Jakarta Tegang Penyokong Prabowo Merusuh Lagi
Jakarta tegang: Penyokong Prabowo merusuh lagiPosted By: Pentadbiron: May 23, 2019 Print EmailPolis Indonesia sekali lagi menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan yang berterusan untuk malam kedua di sekitar bangunan badan pengawas pilihan raya raya di Jakarta Pusat, malam tadi, lapor media di republik itu.Tunjuk perasaan membantah keputusan pilihan raya presiden itu bertumpu di simpang jalan antara Jalan Wahid Hasyim dan Jalan Agus Salim dan kemudian merebak ke beberapa tempat berdekatan, lapor CNN Indonesia.Kekacauan bermula sekitar 6.20 petang waktu tempatan (7.20 malam waktu Malaysia) selepas pihak berkuasa meminta penunjuk perasaan supaya beredar setelah berbuka puasa, namun arahan tersebut tidak diindahkan.Polis melepaskan gas pemedih mata sebelum kemudiannya menggunakan meriam air apabila penunjuk perasaan bertindak lebih ganas melempar pelbagai objek termasuk batu, botol kaca dan mercun ke arah mereka.Malam tadi juga, bekas calon presiden yang kalah, Prabowo Subianto menggesa penyokongnya untuk pulang dan mengelak daripada melanggar undang-undang.“Saya mohon kepercayaan anda agar selalu bertindak dengan arif dan sabar, selalu menghindari kekerasan. Saya mohon saudara kembalilah ke tempat istirahat masing-masing, hindari tindakan di luar undang-undang,” katanya, dalam mesej melalui video yang disebarkan melalui media sosial.Prabowo dan pasangan bekas calon naib presiden Sandiaga Uno malam tadi juga sempat meninjau lokasi dan menziarahi hospital menjenguk mereka yang cedera.Polis semalam mengesahkan enam terbunuh dan lebih 200 cedera, namun angka sebenarnya setakat ini tidak dapat dipastikan.CNN Indonesia melaporkan sekurang-kurangnya ada lima kali suasana tegang naik turun antara polis dan penunjuk perasaan, sebelum pihak berkuasa menguasai sepenuhnya kawasan di depan badan pengawas pilihan raya itu sekitar pukul 10 malam waktu tempatan.Sementara itu, Tempo melaporkan polis semalam menahan 257 suspek yang mencetuskan rusuhan termasuk mereka yang menyerang asrama polis dan yang menaja upah kepada penunjuk perasaan.Siasatan awal mendapati kebanyakan mereka yang ditahan bukan warga Jakarta selain tidak mempunyai pekerjaan, lapor Tempo.Polis juga merampas barang bukti seperti busur panah, mercun, batu, sabit, bom molotov, telefon genggam serta wang sekitar Rp 8 juta (RM2,300) dan AS$2,700 (RM11,300).Kekacauan di Jakarta Pusat ini terjadi selepas suruhanjaya pilihan raya Indonesia mengumumkan Presiden Joko Widodo yang bergandingan dengan tokoh ulama Ma’aruf Amin terpilih sekali lagi sebagai presiden republik untuk penggal kedua.Mereka mengalahkan Prabowo dan Sandiaga dengan kelebihan 55.5% undi, atau lebih 85 juta daripada 154 juta undi, dalam pemilihan yang berlangsung 17 April lalu. Pasangan Jokowi dan Ma’aruf menang di 21 daripada 34 daerah. –
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2019/05/jakarta-tegang-penyokong-prabowo.html