Jalan Jalan Ke Melaka Bandaraya Bersejarah


 Assalamualaikum WBT 


ADA sekali fyp di Tik Tok, POV-nya, negeri-negeri menarik untuk dilawati di Malaysia. Ofkoslah negeri Melaka akan tersenarai. Kemudian ada satu komen ni dari orang Melaka, dia tanya, kenapa rakyat Malaysia suka sangat datang Melaka? Haruslah dikkk, Melaka Bandaraya Bersejarah, melawat Melaka bererti melawat Malaysia, bukan orang dari Melaka ke sendiri yang cakap pasal ni dan mengajak kami datang ke Melaka, hehehehe. Sk tak ingatlah sama ada Sk pernah ke Melaka masa kecik-kecik dulu tapi Sk pernah ke KL, rumah arwah Pak Itam. Kalau nak pergi KL mestilah lalu Melaka, kan. Cuma tak ingatlah singgah ke tidak negeri Melaka masa tu, hihihi.




Last datang Melaka bulan Julai lepas, masa tu kami menginap satu malam di Mudzaffar Hotel yang terletak di Ayer Keroh. Selepas check out, kami keluar Plaza Tol Ayer Keroh dan memang tak masuk pusat bandar. Datang kali ni, baru tahu rupanya Monster Mamee dah letak jawatan dan digantikan dengan Pinko Corntoz. Kak Azlina Hashim, orang Melaka beritahu dalam komen di fb Sk, monster mamee menyorok sebab nak kena berus bulu-bulu dia bertahun-tahun berpanas berhujan, hahaha. 



Itinerari hari pertama yang telah disusun oleh Pak Inche kita turutkan. Pukul 6.30 petang kami ke Dataran Pengkalan Rama yang terletak bersebelahan Sungai Melaka. Ada tarikan baharu di sini iaitu Windmill Pink Market dan Floating Market. Dekat jer dengan hotel, tak sampai 10 minit.



Seperti namanya Pink Market, khemah-khemah dan kerusi makan semua berwarna pink




Ada windmill berlampu berpusing-pusing ditiup angin. Tapi sebab masih siang lagi, lampunya belum dinyalakan





Kami terus berjalan menuju ke Floating Market. Masih banyak gerai boat yang belum dibuka tapi tulah, tinggi sangat pelantar dengan boat, Sk rasa macam gayat pulak nak membeli. Ironinya, tiada apa yang menarik hati dan tekak untuk dibeli. 



Tapi.... di Windmill Pink Market ni memang rambang mata dan tekak dibuatnya. Sk terus duduk di meja yang masih kosong sementara PI dan Iman mencari makanan. Macam biasalah, makanan dijual adalah makanan festival




Cendol PI (RM8)



Sk mintak Iman belikan Tongmo, tak silap ni RM12/ 3 pcs. Tongmo tu dia cucuk pada lidi, tiada sos disediakan tapi dia bagi somtam sikit



Ni Iman beli Fillet Ayam Bakar, tak tanya berapa harga. Lepas tu beli Vietnam Roll dan Cream Puff, tak ambil gambar dah. PI pulak ajak cari tempat makan lain




Kami nak beredar tu, barulah lampu-lampu windmill tu menyala. Sk dah malas nak keluarkan handphone, Iman jerlah ada ambil video




PI suruh cari dalam waze, Roti Canai Terbang. Nampak waze cadangkan Roti Terbang Mezan ni, PI kata, betullah kat situ. Tapi, malam tu tak ada show sebab bos yang buat show tu ke Terengganu ada perjumpaan RXZ. baguslah, Sk risau jer kalau roti canai tu terbang hinggap atas kepala Sk, hahaha




Mintak ais kosong, tatawlah ni dia ambil air kat Ayer Keroh ke? Tak sanggup nak minum, hahaha




Sk rasa kalau ada pun bos untuk buat show roti terbang tu, mesti show dibatalkan sebab angin kuat giler malam tu. Bayangkan la.. pasir-pasir yang kasar tepi jalan pun terbang masuk mata




Sk tanya, roti canai makan dengan kuah asam pedas ke? Tak.. dia memang bagi kuah dal tapi kalau nak asam pedas atau kari kambing kena order lain la. Jadi, Sk minta asam pedas tetel, PI minta Kari Kambing. Eh, kita datang Melaka, kenalah makan Asam Pedas Tetel. Eh, rasa dia seakan-akan Asam Pedas Tetel Hajjah Mona. Asam Pedas Tetel Melaka ni kan, dia ada satu rasa berempah yang lain dengan Asam Pedas Tetel Johor tau, unik rasa tu. Tapi, setakat ni, rasa berempah tu Sk jumpa dekat Hajjah Mona jer dan ni jumpa pulak rasa yang sama di Roti Terbang Mezan ni. Alaaa.. memang kalau datang Melaka pun kat situ jer Sk makan. Tapi tak jugak, kadang ada makan jugak dekat Asam Pedas Claypot


Tapi tu laaa.. walaupun asam pedas dia sedap, roti dia kerasnyaaaa. Agaknya dia memang tak buat lembut supaya tak koyak bila diterbangkan ke? Hahahaha. Tapi, setahu Sk, roti terbang tu untuk pertunjukan sahaja, yang tu dia tak jual untuk makan ya. Tapi memang agak susah nak koyakkan la, sampai nak terpulas siku Sk ni ha. Beza betul dengan roti canai yang Sk makan di Restoran Soto Warisan Kak Eida pagi sebelum bertolak ke Melaka tu. PI makan pun tak habis sebab kenyang koyak jer, hahaha. Baguslah, baru dia tahu kalau tak asyiklah datang Melaka jer ajak makan roti terbang




Hari kedua tu, ingatkan pagi lepas sarapan nak ajak PI jalan-jalan tapi hujanlah pulak. Pukul 2 petang cuaca pun dah elok cerah baru kami keluar. Cadangnya nak makan asam pedas (lagi???) depan Menara Taming Sari, dalam waze tunjuk dalam beberapa minit jer. Tapi, masuk jer Jalan Parameswara, kenderaan dah mula mengesot, hahaha




Lepas tu nampak Kopi Jail yang viral tu. Rasa nak berenti jer minum! Rasa nak berenti jer minum! Hihihi... lapar tengok




Aaaaa... ramai-ramai ni mesti nak tengok pakcik tukang rotan yang viral tu kannnn




Sejam eh baru sampai lokasi. Ni pun kami letak kereta dekat sebelah sanaaaaaaaaaaa tu haaa.. yang bangunan rumah kedai sebelah Hotel Holiday Inn tu, kemudian jalan kaki sampai sini, giler! Hahahaha. PI kata, baik kita jalan.. tak sanggup nak merangkak la tu (jammed). 



Lepas makan, jalan-jalan kat arked ni pulak, tak tahu la apa nama dia, Ole-Ole Melaka la kot. Seingat Sk masa ikut rombongan sekolah menengah dulu memang dah wujud tempat ni dan ada medan selera jugak. Tak boleh move on la makan Nasi Ayam Goreng kat situ, pertama kali makan makanan bernama Nasi Ayam Goreng. Ada nasi goreng, mungkin nasi ayam yang dibuat nasi goreng dan ada ayam yang digaul/ goreng bersama sambal serta sup. Tu la kot namanya Nasi Ayam Goreng




Kita tak boleh tengok tau benda-benda yang berunsur gajah ni, rasa nak sambar. Apa ke comel nau


Sebelum balik, singgah beli Keria Gula Melaka. Tak Melaka la kalau datang Melaka tak beli Keria Gula Melaka, hehehe. Sk makan KGM ni lama dah, Abang Long yang kenalkan, pelopornya yang di Klebang tu haaa. Zaman belum ada facebook, Tik Tok apatah lagi, belum disenyawakan kot, hahaha




Eh, dia ajak minum Mango Float pulak. Nak pulak yang ori, kat Kampung Sungai Putat. Sebelum ni pernah datang sini, Along bawa, tapi tak minum Mango Float sebab tak sanggup nak beratur




Duduk sebelah stall Koonyeet ni. 



Keluarkan la Keria Gula Melaka yang beli dekat dengan restoran asam pedas tadi. Nampak tu PI tengah korek buah mangga. 



Lama-lama duduk situ, tergoda dengan Cendawan Goreng Rangup ni. Sekotak ni, RM18, penuuhhhhh kotak... jenuh nak makan. Dari makan kat situ membawa ke hotel. Dari petang sampai ke malam tak habis-habis. Boleh jer rasanya kurangkan porsi dan kurangkan harga, sebab dia memang ada satu saiz ni jer. Kalau orang tu sorang jer nak makan, kesian jugak ek. sos cicahnya cheese tu tapi rasanya cicah kicap pedas lagi kick




Sampai Kampung Sungai Putat kami pusing, hahaha.. tu tak paaa... 



Malam tu PI kata nak makan capati. Dia sebab kami ni dah kenyang sangat tapi PI kata, Sk tak apalah, dianya nak kena makan ubat. Iyelahhh.. iyelahhhh.. nak makan apa? Nak capati ke apa ke yang ringan-ringan janji makan. Ahhh, tak adanya, memang dia nak capati tu. Sk waze, dua kedai capati, satu tu tak dapat dipastikan buka atau tutup, satu buka tapi kat Tehel, 30 minit. 30 minit tu kalau kat Melaka, jauh ya.. sebab Melaka tu kecik jer kan dalam peta


Gerai Capati Tehel ni gerai kampung. Meja dia semua dibuat dari papan yang ditukang sendiri. Bangkunya panjang macam bangku kantin. Rilek jer acik tu duduk atas pangkin sambil gelek capati. Ada dua periuk besar depan dia, periuk lauk la kot tapi lauk yang tinggal kari ayam jer, kari kambing habis. Sk dan Iman okey je ayam, tapi PI frust la tak adapt kambing, hihi. Orang tak putus-putus datang ya, memang femes kot Capati Tehel ni




Capatinya lembut betul, macam lempeng yang nipis. Teksturnya agak berminyak sikit, PI kata agaknya dia letak minyak sapi banyak. Oh, tataw pulak Sk kalau buat capati guna minyak sapi. Saiznya pun kecik jer lebih kecik dari pinggan tu. Menyesal pulak order sekeping aje, tak cukup, hahahaha. Capati sekeping RM1.50, kari sepiring RM5




Penutup JJCM Melaka ni acara wajib kami la iaitu singgah ke Coconut Shake Alai. Baru pukul 12.18.. pelanggan belum ramai cuma kami tiga beranak aje. Kakak dan abang tu tengah sibuk nak siapkan jualan, nasi lemak baru sampai agaknya, Sk terus ambil sebungkus seorang




Aisehmannn.. sambal asing pulak. Mungkin mengelakkan mudah basi. Pesan air kelapa dua aje, satu untuk PI yang original, untuk Iman yang ada air gula dan ais. Sk tak pesan air, air dorang ni pun dah banyak, ngecek jer seorang dua sedut, hahahaha


Nanti Sk blog lain makan kat Restoran Asam Pedas Lauk Kampung tu ya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/09/jalan-jalan-ke-melaka-bandaraya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Healing Di Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Healing Di Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 120 hits
Menemukan Ketenangan di Homestay Bonda Banda Hilir MelakaJika anda sedang mencari tempat untuk menyegarkan fikiran dan jiwa Homestay Bonda di Banda Hilir Melaka adalah pilihan yang tepat Terletak di lokasi strategik homestay ini menawarkan ...
Permohonan Bantuan Ipt Melaka One Off Pelbagai Peringkat Oleh Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

Permohonan Bantuan Ipt Melaka One Off Pelbagai Peringkat Oleh Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 89 hits
Ketahui Permohonan Bantuan IPT Melaka One Off Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Bantuan IPT Melaka One Off ini bertujuan meringa...
Pengambilan Jawatan Suk Negeri Melaka September 2024

Pengambilan Jawatan Suk Negeri Melaka September 2024

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 104 hits
Perkongsian mengenai jawatan SUK Negeri Melaka September 2024 Calon yang mencari peluang kerjaya boleh merujuk maklumat lengkap mengenai jawatan SUK Negeri Melaka September 2024 yang disiarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peluan...
Autism Walkathon Melaka 2024

Autism Walkathon Melaka 2024

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 180 hits
AUTISM WALKATHON MELAKA 2024 PENDAFTARAN CUMA RM 60 SAHAJA Jom sertai Autism Walkathon yang merupakan salah satu usaha dari Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia Melaka dengan kerjasama NCWO dalam menyokong anak anak autism di Melaka khasny...
Kes Sembunyi Kematian 4 Individu Dipenjara 20 Bulan Di Melaka

Kes Sembunyi Kematian 4 Individu Dipenjara 20 Bulan Di Melaka

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 93 hits
Meor Riduwan Meor Ahmadbhnews bh com myEmpat tertuduh dengan diiringi polis dibawa ke lokap mahkamah selepas prosiding kes selesai di Mahkamah Majistret 2 Ayer Keroh hari ini Foto NSTP Meor Riduwan Meor AhmadMELAKA Empat individu dijatuhi h...
York Permata Bersejarah Di Wheatbelt Western Australia

York Permata Bersejarah Di Wheatbelt Western Australia

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 114 hits
Assalamualaikum uollz Tak sangka dah 14 tahun rupa rupanya dari tarikh terakhir kunjungan kami ke York Terasa macam baru semalam je menggedix bersama anak3 di ladang gandum Tapi kalau tengok pada gambar di kunjungan pertama tu tak de la bez...
Comeback Selepas Keluar Tentera Nam Dareum Dilapor Akan Terajui Drama Bersejarah Baru

Comeback Selepas Keluar Tentera Nam Dareum Dilapor Akan Terajui Drama Bersejarah Baru

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 142 hits
Selepas keluar tentera Nam Da reum akhirnya akan kembali menemui penonton di kaca TV Artikel Berkaitan Terbaru menurut laporan media Nam Da reum telah disahkan untuk terajui drama bersejarah baru berjudul The Officer s Discussion Untuk peng...
Pesta Buku Melaka Tarikh Lokasi Aktiviti Menarik

Pesta Buku Melaka Tarikh Lokasi Aktiviti Menarik

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 125 hits
Untuk orang Melaka dan orang sekitar jom ramai ramai menghadirkan diri ke Pesta Buku Melaka 2024 Inilah peluang untuk kita mendapatkan pelbagai bahan bacaan menarik pada harga menarik yang ditawarkan oleh penerbit Pesta Buku Melaka 2024 mer...
Menginap 3h2m Di Court Yard By Marriot Melaka

Menginap 3h2m Di Court Yard By Marriot Melaka

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 115 hits
Assalamualaikum WBT HOME Sweet Home Syukur dah selamat sampai ke Tanah Jauhar petang semalam Macam biasalah dari Melaka ke Johor Pak Inche akan memandu mengikut jalan lama Sk mengambil alih pemanduan di Sanglang Pontian dah dekat hehehehe U...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Jangan Marah Unnn

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni