Jaga Jaga Lahad Datu Boleh Dilanda Gempa Besar


Pakar Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Felix Tongkul.
Jaga-jaga Lahad Datu boleh dilanda gempa besar Rakyat di negeri ini diminta berwaspada dengan kemungkinan berlakunya gempa bumi berskala besar di Lahad Datu dalam masa terdekat ini. R akyat di negeri ini diminta berwaspada dengan kemungkinan berlakunya gempa bumi berskala besar di Lahad Datu dalam masa terdekat ini.

PAKAR Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Felix Tongkul menunjukkan kawasan gegaran gempa bumi di Lahad Datu, Sabah yang direkodkan pada 26 Julai 1976. Pakar Geologi Sabah, Prof. Dr. Felix Tongkul menjangka gempa bumi bermagnitud 5.8 hingga 6.2 skala Richter boleh berlaku di kawasan tersebut.

Menurut beliau, gempa yang berlaku itu berpotensi menyebabkan kejadian tanah runtuh, keretakan dan kerosakan kepada struktur bangunan

LOKASI pusat gempa bumi yang direkodkan di Lahad Datu dan kawasan berhampiran sejak 1976. Walaupun kebarangkaliannya rendah, bandar Lahad Datu boleh berdepan ancaman tsunami berpunca daripada gempa bumi dasar laut di perairannya, selain di perairan Filipina atau Indonesia.

Kemungkinan itu berdasarkan kedudukan Lahad Datu yang dikenal pasti antara lokasi paling kerap dilanda gempa bumi di negeri ini, selain Ranau, berikutan kewujudan dua sesar aktif di daerah itu dengan ada antara gempa sebelum ini dikesan berpusat di laut.

Pakar geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Felix Tongkul, berkata walaupun kemungkinan tsunami akibat gempa bumi tempatan sangat kecil, gegaran kuat boleh menyebabkan tanah runtuh bawah laut dan ia boleh menghasilkan tsunami.

“Tsunami boleh juga berlaku tetapi sangat kecil kemungkinannya sebab air laut (di perairan Lahad Datu) agak cetek. Kita perlu air laut sangat dalam untuk menghasilkan tsunami yang signifikan.

KADAR kekuatan gegaran gempa bumi di Lahad Datu, Sabah yang direkodkan pada 26 Julai 1976. “(Bagaimanapun) Gegaran boleh menyebabkan tanah runtuh bawah laut di sekitar perairan Lahad Datu yang boleh menghasilkan tsunami juga, tetapi kemungkinan ini sangat tipis,” katanya.

Sebelum ini, Dr Felix mendedahkan kawasan pantai timur dan utara Sabah bermula dari Kudat hingga ke Tawau berisiko tinggi dilanda tsunami jika berlaku gempa bumi kuat dasar laut di Laut Sulu atau Laut Sulawesi.

Beliau mendedahkan tsunami setinggi satu hingga lima meter dari perairan Filipina dan Indonesia itu boleh sampai dalam masa sesingkat 30 minit sebelum membadai pantai timur dengan Tawau dikenal pasti paling terjejas kerana bentuk muka buminya yang rata.

GEMPA bumi mengakibatkan berlakunya rekahan tanah. Dr Felix yang juga Pengarah Pusat Kajian Bencana Alam Sabah UMS itu berkata negeri ini terdedah kepada ancaman tsunami jika gempa bumi kuat dasar laut berlaku di Peparit (Trenches) Manila, Mindoro dan Cotabato di perairan Filipina selain Peparit Sulawesi Utara, Indonesia.

Katanya, risiko tsunami adalah jelas berdasarkan rekod Filipina bahawa kawasan utara dan pantai timur Sabah pernah dilanda tsunami setinggi dua meter selepas gempa bumi kuat berukuran 7.5 skala Richter berpusat di Laut Sulu, Zamboanga pada 21 September 1897.

Sementara itu, katanya kawasan pantai barat termasuk bandar raya ini juga boleh diancam tsunami, namun risikonya agak rendah berbanding kawasan pantai timur berikutan kedudukannya yang jauh dari lokasi pusat gempa bumi dasar laut di negara jiran.

“Masih ada risiko, tetapi agak rendah sebab kedudukan sumber tsunami di Peparit Manila, Filipina yang agak jauh berbanding sumber tsunami di Peparit Sulu dan Peparit Sulawesi untuk pantai timur Sabah,” katanya.

PADA 5 Jun lalu, negara dikejutkan dengan kejadian gempa bumi 5.9 magnitud di Ranau, Sabah yang menggegarkan Gunung Kinabalu dan mengorbankan 18 nyawa. Gempa bumi sederhana itu dan beberapa gempa bumi susulan, membuka mata semua pihak bahawa Sabah sebenarnya tidak bebas daripada fenomena alam itu.

Hakikatnya, Sabah yang terletak berhampiran Lingkaran Api Pasifik sudah beberapa kali dilanda gempa bumi sebelum ini. Cuma kesan kerosakan yang kecil akibat gempa bumi berkenaan menyebabkan tidak ramai yang atau ambil kisah sehinggalah kejadian di Ranau yang menjejaskan Gunung Kinabalu itu.

Faktor pola gempa bumi inilah yang membimbangkan pakar geologi kerana satu gempa bumi lebih besar dijangka melanda Sabah pada bila-bila masa sahaja. Kali ini, lokasinya ialah Lahad Datu, iaitu sebuah daerah membangun yang terkenal dengan aktiviti perladangan dan industri berkaitan kelapa sawit di pantai timur negeri ini.

Jangkaan itu berdasarkan rekod gempa bumi di daerah itu yang pernah mencatat skala 6.2 pada tahun 1976, iaitu gempa bumi paling kuat pernah berlaku di Malaysia setakat ini.

DUA zon sesar aktif di Lahad Datu merentasi kawasan komersial, industri dan penempatan penduduk, sekali gus menambah kebimbangan mengenai kerosakan teruk yang mungkin terjadi. Gempa bumi kuat itu dijangka berulang kerana kejadian gempa bumi di Lahad Datu sejak 39 tahun lalu hanya mencapai tahap sederhana dan lemah selepas gempa terbesar pada 26 Julai 1976.

Berdasarkan rekod Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi yang berpusat di Lahad Datu dan sekitarnya berlaku hampir setiap tahun dengan dua daripada gempa itu berskala 5.7, iaitu pada tahun 1984 dan 1994. Pakar Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Felix Tongkul, berkata rekod USGS menunjukkan pola gempa bumi kuat dan sederhana di daerah itu berlaku lapan tahun hingga 10 tahun sekali. Katanya, selepas gempa bumi kuat pada tahun 1976, gempa sederhana menyusul lapan tahun kemudian iaitu pada tahun 1984, disusuli satu lagi gempa sederhana dengan skala sama 10 tahun selepas itu.

"Pada tahun 2004, iaitu 10 tahun selepas gempa sederhana berukuran 5.7 pada 1994, berlaku satu gempa bumi tetapi dengan skala lemah di kawasan Tungku, Lahad Datu.

"Gempa bumi juga berlaku pada tahun lalu di Kunak, juga dengan skala lemah. Ini menunjukkan selepas gempa bumi sederhana pada 1994 dan gempa bumi kuat pada 1976, belum ada gempa dengan skala sama sehingga kini.

"Apa yang membimbangkan, jika gempa bumi itu berlaku, ia mungkin pada skala besar dan menyamai apa yang berlaku pada tahun 1976," katanya.

PEMANDANGAN bandar Lahad Datu dari Teluk Darvel dipercayai berada dalam kawasan sesar aktif yang berisiko dilanda gempa bumi pada bila-bila masa. Felix berkata, apa yang membimbangkan ialah jika gempa bumi kuat yang diramalkan itu berpusat di kawasan bandar Lahad Datu.

Berdasarkan rekod USGS, gempa bumi pada tahun berkenaan dikesan pada kedalaman 8.6 kilometer dan pada kedudukan 4.94 utara 118.25 timur, kira-kira 12 kilometer ke barat daya bandar Lahad Datu.

"Pada tahun itu, walaupun berlaku gegaran kuat mengakibatkan banyak retakan tanah dan bangunan, kemusnahan tidak terlalu besar kerana bandar Lahad Datu ketika itu belum membangun.

"Sekarang, keadaan pembangunan jauh berbeza dengan jumlah penduduk yang besar dan banyak bangunan, khususnya premis komersial, industri dan perumahan," katanya.

BANGUNAN komersial di Lahad Datu turut berdepan risiko kerana dipercayai berada dalam zon sesar aktif. Lebih membimbangkan, Felix berkata ketika ini semua pihak seolah-olah hanya menunggu gempa bumi berlaku kerana tiada persediaan rapi menghadapi bencana itu, terutama di lokasi sensitif seperti kawasan yang ditebus guna.

"Bencana gempa bumi di negara ini hanya difikirkan selepas apa yang berlaku di Ranau kerana selama ini kita tidak berdepan masalah gempa yang serius, selain lebih menumpukan kepada bencana lain seperti banjir, kemarau dan ribut.

"Walaupun agak terlewat, persediaan rapi perlu diwujudkan segera untuk menghadapi gempa bumi, khususnya di Sabah berdasarkan kewujudan zon sesar aktif ketara di negeri ini," katanya.

Felix berkata, berdasarkan kajian Kumpulan Kerja Sesar Aktif dan Gempa Bumi yang turut disertainya, wujud dua zon sesar aktif di Lahad Datu iaitu sesar barat laut-tenggara dan sesar timur laut-barat daya.

PASAR rakyat Lahad Datu berdepan risiko kerosakan jika berlaku gempa bumi berpusat di kawasan bandar. Difahamkan, kedua-dua sesar itu menganjur di kawasan bandar Lahad Datu, merentasi kawasan komersial, industri dan penempatan penduduk, sekali gus menambahkan lagi kebimbangan mengenai kerosakan teruk yang mungkin terjadi.

Selain Lahad Datu, kawasan lain seperti Tawau, Kunak, Semporna dan keseluruhan kawasan berhampiran Teluk Darvel di pantai timur Sabah bakal menerima kesan teruk jika berlaku gempa bumi kuat.

Rekod gempa bumi di Lahad Datu:


Lebih 20 gempa bumi utama direkodkan sejak 1976 hingga tahun lalu.
Gempa bumi kuat 6.2 (1976) dan gempa sederhana 5.7 (1984, 1994).
Pusat gempa di sekitar bandar Lahad Datu, Tungku, Teluk Darvel, Kunak dan Semporna.
Dua zon sesar aktif iaitu barat laut-tenggara dan timur laut-barat daya. 
Senarai Gempa Bumi Utama di Lahad Datu (1976-2015):
(Tarikh - Magnitud - Kedalaman(KM))

25 Julai 1976 - 5.3 - 33
26 Julai 1976 - 6.2 - 8.6
26 November 1982 - 4.5 - 33
14 Mac 1984 - 5.7 - 50
4 Julai 1992 - 4.6 - 10
2 November 1994 - 5.7 - 55
6 Disember 1996 - 4.4 - 33
1 Oktober 2004 - 3.6 - 33
9 April 2008 - 4.5 - 49
21 Ogos 2010 - 4.2 - 54
28 Mei 2012 - 4.6 - 39 
GEMPA BUMI BUKAN KEJADIAN ASING BAGI PENDUDUK LAHAD DATU, KHUSUSNYA ETNIK TEMPATAN DI DAERAH ITU. MALAH, ETNIK IDAHAN ITU DIKATAKAN DAPAT 'MENGESAN' KEHADIRAN GEMPA BERDASARKAN CIRI GANJIL SEPERTI BUNYI SIULAN ANGIN.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/03/jaga-jaga-lahad-datu-boleh-dilanda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Index Case In Lahad Datu Infected When Attending Church

Index Case In Lahad Datu Infected When Attending Church

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 198 hits
The index case for the Belacon cluster in Lahad Datu is believed to be infected with Covid 19 from another person while attending church KHIS AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDINLAHAD DATU The index case for the Belacon cluster in Lahad Datu is belie...
Jururawat Pesan Ibu Czer Boleh Mandi Macam Biasa Jaga Tempat Luka Je Baru Cepat Ok

Jururawat Pesan Ibu Czer Boleh Mandi Macam Biasa Jaga Tempat Luka Je Baru Cepat Ok

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 335 hits
Ramai sahaja yang takut luka caesarean terbuka atau basah hingga nak mandi pun takut dan tak mahu Sedangkan bila tak mandi kuman duduk sedap berjimba dan berpesta pada luka dan menyebabkan luka lambat sembuh malahan lebih teruk menyebabkan ...
Anak Dan Suami Isteri Boleh Cari Tapi Adik Beradik Tak Mungkin Boleh Ganti Jaga Hubungan Kita

Anak Dan Suami Isteri Boleh Cari Tapi Adik Beradik Tak Mungkin Boleh Ganti Jaga Hubungan Kita

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 369 hits
Anak Dan Suami Isteri Boleh Cari Tapi Adik Beradik Tak Mungkin Boleh Ganti Jaga Hubungan Kita Menjaga hubungan silaturrahim dengan adik beradik kita sebenarnya bukanlah satu hal yang boleh diperlekehkan Besar tanggungjawabnya menjaga hubung...
Pantang Jumpa Air Berenang Rupanya Boleh Pupuk Yakin Diri Anak Jadi Lagi Berani

Pantang Jumpa Air Berenang Rupanya Boleh Pupuk Yakin Diri Anak Jadi Lagi Berani

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 391 hits
Sebut sahaja bermain kolam atau aktiviti mandi manda pastinya anak anak melompat keriangan Baik di rumah mahupun ketika menginap di hotel aktiviti dalam air adalah masa yang ditunggu tunggu oleh anak anak Aktiviti sebegini dapat memberi kes...
Emas Mengalami Kesukaran Untuk Naik Tetapi Boleh Turun Dengan Mudah Menjadi 1 500 1 600

Emas Mengalami Kesukaran Untuk Naik Tetapi Boleh Turun Dengan Mudah Menjadi 1 500 1 600

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 221 hits
Emas mengalami kesukaran untuk terus mengimbangi antara pertumbuhan sementara dan penurunan yang lain Pakar prihatin terhadap turun naik seperti itu dan takut bahawa logam berharga akan meneruskan aliran menurunnya Dasar monetari semasa ban...
2 000 Boleh Masuk Stadium 222 Tetap Tak Boleh Masuk Parlimen

2 000 Boleh Masuk Stadium 222 Tetap Tak Boleh Masuk Parlimen

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 182 hits
Penonton bola sepak kini dibenarkan masuk stadium berkuat kuasa 1 April Antara syarat yang ditetapkan ialah 10 peratus kapasiti atau 2 000 penonton di kawasan PKPB manakala bagi kawasan PKPP pula adalah 25 peratus kapasiti atau 8 000 penont...
Telegram Memperkenalkan Ciri Bual Suara Seumpama Clubhouse Termasuk Boleh Merakam

Telegram Memperkenalkan Ciri Bual Suara Seumpama Clubhouse Termasuk Boleh Merakam

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 161 hits
Telegram hari ini telah memperkenalkan ciri perbualan suara melalui saluran Telegram dengan tanpa had nombor peserta Menariknya berbeza dengan ciri bual suara yang terdapat pada Telegram Groups pada Telegram Channel ciri ini ditawarkan deng...
Main Sekejap Fokus Entah Kemana Mak Ayah Boleh Bantu Anak Buat Aktiviti Ni Di Rumah Boleh Uji Tahap Fokus Anak

Main Sekejap Fokus Entah Kemana Mak Ayah Boleh Bantu Anak Buat Aktiviti Ni Di Rumah Boleh Uji Tahap Fokus Anak

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 442 hits
Membuat aktiviti aktiviti menarik di rumah bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan ibu bapa dan anak anak malah ia juga dapat membantu si kecil untuk belajar dan meneroka Namun pasti sukar untuk dapatkan fokus daripada mereka kan Ada y...
Pas Tak Campur Umno Boleh Kerjasama Dengan Mana Mana Parti Pendirian Pas

Pas Tak Campur Umno Boleh Kerjasama Dengan Mana Mana Parti Pendirian Pas

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 235 hits
PAS tidak mencampuri urusan Umno sekiranya rakan sekutunya itu ingin menjalinkan kerjasama dengan PKR Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata dalam negara demokrasi kerjasama itu sentiasa terbuka namun PAS tetap berpendirian tidak akan menjal...
Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Pm Perlu Terus Tekan Untuk Menaikkan Gaji Minima Ke Rm2000



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Antara Pilihan

Hantam Terus Frans Kritik Dr Haji Murariau Dosen Akademi Dakwah Di Riau

Bahagia Ibu Meninggal

Makan Nasi Kandar Di Pelita Gateaway Seremban

Si Tomy Sesekali Selalu Akhirnya Menetap

Makan Sup Pahlawan Nasi Goreng Mega Di Rumah Makan Sup Abang Ijam