Jalan Tar Masjid India Lengang Tanpa Jualan Ramadan Dan Aidilfitri


Bagi pengunjung setia Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Masjid India di sini, persiapan Aidilfitri tahun ini tentunya membawa perbezaan apabila kawasan itu  kini  lengang susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Tiada lagi warna-warni pelbagai fesyen pakaian dan aneka kuih muih yang dijual menghiasi lokasi ‘wajib kunjung’ warga kota dalam membeli persiapan Aidilfitri seperti kebiasaannya.
Suri rumah, Fathiah Aqilah Mohan Jafar, 31, berkata lazimnya seminggu sebelum Ramadan lagi beliau akan berkunjung ke Jalan TAR membeli barangan kelengkapan hari raya namun rutin tersebut terpaksa dilupakan untuk tahun ini.
“Saya memang suka kemeriahan membeli-belah di Jalan TAR terutama menjelang Ramadan dan Aidilfitri, banyak pilihan dan boleh tawar-menawar, tetapi tahun ini kalau beli baju raya pun saya beli dalam talian sahaja,” katanya kepada Bernama.
Pekerja swasta, Sharul Nizam Mohamed Rani, 44, pula berpendapat kemeriahan membeli-belah di Jalan TAR yang menjadi signifikan persiapan Ramadan dan Aidilfitri tentunya dirindui warga kota.
“Memang rasa lain sangat tahun ini, selalunya pada waktu begini ibu kota bertambah meriah dan sesak. tetapi kita juga perlu menyesuaikan diri dengan normal baharu kehidupan seperti yang disebut Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) demi kesihatan dan kesejahteraan bersama,” katanya.
Kawasan sekitar Masjid India termasuk Jalan TAR menjalani PKPD bermula 14 April sehingga 28 April susulan pertambahan jumlah kes positif COVID-19 di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong TAR Azkhalim Suradi berkata kebanyakan peniaga kini mula berjinak-jinak untuk mempromosikan barangan menerusi platform dalam talian seperti Facebook sebagai alternatif.
“Dari segi sambutan jualan belum tahu lagi hasilnya, kerana peniaga ini baru belajar dan bermula dengan platform dalam talian. Tapi antara yang menjadi cabaran adalah aspek penghantaran dan kurier, terutamanya pada pelanggan yang membuat pesanan saat akhir,” katanya.
Azkhalim berkata walaupun berasa berdukacita dengan kesan pandemik yang menjejaskan sumber  pendapatan peniaga dan penjaja kecil, mereka tetap cuba untuk kekal positif dan lebih kreatif dalam menjana sumber pendapatan.
“Kebanyakan peniaga ini sudah menempah stok lebih awal dan lebih banyak untuk jual pada musim raya, kira-kira dua bulan sebelum musim raya stok dah sampai.
“Dah tentu susah hati dan pening kepala, bila fikir macam mana nak habiskan jualan. Tapi dalam masa sama kami cuba reda dan percaya ada hikmah di sebalik kejadian ini,” katanya.
 
Sumber: Bernama
The post Jalan TAR, Masjid India Lengang Tanpa Jualan Ramadan Dan Aidilfitri appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/20/jalan-tar-masjid-india-lengang-tanpa-jualan-ramadan-dan-aidilfitri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Joy Revfa Rancang Nikah Di Masjid Lepas Aidilfitri

Joy Revfa Rancang Nikah Di Masjid Lepas Aidilfitri

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 291 hits
Bimbang dengan penularan COVID 19 usahawan kosmetik Joy Revfa memilih untuk bernikah secara tertutup selepas Hari Raya Aidilfitri Menurut Joy dia merancang untuk The post appeared first on
I Have Never Seen Masjid India So Deserted In 25 Years

I Have Never Seen Masjid India So Deserted In 25 Years

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 215 hits
CORONAVIRUS I have been selling kacang putih from this lorry for more than 25 years I am shocked and sad after Masjid India closed I have never seen as deserted as this said 58 year old M Subramaniam who sells kacang putih and fruits at Jal...
Tiada Aktiviti Masjid Hingga 31 Mei Di Selangor Solat Sunat Aidilfitri Mungkin Di Rumah Sahaja

Tiada Aktiviti Masjid Hingga 31 Mei Di Selangor Solat Sunat Aidilfitri Mungkin Di Rumah Sahaja

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 508 hits
Tahun ini suasama Ramadan dan Syawal kita mungkin berbeza berbanding tahun yang terdahulu selepas wabak Covid 19 menyerang dunia Dalam satu kenyataan media Sultan Selangor titah supaya penangguhan solat Jumaat solat berjemaah dan aktiviti c...
Covid 19 Arab Saudi Umum Tiada Solat Tarawih Di Seluruh Masjid Untuk Ramadan Kali Ini

Covid 19 Arab Saudi Umum Tiada Solat Tarawih Di Seluruh Masjid Untuk Ramadan Kali Ini

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 459 hits
Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi mengumumkan bahawa tidak akan ada sebarang solat terawih yang akan dilakukan di semua masjidnya pada bulan Ramadan bagi tahun ini Sebaliknya kerajaan menyarankan agar rakyatnya menunaikan solat terawih...
Jumlah Kes Positif Covid 19 Di Dua Flat Masjid India Serius

Jumlah Kes Positif Covid 19 Di Dua Flat Masjid India Serius

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 227 hits
KUALA LUMPUR Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan perlu dikuatkuasakan di Selangor Mansion dan Malayan Mansion Jalan Masjid India di sini berikutan jumlah positif COVID 19 yang dikesan semakin serius selain faktor kesesakan di lokasi b...
Masjid India Di Kl Dan Sekitar Kini Bawah Kawalan Ketat

Masjid India Di Kl Dan Sekitar Kini Bawah Kawalan Ketat

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 246 hits
Masjid India dan kawasan sekitarnya kini bawah PKPD PETALING JAYA Masjid India di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya kini bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang ke 5 di negara ini Berkuatkuasa mulai 14 Apr sehingga 28 April i...
Tanpa Terawih Di Masjid Bazar Sambutan Ramadan Tahun Ini Berbeza Perdana Menteri

Tanpa Terawih Di Masjid Bazar Sambutan Ramadan Tahun Ini Berbeza Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 357 hits
CYBERJAYA Kehadiran bulan Ramadan yang penuh keberkatan tidak lama lagi mungkin disambut secara penuh berbeza berbanding tahun tahun sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penularan wabak Covid 19 memerlukan semua piha...
Tidak Boleh Terawih Di Masjid Kunjungi Bazar Ramadan Seperti Dulu Pm

Tidak Boleh Terawih Di Masjid Kunjungi Bazar Ramadan Seperti Dulu Pm

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 311 hits
Susulan daripada perlanjutan Perintah Kawalan Pergerakan membuatkan ramai yang kecewa tetapi ini merupakan satu langkah untuk mencegah penularan wabak Covid 19 Bulan Ramadan tidak lama lagi mesti ada yang merindui suasana bazar Ramadan dan ...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Di Usia Berapa Anda Mula Tergerak Untuk Belajar Ilmu Agama Yang Diajar Oleh Para Tok Guru Ustaz

Drama Viu Bidaah

Best Buat Rawatan Wajah Dengan Teknologi Korea Di Kskin

Shell Out Delivery Ke Rumah Sempena Pkp Di Port Dickson

Hiasan Kelas Jata Negeri Printable

Rasa Macam Mandi Bunga Dengan Rose Shower Gel Green Herbology