Jais Siasat Menteri Berucap Di Masjid


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jul 31, 2023 9:28 PMJabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan siasatan berhubung aduan membabitkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang didakwa berucap di ruang solat di sebuah masjid di Rawang

Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya telah menerima aduan berkaitan perkara itu dan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama.

"Pihak Jais telah menjalankan siasatan dengan memanggil nazir masjid berkenaan bagi mendapatkan keterangan dan tindakan selanjutnya akan dibuat setelah siasatan selesai dilakukan.

"Jais ingin mengingatkan dan menegaskan kepada semua calon dan parti yang bertanding supaya berhati-hati ketika berada di dalam dan kawasan masjid / surau bagi mengelakkan sebarang perlakuan yang boleh membawa kepada perbuatan yang melanggar titah DYMM Sultan Selangor dan ketetapan Mais (Majlis Agama Islam Selangor)," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Shahzihan, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang melanggar titah Sultan Selangor dan arahan ,Mais.

Terdahulu, tular gambar di media sosial menunjukkan Fahmi berucap di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang di Rawang semalam.

Gambar berkenaan turut dikongsikan pentadbir akaun Facebook 'N13 Kuang' yang mendakwa perlakuan itu melanggar arahan Jais dan Mais, selain mempersoalkan di mana tindakan pihak berkuasa.

"Memang cakap tak serupa bikin. Terus terang langgar arahan Jais/ Mais. Calon BN pun turut ada sekali.

“Apa tindakan Jabatan Agama Islam Selangor mengenai perkara ini. Jangan kerana team dia orang jadi caretaker government, korang buat diam je," tulis hantaran tersebut.

Berkongsi hantaran itu di laman Twitter, Fahmi berkata dia hanya singgah di masjid itu untuk bersolat dan hanya dijemput oleh kariah masjid untuk mengulas mengenai isu membabitkan persembahan kontroversi kumpulan The 1975 baru-baru ini.

"Saya singgah untuk solat Zohor sahaja di masjid itu, sebab ia masjid paling dekat dengan lokasi program seterusnya.

"Alang-alang di situ, saya dijemput oleh kariah Masjid untuk ulas sedikit isu Kumpulan 1975.

“Tiada langsung sentuh isu lain," katanya.

Kumpulan 1975 dari United Kingdom baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas vokalisnya mencium pemain gitar lelaki ketika persembahan di Festival Good Vibes, selepas mengkritik kerajaan kerana melaksanakan dasar anti-LGBT.

Ini menyebabkan Fahmi membatalkan festival muzik berkenaan, manakala kumpulan itu dilarang daripada membuat persembahan di negara ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/07/jais-siasat-menteri-berucap-di-masjid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tular Dakwaan Menteri Berkempen Dalam Masjid Sekali Rupanya Ini Cerita Sebenar Yang Jadi Bahan Fitnah Politik

Tular Dakwaan Menteri Berkempen Dalam Masjid Sekali Rupanya Ini Cerita Sebenar Yang Jadi Bahan Fitnah Politik

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 241 hits
Tular dakwaan Menteri berkempen dalam Masjid sekali rupanya ini cerita sebenar yang jadi bahan fitnah politik Dia macam ini Ceritanya siang tadi YB Fahmi Fadzil datang singgah di Masjid Nurul Yaqin Sri Kundang untuk solat Zohor kerana ada p...
Bekas Imam Masjid Rusila Ini Sepatutnya Dijemput Ke Mana Mana Rancangan Tv Menteri Pun

Bekas Imam Masjid Rusila Ini Sepatutnya Dijemput Ke Mana Mana Rancangan Tv Menteri Pun

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 127 hits
Walak dalam Islam mengikut ahli sunnah Waljamaah ada sempadan bukan walak mcm syi ah menganggap maksum pemimpin mereka YB tolong beri ruang kepada agamawan seperti Ustaz dan Ustaz Nik Omar dalam media milik kerajaan TV dan radio RTM Ustaz Z...
Sprm Siasat Bekas Menteri Berhubung Tahanan Ahli Perniagaan Dato Malik

Sprm Siasat Bekas Menteri Berhubung Tahanan Ahli Perniagaan Dato Malik

papar berkaitan - pada 26/7/2023 - jumlah : 164 hits
MalaysiakiniSPRM akan menyoal siasat seorang bekas menteri kabinet bagi membantu siasatan berhubung penahanan dua ahli perniagaan yang terkenal dalam mengedar filem India dan membawa masuk artis dari negara itu untuk membuat persembahan di ...
Macc Probing Menteri Besar For Misappropriation Abuse Of Power

Macc Probing Menteri Besar For Misappropriation Abuse Of Power

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 306 hits
MACC is expected to call the menteri besar in for questioning soon PETALING JAYA The Malaysian Anti Corruption Commission is investigating a menteri besar for alleged misappropriation and abuse of power in the mining of rare earths Accordin...
Skb 3 Menteri Tentang Pakaian Jilbab Kenangan Pahit Dr Rakib Jamari Riau

Skb 3 Menteri Tentang Pakaian Jilbab Kenangan Pahit Dr Rakib Jamari Riau

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 107 hits
KELONGGARAN PAKAI JILBAB DALAM ANALISIS BACALEG DPR RI DAPIL 2RIAU DOKTOR H M RAKIB S H M Ag
Menteri Kpdn Salahuddin Jalani Pembedahan Akibat Pendarahan Otak

Menteri Kpdn Salahuddin Jalani Pembedahan Akibat Pendarahan Otak

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 128 hits
BernamaMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub telah disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar kata Setiausaha Akhbar Menteri Nur Syakirin Husnal Menerusi kenyataan pagi ini Nur Syakirin berkata Salahu...
Menteri Besar Incorporated Ceo Held Over Rm13mil Bribe

Menteri Besar Incorporated Ceo Held Over Rm13mil Bribe

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 219 hits
The two suspects at the Shah Alam magistrates court earlier today PETALING JAYA The CEO of a state s Menteri Besar Incorporated has been remanded for three days over alleged corruption and abuse of power in relation to a more than RM13 mill...
Menteri Kewangan Dedah Dokumen Lupus Hutang Peneroka Felda

Menteri Kewangan Dedah Dokumen Lupus Hutang Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 165 hits
Dokumen skim pengecualian hutang peneroka Felda yang menjadi kontroversi sejak diumumkan ditandangani oleh Menteri Kewangan semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sebahagiannya didedahkan kepada umum Menurut kenyataan Menteri Kewangan dok...
Penerbitan Sukuk Sebahagian Keputusan Jemaah Menteri Muhyiddin Bekas Pembantu Jawab Bukti Anwar

Penerbitan Sukuk Sebahagian Keputusan Jemaah Menteri Muhyiddin Bekas Pembantu Jawab Bukti Anwar

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 234 hits
Marzuki Mohamad menggesa kerajaan mendedahkan minit mesyuarat Jemaah Menteri pada 2020 untuk mengelakkan keraguan mengenai keputusan melupuskan hutang peneroka Felda PETALING JAYA Bekas pembantu Muhyiddin Yassin mendakwa penerbitan sukuk be...
Nikmati Kopi Lovns Dengan Cawan Berinsulasi Ais Pertama Dunia

Guangzhou Metro Dan Makan Di Restoran Halal Depan Masjid Huaisheng Guangzhou

Earth Symphony Green Cirque Fest 2024 A First Of Its Kind Eco Circus Celebrating Sustainability In Southeast Asia

Transit Oriented Developments The Way Forward

Telemovie Cik Petir Putrajaya Lakonan Nabila Razali

Zaman Sekarang Rakam Dulu Baru Tolong

Mpox Vaccination Kicks Off In Drc After 859 Deaths This Year

12 Waktu Paling Mustajab Untuk Doa Mudah Dikabulkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Mr Hiiragi s Homeroom Yang Diadaptasi Ke Siri Malaysia Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

5 Bukti Jelas Bagaimana Teknologi Moden Buat Kita Tak Reti Berfikir

10 Fakta Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Mr Hiiragi s Homeroom Astro Ria Sooka Fakta Yang Ramai Tak Tahu

5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat


Sambal Tumis Sotong

2 Perkara Islam Pilihan Pas Tahniah Mb Johor

Daiyan Trisha Pergilah Chord

Lg Shines At Idea 2024 Two Gold Awards Celebrate Innovative And Inclusive Design

Vietjet And Honeywell S Agreement A Milestone For Greener And Cleaner Aviation

Against The Trend Supplier Zf Foxconn Chassis Modules Expects Doubling Of Sales Until 2029