Jam Tangan Naviforce 9122
Adakah anda mencari jam tangan dengan harga jimat namun fungsinya bukan saja menunjukkan masa tapi juga hari dan tarikh.
Atau mencari hadiah yang sesuai untuk lelaki kesayangan anda?
Pilihan jam tangan dari jenama Naviforce dengan berkod siri 9122 ini agak menarik untuk dimiliki kerana rekabentuknya yang sporty dan eksklusif
Jam tangan Naviforce 9122
Kod siri NF9122M
Saiz jam ini agak besar baik dari segi diameter atau ketebalannya, menyebabkan ianya sesuai untuk pemakai yang bertangan besar atau yang berminat dengan jam bersaiz besar seperti jam G-Shock.
Jika dilihat dari tepi, jam ini kelihatan agak tebal dengan ketebalan sebanyak 13mm.
Ala-ala jam tangan penyelam
Apa yang menariknya, jam tangan ini dilengkapi cetakan timbul sauh di paparan muka jam tersebut
Bingkai atas juga tampak lasak dengan ukiran nombor 15, 30, 45 dan 60. Manakala paparan dalam terdapat dua nombor saja iaitu 12 dan enam.
Rekabentuk lasak
Selain itu, terdapat juga paparan penunjuk hari dan tarikh di paparan muka tersebut. Untuk memudahkan si pemakai, terdapat fungsi mengubah hari dan tarikh hanya menggunakan tombol penyelaras di tepi jam ini. Menariknya, tombol penyelaras ini dilengkapi dengan logo Naviforce yang nampak agak eksklusif.
Crown dengan logo Naviforce
Untuk mengubah hari, hanya tarik SEPARUH tombol penyelaras tersebut manakala untuk mengubah tarikh dan masa, tombol penyelaras tersebut perlu ditarik SEPENUHnya
Ketiga-tiga jarum jam ini dikatakan akan bercahaya dalam gelap. Namun dalam pemerhatian ana, ianya agak malap dan tidaklah terlalu terang
Tali jam ini pula dikatakan adalah kulit. Pada pendapat ana, ianya adalah kulit tiruan dan bukanlah kulit asli. Dan ianya juga agak tebal
Ukiran jenama eksklusif di tali jam
Untuk pengetahuan terdapat beberapa pilihan warna jam ini yang ditawarkan
Ianya juga hadir dengan kotak jam, buku manual dan juga kad waranti. Memang sesuai untuk dijadikan hadiah pada yang tersayang.
Pakej lengkap dengan kotak jam, jam, buku manual dan kad waranti
Harganya pula agak menjimatkan iaitu sekitar RM50 di laman belian atas talian seperti
LazadaShopee (diskaun RM7 untuk belian pertama dengan kod : FTRHD222)
Secara keseluruhannya, jam ini memang cantik dan bergaya dipakai oleh adik, ayah, suami mahupun atuk anda disamping mempunyai paparan yang multi-info seperti hari dan tarikh
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fitrihadi.com/2018/10/ulasan-jam-tangan-naviforce-9122.html