Jabatan Peguam Negara Pinda Hak Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara






 Oleh: Helmi Mohd Foad

Jabatan Peguam Negara sedang merangka draf cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan wanita tempatan di luar negara hasil perkahwinan bersama lelaki warga asing di luar negara, kata Menteri Dalam Negeri.

Beliau memberitahu pindaan itu melibatkan Perkara 14(1)(b) bagi memasukkan perkataan ibu dengan tujuan membolehkan kewarganegaraan anak diperoleh secara perundangan.

"Pada asalnya (pindaan) adalah untuk memasukkan satu perkataan iaitu ibu namun atas nasihat Majlis Raja-Raja bahawa harus ada elemen kawalan kerana apabila kita menerima seseorang anak itu menjadi warganegara melalui pindaan ini, anak itu juga ialah warganegara mengikut kewarganegaraan bapa dan ibunya, bagaimanapun Perlembagaan tidak mengiktiraf dua kewarganegaraan.

"Jadi, apa kita buat adalah dengan meminda fasal berkaitan termasuk memasukkan satu lagi pindaan yang juga sedang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara dengan mencadangkan pada umur 18 tahun anak itu boleh memilih satu kewarganegaraan.

"Kenapa 18? Untuk kita konsistenkan dengan Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Umur Dewasa 1971,” kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri Zurainah Musa mengenai butiran kesemua cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak kewarganegaraan yang telah dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja.

Saifuddin berkata, sejajar dengan nasihat Majlis Raja-Raja, pemakaian undang-undang itu bersifat ke hadapan dan bukan retrospektif.

"Pindaan ini juga terdapat cadangan supaya pemakaiannya adalah bagi satu generasi ertinya mengambil contoh kes Suriani Kempe, anaknya mengikut kuat kuasa undang-undang ialah warganegara secara automatik tetapi cucunya kelak perlu membuat permohonan kewarganegaraan," katanya.

Pada 14 Disember 2022, Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) serta enam wanita memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh warganegara Malaysia yang berkahwin dengan lelaki warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan.

Terdahulu pada 5 Ogos tahun sama, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.

Pada 9 September 2021, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu dan bapa warganegara Malaysia secara automatik berhak mendapat kerakyatan Malaysia.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/jabatan-peguam-negara-pinda-hak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kertas Siasatan Video Wahab Diserah Kepada Peguam Negara Hari Ini Siapa Bakal Didakwa

Kertas Siasatan Video Wahab Diserah Kepada Peguam Negara Hari Ini Siapa Bakal Didakwa

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 415 hits
Kertas siasatan berhubung video tular perbualan individu mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti PrifnDr Mohd Agus Yusoff dengan seorang kakitangan jabatan itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara hari ini Ketua Polis...
Hak Penjagaan Anak Jatuh Pada Minhwan F T Island Lepas Cerai Netizen Tuduh Yulhee Lepas Tangan

Hak Penjagaan Anak Jatuh Pada Minhwan F T Island Lepas Cerai Netizen Tuduh Yulhee Lepas Tangan

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 267 hits
Bukan setakat Malaysia dilanda musim penceraian namun sepertinya Korea juga turut mengharungi masalah yang sama ARTIKEL BERKAITAN Selepas 5 tahun bersama Choi Min hwan F T Island dan Yul hee LABOUM mengumumkan bahaa mereka bakal membawa hal...
Mata Berkaca Kaca Perwira Polisi Beberkan Kronologi Sadis 4 Anak Di Jagakarsa Dibunuh Sang Ayah

Mata Berkaca Kaca Perwira Polisi Beberkan Kronologi Sadis 4 Anak Di Jagakarsa Dibunuh Sang Ayah

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 226 hits
Polres Metro Jakarta Selatan membeberkan kronologi Panca Darmansyah membunuh empat anaknya dengan sadis di Jagakarsa
Cegah Kasus Perdagangan Anak Kpai Dorong Penguatan Pola Asuh Di Lingkungan Keluarga

Cegah Kasus Perdagangan Anak Kpai Dorong Penguatan Pola Asuh Di Lingkungan Keluarga

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 211 hits
Pada tahun 2021 korban eksploitasi anak sejumlah 147 namun KPAI hanya mendapatkan 14 pengaduan yang masuk
Panca Darmansyah Pembunuh 4 Anak Di Jagakarsa Terancam Hukuman Mati

Panca Darmansyah Pembunuh 4 Anak Di Jagakarsa Terancam Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 305 hits
Kasat Reskrim Polres Metro Jakarta Selatan AKBP Bintoro mengatakan Panca disangkakan pasal pembunuhan berencana yakni 340
Jangan Biar Anak Batuk Lama Lama Kahak Banyak Boleh Sebabkan Bronchitis Gerd

Jangan Biar Anak Batuk Lama Lama Kahak Banyak Boleh Sebabkan Bronchitis Gerd

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 388 hits
Mak ayah mana yang tidak bimbang bila anak mula batuk tak berhenti Bukan sahaja ubat bahkan bermacam cara tetapi tetap tak serasi pada anak Masalah batuk anak terutama jenis yang berkahak tidak boleh dibiarkan lama Ia boleh melarat malah me...
Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Stail Parenting Yang Diamalkan Rahsia Didik Anak Bijak Sejak Kecil

Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Stail Parenting Yang Diamalkan Rahsia Didik Anak Bijak Sejak Kecil

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 325 hits
Keibubapaan merangkumi semua aspek dalam hidup seorang kanak kanak termasuk keperluan fizikal emosi dan intelektual mereka Mempunyai pengetahuan keibubapaan yang baik juga membantu mengurangkan kemungkinan masalah tingkah laku anak Mendidik...
Anak Pokok Cili Di Pasar Tani Upm

Anak Pokok Cili Di Pasar Tani Upm

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 338 hits
Assalamualaikum Harini Jumaat hari yang di tunggu tunggu Hujung minggu tak sabar nak rehat Hehe Biasanya hari Jumaat pakji tak busy sangat maka sempat lah ke pasar tani beli anak pokok Area kawasan kami hanya pasar tani upm saja yang LM tau...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sambal Bawang Homemade Paling Sedap Padu Resipi Viral Buka Selera

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Parti Keadilan Rakyat Temerloh Bantah Tuntutan Dikemukakan Penasihat Dap Kepada Kerajaan Berkaitan Pengiktirafan Uec

Wan Rosdy Kerajaan Negeri Pahang Telah Menyelesaikan 98 Peratus Urusan Pemilikan Tanah Peneroka Felda Di Negeri Ini

The Audi Gt50 Concept Marks 50 Years Since The First Audi 5 Cylinder Engine Was Made

Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan