Iugr Dan Air Ketuban Kurang Semasa Hamil
Assalamualaikum..
IUGR bahasa mudah kita nak paham adalah baby dalam kandungan kecik daripada usia kandungan. Mungkin saiz kepala ke panjang kaki/tangan ke perut ke lebih kecil ukurannya di dalam perut masa buat scan kat klinik. Macam Nurin perut dia kecik sikit. Walaupon berat ummi dia naik tapi baby berat tak naik. Haaaaaa....senang cite ye gitu.huhu
Bacaan air ketuban yang baik adalah 10 ke atas. Bila anda dah cecah 7, border line yang mana boleh menyebabkan bayi dalam kandungan lemas atau terbelit tali pusat. Kiraan gerak baby sangat penting masa ni.hohoho. Masa ni saya baby tak gerak sikit je dah panggil-panggil baby. Tak lena Nurin nak tido agaknya masa dalam perut dulu.hahaha
Keadaan ni doktor detect masa 28 minggu. Masa ni jugak doktor detect air ketuban kurang. Biasa kat KK kita akan jumpa doktor pada 2nd semester pregnancy kan...So, time tu la doktor cek-cek nampak kecik baby dalam kandungan.Alahai! Masa ni nak kata takut tak jugak nak kata takde perasaan pon tak jugak.hahaha.Ntahlah..Dia macam confuse sikit kenapa boleh jadi macam ni?? Tapi lepas dah tahu tu, baru lah satart minum susu la,makan tembikai la,makan avocado la..hahaha..adehhh
Baca kat google memang macam-macam la bagitau apa sebab boleh jadi macam tu. Berdasarkan pengalaman sendiri pulak selepas pembacaan fakta-fakta google artikel yang jumpa ada la yang saya sendiri hadapi
Kenapa baby dalam kandungan kecik dan air ketuban kurang? (Pengalaman saya sendiri)
STRESSPemakanan yang tak jagaLebih pengambilan kafeinPengambilan folic acid yang tak teraturPengambilan ubat/supplement yang dah dekat date expired.Melakukan tugas berat (drive jauh setiap hari, angkat barang berat etc)
Orang selalu cakap anak pertama kita jaga sungguh-sungguh. Masuk anak kedua mula dah kurang sana sini dalam bab penjagaan kandungan. Jangan ya....Kesannya bukan pada anda tapi paling teruk kesan pada bayi dalam kandungan anda. Tolonglah jaga terutama STRESS. Memang tak boleh lari daripada stres tapi kawal ya. Jaga pemakanan semasa hamil. Paling penting, carilah environment yang boleh membantu (suami/keluarga/kawan) buat teman atau tolong jaga anak pertama.hahaha
Masa lahirkan Nurin last keadaan bacaan air ketuban saya adalah 7 dan baby still tak membesar seperti sepatutnya pada usia kandungan genap 36 minggu
EDD 1st scan 22.05.2019tapi Nurin keluar 24.04.2019
Maafkan ummi ya Nurin. Ummi terlalu ikut perasaan masa mengandungkan kamu. Sungguh ummi rasa terkilan sangat sepanjang kamu dalam NICU. Semua salah ummi. Sampai sekarang selalu cakap sorry kat Nurin sebab pokok pangkal ye memang kesalahan sendiri kalau Nurin meragam atau sakit perut. Ohya...masalah selain IUGR, Nurin juga usus nya tak berapa kuat (matang) selepas lahir. Sampai sekarang kalau dia sakit perut dia akan menangis. Tak tahan sakit (gegirl sangat tau!).huhuhu. Padahal keluar poo poo dia kuning biasa je. Takde pon keras ke apa
Ingat ya ibu mengandung. Anak ke berapa pon anda tengah mengandungkan,jagalah sebaiknya. Kesannya berbalik ke kita jugak nanti sendiri susah.ok? :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://akuayut.blogspot.com/2019/10/iugr-dan-air-ketuban-kurang-semasa-hamil.html