Isu Ptptn Syed Saddiq Akan Bantah Jika Di Bawa Ke Kabinet



KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan akan memastikan cadangan menyenarai hitam peminjam yang gagal melunaskan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak diluluskan jika di bawa ke mesyuarat Kabinet.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, PTPTN tidak sepatutnya bertindak sedemikian terhadap peminjam yang masih menganggur dan mereka yang memperoleh pekerjaan tapi tidak mendapat gaji ‘bermaruah’.

“Mereka tidak sepatutnya disenarai hitamkan oleh PTPTN. Kalau cadangan untuk menyenarai hitam anak muda yang belum bekerja atau mendapat gaji bermaruah di bawa ke Kabinet, saya sebagai Menteri Belia dan Sukan akan membantah sekeras mungkin.

“Ini merupakan komitmen saya. Kita patut terus membantu dan membela masa depan anak muda,” katanya menerusi video berdurasi seminit yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya, hari ini.

Tegas Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), penglibatannya dalam dunia politik selama ini bertujuan ingin membela nasib anak muda.

Katanya, langkah yang sama harus diambil oleh semua pihak iaitu membantu dan membela masa depan anak muda.

“Jangan risau anak muda akan sentiasa menjadi barisan depan negara,” katanya.

Pada 27 Jun tahun lalu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mengumumkan seramai 429,945 peminjam kini bebas dari disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan boleh ke luar negara.

Walau bagaimanapun, bekas Setiausaha Agung Bersatu Perlis itu dilaporkan berkata semalam, cadangan menguatkuasakan semula sekatan terhadap peminjam culas merupakan antara idea yang dikemukan pihak berkaitan hasil daripada sesi libat urus yang dijalankan.

Jelas Wan Saiful hari ini, beliau secara peribadi mengakui tidak selesa dengan cadangan untuk memperkenalkan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam tetapi perlu menghormati semua cadangan dan pandangan yang diterima mengenai mekanisme pembayaran PTPTN itu. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/05/isu-ptptn-syed-saddiq-akan-bantah-jika.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Hitam Peminjam Ptptn Syed Saddiq Bantah

Senarai Hitam Peminjam Ptptn Syed Saddiq Bantah

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 232 hits
Oleh Aliff Fikri AzizSyed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membantah cadangan menyenarai hitam individu yang gagal melunaskan pinjaman Perbadanan Tabung PTPTN Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 18 Mei Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membant...
Isu Kesihatan Mental Perlu Dibincang Secara Terbuka Kata Syed Saddiq

Isu Kesihatan Mental Perlu Dibincang Secara Terbuka Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 318 hits
Isu kesihatan mental perlu dibincang secara terbuka kata Syed Saddiq nbsp
Syed Saddiq Yakin Malaysia Akan Layak Ke Piala Dunia 2030 Dengan Menggunakan Formula Ini

Syed Saddiq Yakin Malaysia Akan Layak Ke Piala Dunia 2030 Dengan Menggunakan Formula Ini

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 339 hits
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan bahawa tidak mustahil untuk Malaysia tampil dalam temasya terulung bola sepak Piala Dunia pada 2030 nanti Ini kerana menurut Syed Saddiq Malaysia akan mencontohi Qatar dalam m...
Tabik Lagi Untuk Syed Saddiq

Tabik Lagi Untuk Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 407 hits
SUSUPAN PAGISyed Saddiq Syed Abdul Rahman SARANAN dan desakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Azih Muda agarmemberi bukti kononnya ada pegawai la...
Bpn Bantah Isu Prabowo Hendak Kabur Ke Luar Negeri Ini Tujuan Pergi Ke Brunei

Bpn Bantah Isu Prabowo Hendak Kabur Ke Luar Negeri Ini Tujuan Pergi Ke Brunei

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 315 hits
Koordinator BPN Dahnil Anzar Simanjuntak menjelaskan agenda calon presiden nomor urut 02 Prabowo Subianto ke Brunei Darussalam pada 16 Mei 2019 hanyalah silaturahmi biasa
Syed Saddiq Jangan Pandai Cakap Saja Tapi Tiada Tindakan

Syed Saddiq Jangan Pandai Cakap Saja Tapi Tiada Tindakan

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 520 hits
BEBERAPA bekas pemain bola sepak kebangsaan tampil menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung perbangunan sukan negara Beliau berkata dalam tempoh kira kira setahun Syed Saddiq ...
Ptptn Tpm Bantah Cadangan Sekatan Ke Luar Negara

Ptptn Tpm Bantah Cadangan Sekatan Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 394 hits
Sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional adalah tidak wajar kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail Beliau berkata setakat ini kerajaa...
Syed Saddiq Teringin Kahwin

Syed Saddiq Teringin Kahwin

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 692 hits
Setelah setahun jadi Menteri dan rasa dirinya sudah stabil hidup Syed Saddiq teringin nak mendirikan rumah tangga Kalau boleh lepas Raya dia nak langsungkan sebelum saham jatuh bila Dr Mahathir tidak lagi Perdana Menteri Ibunya cadangkan se...
Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Coffee Trains Good Vibes At Myrail Coffee Sendayan

Era Baharu Perbelanjaan Bijak Rakyat Malaysia Kini Seimbangkan Harga Dengan Kualiti

Penceramah Agama Ditahan Disyaki Memberi Ceramah Tanpa Tauliah

Rafizi Ramli Not Entitled To Just Walk Out

The Rosetta Stone Decoding The Secrets Of Ancient Egypt

Ai Bakal Ubah Jalan Raya Malaysia Ini Peranan Korea Selatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Dapurhack Trik Mudah Kurangkan Masin Ikan Kering Confirm Mak Mertua Puji

Pasaran As Mahkamah Membatalkan Tarif Trump

Tengku Ampuan Pahang Mencemar Duli Menziarahi Pusara Akiko Okumura Di Tanah Perkuburan Usj 22 Subang Jaya

Tong Gas Ungu Petronas Perbezaan Dan Kegunaan