Jalan Sukar Dan Ruang Sempit Untuk Bersatu




Ketika hubungan Perikatan Nasional (PN) menjadi semakin rumit, dimensi baru dalam hubungan Umno dan Bersatu muncul yang memungkinkan hubungan kerjasama mereka semakin mencabar.
Majlis Tertinggi (MT) Umno baru-baru ini telah menetapkan asas bagi rundingan kerusi parti itu dengan sekutunya mereka dalam Muafakat Nasional (MN), iaitu PAS dan Bersatu.
Anggota MT Umno, Zahidi Zainul Abidin, memberitahu wartawan pada Rabu lalu bahawa BN - sebuah gabungan yang dipimpin Umno - akan meletakkan calon untuk setiap kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum (PRU) 2018.
Ia bermaksud, calon Umno akan tetap diturunkan di kerusi yang kini dipegang oleh anggota parlimen Bersatu.
Ketika dihubungi Zahidi menjelaskan bahawa asas yang ditetapkan oleh MT Umno untuk perundingan kerusi - membabitkan semenanjung Malaysia - adalah seperti berikut:
BN mesti meletakkan calon untuk semua 51 kerusi yang dimenanginya pada 2018;BN tidak akan meletakkan calon untuk 13 kerusi yang dimenangi Bersatu pada 2018; danBN akan meletakkan calon untuk sebarang kerusi yang dimenangi PKR, DAP dan Amanah pada 2018 dan jumlah undi menunjukkan BN menduduki tempat kedua.Ketetapan awal oleh Umno dalam isu perundingan kerusi menimbulkan dua masalah besar bagi Bersatu.
Pertama, daripada 31 ahli parlimen Bersatu sekarang, 15 merupakan bekas anggota Umno yang memenangi kerusi berkenaan menggunakan tiket BN sebelum melompat pada 2018 dan 2019.
Kedua, daripada 31 ahpi Parlimen Bersatu itu juga, 10 asalnya memenangi kerusi masing-masing menggunakan tiket PKR dan berada di tempat kedua dari segi jumlah undi ialah BN.
Satu daripada 12 kerusi
Dengan kata lain, Umno mahu BN meletakkan calon mereka untuk 25 kerusi yang kini dipegang oleh Bersatu.
Bagaimanapun ketetapan Umno bahawa BN tidak perlu meletakkan calon di kerusi yang mereka gagal menduduki tempat pertama atau kedua pula membuka beberapa peluang kepada Bersatu.
Berdasarkan keputusan PRU ke-14 lalu, terdapat 12 kerusi yang menunjukkan BN tidak menduduki tempat pertama (menang) atau kedua.
Bagaimanapun, PAS memenangi satu daripada 12 kerusi tersebut, manakala berada di tempat kedua untuk 10 kerusi lain.
Satu-satunya kerusi terkecuali daripada ketetapan yang dibuat Umno itu untuk Bersatu ialah di Keningau, Sabah. 
Masalahnya kemungkinan besar kerusi tersebut tidak akan dituntut Bersatu kerana sekutu PN, Parti Bersatu Sabah (PBS) mempunyai sejarah yang lebih menonjol di situ.


Sekiranya Umno dan BN tidak mahu berganjak daripada pendirian mereka ketika ini, bermakna ruang untuk Bersatu di Semenanjung Malaysia memang ada namun begitu sempit.
Menurut sumber yang dekat dengan Bersatu dan tahu mengenai strategi perundingan kerusi, parti itu akan berusaha mendapatkan peluang yang cukup untuk menang agar tidak tunduk kepada Umno sekiranya PN menang dalam PRU ke-15 nanti.
Selain meminta Umno untuk mengalah, satu pilihan lain ialah Bersatu berunding dengan PAS untuk mendapatkan 12 kerusi tadi.
Pilihan lain yang ada ialah Bersatu menawarkan diri bertanding di kawasan yang mempunyai etnik campuran dan lazimnya Umno dan PAS lemah di kerusi berkenaan.
Oleh itu, sasaran yang ada untuk Bersatu ialah kerusi PKR - yang kini mempunyai 34 ahli parlimen di Semenanjung Malaysia - dengan kebanyakan mereka mewakili kawasan pengundi bercampur-campur dengan jumlah Melayu signifikan.
Sekiranya strategi ini diambil, maka Bersatu akan melakukan anjakan besar berbanding 2018 apabila mereka meletakkan 54 calon di Semenanjung Malaysia bagi kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.
Apa pun, ketika pemimpin Umno dan PAS terus memalu gendang untuk PRU diadakan segera, detik Bersatu untuk mendapat lebih daripada 13 kerusi yang mereka menangi pada 2018 kini kian suntuk.
Andrew Ong & Hariz Mohd

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/09/jalan-sukar-dan-ruang-sempit-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
With Azmin In Muhyiddin S Bersatu To Grow Up

With Azmin In Muhyiddin S Bersatu To Grow Up

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 338 hits
FROM MALAY FIRST TO MALAYSIA FIRSTPuchong 22 Aug A fortnight ago Anwar Ibrahim said this about Mahathir Mohamad s new political party The Mole Aug 9 I think after 60 years of independence we have to mature from race politics I represent PKR...
Azmin Supporters Join Bersatu

Azmin Supporters Join Bersatu

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 423 hits
Azmin shows his membership card after filling in Bersatu membership form at Kongres Negata yesterday 8211 Bernama photo KUALA LUMPUR Former PKR deputy president Datuk Seri Mohamed Azmin Ali has officially announced that he and his supporter...
Azmin Bersatu Dengan Muhyiddin Selamatkan Negara Kata Pemuda Negara

Azmin Bersatu Dengan Muhyiddin Selamatkan Negara Kata Pemuda Negara

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 329 hits
KUALA LUMPUR Langkah bekas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan pimpinan parti bergabung dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin serta Perikatan Nasional adalah untuk menyelamatkan negara Ketua Pemuda Negara Afif Bahardin berkata ia ...
Pelik Sudah Kalah Dalam Bersatu Mahu Bertanding Di Dun Slim Pula

Pelik Sudah Kalah Dalam Bersatu Mahu Bertanding Di Dun Slim Pula

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 310 hits
Bersatu berasa pelik apabila calon bebas yang mewakili parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata ini kerana keputusan PRK di DUN ...
Bersatu Wujud Sayap Baharu Untuk Ahli Bersekutu

Bersatu Wujud Sayap Baharu Untuk Ahli Bersekutu

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 305 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan mewujudkan sayap baharu bagi membolehkan ahli bersekutu daripada golongan bukan Melayu dan bukan Bumiputera dapat bersama sama memegang jawatan dan menyumbang...
Rasmi Jk Pemilihan Bersatu Umum Muhyiddin Presiden Faizal Timbalan

Rasmi Jk Pemilihan Bersatu Umum Muhyiddin Presiden Faizal Timbalan

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 215 hits
Diterbitkan Hari ini 11 04 amPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diumum sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia secara rasmi hari ini bagi penggal 2019 hingga 2022 Sementara itu Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu...
Nepotisme Umno Gesa Timbalan Menteri Bersatu Letak Jawatan

Nepotisme Umno Gesa Timbalan Menteri Bersatu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 282 hits
Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris menggesa Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz meletakkan jawatan susulan tular surat sokongan bagi memohon anaknya dilantik dalam syarikat berkaitan kerajaan Dalam surat yang dituj...
Bersatu Jadi Gelanggang Rebut Jawatan

Bersatu Jadi Gelanggang Rebut Jawatan

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 207 hits
MSO Tersedar dari tidur petang tadi diganggu ucapan Muhyiddin Yassin yang merasmikan apa dinamakan Kongres Bersatu Negara Terdengar dia puji Ismail Sabri Yaacob dan Azmin Ali Terdengar juga Muhyiddin menyebut partinya sedia menerima apa apa...
Bersatu Moots New Non Malay Chapter As Azmin Supporters Join

Bersatu Moots New Non Malay Chapter As Azmin Supporters Join

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 341 hits
Bersatu president Muhyiddin Yassin has mooted the formation of a new chapter in the party that would allow non Malay associate members to hold positions This comes as Economic Affairs Minister Azmin Ali formally announced his move to join B...
Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

Siti Muncul Juara Siri Antarabangsa Malaysia

Jangan Sesekali Cerita Benda Ni Kat Bos

Pengiring Vip Semakin Menggila Terbaru Langgar Kereta Orang Awam

10 000 Langkah Program Kembara Madani Afiat Negeri Sarawak 2024

Pengalaman Seram Siapa Bagi Salam Dalam Surau R R


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Lirik Lagu Di Saat Aku Mencintaimu Dadali Dyrga

Jangan Politikkan Pemergian Daim Zainuddin

James Jacob Pengujung Pengerindu Chord

Layan Cucur Bawang Untuk Menu Tengahari

Maksud Gen Z Gen X Gen Y Gen Alpha Generasi Strawberry Dan Baby Boomers

The Fishermans Wife A Story Of Greed And The Fickleness Of Fortune