Jaga Kain Kamu Sendiri Ultra Kiasu


Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Hormati pengasingan jantina panggung wayang di Terengganu ULTRA kiasu ini lebih baik diam daripada menyakitkan hati orang Islam Terengganu. Hormati keputusan dan kehendak rakyat Terengganu. Kita jaga kita.
Ultra kiasu menjadi panas punggung apabila mulai 1 Julai, kerajaan negeri Terengganu mengumumkan perlaksanaan pengasingan jantina di panggung wayang gambar (pawagam). Jabatan Pelancongan Terengganu telah melaksanakan garis panduan syariah bagi penganjur program pada 2018.
Lebih agresif lagi, ultra kiasu mahukan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan untuk campur tangan, membatalkan arahan berkenaan pengasingan jantina di pawagam oleh kerajaan Terengganu. Sia-sia sahaja duduk dalam Parlimen, hak Pusat dan hak negeri pun tidak faham dan tidak dapat beza.
Nasib baik kerajaan hari ini dipimpin oleh PN. Jika PH masih lagi memerintah, saya tidak boleh bayangkan hubungan kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri, berhubung isu ini. Alhamdulillah, Allah telah takdirkan PH jatuh, bagi memudahkan hubungan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri di bawah PN.
Ultra kiasu yang celupar ini ingat bandar raya Kuala Terengganu, macam bandar Teluk Intan. Ini negeri Terengganilah. Kamu jaga kawasan kamu, tidak perlu campur tangan urusan negeri orang lain. Negeri ini ada raja dan penguasanya. Lebih baik kamu duduk diam.
Lagi pun yang nak masuk panggung wayang, bukan kamu tetapi orang Terengganu. Selagi mana orang Terengganu bersetuju dengan langkah tersebut, siapa kamu untuk campur tangan.
Lebih baik kamu jaga, anak-anak kamu daripada terjerumus ke lembah kemaksiatan. Maklum sahaja anak-anak ultra kiasu ini, sudah tidak kenal halal haram. Mereka boleh duduk tinggal serumah walaupun belum mendaftar untuk mendirikan rumah tangga.
Negeri Terengganu negeri majoriti Islam, bukan Islam tidak sampai lima peratus, kenapa kamu harus panas punggung. Lagi pun wakil bukan Islam dalam kerajaan Terengganu tidak pula kedengaran membantah. Kenapa ultra kiasu ini suka campur tangan hal ehwal orang Islam? Kecuali kerajaan Terengganu menghalang kamu masuk gereja. Barulah kamu ada hak bantah. Ini rumah orang, kain orang. Kain sendiri bertahi, tidak pula kamu nampak.
Menurut ultra kiasu ini, kerajaan Persekutuan tidak wajar berdiam diri berkenaan perkara tersebut yang mungkin memberi kesan terhadap kemajmukan budaya di Malaysia. Apa? Budaya majmuk?
Cuba kira berapa ramai penduduk bukan Islam di Terengganu. Cuba tanya juga penduduk bukan Islam di Terengganu, adakah mereka bantah larangan tersebut.
Lagi satu, Cina Terengganu jauh berbeza dengan Cina ultra kiasu seperti kamu ultra kiasu. Cina Terengganu amat memahami suara hati majoriti. Penguasaan bahasa Melayu berada pada tahap tinggi, berbanding ultra kiasu ini.
Lagi pun saya tidak fikir pawagam Terengganu akan menayangkan cerita Cina, sebab bilangan orang Cina terlampau sedikit. Cina Terengganu, lebih selesa menonton cerita Melayu berbanding cerita Cina. Berbanding ultra kiasu ini. Saya amat yakin, mereka tidak langsung menonton cerita Melayu.
Pergilah ke rumah mereka dan buat survey. Saya amat yakin, tidak ada sebuah rumah ultra kiasu ini yang menonton berita, filem atau cerita Melayu. Rata-rata mereka menonton cerita dari Hong Kong dan Taiwan.
Ultra kiasu ini berkata lagi, Majlis Perbandaran Kuala Terengganu berundur ke belakang dengan melaksanakan perintah pengasingan jantina yang mungkin menggambarkan imej buruk buat negeri itu. Mana kamu tahu?
Orang Terengganu yang pergi pawagam, bukan kamu. Kalau kamu suka sangat dengan pagawam bercampur-campur, suruh sahaja anak dara kamu, menonton dengan teman lelakinya.
Memang negeri-negeri lain, tidak ada peraturan ini. Kerajaan Terengganu, mahu maju ke hadapan, berikanlah peluang. Ini belum apa-apa dah kutuk dan serang. Kadang-kala nak juga dengar suara Ikram, sokong atau bantah.
Ultra kiasu turut menyuarakan kebimbangan masyarakat bukan Islam yang khuatir dengan beberapa isu terkini, termasuk pembekuan lesen alkohol baru di Kuala Lumpur dan pengasingan jantina di pawagam Terengganu.
Saya tidak fikir juga pelancong yang datang ke Terengganu mahu menonton wayang dan minum kerana pagawam dan arak mereka lagi gah. Pelancong datang ke Terengganu kerana negerinya cantik, budaya menarik, orangnya baik. Bukan macam kamu ultra kiasu.
Satu lagi, sejak bila alkohol menjadi hak bukan Islam. Arak bukan sahaja larangan Islam, tetapi juga diharamkan oleh semua agama. Jika ultra kiasu ini berpegang kepada agama Kristian, berikan dalil atau hujah agama Kristian yang menghalalkan atau menggalakkan arak. Juga berikan dalil kepada saya, tentang agama Kristian membenarkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan.
Jika ada agama yang menghalalkan pergaulan bebas dan menghalalkan, saya berani mengatakan agama tersebut amat hina. Agama ini tidak layak untuk digelar atau dikategorikan sebagai agama. Istilah yang sesuai adalah ajaran sesat.
Larangan kerajaan Terengganu lebih kepada mencegah, kerana ada pasangan yang belum berkahwin bukan nak tengok wayang tetapi lebih kepada main wayang dalam pagawam.
Ultra kiasu ini juga berkata arahan itu juga perlu mempertimbangkan kegiatan menonton wayang juga adalah riadah keluarga. Betulkah? Ultra kiasu mengatakan statistik kementerian dalam negeri menunjukkan bahawa pawagan adalah tempat hiburan buat keluarga bukan tempat jenayah. Apa maksud keluarga kepada kamu?
Saya tidak fikir, kerajaan negeri Terengganu akan mengasingkan pasangan berkahwin, bapa dan anak, ibu dan anak. Sudahkah kamu bertanya kepada kerajaan Negeri Terengganu?
Ultra kiasu ini berhujah lagi, tiada pawagam di negeri lain yang melaksanakan peraturan bagi mengasingkan lelaki dan wanita. Biarkanlah negeri Terengganu mahu melakukannya, ini bukan Pulau Pinang.
Awal tahun ini, Wanita MCA turut menggesa pihak berkuasa supaya meneliti arahan yang melampau dan diskriminasi. Saya amat yakin, tidak lama lagi, rakan PN, MCA akan bersuara. Jika MCA bersuara lagi, tendang sahaja dia dari PN. Duduk dalam PN, menumpang untuk menang di kawasan majoriti Melayu yang ditandingi.
Jangan layan MCA ini, kecuali dia boleh buktikan dia boleh menang kawasan majoriti Cina. Selagi dia tidak menang, selagi itulah dia tidak layak mewakili orang Cina, meskipun namanya, parti Cina.
Saranan saya kepada ultra kiasu ini dan MCA, jangan campur tangan dalam hal ehwal orang Islam dan negeri majoriti besar orang Islam seperti Terengganu dan Kelantan. Kesemua negeri ini ada sejarah asal usulnya, seperti mana kamu daripada asal usulnya. Sedar dirilah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/jaga-kain-kamu-sendiri-ultra-kiasu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
No Maid No Problemo Diana Nasir Kongsi Tip Jaga 3 Anak Kecil Urus Kerja Rumah Sendiri Tanpa Pembantu

No Maid No Problemo Diana Nasir Kongsi Tip Jaga 3 Anak Kecil Urus Kerja Rumah Sendiri Tanpa Pembantu

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 343 hits
Mempunyai 3 orang anak yang masih kecil tidak menghalang personaliti media sosial Diana Nasir untuk menguruskan tiga orang anak dan dalam masa yang sama membereskan kerja rumah tanpa bantuan daripada pembantu rumah Ibu kepada The Angguns se...
Kami Minum Air Kencing Sendiri Etnik Rohingya Ceritakan Detik Hitam Sebelum Diselamatkan

Kami Minum Air Kencing Sendiri Etnik Rohingya Ceritakan Detik Hitam Sebelum Diselamatkan

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 290 hits
Nasib malang menimpa pelarian etnik Rohingya yang terdampar di laut baru baru ini Mengikut cerita mereka mendakwa dipukul oleh penyeludup malah lebih teruk terpaksa minum air kencing untuk teruskan hidup Perkongsian pengalaman pahit ini dib...
Hendak Dipenjarakan Anak Sendiri Ibu Kalsum Sedih Dia Anak Kandung Saya Keluar Dari Rahim Saya

Hendak Dipenjarakan Anak Sendiri Ibu Kalsum Sedih Dia Anak Kandung Saya Keluar Dari Rahim Saya

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 455 hits
Kalsum seorang Ibu yang sudah renta asal Desa Ranggegate Lombok Tengah mengaku sedih karena hendak dilaporkan anaknya M ke polisi hanya karena masalah sepeda motor Kalsum merupakan ibu dari M yang videonya viral Sebelumnya laporan M untuk m...
Nak Bela Rakyat Atau Nak Bela Diri Sendiri Nih

Nak Bela Rakyat Atau Nak Bela Diri Sendiri Nih

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 305 hits
Keputusan keluar Umno pada 2018 satu kesilapan kata Salleh July 1 2020 3 21 PMSalleh Said Keruak membuat permohonan menyertai Umno semula pada 26 Mei lalu KOTA KINABALU Bekas bendahari Umno Salleh Said Keruak mengesahkan beliau memohon untu...
Dap Cipta Ayam Sabung Melayu Lawan Melayu Islam Sendiri

Dap Cipta Ayam Sabung Melayu Lawan Melayu Islam Sendiri

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 403 hits
Fadzlan Yahya Sang Pemidato DAPMAKA berkatalah Roketkini Com Fadzlan Yahya Sang Pemidato DAP pada 30 Jun 2020 Antara tokoh DAP yang dikenali sebagai seorang pemidato yang hebat pada zamannya ialah Allahyarham Fadzlan Yahya Beliau merupakan ...
Dilema Generasi Sandwich Ketika Harus Jadi Tulang Punggung Orangtua Sekaligus Keluarga Sendiri

Dilema Generasi Sandwich Ketika Harus Jadi Tulang Punggung Orangtua Sekaligus Keluarga Sendiri

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 270 hits
Merawat orangtua memang sebuah kewajiban tapi harus sadar batasan biar nggak ada yang dirugikan
Buat Sendiri Nasi Beriani Sempoi Di Rumah Tak Perlu Beli Dah

Buat Sendiri Nasi Beriani Sempoi Di Rumah Tak Perlu Beli Dah

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 366 hits
Kalau teringin nak makan nasi beriani jom kita cuba buat sendiri di rumah Tak perlu beli lagi di kedai Harga di kedai pun agak mahal Buat sendiri di rumah lebih puas hati Jom kita cuba resipi perkongsian Hidayati Hana ini RESIPI NASI BERIAN...
Cctv Hospital Tunjukkan Rakaman Misteri Wheelchair Bergerak Sendiri Ditolak Ditarik

Cctv Hospital Tunjukkan Rakaman Misteri Wheelchair Bergerak Sendiri Ditolak Ditarik

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 307 hits
Ahh sudah Siapa pula yang main tolak tarik kerusi roda ni Pagi tadi portal The Sun ada kongsikan satu video di Twitter mereka yang menunjukkan sebuah rakaman CCTV yang merakam sebuah kerusi roda yang diletakkan di tepi tangga telah bergerak...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner