Itu Hari Riuh Senyap Kejapan Now Berkokok Menegakkan Benang Basah Katanya 9794



Maka masing-masing mana-mana pihak menudinglah ke arah tebing sungai yang mudah runtuh sebab derasnya air. Maklum tebing sungai yang tiada pohon bakau. Dicarilah salah orang lain. Diceroboh rumah orang untuk jadi bahan cover. Cover line. Hikmah sebalik kejadian untuk kita bermuhasabah diri kerana Allah.

Wednesday, February 26, 2020PH ‘u-turn’ Calon DS Anwar. 400 Keluar Parti.
Gerakan keluar PKR bermula di Kelantan

KOTA BHARU: Ketika Pakatan Harapan (PH) ‘u-turn’ mencalonkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8, ratusan ahli PKR di Kelantan mengisytiharkan keluar parti. Ketua Cabang PKR Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, seramai 400 pemimpin dan ahli parti itu di beberapa cabang keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap Presiden parti terbabit. 

Katanya kepimpinan PKR sekarang berat sebelah dan tidak memperlihatkan keadilan kepada pemimpin dan ahli yang tidak serasi dengannya. “Ini adalah mukadimah gerakan keluar PKR yang saya yakin akan berlaku di seluruh negara tidak lama lagi. “Kami mulakan di Kelantan dan ramai lagi ahli yang akan mengikut jejak langkah kami,” katanya yang juga mantan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan ketika dihubungi di sini.

Sebelum itu beliau mengisytiharkan keluar parti di Padang Kala yang turut dihadiri bekas Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan Amran Abdul Ghani. Antara Ketua Cabang yang turut mengisytihar keluar parti termasuk Rantau Panjang dan Kubang Kerian. Manakala cabang-cabang lain dihadiri wakil pimpinan. Abdul Aziz yang juga bekas ahli parlimen Ketereh berkata, gerakan keluar PKR diyakini akan bertambah rancak kerana mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu. 

Baru-baru ini PKR memecat keahlian Timbalan Presiden Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraida Kamarudin. Berikutan itu 9 lagi ahli parlimen PKR turut keluar parti menjejaki Azmin dan Zuraida.– HARAKAHDAILY 26/2/2020

Sumber: 
http://www.ibnuhasyim.com/2020/02/ph-u-turn-calon-ds-anwar-400-keluar.html

RABU, 26 FEBRUARI 2020
Najib: Kamu ajak runding, kamu tukar syarat, Umno pula difitnah
MALAYSIAKINI

Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini membidas kenyataan pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa Umno dan PAS tidak pernah meletakkan syarat "tanpa DAP" dalam pembentukan kerajaan perpaduan. Najib dalam satu tulisan ringkas di Facebook hari ini berkata, jika benar dakwaan itu mengapa Bersatu perlu meninggalkan PH.

"Jika memang niat dari dulunya ialah untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama DAP, kenapa pulak PPBM (Bersatu) perlu keluar dari PH? "Sebab apa? Jawablah," tulis Najib mengulas kemelut politik yang melanda negara ketika ini. Sebaliknya, kata Najib pemimpin PH yang mengajak pembangkang berunding selepas melihat sokongan rakyat dan kemudiannya menukar syarat perbincangan pada saat-saat akhir. 

"Korang (kamu) yang minta kita berunding setelah sokongan Rakyat kepada PH semakin merudum. Korang pulak yang tukar syarat pada saat-saat terakhir. "Dan korang juga yang berbohong dan memfitnah kita sekarang setelah kami menolak?" katanya. Kemelut politik negara yang menyaksikan kerajaan PH runtuh bermula apabila Bersatu mengambil keputusan keluar pakatan itu Ahad lalu.
Ia kemudiannya disusuli dengan 11 anggota Parlimen PKR diketuai bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali bertindak keluar parti. Keesokannya, Dr Mahathir Mohamad mengambil keputusan meletak jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu sebelum dilantik semula sebagai perdana menteri sementara. Krisis itu menyaksikan pemimpin parti itu, Umno, PAS, GPS dan Warisan menyatakan sokongan kepada perdana menteri untuk terus kekal memimpin negara. Turut berbuat demikian adalah pemimpin parti-parti komponen PH. 

Semalam, Umno dan PAS melalui setiausaha agung masing-masing menarik balik sokongan kepada Dr Mahathir atas alasan kerajaan baru yang cuba dibentuk itu turut akan disertai DAP. Rentetan keputusan Umno dan PAS itu dakwa Najib, pemimpin PH menjaja cerita kononnya niat untuk membentuk kerajaan perpaduan bermula dari dulu lagi.
Mengulas lanjut, Najib mendakwa pemimpin PH menjaja cerita kononnya Umno dan PAS menarik balik sokongan apabila kes-kes dakwaan di mahkamah yang membabitkan pemimpin parti itu akan diteruskan. "Bahawa rundingan dengan Umno/PAS tidak pernah berbincang syarat DAP tidak akan ada dalam kerajaan baru. "Bahawa Umno dan PAS hanya tarik balik sokongan terhadap PM ke-7 setelah kononnya diberitahu bahawa kes-kes pemimpin-pemimpin Umno tidak akan dihentikan bukan kerana DAP," katanya.

LIHAT FB DI SINI
Dicatat oleh ELBI RISALAH di 2/26/2020 10:16:00 PTG 
Sumber:
https://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/najib-kamu-ajak-runding-kamu-tukar.html

Wednesday, February 26, 2020
TENGAH DOK KALUT POLITIK, LEBAI KENA SAMAN.....*Fitnah Teresa Kok "Anti Islam", Mahkamah Arah Pemimpin Pemuda PAS Bayar RM 80,000* February 26, 2020

Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan bekas ketua pemuda Pas Selangor membayar RM80,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana menuduh beliau adalah "anti-Islam." Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Firuz Jaffril mengarahkan Syarhan Humaizi Halim untuk membayar ganti rugi setelah memutuskan bahawa dia bertanggungjawab untuk menerbitkan kenyataan fitnah di akaun Facebooknya. "Dia (Kok) telah membuktikan dua daripada tiga elemen yang dikehendaki di bawah undang-undang untuk kes fitnah dan kenyataan itu merujuk kepadanya. 

"Saya rasa RM80,000 cukup mencukupi. "Ini bukan untuk menghukum (Syarhan) dengan sejumlah besar ganti rugi dan tidak dimaksudkan untuk memperkaya plaintif (Kok)," katanya. Firuz juga berkata kebebasan bersuara dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi hak ini tertakluk kepada undang-undang seperti Akta Hasutan dan Akta Pencemaran nama baik. Teresa Kok memfailkan saman itu terhadap bekas pemimpin pemuda PAS Selangor tahun lalu yang mendakwa beliau adalah rasis dan keras kepala, sambil menambah bahawa ia memberi 'implikasi negatif yang serius' terhadap reputasi beliau. 

Mahkamah juga mengarahkan bayaran RM10,000 sebagai kos kepada Kok selepas peguam Kok K Murali berkata beliau menyerahkan kepada budi bicara mahkamah untuk memutuskan jumlah itu. Syarhan diwakili oleh Wan Rohimi Wan Daud. Rohimi berkata beliau akan bercakap dengan Syarhan sama ada untuk merayu keputusan hari ini. Teresa menuntut ganti rugi serta injunksi untuk menghentikan Syarhan daripada menerbitkan artikel yang menuduhnya sebagai anti-Islam.

Sumber:
https://wrlr.blogspot.com/2020/02/tengah-dok-kalut-politik-lebai-kena.html

RABU, 26 FEBRUARI 2020
Tun Mahathir… Akhirnya Yang Disalahkan Tetap Juga UMNO
Farhana Malek

KUALA LUMPUR – Hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan antara sebab yang mendorong beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri (PM) Isnin lepas adalah kerana UMNO. Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas kenyataan tersebut kerana katanya, yang berdolak-dalih nak serahkan jawatan PM kepada Anwar ialah Tun Mahathir. 

“Yang bergaduh dalam Mesyuarat Majlis Presiden isu tarikh penyerahan jawatan PM – PPBM, Dap, PKR dan PAN. “Yang isytihar keluar daripada PH – PPBM, yang isytihar keluar parti – pimpinan PKR, yang letak jawatan PM – Tun Mahathir, yang menyebabkan terbubarnya Kerajaan PH – Tun Mahathir apabila beliau letak jawatan PM. “Akhirnya yang disalahkan tetap juga UMNO,” katanya dalam hantaran dalam facebooknya. Dilaporkan, Dr Mahathir dalam perutusan khas ke seluruh negara yang disiarkan melalui stesen-stesen televisyen utama dan pelbagai platform media sosial pada pukul 4.45 petang tadi memaklumkan salah satu sebab utama beliau meletak jawatan sebagai PM ialah kerana tidak dapat menerima jika parti UMNO menyertai kerajaan campuran yang mungkin diwujudkan. 

“Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan.” Katanya beliau telah minta untuk diberi masa, tetapi “parti saya BERSATU memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan. “Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini, kerajaan Pakatan Harapan akan gugur. “Kesannya jika BERSATU sokong PAS dan UMNO maka parti-parti yang kalahlah yang akan diri kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang terbesar.” Kemelut politik negara tercetus Isnin lepas menimbulkan pelbagai spekulasi selepas Dr Mahathir meletak jawatan dan kemudian beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Interim oleh Yang di-Pertuan Agong iaitu kira-kira enam jam selepas menyerahkan surat perletakan jawatan. – UMNO Online 



Dicatat oleh ELBI RISALAH di 2/26/2020 10:26:00 PTG
Sumber:
https://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/tun-mahathir-akhirnya-yang-disalahkan.html

Antara sumpahan atau Akujanji Penjawat Awam ialah setia kepada Raja dan Negara. 

THE KING AND THE CHIEF SERVANT. 
Fenomena yang sedang melanda Malaysia ni dipanggil "government formation deadlock." 

"Deadlock" ni boleh berpunca daripada sama ada (1) "Hung Parliament" iaitu keadaan selepas PRU di mana tiada parti mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk ("form") kerajaan dan pada masa yang sama tak nak bergabung, atau (2) "Coalition Breakdown" iaitu gabungan parti-parti yang telah membentuk kerajaan mengalami perpecahan dan parti-parti dalam proses perundingan semula untuk "re-form" kerajaan balik. 

Keadaan pertama macam Israel sepanjang tahun lepas. Walaupun 2 kali PRU diadakan, kerajaan Israel masih tak dapat dibentuk sebab kedua-dua parti yang dipimpin oleh Benjamin Netanyahu dan Benny Gantz tak dapat majoriti. Tapi dua-dua nak jadi PM. So kenalah buat PRU kali ke-3 pada minggu depan. Netanyahu sekarang kira "caretaker PM" je.

Keadaan kedua macam Itali. Pada September tahun lepas, kerajaan gabungan parti "Liga Utara" (Lega Nord) dan "Gerakan Lima Bintang" (M5S) tumbang selepas setahun memerintah. Lega tu Parti Orang Utagha, M5S Parti Orang Selatan; ideologi pun tak sama (Lega right-wing populist, M5S left-wing populist). Tapi disebabkan dua parti ni je yang dapat undi paling banyak dan dua-dua pun anti parti pemerintah lama (Parti Demokratik) yang dapat undi ke-3 banyak, so terpaksalah mereka bergabung. Tapi akhirnya gabungan Lega-M5S ni berpecah juga, Lega kena tendang jadi pembangkang balik, dan M5S terpaksa ajak Parti Demokratik yang dicemuh selama ni untuk membentuk kerajaan. 

Deadlock ni benda biasa je sebenarnya. Kat negara maju selalu berlaku dan masalah deadlock mereka lagi lama: Sweden pada tahun 2018-2019 ambil masa selama 133 hari untuk diselesaikan, maksudnya 133 hari tak ada kerajaan. Belanda pada tahun 2017, 208 hari. Yang paling lama Belgium dari tahun 2010-2011, 541 hari. Kita baru 2 hari je, rileks. 

Kita boleh rileks sebab walaupun dalam keadaan "deadlock" dan tidak mempunyai kerajaan. Negara Malaysia masih dapat berfungsi seperti biasa dengan adanya Ketua Negara ("Head of State") dan Penjawat Awam ("Civil Servant"). Dengan adanya "Twin Pillars" ini, In Syaa Allah, Negara Malaysia tak huru hara. 

Kerajaan tak ada, Negara Malaysia masih ada Ketua. Kalau tak ada ketua, baru kita panggil keadaan "Stateless" atau "Anarchy" (an = tiada, archy = ketua). 

Bagi Negara Demokrasi Berparlimen ("Parliamentary Democracy") yang ada raja, Raja sebagai Ketua Negara; yang tak ada raja, Presiden sebagai Ketua Negara. 

Negara yang Ketua Negaranya juga merupakan Ketua Kerajaan (seperti US, Turki, Indonesia dan Filipina), kita panggil sebagai Demokrasi Berpresiden ("Presidential Democracy"). Negara-negara ini tak ada PM. Yang macam Perancis, Rusia dan Korea Selatan pula, ada PM, tapi Ketua Kerajaan ialah Presiden, kita panggil Demokrasi Separa-Presiden ("Semi-Presidential Democracy").

Bagi demokrasi berparlimen yang tak ada raja seperti Israel, Itali dan Singapura, presiden mereka memainkan peranan ketua negara sama macam raja di negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan seperti UK, Sweden, Belgium, Belanda dan Malaysia. 

Apabila berlaku "deadlock" pembentukan kerajaan, ketua negara akan bertindak sebagai penimbangtara ("mediator") antara parti-parti yang berkonflik, berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Macam dalam krisis Israel dan Itali, presiden dari kedua-dua negara masing-masing panggil ("summon") ketua parti yang berkonflik untuk mencari penyelesaian kepada masalah. 

Tapi kalau dibandingkan antara presiden dan raja berperlembagaan, selalunya raja berperlembagaan dapat memainkan peranan penimbangtara dengan lebih baik. Selain "above politics", raja juga mempunyai prestij untuk memerintahkan supaya parti-parti yang berkonflik dapat berkompromi. 

Presiden yang dilantik dari kalangan orang awam kurang prestij tersebut, malah nak cari orang awam yang betul-betul neutral untuk dijadikan presiden pun bukan senang. Presiden kat Lubnan dan Iraq bukan saja gagal memainkan peranan penimbangtara, malah membuat keadaan bertambah haru. 

Presiden Lubnan ialah seorang Kristian Maronite, so ahli politik Muslim dan Kristian Ortodoks mana nak dengar cakap dia. Kat Iraq kedua-dua Sunni dan Syiah tak nak layan presiden sebab presiden ialah seorang Kurd, dia pun ada politik dia sendiri, macam mana nak bertindak adil.

Kita kira bertuah sebab mengamalkan sistem raja berperlembagaan ala British. Bukan nak kata penjajah British tu bagus, tapi sistem yang mereka cipta tu mencapai keseimbangan antara "raja yang pasif" (raja yang tak ada peranan dalam politik macam maharaja Jepun) dan "raja yang aktif" (raja berkuasa mutlak macam Sultan Brunei).

Sistem British mengehadkan kuasa raja, tapi pada masa yang sama memberi raja "hak" yang cukup kritikal untuk menyelesaikan masalah yang timbul daripada demokrasi. Hak tersebut dirumuskan oleh Walter Bagehot dalam "The English Constitution" (1867) sebagai "the right to be consulted, the right to encourage, the right to warn". 

Dan satu lagi sistem yang kita warisi daripada British ialah sistem perkhidmatan awam tetap ("permanent civil service"). Penjawat awam tetap ialah kakitangan kerajaan yang dilantik atas merit (menerusi peperiksaan dan saringan khas) oleh badan khas (seperti suruhanjaya perkhidmatan awam) bukannya atas perlantikan politik. Cuma kat Malaysia kekadang orang panggil lantikan politik sebagai penjawat awam juga, orang jadi keliru. 

Ciri utama penjawat awam tetap ni ialah mereka kekal walaupun kerajaan bertukar, sebab tu dipanggil "permanent". Kalau dalam Bahasa Inggeris, ketua setiausaha (ketua penjawat awam di setiap kementerian) dipanggil "permanent secretary". Kat negara demokrasi berpresiden seperti US tak ada sistem macam tu. Tukar kerajaan, tukar semua staf (kecuali kerani dan diplomat). Dan uniknya sistem yang dicipta British ni ada satu ketua kepada penjawat awam iaitu "cabinet secretary" (ketua setiausaha negara di Malaysia). 

Sistem perkhidmatan awam tetap ni dicipta oleh British pada pertengahan abad ke-19 selepas mereka perasan ketidakstabilan yang ada pada demokrasi berparlimen. Anytime kerajaan boleh tumbang, so kenalah ada sekumpulan orang yang akan menjalankan tugas pentadbiran sementara ahli-ahli politik berkelahi. Kerajaan bertukar ke, tak ada kerajaan ke, penjawat awam ni tetap akan mentadbir negara, cuma tak ada dasar baharu lah. 

Dan untuk memastikan pentadbiran negara jalan dengan lancar, penjawat awam ada tatacara khas dia. Bagi orang yang tak faham konsep penjawat awam tetap ni, mereka akan kata penjawat awam ni "deep state" "kaki sabotaj" sebab tak nak mengubah tatacara mereka ikut kehendak semasa.

Dan kalau di UK, penjawat awam tetap ni dipanggil sebagai "His/Her Majesty's Most Loyal Servant", sebab peranan mereka adalah untuk melengkapi peranan raja berperlembagaan, dan kesetiaan mereka adalah kepada raja dan negara. Dulu pun ada frasa "saya yang menurut perintah". Orang selalu ingat perintah tu bermaksud arahan, sebenarnya, "perintah" hanya boleh datang daripada ketua negara.

Demokrasi memang bersifat "chaotic" dan sentiasa "in flux". Siapa game siapa, siapa khianat siapa, semua tu tak penting. Yang penting, walaupun negara berada dalam ketidaktentuan politik, negara kita masih berada dalam "safe hands" dua hero yang sedang memastikan negara berada di landasan betul: Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua negara, dan Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara selaku ketua penjawat awam. Temubual yang dikendalikan oleh YDPA dan disaksikan oleh KSN pada hari ini cukup simbolik dalam menggambarkan peranan "twin pillars" ini. 

Di waktu-waktu krisis macam inilah baru terserlah peranan penstabil mereka yang selama ini dilepas pandang dan "take for granted". Daulat

Dari wsp politik grp

RABU, 26 FEBRUARI 2020
PH Runtuhkan PH: Penjawat Awam Wira Negara Jaga Pentadbiran, Kestabilan Negara – Dr Asyraf
Zylan Moha

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memuji dan mengucapkan syabas kepada penjawat awam yang bertugas dengan penuh amanah dan profesional bagi memastikan kelancaran pentadbiran serta kestabilan negara walaupun kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh.

“Kalian wira sejati… Terima kasih dan syabas buat Tan Sri Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Setiausaha kementerian-kementerian dan seluruh warga penjawat awam yang terus menjalankan tugas dengan penuh amanah dan profesional di tengah-tengah negara berhadapan dengan krisis politik,” ujarnya dalam satu catatan ringkas di Faceboo

Tambah Dr Asyraf lagi, penjawat awam adalah Wira Negara sebenar yang memastikan kelancaran pentadbiran dan kestabilan negara walaupun runtuhnya kerajaan PH yang bergolak sesama sendiri lantaran rakus berebut kerusi ‘takhta’ Perdana Menteri.

“Moga Allah berkati dan rahmati kalian,” doanya lagi.

Untuk rekod, isu perebutan jawatan Perdana Menteri, pergolakan dalaman PH hingga kemuncaknya tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PPBM keluar PH dan 11 Ahli Parlimen PKR termasuk Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Aznin Ali keluar parti mengakibatkan berkuburnya PH pada 24 Feb lalu.

Ekoran runtuhnya PH dan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali mengeluarkan kenyataan bahawa dengan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir itu, maka secara automatik terbubarnya Kabinet di kalangan Menteri dan Timbalan Menteri sebagaimana yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sebelumnya, Mohd Zuki telah mengumumkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim, juga atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, kira-kira 90 Ahli Parlimen dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara dan bakinya hari ini yang julung kali diadakan, bagi menyelesaikan kemelut pembentukan kerajaan baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin menjelaskan proses temu bual itu akan dilakukan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan disaksikan Mohd Zuki. – UMNO ONLINE


Sumber:
https://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/ph-runtuhkan-ph-penjawat-awam-wira.html

RABU, 26 FEBRUARI 2020
21 Bulan Bukti PH Gagal, Bubar Parlimen Untuk Pulihkan Maruah Negara – Dr Najmil
Amin Adnan

KUALA LUMPUR- Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata pembubaran parlimen seperti yang dituntut Barisan Nasional (BN), PAS dan PBRS adalah langkah terbaik untuk menyelesaikan krisis politik negara secara adil dengan memberikan mandat kepada rakyat untuk menentukan masa depan negara semula. Katanya, ketidakstabilan politik Malaysia berpunca daripada Pakatan Harapan (PH) dan Dap membuktikan kerajaan yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 gagal berfungsi sebagai sebuah badan pentadbiran sehingga menyebabkan ‘deadlock’.

“Mewujudkan kerajaan perpaduan bersama Dap adalah malapetaka besar kepada Malaysia kerana tempoh 21 bulan kerajaan PH memerintah sudah membuktikan Dap tidak layak mengemudi negara. “Membentuk kerajaan bersama Dap ibarat ‘memikul biawak hidup’ dengan pelbagai masalah yang diwujudkan pemimpin Dap seperti menyokong LTTE, menyokong komunis, Peguam Negara yang tidak adil dan pelbagai lagi masalah. “Maruah negara bukan sahaja hilang apabila aset strategik bernilai lebih RM30 bilion dijual dengan sesuka hati. Mahukah kita dipimpin sekali lagi oleh sebuah parti yang rasis dan cauvanis sehingga memecah belahkan negara ini?” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini. 

Tambah Dr Najmil lagi, rakyat Malaysia tidak lupa kematian Allahyarham Adib masih tidak terbela sehingga hari ini selain beberapa perkara lain. “Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng juga sebelum ini pernah mendakwa penyatuan Ummah antara UMNO dan PAS adalah pengisytiharan perang terhadap orang bukan Melayu. Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi menghina orang Melayu dan cuba membakar kebencian di kalangan orang Cina dengan mengaitkan tulisan Jawi dengan bahan-bahan pornografi dan lucah ketika isu Jawi,” tambahnya. Selain itu, tambahnya lagi bekas Menteri Perpaduan Senator, P. Waytha Moorty merupakan individu yang paling bertanggungjawab dalam menggadai maruah negara apabila mendakwa kaum India di Malaysia telah didiskriminasi dalam pelbagai cara seperti dipaksa menukar agama. 

“Inilah sifat sebenar Dap yang rakyat Malaysia harus ingat. Parti Dap tidak langsung mempunyai semangat patriotisme dan hanya mahir menyebarkan kebencian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum untuk kepentingan politik mereka,” ujarnya. Justeru, tegasnya pembubaran parlimen yang dicadangkan kempimpinan UMNO adalah langkah terbaik untuk memulihkan maruah Malaysia setelah dicalarkan dan digadaikan oleh kerajaan PH-Dap selama 21 bulan. – UMNO ONLINE


Dicatat oleh ELBI RISALAH di 2/26/2020 10:38:00 PTG 
Sumber:
https://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/21-bulan-bukti-ph-gagal-bubar-parlimen.html



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/itu-hari-riuhsenyap-kejapan-now.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wni Di Kapal Pesiar Jepang Kecewa Rencana Proses Evakuasi Makan Waktu 34 Hari

Wni Di Kapal Pesiar Jepang Kecewa Rencana Proses Evakuasi Makan Waktu 34 Hari

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 232 hits
Warga negara Indonesia yang berada di atas kapal pesiar Diamond Princess tengah menunggu evakuasi dari pemerintah Pemerintah mengatakan jika salah satu opsinya adalah melalui jalur laut Opsi melalui jalur laut dinilai membutuhkan waktu lebi...
5 Potret Keseruan Luna Maya Nonton Konser Bts Di Korea Selatan 3 Hari Berturut Turut

5 Potret Keseruan Luna Maya Nonton Konser Bts Di Korea Selatan 3 Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 545 hits
Luna Maya merupakan salah artis yang menggemari musik K Pop Luna mengaku jika dirinya fans BTS yang biasa disebut Army Layaknya seorang fans Luna pun mengoleksi album dan merchandise BTS
Dengan Tulus Hati Reda Pemergian Anak Rintihan Ibu Ashraf Sinclair Selepas 4 Hari Pemergian Arwah

Dengan Tulus Hati Reda Pemergian Anak Rintihan Ibu Ashraf Sinclair Selepas 4 Hari Pemergian Arwah

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 463 hits
Selepas empat hari pemergian arwah Ashraf Sinclair Ibunya Khadijah A Rahman Sinclair akhirnya mendapat kekuatan untuk berbicara Menerusi akaun IG atas nama Khadijah mengakui sukar untuknya meluahkan perasaan selepas pemergian arwah Ashraf S...
12 Penyebab Sariawan Yang Umum Terjadi Dari Hal Sepele Sehari Hari

12 Penyebab Sariawan Yang Umum Terjadi Dari Hal Sepele Sehari Hari

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 793 hits
Sariawan atau dikenal dengan nama ilmiahnya stomatitis aphtosa merupakan suatu kelainan di selaput lendir dalam mulut berupa luka berbentuk bercak putih kekuningan cekung dan terkadang memerah
Isteri Tak Minta Banyak Hanya Mahu Suami Setia Amalkan Doa Ini Hari Hari

Isteri Tak Minta Banyak Hanya Mahu Suami Setia Amalkan Doa Ini Hari Hari

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 997 hits
Ada sesetengah suami isteri mengatakan apabila sudah lama berkahwin kadang kadang rasa sayang itu ada tetapi susah untuk ditunjuk Pada kita mungkin kerana suami atau isteri kita sudah tahu tentang perasaan kita jadi untuk apa kita nak luahk...
Panduan Menambah Simpanan Hari Tua

Panduan Menambah Simpanan Hari Tua

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 1077 hits
Panduan menambah simpanan hari tua Sebenarnya kalau di ikutkan semasa saya menulis ini Tengah berlaku satu kes berebut harta Tapi saya tidak lah pasti mana satu yang betul atau tak betul Cuma ceritanya Isteri kematian suami Anak kehilangan ...
1001 Hikmah Beriman Kepada Hari Akhir

1001 Hikmah Beriman Kepada Hari Akhir

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 1140 hits
Sebenarnya apa hikmah beriman kepada hari akhir Semua agama di dunia ini pasti mempercayai Hari di mana waktu telah mencapai penghabisannya atau dunia telah sampai di ujung waktu Hari akhir adalah sebutan lain dari hari kiamat semua kehidup...
Minggu 23 Februari Hari Tanpa Bayangan Akan Terjadi Di 34 Provinsi Ini

Minggu 23 Februari Hari Tanpa Bayangan Akan Terjadi Di 34 Provinsi Ini

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 389 hits
Mulai hari Minggu sampai April nanti Indonesia akan mengalami fenomena hari tanpa bayangan Fenomena ini dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat di Indonesia Lalu seperti apa fenomena alam ini akan terjadi Apa Itu Hari Tanpa Bayangan Deputi ...
Pas Should Nominate Abang Jo As Its Prime Minister Candidate

Mana Ada Sekatan Royalti Terengganu Kata Fahmi

Pdrm Beri Kupon Diskaun Dalam Talian Elak Kaunter Bayaran Saman Sesak

Racists Are Those Disregarding Local Sensitivities Akmal To Tiong

Dr Rozmey Jual Ferrari Rm80 000 Cerita Ditipu Rakan

The Science Behind Hemp Oil Gummies And Their Health Benefits

Tahukah Anda Fasal Delta Airlines

Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap

Buat Sendiri Sandwic Tebal 4 Tingkat Banyak Inti Confirm Kenyang

Masjid Sri Sendayan Keindahan Keunikan Seni Bina Masjid

Morcant Den F Rlorade Riddaren En Saga Om Mod Och F Rl Telse