Jahak Natang Nim
Zainuddin Omar
Jahak si Awang ni.
Tuduh di Parlimen berlindung dengan imuniti Dewan untuk buat sentimen negatif.
Kalau ada bukti lapur pada Polis dan SPRM.
***************
RSN Rayer (PH-Jelutong) memberi tempoh 24 jam kepada Awang Hashim (PN-Pendang) untuk mendedahkan nama pemimpin DAP yang didakwanya menyimpan wang berjumlah RM94 juta di rumah.
Rayer menyifatkan Awang, ketika membuat dakwaan itu, sebagai bertindak semberono dan tidak bertanggungjawab, serta menggunakan kekebalan di Dewan Rakyat untuk membuat tuduhan liar.
Dia juga berkata tidak akan teragak-agak untuk mengemukakan usul agar Awang dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
"Jika benar ada bukti menyokong kenyataannya, saya cabar Awang dalam tempoh 24 jam untuk membuat laporan kepada SPRM dan nyatakan siapa ahli Parlimen DAP yang didakwa terkait dengan penemuan RM94 juta tersebut," katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 hari ini, Awang membangkitkan dakwaan penemuan wang tunai berjumlah RM94 juta yang dikaitkan dengan seorang bekas menteri daripada DAP.
“Begitu juga dengan kes RM94 juta, di mana seorang menteri DAP dikatakan terlibat. Sampai sekarang, kita masih tidak tahu sejauh mana siasatan telah dibuat,” katanya.
Ia mengundang kemarahan Rayer, yang bangun mencelah dan meminta tindakan tegas diambil terhadap Awang kerana menurutnya membuat tuduhan tanpa bukti terhadap DAP.
"Tindakannya adalah satu tindakan yang semberono dan tidak bertanggungjawab sebagai ahli Parlimen yang menggunakan kekebalan Dewan Rakyat untuk membuat tuduhan liar dan jahat," kata Rayer.
Namun Awang tidak mengendahkan teguran itu dan malah berkata, “Bila sebut sahaja pasal DAP, dia terus marah”.
“Dia ingat DAP ini malaikat yang suci,” katanya lagi.
Rayer kemudian menegur Awang dan mencabarnya untuk mengulang dakwaannya di luar Dewan Rakyat.
Sementara itu, Chong Zhemin (PH-Kapar) berkata dia tidak menemui sebarang berita atau kenyataan berkaitan kes yang dibangkitkan Awang.
“Saya google dan dapat berita SPRM telah mengeluarkan kenyataan ada pemimpin PN yang rumahnya terdapat RM5 juta. Jadi saya tidak tahu (berkenaand dakwaan), mana ada berita pemimpin DAP simpan RM94 juta,” katanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/11/jahak-natang-nim.html