Jadi Jutawan Jual Saudara Sebangsa



BUTTERWORTH: Segelintir etnik Rohingya sengaja mengambil kesempatan ‘menjual’ bangsa sendiri demi keuntungan dunia walaupun menyedari kedaifan dan kesengsaraan rakan senegara di Myanmar mahupun kem pelarian di Bangladesh.

Malah, ada dalam kalangan mereka sudah bergelar jutawan hasil memeras ugut saudara sebangsa dan seagama itu.

Kadar upah atau caj untuk menyeludup mereka ini di Malaysia juga bukan murah iaitu antara RM8,000 dan RM16,000 seorang.

Alasan caj dikenakan mahal kerana mereka ini akan diseludup menggunakan kapal dagang dan bukan lagi bot nelayan seperti sebelumnya.

Ketua sindiket penyeludupan migran terbesar warga Thailand Na Yok Thong @ Tong yang kini sudah ditahan pihak berkuasa negara itu dilapor pernah mengaut keuntungan sekitar RM30 juta selama tiga tahun mengendalikan kegiatan haram berkenaan.

Kini, saki-baki ahli kumpulan Tong kembali mengaktifkan kegiatan haram itu susulan pengumuman kerajaan Bangladesh yang mahu menghantar pulang etnik Rohingya ke Myanmar.

Mendedahkan perkara itu, seorang lelaki Rohingya mahu dikenali sebagai Ghulam, 40, berkata terdapat sekurang- kurangnya 20 rakan senegaranya menjadi ejen kepada sindiket penyeludupan migran.

“Mereka menjadi tali barut kepada warga Thailand yang mendalangi kegiatan ini.

“Kenakan caj antara RM8,000 dan RM16,000 setiap individu yang mahu datang ke Malaysia,” katanya ketika pertemuan di satu lokasi rahsia sekitar negeri ini.

Menjelaskan lanjut, Ghulam berkata, terdapat sekurang-kurangnya dua pendaratan dilakukan sejak Disember tahun lalu.

“Sindiket kini menggunakan kapal dagang untuk membawa etnik Rohingya ke Malaysia. Kapal apa saya tidak tahu, maklumat diterima ia setinggi tiga tingkat.

GHULAM

“Semuanya bermula di Cox’s Bazar (Bangladesh) yang mana sindiket akan kumpulkan sesiapa sahaja yang mahu ke Malaysia menggunakan sampan kecil di sungai-sungai.

“Mereka kemudian akan dipindahkan ke kapal dagang yang berlabuh sekitar kawasan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kapal dagang itu akan belayar selama lapan hingga 10 hari untuk tiba di perairan antarabangsa tidak jauh dari Malaysia.

“Apabila keadaan selamat, sindiket akan menggunakan bot nelayan ataupun bot pemancing untuk membawa masuk pelarian Rohingya ke Malaysia. Laluan laut sering digunakan untuk pendaratan dilakukan di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis,” katanya.

Katanya, operasi pemindahan dari kapal dagang ke daratan sering dilakukan pada lewat malam.

Ghulam berkata, kapal dagang digunakan sindiket itu pula mampu memuatkan sehingga 300 pelarian pada satu masa.

“Pelarian-pelarian ini mempunyai ejen tersendiri. Contohnya 300 orang atas kapal dagang itu. Setiap ejen menguruskan 20 hingga 30 pelarian.

“Ejen ini terdiri daripada etnik Rohingya sendiri. Mereka akan menguruskan penempatan dan pembayaran wang sebelum ia diserahkan kepada ketua sindiket,” katanya.

Katanya, berdasarkan maklumat diterima daripada ahli keluarganya di kem pelarian di Cox’s Bazar, sindiket sudah menghubungi setiap ahli keluarga mendakwa kapal dagang itu sudah tiba di Malaysia.

LALUAN laut sering digunakan sindiket untuk pendaratan PATI.

“Namun, sehingga kini sindiket masih belum membenarkan pelarian atas kapal untuk bercakap dengan ahli keluarga mereka.

“Pada masa sama sindiket mengarahkan setiap keluarga (di kem pelarian) untuk menyediakan wang yang cukup untuk proses penyerahan pelarian (atas kapal) kepada rakan atau ahli keluarga mereka di Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai kaedah pembayaran, Ghulam berkata, dua cara proses berkenaan boleh dilakukan.

“Sindiket akan arah keluarga di kem pelarian membayar kepada ejen mereka di sana.

“Kedua, ahli keluarga atau rakan di Malaysia membayar kepada ejen sebaik proses penyerahan dilakukan. Namun, dalam pengetahuan saya, sindiket lebih gemar menggunakan kaedah pertama,” katanya.

Sementara itu, sumber keselamatan ketika dihubungi Harian Metro, mengesahkan saki baki ahli sindiket yang pernah benaung bawah organisasi Tong cuba mengaktifkan kembali kegiatan penyeludupan.



#sumber




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/jadi-jutawan-jual-saudara-sebangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiara Hujan Hujanan Jual Donat Di Tengah Corona Alasannya Bikin Mewek

Tiara Hujan Hujanan Jual Donat Di Tengah Corona Alasannya Bikin Mewek

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 210 hits
Seorang gadis kecil rela hujan hujanan demi menjual donat di saat orang lain mengurung diri di rumah karena virus corona Kejadian ini terlihat pada video yang diunggah akun Instagram arum medsos pada Selasa Video tersebut langsung viral dan...
Ningsih Tinampi Jual Obat Dengan Harga Rp 35 Ribu Klaim Bisa Sembuhkan Corona

Ningsih Tinampi Jual Obat Dengan Harga Rp 35 Ribu Klaim Bisa Sembuhkan Corona

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 258 hits
Ningsih Tinampi kembali menjadi sorotan publik Ini lantaran dirinya menjual obat yang dapat menyembuhkan seseorang dari virus corona Obat tersebut ia pasarkan lewat akun YouTube pribadinya Di video tersebut nampak puluhan obat yang dikemas ...
Emas Mempercepat Jual Beli

Emas Mempercepat Jual Beli

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 299 hits
Emas telah menurun dalam jangka pendek setelah ditolak oleh rintangan dinamik yang sangat kuat Ia diperdagangkan pada tahap psikologi 1 700 kejatuhan semasa yang dijangkakan selepas kenaikan terakhir Harga emas telah menurun juga kerana USD...
Mb Kaedah Jual Beli E Bazar Ramadan Jamin Kualiti Juadah

Mb Kaedah Jual Beli E Bazar Ramadan Jamin Kualiti Juadah

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 351 hits
SHAH ALAM 16 APRIL Kerajaan Negeri akan mengumumkan kaedah jual beli sistem e bazar selewat lewatnya minggu depan kata Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata mekanisme itu bergantung kepada aspek logistik termasuk mengambil kir...
Ni Cara Aku Dapat Income Rm7 10k Hasil Promote Jual Ebook

Ni Cara Aku Dapat Income Rm7 10k Hasil Promote Jual Ebook

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 402 hits
NI CARA AKU DAPAT INCOME RM7 10K HASIL PROMOTE JUAL EBOOK Siapa AKU Aku lah Ejen Viral Aku buat bisnes Affiliate Ebook terjual then aku akan dapat komisen Aku dah buat bisnes ni sejak beberapa tahun lepas Kembali aktif selepas Peluang Berta...
Da I Wan Tegur Aliff Syukri Gara Gara Jual Topeng Bocor

Da I Wan Tegur Aliff Syukri Gara Gara Jual Topeng Bocor

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 509 hits
Baru baru ini sebuah potongan video daripada Instagram Live Datuk Seri Aliff Syukri aliffsyukriterlajaklaris telah tular di media sosial apabila dia menunjukkan demonstrasi penjualan penutup muka dan hidung kepada pengikutnya Apa yang lebih...
Aliff Syukri Batal Jual Facemask Kalis Air Henti Cari Salah Saya Lagi

Aliff Syukri Batal Jual Facemask Kalis Air Henti Cari Salah Saya Lagi

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 505 hits
Sebelum ini kecoh kembali nama usahawan Aliff Syukri sekali lagi dikecam gara gara menjual facemask yang dikatakan kalis air namun tetap juga bocor setelah dicurah dengan air ke dalamnya Berikutan daripada kecaman yang bertalu talu diterima...
Hiburan Aliff Syukri Nafi Menipu Batal Jual Topeng Muka Kalis Air

Hiburan Aliff Syukri Nafi Menipu Batal Jual Topeng Muka Kalis Air

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 435 hits
Baru baru ini Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi dikecam teruk selepas kantoi cuba menjual topeng muka bocor Malah video demonstrasi Aliff turut mendapat perhatian dunia dan tular di laman komuniti terkemuka Reddit sehingga menjadi bahan j...
Jual Beli Secara Terbuka Dalam Tempoh Pkp Haram

Jual Beli Secara Terbuka Dalam Tempoh Pkp Haram

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 362 hits
Patuhi arahan kerajaan agar urus niaga diberkati BANGI Jabatan Mufti Negeri Perak menegaskan hukum menjalankan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh kerajaan secara terbuka semasa Perintah Kawalan Pergerakan adalah haram Menurut jabatan itu...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemakanan Ibu Gdm Jangan Sekat Makan Tapi Bijak Pilih

Imuniti Anak Lemah Kurang Bersenam Antara Penyebabnya

Kegunaan Servis Lori Roro Dan Lori Pembuangan Sampah Di Kl

Ya Allah Permudahkanlah Urusan Jodohku

Buat Lelaki Di Luar Sana Fikir Fikirlah Sebelum Kahwin Lagi

Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi