Jadual Jelajah Berbasikal Le Tour De Langkawi 2019 Ltdl
Tengah bersedih dapat 1.25% ke tuuu..... bersabarlah ya. Meh kita beramai-ramai pakat tunggu orang berlumba basikal, bukan selalu pun acara ni. Mudah-mudahan kuranglah rasa duka nestapa tu bersama lajunya putaran tayar basikal tu nanti
Oleh kerana Cikgu Azizul Azli Ahmad telah membuat penerangan panjang lebar, aku copy je kat sini. Dah dekat pukul dua pagi malas aku nak mengarang
Kisah penganjuran Le Tour de Langkawi:1. Acara istimewa ini mula dianjurkan pertama kali pada tahun 1996 yang merupakan idea asal Perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad, Wan Lokman Wan Ibrahim dan juga First Cartel. Menjelajah lebih 1’341 km dengan merentasi lebih lapan negeri
2. Nama acara itu diambil bersempena dengan nama destinasi permulaan acara iaitu Langkawi, Kedah Darul Aman. Namun begitu, terdapat beberapa edisi yang tidak mengambil tempat di Langkawi. Mula kat lain
3. Empat jersi menjadi rebutan pelumba dalam perlumbaan, iaitu Juara Keseluruhan; Raja Pecut; Raja Bukit; dan Pelumba Asia Terbaik
Selain itu, gelaran pasukan terbaik dan pasukan Asia terbaik diberikan sebagai pengiktirafan kepada pasukan yang paling cemerlang sepanjang kejohanan
4. Le Tour de Langkawi diwarnai oleh beberapa insiden, misalnya dua kali terpaksa dibatalkan pada tahun 2003 dan 2006 akibat hujan lebat di peringkat akhir
5. Pada tahun 1997 jelajah Sabah dan Sarawak terpaksa dihentikan kerana kargo yang membawa peralatan jelajah lewat tiba memaksa penganjur membatalkan jelajah di Sabah dan Sarawak sejak itu
6. Kejohanan ini juga pernah mengalami masalah kewangan sehingga memaksa pemilik acara ini pada tahun 2004 menjual keseluruahan acara ini kepada Simon Donellan
7. Destinasi perlumbaan pada tahun 2008 ditukar dari mendaki Genting Highland kepada Bukit Fraser kerana pada tahun itu kejohahan jatuh pada Tahun Baru Cina. Terdapat 150,000 pengunjung di Genting Highland yang boleh membahayakan pelumba di jalan raya
8. Sehingga kini hanya nama Anuar Manan tersenarai sebagai pemenang pada tahun 2010 sejak dianjurkan manakala Adiq Husainie pada tahun 2016 menjadi Pelumba Terbaik Asia. Kebanyakan perlumbaan dikuasai oleh pelumba dari Itali
9. Raikan temasya sukan ini dengan melihat bila perlumba ini akan melalui kawasan tempat tinggal kita
Tak lalu pulak kek rumah den tahun ni
........
Bank yang duit bertimbun, caj kita dari 6-18%, melabur di syarikat gred A pun bagi hibah/dividen 0.5% je. Fixed deposit with minimum RM10,000 pun rasanya paling bagus - promo yang masih valid - Bank Muamalat @ 3.99% . Bank Islam bagi 7% tapi kena park RM50,000 dan hang tak boleh withdraw within certain period, kalau tak... ZERO! (rujuk sini)
Ingat kisah Nabi Yusuf, tujuh tahun yang subur dan tujuh tahun yang kemarau. Semoga tenang hati kita. Sabaq naa...
© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruggedmom.com/2019/04/jadual-jelajah-berbasikal-le-tour-de.html