Isu Semasa Yang Harus Diketahui







Mohd Fairul Al Qasas


 Semalam aku balik puncak alam, selain dari melawat homestay kami, aku turut sertai mesyuarat politik dengan kawan-kawan LTL.


Grup yang ditubuhkan pasca langkah sheraton .


Maklumat yang kami dapat, langkah Dubai ni memang wujud.


Tapi keterdesakan untuk ambil alih kerajaan tu bukan sebab tempoh YDPA al Sultan Abdullah akan tamat...atau lebih tepat sebelum Sultan Johor ditabal jadi YDPA...


Bukan....sebab Sultan Abdullah sendiri memang tidak akan layan puak tebuk atap ni..



Baginda pun nak bersara dengan damai.


Keterdesakan ini kerana untuk mengelak mereka didakwa dan harta yang mereka ambil secara salah sejak 30 lalu disita kerajaan. 


Anwar Ibrahim sendiri dikatakan malas nak ganggu Tun yang sudah tua tersebut.


Tapi Tun dan puak kartel marah dengan tindakan Kerajaan PerPADUan yang baru-baru ini mendenda kartel ayam hampir setengah billion atau lebih tepat RM415 juta.


Belum kira lagi projek-projek kroni yang disemak semula dan dinilai balik.


Hasil usaha keras Anwar Ibrahim dan Tengku Zafrul, pelaburan masuk bertali arus. Dikatakan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.



Inflasi menurun, pengganguran menurun. Peluang kerja banyak terhidang.


Rafizi pula lancarkan PADU (orang kata PKR-Amanah-DAP-UMNO) yang mana sistem ni akan jadi pemain utama dalam menyampaikan subsidi lebih berkesan dan menjimatkan sekurang-kurangnya RM4 Bilion wang rakyat.


Perkhabaran dari JPA, pelarasan gaji penjawat awam akan dimuktamadkan. Kenaikan gaji akan diumumkan dalam tahun ini juga. Malah skim gaji bermaruah untuk swasta akan turut berlangsung dimana kerajaan akan tambah gaji pekerja syarikat tertentu yang mengambil bahagian untuk tempoh setahun.



Selain itu projek ekonomi khas IPR dan INTAN dijangka berjaya meningkatkan pendapatan peserta dan INTAN akan membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk sara diri dalam soal ayam dan sayuran.


Petunjuk ekonomi lain seperti ringgit dan bursa saham semakin baik.


Oleh itu dalam tempoh lagi 1-2 tahun rakyat akan mula merasai apa yang dikatakan sebagai negeri makmur baik lagi diberkati.


Inilah yang atok dan geng tebuk atap takut sangat. Mereka akan kehilangan hujah apabila Malaysia semakin bertambah baik dibawah kepimpinan PMX.


Kenyataan PM paling gagal, ekonomi teruk, adalah zikir bodoh walaun yang bila ditanya secara khusus apa yang gagal, apa yang teruk, tidaklah dapat mereka nyatakan.


Geng tebuk atap juga terkejut, apabila isu pemuda kahfi Kristian yang sepatutnya menjadi tumbukan smackdown ke atas Anwar,  sebaliknya satu demi satu asatizah bangun menyatakan hujah menyokong atau sekurang-kurangnya membenarkan kenyataan Anwar. 


Terbaru kenyataan rasmi Mufti Wilayah dalam bayan linnas dalam isu ini, dengan jelas mengatakan TIDAK SALAH mengatakan agama pemuda kahfi sebagai Kristian. 


Sebenarnya ramai asarizah ini bangkit bukan sebab menyokong PMX,  tapi menyelar sikap melampau menyesatkan dan mengkafirkan orang atas isu yang ulama khilaf.


Bak kata orang, terlebih smackdown menjadikan sokongan dan empati beralih ke PMX.


Maka bagi mengekalkan momentum sokongan kepada PN, maka mereka sentiasa memberi candu 'PMX akan jatuh'


Berikut senarai candu mereka,


1. Nov 2022 - Dah cukup jomlah
2. Dec 2022 - Kerajaan Perpaduan tidak kukuh dan bila2 masa akn tumbang.
3. Januari 2023- Kerajaan Perpaduan akan tumbang hujung Januari
4. Februari 2023 - Kerajaan Perpaduan akan tumbang bulan ini ( Februari )
5. Mac 2023 - Kerajaan Perpaduan akn tumbang pada bulan puasa.
6. Mei 2023 - Kerajaan Perpaduan akan tumbang selepas Hari Raya. Perdana Menteri cabar undian di Parlimen tapi pembangkang tidak berani.
7. Jun 2023 - GPS akan sertai PN, Perdana Menteri akan bertukar pada Julai. GPS nafikan bersama PN.
8. Julai 2023- Sudah cukup jumlah kerajaan Perpaduan akan tumbang September
9. Ogos 2023 - Kerajaan akn tumbang bila2 masa ( bye2 PM )
10. Oktober 2023 - Ahli UMNO akn tarik sokongan. Kerajaan akan tumbang.
11. Nov 2023 - PMX sudah hilang majoriti kerajaan akn bertukar.
12. Dis 2023 - Petang Jumaat kerajaan akan bertukar
13. Dis 2023 - Langkah Dubai… pemimpin2 sudah bersepakat bersetuju
14. Januari 2024 - Akhirnya MB Kedah terpaksa beritahu dia tahu tarikh Kerajaan akan tumbang. 
15. Januari 2024 - Raja Petra beritahu dia sudah ada senarai mereka yg akan serah SD.


Berdasarkan akta anti lompat dan ketidakupayaan mana-mana pihak dari UMNO dan GPS untuk membawa semua AP mereka, maka cita-cita mereka kekal lah menjadi candu.


Contohnya begini, dari 28 AP UMNO, mungkin 11 akan tarik sokongan, 


Tapi dari 23 AP GPS, separuh darinya juga tidak akan bersama PN.


Inilah yang memeningkan mereka sebenarnya. 


11 UMNO ini pula tidak berani bertindak lebih jauh kerana kuartir kerajaan tak jatuh, maka tindakan lebih keras termasuk saman 100 juta akan mereka hadapi..


Anwar Ibrahim akan terus tersenyum dan bekerja untuk Malaysia. Pengundi baru dan atas pagar dapat memerhati dengan jelas, siapa yang mempunyai idea dan bekerja untuk negara,  dan siapa pula sabotaj ekonomi dan keharmonian negara.


Buat masa sekarang Kerajaan PerPADUan berada di landasan yang betul.


Dan kami grup LTL akan terus menyampaikan informasi tepat dan mempertahankan kerajaan ini.


Sekian.


Muhammad Fairul Al Qasas 
Puncak Alam






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/isu-semasa-yang-harud-diketahui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Strategi Politik Menggunakan Isu Identitas Harus Kita Tolak

Strategi Politik Menggunakan Isu Identitas Harus Kita Tolak

papar berkaitan - pada 7/1/2024 - jumlah : 180 hits
Kampanye secara negatif diharapkan tidak terjadi lagi karena berdampak buruk pada perkembangan demokrasi
Cerita Warga Depok Terjebak Rentenir Pinjam Rp20 Juta Harus Bayar Rp500 Juta

Cerita Warga Depok Terjebak Rentenir Pinjam Rp20 Juta Harus Bayar Rp500 Juta

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 203 hits
Korban sempat menantang rentenir untuk melakukan sumpah mubahalah di depan majelis hakim
Pemimpin Politik Harus Jadi Teladan Pupuk Nilai Perpaduan Dan Muhibah Kata Menteri

Pemimpin Politik Harus Jadi Teladan Pupuk Nilai Perpaduan Dan Muhibah Kata Menteri

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 182 hits
Pemimpin politik harus jadi teladan pupuk nilai perpaduan dan muhibah kata menteri Dikemas kini 44 minit yang lalu Diterbitk
Buat Peminat Risau Ten Nct Jatuh Pentas Semasa Persembahan Di Sbs Gayo Daejeon

Buat Peminat Risau Ten Nct Jatuh Pentas Semasa Persembahan Di Sbs Gayo Daejeon

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 174 hits
Bahayanya ARTIKEL BERKAITAN Netizen menyatakan kebimbangan mereka yang mendalam selepas GIF yang merakamkan satu insiden yang berlaku terhadap Ten NCT mula tersebar di media sosial Rakaman itu menunjukkan Ten secara tidak sengaja terjatuh k...
Makin Jelas Siapa Yang Harus Kita Ikuti

Makin Jelas Siapa Yang Harus Kita Ikuti

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 281 hits
Al Araf 158 Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul Nya Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah kalimah Nya dan ikutilah dia supaya kamu beroleh hidayah petunjuk Riwayat Malik Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan ...
Pesan Jokowi Ke Menteri Bansos Harus Diteruskan

Pesan Jokowi Ke Menteri Bansos Harus Diteruskan

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 106 hits
Jokowi juga mengingatkan agar penyaluran bansos dipantau ketat supaya tepat sasaran
Mahfuz Omar Sanusi Harus Sedar Dia Seorang Mb

Mahfuz Omar Sanusi Harus Sedar Dia Seorang Mb

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 129 hits
Ahmad Mukhsein MukhtarAlor Setar Tindakan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melabelkan agensi kerajaan dan media sebagai barua dianggap sebagai keterlaluan dan tidak wajar dibuat individu yang memegang jawatan Menteri Besar Naib Presiden AM...
Peguam Bersatu Igp Tidak Harus Campur Tangan Dalam Politik

Peguam Bersatu Igp Tidak Harus Campur Tangan Dalam Politik

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 107 hits
Seorang peguam Bersatu tampil membidas kenyataan Ketua Polis Negara Razarudin Husain berhubung rancangan untuk menukar kerajaan Timbalan Ketua Biro Perundangan dan Perlembagaan Bersatu Sasha Lyna Abdul Latif berkata Razarudin tidak sepatutn...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan