Isu Pertemuan Pn Wan Saiful Bidas Ismail Sabri Buat Penipuan Dan Tak Beradab
agendaily.com15/08/2022
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Datuk Wan Saiful Wan Jan membidas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan dakwaannya sudah berjumpa delegasi Perikatan Nasional (PN) bagi membincangkan isu dibangkitkan gabungan itu.
Ketua Penerangan Bersatu itu memberitahu Ismail Sabri bahawa pertemuan dengan delegasi PN ketika makan tengahari tidak patut dianggap pertemuan rasmi dan meminta beliau menjelaskan penipuan yang dilakukannya kerana ia satu tindakan yang tidak beradab.
“Kalau setakat jumpa waktu ‘lunch’, itu bukan perjumpaan rasmi yang sepatutnya.
“Bagi saya kenyataan Ismail Sabri mendakwa telah bertemu delegasi PN adalah penipuan dan tidak beradab. Ismail perlu jelaskan kenapa dia menipu media dan rakyat,” katanya di Facebook.
Terdahulu, Ismail Sabri berkata sudah mengadakan pertemuan bersama PN dua minggu lalu.
Menurut Ismail Sabri, pertemuan yang berlangsung pada minggu terakhir sesi sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen itu dihadiri Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Bendahari PN Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Dalam pada itu, Wan Saiful berkata beliau berterima kasih kepada Ahmad Samsuri yang mengesahkan kenyataan beliau tempoh hari berhubung Ismail Sabri belum berjumpa dengan PN secara rasmi.
Katanya, wakil rasmi yang PN namakan adalah empat orang iaitu Hamzah, Penolong Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Ahmad Samsuri dan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Semasa (pengerusi PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri, beliau menubuhkan Majlis Presiden parti-parti dalam kerajaan.
“Semua presiden parti ada dalam Majlis Presiden itu. Itu barulah perdana menteri yang berani. Bercakap depan-depan secara rasmi, bukan sembang waktu lunch,” katanya.
Beliau juga mempersoalkan apa yang ditakutkan Ismail Sabri untuk berjumpa dengan delegasi PN.
“Apa yang Ismail takut sangat. Nak jumpa kawan segabungan secara rasmi pun tak berani.
“Atau ada perkara yang Ismail mahu sembunyi dan takut delegasi PN tanya. Maklumlah kita sudah tahu mengenai pelbagai skandal seperti kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang kena atas batang hidung pemimpin UMNO sekarang ini,” katanya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/isu-pertemuan-pn-wan-saiful-bidas.html