk membentuk kerajaan selepas PRU-15 jika tidak mempunyai majoriti yang mencukupi.

Umum mengetahui kedua-dua mereka sebelum ini mempunyai hubungan mesra dan akrab antara satu sama lain, malah berkomplot dalam menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Zahid berkata rakyat kini sangat merindui pemerintahan BN sejak kalah teruk pada PRU-14 lalu dan kini berpeluang untuk menebus kesilapan yang lalu.

“Pilihan Raya Ke-15, adalah wadah untuk Barisan Nasional mendapatkan kembali mandat rakyat. Mandat ini penting kerana mereka, yang diberikan peluang membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 lalu, telah memburukkan lagi keadaan negara.

“Ramai rakyat amat merindui kegemilangan Barisan Nasional yang telah mereka saksikan dahulu.

“Kegemilangan pembangunan negara, kerancakkan ekonomi yang menatijahkan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya lagi.

Esok, rakyat Malaysia akan menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih kerajaan baharu.

Untuk rekod, Zahid kini sedang menghadapi 87 pertuduhan rasuah melibatkan jutaan ringgit


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/jam-terakhir-kempen-zahid-beri-isyarat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Yakin Bentuk Kerajaan Nafi Jumpa Zahid

Anwar Yakin Bentuk Kerajaan Nafi Jumpa Zahid

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 261 hits
PENGERUSI Pakatan Harapan Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya PH mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan menerusi gabungan dengan parti lain Presiden PKR itu berkata sekiranya persefahaman bersama p...
Pasca Pru15 Zahid Nafi Gps Runding Bentuk Kerajaan Bersama Pn

Pasca Pru15 Zahid Nafi Gps Runding Bentuk Kerajaan Bersama Pn

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 272 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan Barisan Nasional ada rundingan dengan Gabungan Parti Sarawak untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional Presiden UMNO itu turut menegaskan tiada sebarang perundingan de...
Siapa Pm Baharu Anwar Dakwa Sudah Ada Majoriti Abah Pula Kata Dah Terima Surat Agong Bentuk Kerajaan

Siapa Pm Baharu Anwar Dakwa Sudah Ada Majoriti Abah Pula Kata Dah Terima Surat Agong Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 269 hits
Semalam setiap orang tidak kira pelusuk kaum dan agama telah turun menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia bagi membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke 15 untuk menentukan tampuk kepimpinan 5 tahun yang akan datang Hari ...
Zahid Sanggup Buat Apa Saja Demi Tubuh Kerajaan Termasuk Jajaran Baru

Zahid Sanggup Buat Apa Saja Demi Tubuh Kerajaan Termasuk Jajaran Baru

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 258 hits
Zahid Hamidi akhirnya mengakui Barisan Nasional mungkin terpaksa bekerjasama dengan gabungan lain sekiranya gagal membentuk kerajaan majoriti selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 pada 19 November ini Pengakuan beliau seakan mengiyakan ken
Bn Anggap Keputusan Pru15 Isyarat Besar Rakyat Buat Kami Zahid Hamidi

Bn Anggap Keputusan Pru15 Isyarat Besar Rakyat Buat Kami Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 289 hits
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu kenyataan yang dimuat naik sebentar tadi memaklumkan bahawa BN menerima dan menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat menerusi Pilihan Raya Umum yang diadakan hari ini Katany...
Pecutan Terakhir Anwar Zahid Muhyiddin Ulangi Tawaran Untuk Rakyat

Pecutan Terakhir Anwar Zahid Muhyiddin Ulangi Tawaran Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 389 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 18 2022 11 23 PMPRU15 Berbaki kurang daripada 24 jam sebelum hari mengundi tiga gabungan politik utama iaitu PH BN dan PN membuat pecutan terakhir sebelum hari mengundi esok Di Meow Garden Tambun ribuan berba...
Zahid Nafi Runding Dengan Gps Bentuk Kerajaan Bersama Pn

Zahid Nafi Runding Dengan Gps Bentuk Kerajaan Bersama Pn

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 308 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan Barisan Nasional pernah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional Pengerusi BN itu turut menegaskan tiada sebarang rundinga
Politik Jajaran Baharu

Politik Jajaran Baharu

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 434 hits
Dr Bam AL HajKeputusan PRU15 kali ini di luar jangkaan sama sekali semua ramalan meleset Tsunami Melayu dan undi 18 Peratus keluar mengundi pula hanya 73 8 jauh lebih rendah berbanding PRU14 iaitu 82 32 Telahan yang meramalkan undi PN adala...
Pru15 Anwar Yakin Ph Akan Menang 112 Kerusi Parlimen Bakal Bentuk Kerajaan Baru

Pru15 Anwar Yakin Ph Akan Menang 112 Kerusi Parlimen Bakal Bentuk Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 330 hits
November 16 2022Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin gabungan parti diketuainya bakal memenangi 112 kerusi untuk mendapat majoriti mudah dan membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 Presiden PKR yan...
Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025

Magnitude 5 7 Quake Hits Indonesia S East Java Near Holiday Island Bali Agency Says

Paracetamol Vaccines Won T Cause Autism Says Health Ministry

Your Countries Are Going To Hell Trump Tells Europe

Ciri Ciri Makanan Kucing Yang Bagus Sihat Panduan Pemilik Kucing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lucky Cup Menu Signature Drinks Must Try Favorites

Sekadar Penjelasan Ringkas

Drama Mutiara Dalam Debuan Kabus

Bila Mati Korang Rasa Roh Akan Balik Rumah Tak

Ikan Bilis Kentang Tumis Suhun Lauk Simple Tapi Paling Laju Habis

Monolog Jiwa Jangan Membenci Tapi Jauhkan Diri