Jadi Chef Kena Bijak Serba Serbi Bukan Ilmu Masak Sahaja Jom Dengar Kisah 5 Chef Hotel Crystal Crown Pj


Sembang petang dengan Eksekutif Chef Fathurrazi, Sous Chef Faridul Ataras, Senior Chef De Partie Suriani, Demi Chef Muhamad Khairil serta tenaga paling muda Demi Chef Ardy Daniel berlangsung di Brass Café , Hotel Crystal Crown, PJ . Bagi bakal-bakal Chef dan adik-adik yang nak menyertai dunia kulinari dan perhotelan Chit Chat bersama  5 Chef  ini boleh dijadikan panduan.
Dari kiri Chef Khairil, Chef Ardy, Chef Fathurrazi, Chef Faridul dan Chef Suriani
Benarlah jangkaan min barisan chef ini kesemuanya telah mula minat memasak sejak daripada alam persekolahan lagi. Yang pasti setiap daripada mereka mempunyai pengalaman menarik di dapur bermula dari rumah sendiri, yang kini membuka laluan karier mereka kini.
Mereka mengakui kerjaya chef bukan sekadar tahu ilmu dan masakan sahaja, tetapi ia menuntut lebih daripada itu. Kebijaksanaan mengurus, ilmu sains, ekonomi, matematik dan kreativiti seni dan idea inovatif adalah kemahiran dan pengetahuan asas yang penting dan berjalan seiring dengan kepandaian memasak.
Eksekutif Chef Fathurrazi Mohamed yang mengetuai dan menyelia kumpulan 29 orang chef di sini mengakui,“Dahulu sebelum menceburi kerjaya ini, saya sendiri pernah mempunyai tanggapan cukup sekadar pandai memasak seseorang sudah boleh dianggap menjadi chef serba boleh. Ketika itu saya fikir ia kerjaya mudah tanpa tahap akademik yang tinggi, kerana itulah saya memilih bidang ini.
Tetapi sebaik memasuki kerjaya ini dan kini lebih 20 tahun menjadi chef, saya sedari bahawa dapur adalah untuk orang yang bijak matematik dan ekonomi, arif ilmu sains makanan dan kesihatan serta mahir mengurus dan membuat perancangan teliti dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.” Fathurrazi juga memikul tanggung jawab untuk mengurus dan melatih tenaga chef muda serta memimpin penyediaan bankuet untuk aturcara dan juga sajian di coffee house.

Menurut Senior Chef De Partie , Suriani Yup, yang arif dalam pembuatan pasti dan kek serta berpengalaman lebih 20 tahun di hotel Crystal Crown, “Sangat penting untuk chef memastikan sukatan dan suhu yang tepat agar masakan yang dibuat terjamin kesegaran rasa dan kualtiti, seperti apabila membuat adunan kek dan pastry yang amat ‘sensitif dan tidak menjadi jika salah sukat atau silap melaras suhu menjadi terlalu tinggi atau terlalu rendah.”
Bagi Faridaul Ataras Ab Razak pula seorang chef perlu sentiasa kreatif dalam menghias hidangan dan mencipta serta mengeluarkan idea yang baru dalam masakan. “Contohnya dalam menu ikan salmon, seorang chef tidak boleh terikat dengan kaedah resipi yang sedia ada contohnya digril dan panggang seperti lazimnya hidangan barat. Menu salmon boleh ditukar menjadi ‘aunthentic Malay’ dengan mengubahnya sebagai masakan asam pedas.”
Sebagai Sous Chef, Faridul menjelaskan tanggung jawabnya menuntut kepantasan menguruskan masa dan bijak menyediakan menu terutama apabila menjayakan bankuet di dalam sesuatu majlis dan aturcara yang berlangsung di dalam dan di luar lokasi hotel yang perlu memenuhi tempahan skala makanan yang besar.

Buat Muhammad Khairil Abdullah pula Crystal Crown adalah hotel pertamanya sejak dia mula menceburi kerjaya ini yang kini memasuki enam tahun iaitu bermula sebagai ‘commis chef’ dan kini menyandang tugas Demi Chef.
Dia bersyukur kerana walaupun masih muda dalam bidang ini, tetapi dia berpeluang mengasah bakat dan kemahiran daripada ketua dan rakan sekerja senior yang tidak lokek ilmu.Menyimpan impian untuk membuka kedai makanan sendiri pada masa hadapan, katanya,“ Saya amat mengagumi Chef Wan yang sentiasa mempunyai idea yang bernas dan kreatif dalam menghasilkan menu masakan.
Bagi menjadi chef yang berjaya, saya perlu bersedia menerima teguran dan meningkatkan kemahiran melalui pembacaan buku masakan dan menambah ilmu serta mengikuti perkembangan dan variasi masakan melalui televisyen dan media sosial.
Mendekati chef paling muda yang baru berusia awal 20an, Demi Chef Ardy Daniel, pemuda dari Kota Kinabalu, Sabah, gigih mengadaptasi diri dalam masa sebulan kerana perbezaan makanan yang berbeza daripada tempat kelahirannya.
“Suasana kerja yang harmoni dan rakan pasukan kerja yang saling bekerjasama memudahkan saya untuk menyesuaikan diri dengan cepat.Ketua yang membimbing membuatkan saya merasa bangga menjadi ahli dalam pasukan chef yang hebat di sini,” kata Ardy yang meyakini kerjaya chef sebenarnya membuka ruang untuknya ke bidang perniagaan makanan apabila tiba masanya nanti.
TERIMA KASIH : Crystal Crown Hotel, 12 Lorong Utara A, Off Jln Utara, Petaling Jaya, Selangor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/11/jadi-chef-kena-bijak-serba-serbi-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Pergi Nursery Beli Crystal Guava Kena Buli Dengan Dida

Kisah Pergi Nursery Beli Crystal Guava Kena Buli Dengan Dida

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 580 hits
Hi korang Amboi makin lambat SA bersiaran erk maaf la ye keadaan tak mengizinkan nak kena rehat betul2 baru boleh nak tengok blog ke apa hari ni SA rasa sedikit ok kat office aircond tak sekuat semalam cuma tadi tengahari ada sedikit rasa p...
Masih Ingat Kisah Lelaki Ditelan Ular Sawa Di Segamat Pada 1995 Ini Kisah Sebenarnya Yang Ramai Tak Tahu

Masih Ingat Kisah Lelaki Ditelan Ular Sawa Di Segamat Pada 1995 Ini Kisah Sebenarnya Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 843 hits
KIRA KIRA 22 tahun dahulu ketika zaman tidak wujud lagi media sosial seperti Facebook negara pernah digemparkan dengan tragedi seorang lelaki ditelan seekor ular sawa di pekan Tenang Stesen Segamat Johor Masih Ingat Kisah Lelaki Ditelan Ula...
Dari Tertawa Hingga Menangis Saat Mencabut Nyawa Ini Kisah Tamatnya Riwayat Malaikat Maut

Dari Tertawa Hingga Menangis Saat Mencabut Nyawa Ini Kisah Tamatnya Riwayat Malaikat Maut

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 740 hits
Izrail dikenal dalam ajaran Islam sebagai malaikat yang diutus oleh Allah SWT sebagai malaikat pencabut nyawa bagi setiap makhluk yang hidup baik dari golongan manusia maupun jin Allah memberikan kemampuan yang amat luar biasa kepada Izrail...
Kisah Penyakit Imam Junaid Sembuh Setelah Wudhu Dan Sholat

Kisah Penyakit Imam Junaid Sembuh Setelah Wudhu Dan Sholat

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 209 hits
Imam Al Junaid Al Baghdadi merupakan seorang sufi besar yang menjadi panutan kaum muslimin hingga saat ini Bahkan beliau menjadi rujukan utama kalangan Muslim Sunni dalam bidang tasawuf Organisasi yang didirikan oleh Syaikh Hasyim Asy ari i...
Kisah Heroik Pemuda Korea Bertempur Membela Kemerdekaan Indonesia

Kisah Heroik Pemuda Korea Bertempur Membela Kemerdekaan Indonesia

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 256 hits
Komaruddin alias Yang Chil Sung atau Yang Chil Seong seorang pria yang berasal dari Korea Selatan Dia juga yang melatih anggota Pasukan Pangeran Papak ilmu kemiliteran mulai dari menembak membuat bom hingga intelijen alias telik sandi
Kisah Mak Enung Lepas Dari Jerat Rentenir Dan Berbagi Tips Sukses

Kisah Mak Enung Lepas Dari Jerat Rentenir Dan Berbagi Tips Sukses

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 250 hits
Praktik bank keliling atau rentenir tetap ada hingga saat ini Masyarakat terutama golongan ekonomi lemah dibuat tak berdaya akibat bunga utang yang mencekik Hal ini juga dialami oleh Nurhayati 47 tahun Wanita asal Desa Jampang Kecamatan Kem...
Dia Telah Pergi Selamanya Kisah Pasangan Tabah Ini Buatkan Ramai Sebak

Dia Telah Pergi Selamanya Kisah Pasangan Tabah Ini Buatkan Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 624 hits
Dia telah pergi selamanya kisah pasangan tabah ini buatkan ramai sebak Jodoh ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan kepadaNya kita dijadikan kepadaNya juga kita dikembalikan Sebuah kisah yang tular ini membuatkan ramai sebak ikuti perkongsi...
Terperangkap Gempa Kisah Aneh Pemuda Ini

Terperangkap Gempa Kisah Aneh Pemuda Ini

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 325 hits
Rumah Isbar Susanto Catatan Perjalanan Gempa Siri 10 Terperangkap Gempa Kisah Aneh Pemuda Ini SEORANG lelaki muda dari Bulukumba adalah mangsa gempa bumi dan tsunami yang terselamat di Palu Sulawesi Tengah Dia mengalami kejadian aneh untuk ...
Kisah Calon Penumpang Lion Air Selamat Karena Terjebak Macet

Kisah Calon Penumpang Lion Air Selamat Karena Terjebak Macet

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 250 hits
Sony yang bertempat tinggal di Bandung mengatakan setiap pekan dia harus terbang ke Pangkal Pinang dengan menggunakan maskapai Lion Air Dikarenakan terjebak macet Sony mengaku sampai di Bandara Soekarno Hatta sekitar pukul 06 20 WIB Padahal...
Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Worldcoin Dan Ai

Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension

Lady Renounces Malaysian Citizenship In Video Gets Bashed By Nationalist Netizens

Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah

Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free