Isu Tender Nafas Azih Tak Fikir Ksu Langgar Arahan




Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda tidak fikir Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehuddin Hassan telah melanggar tugasnya berhubung tender pertanian yang kini menjadi buah mulut banyak pihak.
“Saya pun dengar juga di Twitter, Whatsapp yang mereka kutuk KSU. Mereka kata KSU sabotaj, dalam hal ini kerajaan mesti ada prosedurnya.
“Saya tak pasti sama ada betul-betul KSU ini sabotaj atau telah melanggar tugas. Proses tender sebut harga dan sebagainya kalau dibuat tentu ada proses-proses tertentu,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini hari ini.
Menurut Azih, kerajaan mempunyai hak bagi menentukan sebarang tender yang dikeluarkan untuk diberi kepada pihak-pihak berdasarkan prosedur yang ditetapkan.
Bagaimanapun, ia perlu melalui proses-proses tertentu dengan melibatkan pegawai yang bertanggungjawab menguruskan tender tersebut, kata
Beliau diminta mengulas mengenai desas desus menyatakan bahawa Sallehuddin telah digantung kerja serta-merta dan kini dipetisejukkan di jabatan lain.
Dalam satu informasi menerusi aplikasi Whatsapp, Sallehuddin dikatakan telah digantung kerja serta-merta dengan turut melibatkan beberapa pertukaran jawatan di beberapa kementerian.
Sebelum ini, media melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mendakwa terdapat cubaan sabotaj dalam kalangan pegawai kementerian dengan menganugerah dan membatalkan tender tanpa pengetahuan Salahuddin.
Salahuddin pula mengaku menulis surat kepada perdana menteri mengesyorkan tender pertanian padi bernilai RM1.4 bilion diberi kepada Nafas.
Beliau berkata tidak salah menulis surat sokongan itu kerana tender itu belum diputuskan dan akhirnya, ia akan memberi manfaat kepada 920,000 ahli Nafas dan bukan untuk perkayakan dirinya.
Sebelum itu, Presiden MCA Wee Ka Siong meminta pengesahan dalam Dewan Rakyat mengenai seorang menteri menulis surat sokongan kepada Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau mempersoalkan pemberian projek pembekalan input pertanian sektor padi kepada Nafas, yang melibatkan peruntukan RM1.4 bilion, mendakwa ia diberi secara rundingan terus walaupun tewas dalam persaingan tender terbuka.
Dalam pada itu, Azih turut melahirkan rasa sedih terhadap perkara yang berlaku dan mengharapkan agar ia melemahkan semangat penjawat awam untuk terus berkerja.
“Saya tak mahu ulas lebih lanjut sebab tidak berada di sana. saya tak fikir KSU tidak mematuhi apa-apa prosedur perolehan,” ujarnya. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/26/isu-tender-nafas-azih-tak-fikir-ksu-langgar-arahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Tender Terbuka Baja Pertubuhan Peladang Kebangsaan Nafas

Isu Tender Terbuka Baja Pertubuhan Peladang Kebangsaan Nafas

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 1098 hits
Oleh nizam Aka PM dah setuju sambung bagi kat NAFAS secara runding terus Sebelum ini sejak 1986 program pembekalan baja petani memang diberi secara runding terus kepada NAFAS Kilang baja NAFAS tu pun dulu Tun M suruh buat masa dia PM4 Pada ...
Isu Tender Terbuka Nafas Disabotaj

Isu Tender Terbuka Nafas Disabotaj

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 542 hits
Via WhatsApp PM dah setuju sambung bagi kat NAFAS secara runding terus Sebelum ini sejak 1986 program pembekalan baja petani memang diberi secara runding terus kepada NAFAS Kilang baja NAFAS tu pun dulu Tun M suruh buat masa dia PM4 Pada ta...
Tender Nafas Dipersetuji Umno Dalam Parlimen

Tender Nafas Dipersetuji Umno Dalam Parlimen

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 434 hits
Ipohmali Bila kita jawab fitnah depa pasal Skandal RM 1 4 Billion Depa jawab pulak Kita bukan pertikai kenapa Tender tu diberi kepada NAFAS Tetapi kenapa Buat tender Terbuka Lepas tu berikan kepada NAFAS dengan rundingan Terus Kata depa Kal...
Tender Nafas Sabotaj Atau Kambing Hitam

Tender Nafas Sabotaj Atau Kambing Hitam

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 418 hits
Kenyataan Menteri Wilayah Khalid Samad yang mendakwa isu tender Pertubuhan Peladang Kebangsaan berlaku ekoran sabotaj daripada pegawai pegawai kerajaan di Kementerian Pertanian yang pandai pandai membuka dan membatalkan tender adalah satu t...
Lagi Isu Nafas Lembaga Pengarah Dan Sabotaj Ph

Lagi Isu Nafas Lembaga Pengarah Dan Sabotaj Ph

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 565 hits
AHLI JEMAAH PENGARAH NAFAS 11 ORANG 6 orang Pakatan Harapan 5 orang Barisan Nasional Dato Wee Ka Siong memang ingin merosakan imej Pakatan Harapan dalam NAFAS Nafas ini Pertubuhan Peladang Kebangsaan Serangan dibuat kepada 6 orang AJP NAFAS...
Salahuddin Admits Writing To Pm To Ask Rm1 4 Bil Tender Be Given To Nafas

Salahuddin Admits Writing To Pm To Ask Rm1 4 Bil Tender Be Given To Nafas

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 427 hits
Agriculture and Agro based Industry Minister Salahuddin Ayub says the tender will benefit the 920 000 Nafas members and not enrich his pockets as some quarters were claiming GEORGE TOWN Agriculture and Agro based Industry Minister Salahuddi...
Isu Nafas Tmm 2020 Antara Menarik Di Dewan Rakyat Hari Ini

Isu Nafas Tmm 2020 Antara Menarik Di Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 464 hits
SELANGORKINIKUALA LUMPUR Status terkini isu kontroversi membabitkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan dijangka menghangatkan persidangan Dewan Rakyat hari ini Ia terkandung pada soalan pertama dalam sesi Waktu Pertanyaan Pertanyaan Menteri yan...
Tender Rm1 4 Bilion Salah Salahuddin Menteri Atau Sallehuddin Ksu

Tender Rm1 4 Bilion Salah Salahuddin Menteri Atau Sallehuddin Ksu

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 526 hits
Mohd Sallehhuddin Hassan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Industri Asas Tani telah dipindahkan ke jabatan lain setelah terbongkarnya skandal tender RM1 4 bilion Ada pelbagai cerita tentang Menteri MOA bekas KSUnya dan skandal RM1 4 bi...
Isu Nafas Kenyataan Berbelit Pemimpin Amanah

Isu Nafas Kenyataan Berbelit Pemimpin Amanah

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 423 hits
Isu NAFAS Jawapan PH setakat ini 1 Timbalan Menteri PH nafi bahawa Timbalan Menteri atau Menteri campur tangan dalam tender 21 Nov Tiada campur tangan urusan pemberian tender MOA http www astroawani com berita malaysia tiada campur tangan u...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Penang Manis Pedas Memang Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Ayam Phet

Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998