Jalan Keluar Dari Masalah Duniawi


 USTAZ MOKHTAR SENIK

HARI ini saya naik Grab dari Bandar Kuantan ke rumah saya di Kampung Kuala Penor. Tiba-tiba pemandu Grab meluahkan masalah yang sedang beliau hadapi. Beliau seorang suami dan ayah kepada 5 orang anak yang masih bersekolah.

Satu ketika dulu beliau berkerja dengan sebuah hotel 5 bintang. Gajinya agak lumayan. Sambil-sambil itu beliau buat bisnes sampingan. Dengan gaji dan pendapatan itu beliau mampu beli banglo, kereta dan keperluan lain yang agak mewah. Namun isteri beliau abaikan, ibu bapa di kampung sering putus belanja. Namun beliau tak banyak bertanya khabar. Beliau mabuk dengan kemewahan sendiri dan duit habis dengan kawan-kawan. Beliau dah lama tak tunai solat. Pernah beliau tampar isteri kerana kejutkan beliau solat Subuh. Mengenai anak-anak, beliau tak ambil tahu. Pernah anak sulung beliau ambil upah cuci kereta dekat car wash kerana nak bayar duit yuran asrama.
Itu dulu, awal tahun lepas bermulanya COVID-19 majikan hotel telah memberhentikan beliau bersama-sama beberapa puluh staf yang lain. Beliau mula berhutang sana sini kerana nak kekalkan hidup mewah yang pernah beliau lalui. Akibatnya hutang beliau semakin berlambak termasuk hutang dengan along. Empat ke lima kali orang-orang along datang cari dekat rumah. Anak-anak hanya mampu menangis bila orang-orang along tampar beliau depan anak-anak. Namun itu semua tidak pernah menjadikan beliau serik. Akhirnya isteri dan anak-anak bawa diri balik kampung di Negeri Sembilan. Khabarnya isteri beliau ambil upah jaga homestay orang di Kampung. Anak sulung dan ketiga (lelaki) bekerja dekat bengkel dan kebun sayur di dengkel. Yang masih sekolah rendah tinggal dengan mak mertua dan ayah mertua yang dah uzur.
Lantas beliau berkata sekarang beliau dah insaf. Hidupnya musnah sama sekali. Sepi, sunyi dan teman-teman pun ramai yang dah lari. Yang ada hanya ketakutan diburu oleh ejen-ejen kewangan tempat beliau berhutang. “Ustaz… tolong saya,” dengan nada sebak. Saya bukan nak pinjam duit bukan nak apa cuma tunjukkan saya jalan hidup yang sebenar. Saya dah buntu ini. Apa perlu saya buat? Lanjut beliau.
Saya pandang wajah beliau. Awan sedih bergayut lebat pada wajahnya. Sejurai air mata menghilir ke lekukan pipinya yang agak cengkung. “Sekarang encik solat tak?,” Tanya saya. “Tidak…,” ujar beliau perlahan sambil menggelengkan kepala dengan lemah. Saya beritahu beliau;
“Itulah salahnya encik dan punca segala masalah yang encik hadapi ini. Encik mahu keluar dari kemelut hidup dunia yang membebankan. Encik mahu lari dari tekanan perasaan. Encik mahu anak-anak dan isteri kembali kepada encik… Betul tak?”. 
Sebelum beliau jawab saya sambung lagi. “Tahu kah encik bahawa dunia ini ada tuannya? Hidup ini ada yang menciptanya? Anak-anak dan isteri encik itu ada tuannya termasuk diri encik iaitu Allah. Hanya Allah yang boleh menyelesaikan masalah encik. Tapi kalau dengan Allah sendiri encik ada masalah iaitu tidak pernah mahu sujud kepadaNya, bagaimana Allah akan menyelesaikan masalah encik? Sebelum encik fikir jalan penyelesaian mana yang nak diambil, terlebih dahulu encik mesti selesaikan permusuhan encik dengan Allah. Sujudlah kepada-Nya. Mengadulah kepada-Nya dan merintihlah kepada-Nya. Saya percaya kalau encik ceritakan masalah encik ini kepada teman-teman lain dan kawan-kawan yang pernah rapat dengan encik, mereka akan buat tak tahu bahkan menyampah mendengarnya bukan?”
“Ya Ustaz, kawan-kawan semua dah lari,” jawab beliau lemah. “Tapi encik, Allah tidak pernah jemu dan meluat dengan encik walau encik derhaka kepada-Nya 1,000 tahun sekalipun, asalkan encik bangun semula dengan penuh insaf dan bertaubat kepada-Nya. Jagalah solat,” tegas saya berulang kali sebelum kereta berhenti di hadapan pagar pondok saya. Beliau pegang tangan saya dan menangis sungguh-sungguh. “Ustaz doakan saya,” ujar beliau dalam sedu yang semakin berat. 
Selepas membayar RM17 tambang beliau. Beliau pun berlalu sambil berkata “Ustaz bersaksilah saya berjanji kepada Allah untuk kembali kepada-Nya.”
Saya perhatikan kereta beliau berlalu dengan perasaan yang juga pilu, namun saya gembira ‘Kuliah live’ saya hari ini berjaya membuatkan hati seorang hamba Allah berjanji untuk kembali kepada Allah, moga beliau berubah. Amiin.
(*) USTAZ MOKHTAR SENIK - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/jalan-keluar-dari-masalah-duniawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedah Sudah Temui Jalan Keluar Kepada Masalah Di Posisi Bek Kiri

Kedah Sudah Temui Jalan Keluar Kepada Masalah Di Posisi Bek Kiri

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 156 hits
Adakah Kedah Darul Aman FC sudah menemui penyelesaian kepada posisi bek kiri mereka yang tampak mungkin sedikit kekurangan watak Setakat ini Kedah hanya memiliki seorang pemain natural yang beraksi di bek kiri iaitu Ariff Farhan Md Isa Bel
Cara Ping Blog Di Kakiping Com Dan Troubleshoot Masalah Berkaitan Ping Blog

Cara Ping Blog Di Kakiping Com Dan Troubleshoot Masalah Berkaitan Ping Blog

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 227 hits
Cara Ping Blog Di Kakiping com Dan Troubleshoot Masalah Berkaitan Ping BlogAssalamualaikum dan salam sejahteraSebagai seorang blogger salah satu tujuan anda membuat blog adalah mendapatkan trafik yang tinggi Salah satu cara untuk mendapatka...
Aromatic Virgin Coconut Oil Membantu Atasi Masalah Keguguran Rambut

Aromatic Virgin Coconut Oil Membantu Atasi Masalah Keguguran Rambut

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 182 hits
Assalamualaikum semua FD rasa excited sangat nak share dengan korang pasal benda best ni Lagi lagi benda yang memang semua orang tau khasiat dan kebaikannya untuk semua orang Ye semua Sebab sesuai untuk bayi sehingga lah orang yang berumur ...
Warga Diberi Bansos Ayam Hidup Kemensos Tak Masalah

Warga Diberi Bansos Ayam Hidup Kemensos Tak Masalah

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 207 hits
Kementerian Sosial tak mempermasalahkan pemberian bantuan sosial berupa Bantuan Pangan Non Tunai dalam bentuk ayam hidup kepada warga Cianjur Kepala Bagian Publikasi dan Pemberitaan Kemensos Herman Koswara mengatakan yang terpenting adalah ...
Jatuh Ke Dalam Jurang Minyak Mempunyai Masalah Besar Pada Masa Akan Datang

Jatuh Ke Dalam Jurang Minyak Mempunyai Masalah Besar Pada Masa Akan Datang

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 234 hits
Harga minyak mentah kembali ke dalam dinamik negatif pada hari Selasa pagi di tengah keadaan yang tegang dengan tahap permintaan untuk emas hitam yang terbatas dengan latar belakang wabak coronavirus yang sedang berlangsung dan pertumbuhan ...
Klinik Dr Bazilah Di Seksyen 13 Shah Alam Merawat Masalah Kulit Dan Rambut

Klinik Dr Bazilah Di Seksyen 13 Shah Alam Merawat Masalah Kulit Dan Rambut

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 1109 hits
hai assalammualaikum Klinik Rawatan Kulit Dr Bazilah Di Shah Alam Ada sesiapa sini ada masalah kulit Tak kira la masalah kulit muka ke kulit badan ke ekzema masalah rambut pun hah ni ada satu tempat ni yang korang boleh pergi Tempat yang na...
Menggantung Parlimen Tak Bantu Selesaikan Masalah Ekonomi Negara Guan Eng

Menggantung Parlimen Tak Bantu Selesaikan Masalah Ekonomi Negara Guan Eng

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 212 hits
Pada 26 Januari 2021oleh AzieraOleh Aziera NHSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata penggantungan Parlimen oleh Kerajaan Perikatan Nasional tidak akan membantu rakyat Malaysia yang menghadapi masalah dalam krisis Covid 19 ini Guan Eng ya...
Ketahui 7 Cara Mengatasi Masalah Kembung Perut

Ketahui 7 Cara Mengatasi Masalah Kembung Perut

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 354 hits
Kembung perut atau perut masuk angin adalah satu keadaan yang mana perut mengeluarkan gas yang membuatkan seseorang itu berasa tidak selesa Ia boleh dikesan dengan bunyi kembung apabila diketuk dengan jari ataupun berbunyi seperti buih gas ...
Atasi Masalah Kulit Sensitif Dengan Koolit Calming Cream Koolit Soothing Lotion Koolit Gentle Body Wash

Atasi Masalah Kulit Sensitif Dengan Koolit Calming Cream Koolit Soothing Lotion Koolit Gentle Body Wash

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 168 hits
Assalamualaikum semua Sejak akhir akhir ni cuaca tak menentu kan Tapi bila cuaca panas tu memang takbole bawak bincang dia punya panas Sakit kulit jadi gatal gatal sebab FD sensitif sikit takbole berpeluh nanti mula la gatal gatal kulit ni ...
Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden

Kkb Result Shows More Malays Backing Govt Says Selangor Mb

14 Tahun Solo Raja Azura Kembali Bersuami

Japan Crowned Champions In Sultan Azlan Shah Cup For First Time

Viral Mengajak Youtuber Cantik Korea Selatan Ke Hotel Pegawai Kanan Kementerian Digantung Tugas

Asyraf Claims Ph Victory In Kuala Kubu Baharu

Hari Ibu 2024 Contoh Ucapan Hari Ibu Hadis Berkenaan Ibu



Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka


Lepak Mengopi Di Rumah Kopi38

Union Bistrot Pamer Gabungan Seni Kulinari Tradisional Dan Moden

Sertifikasi Kompetensi Barista Membaca Tren Kebutuhan Sdm Di Kalimantan Barat Saat Ini

Doa Majlis Perkahwinan Doa Untuk Pengantin Dalam Rumi Dan Maksud

Sofea Says Abun Uwee

Family Fun Starts Here Unleash The Power Of Nerf Blasters