Jadikanlah Tarikh 11 Mei 2021 Sebagai Hari Kebangkitan Semula Umno


Jangan biar bahtera terus hanyut…Tanggal 11 Mei adalah hari kelahiran parti politik orang Melayu yang terulung di negara ini, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar) atau dalam bahasa Inggeris, United Malays National Organization (UMNO)

Parti politik yang lahir di Istana Johor dengan linangan air mata orang Melayu kini berusia 75 tahun. Dalam meniti usia jubli intan ini, kita saksikan UMNO sedang bergelumang dengan pelbagai masalah yang berpunca atas sebab integriti pemimpinnya sendiri.

Saya menyertai UMNO pada 1947, setahun selepas UMNO dilahirkan. Namun begitu, saya melibatkan diri sejak awal penubuhannya pada 1946 lagi tetapi ketika itu saya tidak dapat mendaftar keanggotaan kerana masih di bangku sekolah.

Sebagai veteran UMNO, saya yakin ramai juga veteran UMNO lain sangat sedih dan kecewa melihat konflik dalaman parti yang sedang berlaku.
Ini kerana UMNO sebuah parti yang sangat sinonim dengan orang Melayu dan jasanya terlalu banyak untuk dibandingkan dengan mana-mana parti politik lain di negara ini.

Menyingkap kembali perjuangan UMNO, seluruh rakyat harus mengetahui fakta bahawa negara ini dibentuk oleh UMNO. Ini kerana UMNO adalah antara pihak yang terlibat dalam merangka Perlembagaan negara.

UMNO juga membentuk Malaya menjadi Malaysia dan tiada sesiapa pun boleh menafikan segala kemudahan yang dinikmati oleh rakyat adalah hasil perjuangan pemimpin UMNO terdahulu.

Ketika British cuba mengambil alih kuasa raja-raja Melayu menerusi gagasan Malayan Union, tiada sesiapa pun yang melawan British kecuali orang Melayu yang bersatu dalam UMNO sehingga rancangan British itu gagal.

UMNO mengetuai gerakan kemerdekaan dan setelah British menyerahkan semula negara ini kepada raja-raja Melayu, UMNO mengubah sistem kerajaan daripada raja berkuasa mutlak kepada sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

UMNO yang memberi ruang dan peluang kepada semua kaum bukan Melayu untuk menikmati kehidupan yang adil dan saksama di negara yang disebut oleh British sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

UMNO jugalah yang menyatupadukan semua kaum dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan UMNO jugalah yang mempelawa kaum Cina dan India menerusi Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC) untuk sama-sama menyertai pilihan raya.

Namun, hari ini terdapat segelintir generasi muda sedang membangkitkan sikap membenci UMNO dan tidak mengenang jasa UMNO.

Tambah menyedihkan, bukan setakat orang bukan Melayu memperlekehkan UMNO, malah orang Melayu sendiri mencerca parti yang begitu banyak berjasa kepada mereka.

UMNO tidak bersalah. Jika berlaku kepincangan dalam pentadbiran negara, ia adalah atas kesalahan pemimpin atau individu tertentu. Pemimpin datang dan pergi tetapi UMNO harus teguh berdiri.

Janganlah kerana marahkan nyamuk maka kelambu dibakar. Begitulah kerana kesalahan pemimpin tertentu, tidak sewajarnya UMNO pula dihukum, dicerca dan dihina seolah-olah tidak lagi relevan.

Janganlah kerana tidak berpuas hati dengan pemimpin tertentu, orang Melayu terus berpecah dan menubuhkan parti-parti baharu untuk ‘membunuh’ UMNO pada pilihan raya umum.

Sebagai orang yang berpengalaman dalam krisis kepimpinan UMNO 1987, saya ingin menasihatkan semua pemimpin UMNO sekarang agar henti bertelagah sesama sendiri.

Percayalah, kita sendiri sedang menggelapkan masa depan anak bangsa. Jika terdapat perselisihan faham dan tidak berpuas hati sesama sendiri, UMNO mempunyai Majlis Jemaah Penasihat parti. Rujuklah kepada saluran yang dibentuk oleh UMNO itu bagi mencari penyelesaian terbaik dan bukannya saling memburukkan pemimpin sesama sendiri dalam media massa dan media sosial.

Saya melihat selama 22 bulan UMNO menjadi pembangkang, rakyat mula menilai semula kesilapan mereka menyingkir UMNO. Kebanyakan rakyat mula sedar, pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan tidak secekap Barisan Nasional (BN)untuk mentadbir negara dan gagal menunaikan janji-janji untuk membela rakyat seperti yang tercatat dalam manifesto pilihan raya.

Tetapi perkara ini jadi berbeza apabila UMNO berkongsi kuasa menjadi kerajaan Pusat dalam gabungan baharu bersama parti serpihan UMNO sendiri iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pas. Gabungan dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN) mula dikritik oleh rakyat kerana kelemahan-kelemahan dalam menangani masalah negara dan akibatnya graf sokongan UMNO kini mulai menurun kerana terpalit dengan kelemahan PN.

Untuk pemimpin UMNO, saya mohon tolonglah muhasabah diri. Jika kita tidak lagi mendapat sokongan dan gagal membawa bahtera perjuangan, berundur secara terhormat dan jangan biarkan bahtera terus hanyut.

Sayangilah UMNO lebih daripada sayangkan jawatan anda kerana jika bahtera UMNO karam, anak bangsa sendiri yang lemas.
Jika UMNO terpaksa berundur daripada menyertai kerajaan PN, maka berundurlah demi nama baik parti dan bersiap sedia untuk mengambil semula mandat rakyat bagi menubuhkan kerajaan pimpinan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Pemimpin UMNO harus berjiwa besar dan jadilah orang budiman. Jika diri kita dikaitkan dengan sebarang masalah berkaitan undang-undang, segera berundur dan beri laluan kepada pengganti.

Saya juga merayu kepada bekas pemimpin UMNO yang kini berada dalam parti serpihan7, kembalilah semula ke pangkuan UMNO.

Biduk berlalu, kiambang bertaut, begitulah seharusnya kita berbaik semula dan sudah-sudahlah menyimpan dendam kemarahan. Kembalilah bersama-sama demi memartabatkan lagi agama, bangsa dan negara.

Sempena sambutan ulang tahun jubli intan UMNO tahun ini, jadikanlah tarikh keramat 11 Mei 2021 sebagai Hari Kebangkitan Semula UMNO.

Oleh: Tan Sri Yussof Latiff

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/05/jadikanlah-tarikh-11-mei-2021-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiba Tiba Dah Bulan Mei Selamat Hari Pekerja 2021

Tiba Tiba Dah Bulan Mei Selamat Hari Pekerja 2021

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 532 hits
Tiba tiba dah bulan mei Lupa yang sebenarnya bulan april 30 hari je Bulan mei berapa hari pulak Bulan mei 31 hari Ingat dulu guna kaedah guna lekuk jari buku lima Ingat lagi tak Itulah kaedah paling mudah nak belajar dan ingat zaman sekolah...
Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2021

Selamat Menyambut Hari Pekerja 1 Mei 2021

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 407 hits
Pembudayaan Norma Baharu Dalam Dunia Pekerjaan Sejagat
Doa Hadith Doa Hari Ini 4 Mei 2021 22 Ramadhan 1442h Selasa

Doa Hadith Doa Hari Ini 4 Mei 2021 22 Ramadhan 1442h Selasa

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 285 hits
Hadist hari ini Selasa 22 Ramadhan Mubarak Dari Sayyidina Abdullah bin Amru bahwa Rasulullah bersabda yang maksudnya Puasa dan Al Qur an kelak pada hari kiamat akan memberi syafa at kepada seorang hamba Puasa berkata Duhai Rabb aku telah me...
Eur Usd Laporan Cot Pada 4 Mei 2021 Pmi Pembuatan Ism As Yang Lemah Menyeret Usd Turun Pada Hari Isnin

Eur Usd Laporan Cot Pada 4 Mei 2021 Pmi Pembuatan Ism As Yang Lemah Menyeret Usd Turun Pada Hari Isnin

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 245 hits
EUR USD 1H Semalam EUR USD menaikkan tahap pembetulan 127 2 1 2068 melantun daripadanya membuat pembalikan menyokong dolar AS dan memulakan penurunan ke tahap pembetulan 100 0 1 1990 Pergerakan semalam mudah diramalkan kerana pasangan itu h...
Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Raya Aidilfitri Pada Hari Khamis 13 Mei 2021 Ini

Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Raya Aidilfitri Pada Hari Khamis 13 Mei 2021 Ini

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 554 hits
PETALING JAYA Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi negeri negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada 13 Mei bersamaan hari Khamis ini Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Tan Sri Syed Daniel Syed Ahmad menerusi siaran...
Selamat Hari Guru 16 Mei 2021

Selamat Hari Guru 16 Mei 2021

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 342 hits
Selamat Hari Guru Kepada Semua Pendidik 16 Mei 2021 merupakan sambutan hari guru di seluruh Negeri Umi mengucapkan selamat hari guru 2021 untuk guru guru yang pernah berjasa mendidik umi dan semua diluar sana Jasa guru amat amat dihargai Wa...
Selamat Jalan Ramadhan Sempena Hari Hari Terakhir Ramadhan Nukilan Azad Jasmi L 11 Mei 2021

Selamat Jalan Ramadhan Sempena Hari Hari Terakhir Ramadhan Nukilan Azad Jasmi L 11 Mei 2021

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 353 hits
Wahai Ramadhan aku rindu padamuAku ingin buat hatimu terpaut padakuJika kau pulang ke Rabb MuPohonlah doa agar kita nanti bertemuIngin ku tungguMoga tahun depan kasih bersatu kembaliJika aku belum dipanggil IlahiWahai Ramadhan saat kau jadi...
Bpr Fasa 2 Tarikh Penting Jumlah Baki Bayaran Bermula Esok 7 Mei 2021

Bpr Fasa 2 Tarikh Penting Jumlah Baki Bayaran Bermula Esok 7 Mei 2021

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 987 hits
Tahukah anda pembayaran fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat bernilai RM2 75 bilion secara berperingkat akan dikreditkan ke akaun pemohon bermula esok Walaupun ada pemohon yang sudah menerima pengkreditan beberapa hari ini namun secara rasminya p...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof