Jakel Umum 200 Pemenang Peraduan Beli Menang Pakej Umrah
Assalamulaikum & hai semua,
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan?
Itulah boleh BBL ungkapkan kepada 200 orang pemenang PERADUAN BELI & MENANG yang menawarkan pakej mengerjakan ibadah umrah secara PERCUMA tajaan JAKEL. Siapa sangka berbelanja beli kain dapat menang hadiah pakej umrah.
Semua pemenang ini dipilih dari kempen Beli & Menang cabutan hadiah 2017/2018 sempena Jualan Akhir Tahun 2017 hingga bulan Jun 2018 lepas. Oh kalu anda nak tahu, sebelum ini Jakel telah menaja 100 orang pemenang pakej umrah untuk peraduan sama. Lanjutan feedback positif dan penyertaan cukup mengalakkan dari pembeli setia, maka Jakel telah menambah bilangan jumlah pemenang ke 200 orang. Dengan lebih 50,000 borang penyertaan dari seluruh cawangan Jakel yang menawarkan hadiah utama peluang mengerjakan umrah selain hadiah wang tunai setiap minggu. Betul-betul rezeki ni dapat ke Tanah Suci free.
Cara nak join contest ni sangat senang. Cuma berbelanja atau beli produk jakel RM1,000 keatas seperti kain pasang, fabrik pengantin, baju siap pakai, langsir, karpet mahupun perabot dah layak masuk peraduan ini. Kemudian isi maklumat dan masukkan dalam kotak peraduan. Bestnya, cabutan dilakukan bersama-sama dengan Ketua Bahagian cawangan Jakel seluruh Malaysia dan semua pemenang datang dari semua cawangan. Tempoh hari ada pemenang dari Terengganu, Shah Alam, Segamat, Batu Pahat, Johor Bharu, Ipoh, Tanjung Malim, Sungai Petani, Kuantan dan Wakaf Che Yeh.
Seronok tengok wajah ceria pembeli setia yang tak sabar untuk berangkat ke Tanah Suci yang akan dikendalikan oleh pihak Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd yang cukup berpengalaman menguruskan pakej umrah. Malah rata-rata pemenang siri pertama kempen Beli & Menang Pakej Umrah memuji kemudahan dan perkhidmatan Alkhaiti Travel & Tours. Semua pemenang akan mengerjakan ibadah umrah mengikut tarikhd ditetapkan oleh mereka dan kumpulan pertama bakal terbang ke Mekah pada Januari 2019 nanti. Siapa tak seronok bila tak perlu keluarkan duit kerana Jakel Sdn Bhd akan menanggung semua perbelanjaan. Malah pada majlis tersebut, Jakel telah menyerahkan mock-up cek bernilai RM1.3 juta untuk perbelanjaan para jemaah umrah. Dari apa diberitahu, pakej umrah ini boleh dikatakan cukup mewah dengan hotel sangat berdekatan dengan Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Malah hadiah boleh dipindah milik dikalangan keluarga. Sesuai sangat anak beli kain untuk kahwin, menang pakej umrah boleh hadiah kepada mak ayah.
Satu usaha cukup murni Jakel Sdn Bhd sebagai syarikat tekstil 100% milik Bumiputera menghargai para pelanggan yang sentiasa menyokong Jakel yang cukup terkenal dengan tagline "Ingat Kain, Ingat JAKEL". Lagi pun majoriti pembeli Jakel merupakan bangsa Melayu dan beragama Islam. So hadiah pakej umrah 100% memang satu tawaran sangat berbaloi dan menarik bagi mereka yang tidak berkemampuan. Malah boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk mengerjakan haji suatu masa nanti.
Berita baik kepada pembaca blog BBL, sekarang JAKEL tengah buat Jualan Akhir Tahun 2018 kat semua cawangan Jakel yang sedang berlangsung dari 23 November 2018 hingga 6 Januari 2019 nanti. Ada diskaun 50% untuk koleksi kain-kain terbaru dengan corak fresh dan trendy sesuai untuk wanita serta seisi keluarga. Paling laku keras semestinya koleksi Hanis Zalikha Ramadhan 2019. Tak salah rasanya beli awal-awal busana raya raya tahun depan. Nanti bulan puasa tak payah berebut atau rusing size dah sold out kan.
Kalu nak update terkini promosi Jakel, boleh follow Instagram dan Facebook @jakeltextile . dah boleh slow-slow shopping Year End Sales kat gedung Jakel berdekatan okay!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2018/11/jakel-umum-200-pemenang-peraduan-beli.html