Jadi Ke Mana Malaysia Kita


 
Moga memorandum persefahaman kerajaan-pembangkang menjurus pada reformasi yang diperlukan
By Azmil Tayeb- 23 Sep 2021



Bagi menyambut Hari Malaysia pada 16 September, Aliran menganjurkan sebuah webinar berjudul “State, Society and Economy in Transition: Whither Malaysia?”

Tujuan webinar diadakan adalah bagi mentaksir keadaan semasa di Malaysia dan ke mana hala tujunya dalam beberapa tahun lagi. Prema Devaraj, Khoo Ying Hooi, Terence Gomez dan saya selaku panel, yang dimudah cara dengan baik oleh Zikri Rahman – kesemua kami merupakan anggota Aliran.

Webinar ini dimulakan dengan gesaan untuk merenung ke dalam diri: apakah erti menjadi rakyat Malaysia sebenarnya ketika Hari Malaysia ini?

Identiti kebangsaan kita sebagai warga Malaysia seringkali tidak dipedulikan. Namun, seperti yang kita tahu, ianya sebuah identiti yang seringkali bersimpang-siur dan menandingi antara penanda identiti lainnya seperti agama, etnik, gender serta orientasi seksual.

Ambil contoh keputusan mahkamah baru-baru ini yang akhirnya membenarkan kaum ibu berkerakyatan Malaysia yang berkahwin dengan pasangan asingnya untuk mempunyai hak kewarganegaraan Malaysia kepada anak mereka. Sebelum keputusan yang cukup penting ini, wanita warganegara Malaysia dilihat seperti warga ‘bawahan’ jika dibandingkan dengan lelaki warga Malaysia. Nampaknya, tidak begitu lagi.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Maksud kewarganegaraan serta rasa berkebangsaan seringkali berubah mengikut perubahan dan tuntutan zaman. Perkara ini memerlukan renungan kendiri dari kita semua rakyat Malaysia.

Melihat dengan tajam isu berkaitan identiti kebangsaan ini, kita perlu merungkai pengajaran dari tembok etno-keagamaan yang cukup jelas berlaku di semenanjung Malaysia serta usaha untuk memperbesar autonomi negeri yang dapat kita perhatikan di Sabah dan Sarawak. Mudah kata, seperti apa idea kita untuk menjadi warga Malaysia campur tangan, atau bahkan melanggar hak mereka yang tidak berkongsi idea yang sama?

Misalannya, seperti apa seorang warga Malaysia yang percaya kepada idea bahawa Malaysia sebuah negara Islam, manakala seorang lagi warga Malaysia merasakan negara ini sebagai negara sekular.



READ MORE:  Selamanya Malaysia - Lagu untuk Malaysia

 
Samalah dengan, bagaimana dengan seorang warga Malaysia dari Malaysia Timur yang percaya bahawa ia adalah hak Sabah dan Sarawak untuk mengurus soal imigresen warga Malaysia dari semenanjung, yang menampakkannya seperti negara dalam negara. Warga Malaysia yang lain mungkin berpendapat bahawa untuk menjadi warga Malaysia adalah untuk diperuntukkan hak untuk bergerak tanpa disekat serta untuk bermaustatin di mana pun di dalam negara ini.

Ini merupakan beberapa isu yang barangkali mengganggu dalam kita bergelut untuk memahami apa ertinya menjadi warga Malaysia – sebuah maksud yang sepatutnya digagaskan pada nilai kesetaraan, solidariti dan keadilan.

Ekonomi yang didukung negara dapat berfungsi sebagai alat untuk memastikan kesamarataan dapat dicapai masyarakat dengan mengecilkan jurang kelas. Jurang di antara mereka yang ada dan tiada semakin melebar luas ketika pandemik ini akibat dari kadar penggangguran dan penggunaan tenaga kerja tidak penuh yang semakin meningkat. Banyak perusahaan kecil dan sederhana juga dihentikan akibat dari terkesan dengan Covid yang menggugah ekonomi.

Terence Gomez menyokong kuat bahawa kerajaan pusat, melalui pengawalan ratusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, mengatur apa yang ditermakan sebagai ‘ekosistem kerajaan’ bagi memperkukuh ekonomi dan menyediakan rakyat dengan jaringan sosial bagi mereka yang terkesan dengan pandemik.

Malangnya, kerajaan pusat, sejak bermulanya pandemik, mengeksploitasi pula ‘ekosistem’ ini sebagai sumber kuasa naungan bagi memperkukuhkan kedudukannya dalam mendakap erat kekuasaan.

Sebuah kerajaan yang tidak berkhidmat untuk rakyat dan hanya obses untuk mengekalkan kuasa hanya akan mengembangkan apa yang disebut Khoo Ying Hooi sebagai “defisit kepercayaan” kepada masyarakatnya. Rakyat akan berhenti untuk berharap kepada kerajaan ketika waktu sukar, kerana mereka percaya bahawa ia hanyalah radas untuk memperkaya dan memperkukuh para elit.



READ MORE:  What does being a 'Malaysian Family' mean?

 
Defisit kepercayaan yang melebar terhadap kerajaan akan mengakibatkan ramai orang untuk tidak lagi berminat dengan politik, yang barangkali mengakibatkan mereka tidak lagi berminat untuk mengundi, jika mereka melihat tidak perbezaan yang kualitatif di antara kerajaan dan pembangkang.

Saatnya kerajaan tidak lagi mewakili rakyat serta menggunakan radas yang menindas bagi memeras pembangkang, masyarakat sivil perlu ke hadapan dan mengatur gerakan bagi memastikan kerajaan telus.

Walaupun di dalam bahaya dan kekangan pandemik, kita melihat riak-riak penentangan terhadap kerajaan menerusi gerakan Hartal Doktor Kontrak serta protes #Lawan di tengah kota Kuala Lumpur. Kita memerlukan tekanan berterusan dari masyarakat sivil kepada kerajaan bagi memastikannya bertanggungjawab terhadap tindakan dan memberi respon kepada keperluan sosial.

Kejayaan baru-baru ini  – langkah untuk mewartakan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara di Selangor serta kejayaan tuntutan nelayan di Pulau Pinang menolak kelulusan penilaian kesan alam sekitar melibatkan projek tambak mega – sekaligus membuktikan bahawa gerakan masyarakat sivil yang berterusan berfungsi. Namun, perjuangan ini cukup panjang dan sukar dan kadang, tidak pula membuahkan hasil.

Jadi, ke mana, Malaysia kita? Sebuah memorandum persefahaman ditandatangani di antara kerajaan dan pembangkang, yang melibatkan reformasi institusi seperti undang-undang melibatkan lompat parti, pilihanraya semula serta had waktu dua penggal bagi PM, nampak menjanjikan di atas kertas. Ia barangkali akan memastikan kerajaan untuk kekal stabil – sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya akan datang.

Namun, adakah memorandum persefahaman ini hanyalah sebuah gabungan mudah, yang nampaknya seperti gencatan senjata, atau petanda wujud sebuah politik bentuk baru? Kerajaan yang goyah dengan majoriti tipis serta tidak dijangka ini barangkali memerlukan kerjasama bipartisan sebagai langkah penstabilan.



READ MORE:  Whither Malaysia? - Poised for change

 
Apa pun, kita berharap agar semua ini akan menjurus kepada reformasi yang sangat diperlukan dan sekaligus mengecilkan jurang defisit kepercayaan rakyat.

Azmil Tayeb
Editor bersama, Surat berita Aliran
21 September 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/jadi-ke-mana-malaysia-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes 1mbd Singapura Selesai Beberapa Bulan Di Malaysia Dah Hampir 3 Tahun Di Mana Dan Siapa Yang Lembab

Kes 1mbd Singapura Selesai Beberapa Bulan Di Malaysia Dah Hampir 3 Tahun Di Mana Dan Siapa Yang Lembab

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 462 hits
Pembaharuan 7 perkara yang diperkenalkan oleh kerajaan sekarang juga bukanlah penyelesaian pokok dan menyeluruh Kes rayuan hendaklah dengan amaran bahawa hukuman berat sedang menunggu jika rayuan itu ditolak ini supaya rayuan bukan sekadar ...
Laman Memorial Covid 19 Malaysia Dibangunkan Kenang Mangsa Terkorban

Laman Memorial Covid 19 Malaysia Dibangunkan Kenang Mangsa Terkorban

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 195 hits
BERNAMA Ia menyiarkan gambar dan info mengenai arwah atau mendiang yang diperoleh daripada perkongsian waris atau keluarga Petugas kesihatan berpakaian lengkap PPE ketika pengebumian jenazah pesakit Covid 19 Gambar Bernama Sebuah laman sesa...
Kpmg Akan Bayar Rm333 Juta Kepada Kerajaan Malaysia Untuk Penyelesaian 1mdb

Kpmg Akan Bayar Rm333 Juta Kepada Kerajaan Malaysia Untuk Penyelesaian 1mdb

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 222 hits
Bagi memenuhi semua tuntutan berkaitan dengan tanggungjawab fidusiari mereka KUALA LUMPUR Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa KPMG telah bersetuju dengan penyelesaian bernilai RM333 juta bagi memenuhi semua tuntutan yang berkaitan denga...
Malaysia Day Reflection Ripe For The Picking

Malaysia Day Reflection Ripe For The Picking

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 243 hits
Wishing all Selamat Hari Malaysia in the spirit of the new national tagline Malaysian Family The current economic political and social development seemed to be Though there is a political truce for at least a year to enable Malaysia to get ...
Low Awareness On Malaysia Day Even After 58 Years Says Sabah Mp

Low Awareness On Malaysia Day Even After 58 Years Says Sabah Mp

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 289 hits
Children waving flags of Sabah Sarawak and the Jalur Gemilang at a Malaysia Day celebration in Kuching last year KOTA KINABALU Malaysians might be celebrating the 58th birthday of the nation today but actually how far do they value its impo...
Sarapan Pagi Hari Malaysia

Sarapan Pagi Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 250 hits
Assalamualaikum Hi korang Terbalik cerita kan update lunch dulu baru update breakfast dari semalam SA kat tingkat atas sebab buat kuarantin kendiri kan saje nak jauhkan dari berjangkit demam ngan Mak Abah atau Dania so SA hanya turun untuk ...
Ride And Jog Series Kayuhan Hari Malaysia

Ride And Jog Series Kayuhan Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 296 hits
Ride and jog Series Kayuhan Hari Malaysia Hari ni kayuh port biasa Lebih laju sikit dari biasa Lepak lepak jap kat jeti Hari ni air naik sikit Layan snap video barang sekeping dua Terbaeekkk terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger...
A Convoy Of Classic Proton Sagas Stirs Nostalgia On Malaysia Day

A Convoy Of Classic Proton Sagas Stirs Nostalgia On Malaysia Day

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 180 hits
Ramlan Masron says the purpose of the convoy was to showcase the country s first national car to the younger generation PUTRAJAYA A convoy of 45 Proton Sagas travelled about 100km from Bukit Kapar Klang to the Perdana Putra building here an...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun