Isu Pelajar Tahfiz Hadiri Konsert Kfc Siapa Pembangkang Nak Salahkan


Baru-baru ini tular sekeping gambar yang memaparkan beberapa pelajar tahfiz yang berpakaian jubah dan berserban duduk menyaksikan sebuah konsert, difahamkan dianjurkan oleh KFC.
Isu itu telah digunakan oleh pihak pembangkang untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan yang membawa naratif seolah-olah kerajaan sedia ada tidak membawa Islam. Ini mengarut.
Pertamanya, pihak pembangkang perlu bersifat tabayyun terlebih dahulu, usah ‘tibai-yun’ dalam satu-satu isu. Perlu disiasat terlebih dahulu, apakah ada salah faham dengan pihak penganjur, siapakah mudir tahfiz yang terlibat, bagaimana cerita sebenarnya?
Namun, sebenarnya pihak pembangkang bukannya untuk menjaga nama baik Islam, tetapi lebih kepada menunggang isu yang wujud untuk kepentingan politik semata-mata.
Sedangkan ketika mereka memerintah, tidak pula dibuat satu dasar bahawa sebarang konsert “tidak Islamik” tidak dibenarkan diadakan di Malaysia. Mereka tidak lakukan. Hanya apabila mereka menjadi pembangkang semula, barulah muncul semula soal membantah konsert, artis tidak tutup aurat, jururawat pakaian ketat dan seumpamanya diulang semula demi mendapatkan simpati dan sokongan.
Pada pandangan saya, saya sendiri tidak bersetuju dengan insiden yang telah berlaku itu dan memohon pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak penganjur. Tidak sesuai apabila individu yang berpakaian Islamik menghadiri program ”tidak Islamik”, seperti mana sekiranya mana-mana individu berpakaian seksi menghadiri program Selawat sebagai contohnya.
Saya juga menasihatkan agar PMX dan para pemimpin kerajaan agar berhati-hati dalam menerima jemputan menghadiri sebarang konsert, yang mana mungkin dapat mengurangkan ‘thiqah’ atau kredibiliti para pemimpin yang membawa imej Islam.
Saya percaya, masyarakat kita majoritinya masih mempunyai “common sense” dalam perkara seperti ini. Apabila melakukan sesuatu perkara, usah melanggar syariat dan norma-norma masyarakat yang bertamadun.
Saya juga menyeru agar para penganjur dapat memperbanyakkan program-program Islamik atau program-progran yang membawa nilai baik kepada masyarakat, dalam proses untuk kita membangunkan model Malaysia Madani yang mementingkan aspek ketamadunan warga Malaysia dalam pembangunan negara.
Terima kasih.
—-
Jamal Rafaie
Ketua Penerangan
Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jamalrafaie.com/2023/08/tahfiz-hadiri-konsert-kepci/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konsert Kepci Ini Individu Yang Bawa Pelajar Tahfiz Itu

Konsert Kepci Ini Individu Yang Bawa Pelajar Tahfiz Itu

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 211 hits
KUALA LUMPUR Seorang individu tampil memberi penjelasan mengenai tindakannya membawa kumpulan pelajar tahfiz ke konsert KEPCI Music Fest di Stadium Malawati Shah Alam Sabtu lalu Andrie Ung Han Xiang yang mengakui dia adalah individu membawa...
Sensitiflah Sikit Apa Tujuan Bawa Anak Tahfiz Ke Konsert

Sensitiflah Sikit Apa Tujuan Bawa Anak Tahfiz Ke Konsert

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 197 hits
ismaweb netMP Pasir Mas kesal sedih dengan pihak bertanggungjawab buat undanganBANGI 12 Safar 1445H Selasa Ketua Pemuda Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan tindakan pihak tertentu menjemput pelajar tahfiz ke sebuah konsert ...
Sultan Selangor Titah Polis Kesan Pemfitnah Isu Sekolah Tahfiz

Sultan Selangor Titah Polis Kesan Pemfitnah Isu Sekolah Tahfiz

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 174 hits
MalaysiakiniSultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya pihak polis mengesan kumpulan pemfitnah yang menyebarkan dakwaan kononnya lebih 200 buah sekolah tahfiz di negeri itu telah diarahkan tutup Golongan ini perlu segera ...
Nak Breakfast Kfc Budak Ni

Nak Breakfast Kfc Budak Ni

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 196 hits
Nak Breakfast KFC Budak Ni Isnin lepaskan selangor cuti nieyl HQ dekat Putrayaja tapi kerja di Cyberjaya so extra cuti lah kita Seronok ya dapat cuti hari isnin memang tak sempat nak Monday Blues dah Plan nieyl cuti hari tu pagi nieyl ke Ma...
Hiburan Terhad Tebus Tiket Konsert Percuma Kfc Di Sini Cepat Sebelum Habis

Hiburan Terhad Tebus Tiket Konsert Percuma Kfc Di Sini Cepat Sebelum Habis

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 398 hits
Siapa sini membesar dengan KFC Dapat nombor satu mesti request KFC dengan mak ayah Haa nak tahu tak pejam celik pejam celik dah 50 tahun rupanya KFC di Malaysia Lama tu Sempena tahun ulang tahun ke 50 di sini KFC anjurkan Kepci Music Fest u...
Hiburan Aku Nak Anak Kau B Doh Gila Anak Sendiri Cuma Dapat 2a Ibu Busuk Hati Hantar Sihir Pada Pelajar Straight A

Hiburan Aku Nak Anak Kau B Doh Gila Anak Sendiri Cuma Dapat 2a Ibu Busuk Hati Hantar Sihir Pada Pelajar Straight A

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 324 hits
Baru baru ini seorang perawat Islam ada berkongsikan video di laman TikToknya mengenai masalah yang dihadapi oleh seorang gadis remaja Difahamkan ibu gadis tersebut sempat berkongsikan di laman media sosialnya keputusan cemerlang Sijil Pela...
Bagi Hint Nak Keluar Lagu Duet Dengan Ira Kazar Sekali Lagi Aliff Syukri Dikecam Ini Content Dato Paling Saya Rasa Mual

Bagi Hint Nak Keluar Lagu Duet Dengan Ira Kazar Sekali Lagi Aliff Syukri Dikecam Ini Content Dato Paling Saya Rasa Mual

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 326 hits
Menerusi Instagram usahawan kosmetik sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik video mempromosikan tudung jenamanya yang terbaru Namun ia serta merta mendapat kecaman ramai warganet apabila video itu turut menampilkan Ira Kazar yang mengg...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

18 Malaysian News Tiktok Accounts Mysteriously Vanish Here S What We Ve Learned

Jom Tengok Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Sukan Sekolah Malaysia