Isu Kebocoran Kertas Pt3 Ibu Bapa Pelajar Perlu Bertenang


KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Ibu bapa dan pelajar perlu bertenang dan tidak membuat andaian secara terburu-buru dalam isu dakwaan kebocoran beberapa kertas peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) baru-baru ini.
Wakil Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti Kebangsaan (KPIBKK), Faizal Mohammad Arshad, berkata, ibu bapa tidak seharusnya terlalu beremosi, malah ada yang mendesak pihak sekolah untuk mengetahui kesahihan dakwaan itu hingga memberi tekanan kepada guru-guru.
Jelasnya, ibu bapa perlu bertenang kerana perkara itu masih lagi dalam siasatan Kementerian Pendidikan (KPM) dan kesahihan dakwaan itu belum dapat dipastikan.
“Banyak perkara yang tidak betul disebarkan media sosial hingga ia menyebabkan ‘huru-hara’ yang secara langsung akan memberi kesan emosi dan tekanan kepada pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar.
“Jika ibu bapa terus mendesak, secara tidak langsung motivasi guru-guru yang mendidik juga akan terganggu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebelum ini, terdapat dakwaan berlakunya kebocoran kertas soalan Bahasa Inggeris dan Matematik PT3 yang tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp, namun ia disangkal KPM.
Malahan, kementerian itu turut menafikan dakwaan bahawa kertas Bahasa Inggeris PT3 akan diulangi pada 10 Okt ini seperti yang tersebar.
Semalam, KPM, dalam kenyataan, berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) perlu menjalankan siasatan terhadap dakwaan kertas soalan PT3 bocor seperti yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.
KPM berkata individu atau kumpulan yang terlibat dalam penyebaran kertas soalan itu boleh diambil tindakan memandangkan kertas itu adalah dokumen terperingkat terhad.
Dalam pada itu, Faizal berkata Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing perlu memainkan peranan mereka membantu meredakan keresahan ibu bapa.
PIBG, katanya, adalah persatuan yang dianggotai ibu bapa dan guru-guru dan berperanan sebagai medium terbaik dalam memberi penerangan dan nasihat bagi memastikan isu itu tidak menganggu fokus utama anak-anak mereka dalam menduduki peperiksaan.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang pula berkata, semua pihak perlu meletakkan kepercayaan kepada KPM dalam menyelesaikan isu itu
“Apa-apa hal berlaku, kita kena tetapkan kiblat (kepercayaan) kita dengan apa yang kementerian nyatakan.
“Kalau ada tohmahan yang menyatakan itu (kertas PT3) bocor, ini bocor, kita tidak boleh terima selagi tidak ada kenyataan rasmi daripada KPM,” katanya
Sementara itu, Bernama turut cuba mendapatkan maklum balas daripada Lembaga Peperiksaan KPM tentang status terbaru isu itu.
Pengarahnya, Adzman Talib ketika dihubungi melalui aplikasi Whatsapp berkata, pihaknya sedang mencari maklumat sebelum memberi penjelasan.
“Pegawai saya dan UKK (Unit Komunikasi Korporat KPM) sedang sediakan maklumat untuk memperjelaskan perkara ini kepada media. Dengan segera akan diberikan nanti,” katanya ringkas.- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/04/isu-kebocoran-kertas-pt3-ibu-bapa-pelajar-perlu-bertenang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
The Asian Parent Aplikasi Untuk Ibu Bapa Yang Inginkan Maklumat Lanjut Tentang Anak

The Asian Parent Aplikasi Untuk Ibu Bapa Yang Inginkan Maklumat Lanjut Tentang Anak

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 509 hits
Assalammualaikum semua Zaman sekarang memang sepanjang masa kita dengan handphone tak kira siang ataupun malam Dah jadi macam benda paling wajib nak bawak pergi mana mana pun Nak cari dekat mana jual pampers google kan ada Nak tanya kenapa ...
Kenapa Salahkan Artis Jual Flavour Vape Ibu Bapa Harus Pantau Anak Anak Shuib Sepahtu

Kenapa Salahkan Artis Jual Flavour Vape Ibu Bapa Harus Pantau Anak Anak Shuib Sepahtu

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 1111 hits
Seringkali dipersalahkan kerana menjual flavour vape akhirnya pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu menyuarakan pendapatnya mengenai golongan selebriti menjadi mangsa kecaman oleh sesetengah pihak BACA Saya Setuju Jika Mamat Dikembalika...
Demi 11 Isu Penting Ini Ribuan Mahasiswa Dan Pelajar Bersatu Dalam Demo Gejayanmemanggil Jilid 2

Demi 11 Isu Penting Ini Ribuan Mahasiswa Dan Pelajar Bersatu Dalam Demo Gejayanmemanggil Jilid 2

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 274 hits
Nggak hanya mahasiswa kali ini juga banyak pelajar di Jogja yang ikut demo Mari kita dengar apa saja yang mereka perjuangkan
Adik Beradik 21 Orang Bapa Hidap Kanser Remaja Bersila Jual Kuih Bantu Ibu

Adik Beradik 21 Orang Bapa Hidap Kanser Remaja Bersila Jual Kuih Bantu Ibu

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 625 hits
Tidak semua manusia diberikan kehidupan yang serba mudah dan mewah Kadang kala ujian itu hadir dalam pelbagai bentuk bagi menguatkan rasa sabar serta berusaha lebih gigih untuk melayari kehidupan Menerusi satu perkongsian daripada laman Fac...
Theasianparent Merupakan Portal Rujukan Keibubapaan Buat Ibu Bapa Moden

Theasianparent Merupakan Portal Rujukan Keibubapaan Buat Ibu Bapa Moden

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 310 hits
theAsianparent laman Rujukan terbaik buat ibu bapa ERA DIGITAL Seawal kehamilan hinggalah melahirkan kemudiam menjaga serta mendidik anak bukanlah perkara mudah apatah lagi buat ibu bapa zaman moden sekarang ini terutama ibu bapa muda yang ...
Aplikasi Theasianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak Yang Riang Sihat Dan Berkeyakinan

Aplikasi Theasianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak Yang Riang Sihat Dan Berkeyakinan

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 531 hits
Aplikasi theAsianparent Membantu Ibu Bapa Membesarkan Anak yang Riang Sihat dan Berkeyakinan Seiring dengan peredaran masa pada masa kini semua maklumat kini semuanya dihujung jari saja Apa maklumat yang kita nak cuma taip je kemudian searc...
Doa Ibu Bapa Termakbul Selepas Setahun Menanti Keadilan Allahyarham Adib

Doa Ibu Bapa Termakbul Selepas Setahun Menanti Keadilan Allahyarham Adib

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 697 hits
DARI malam tadi perasaan saya sangat berdebar sehingga pagi ini namun sebaik saja dimaklumkan keputusan inkues menyebelahi arwah saya rasa sangat lega kata ibu Muhammad Adib Asma Aziz 52 Asma berkata sebaik saja mengetahui keputusan itu dia...
Jangan Gopoh Tuduh Kertas Pt3 Bocor Biar Kpm Siasat

Jangan Gopoh Tuduh Kertas Pt3 Bocor Biar Kpm Siasat

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 386 hits
JPN perlu menjalankan siasatan terhadap dakwaan kertas soalan PT3 bocor seperti yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp Foto BernamaKUALA LUMPUR 3 Okt Ibu bapa dan pelajar perlu bertenang dan tidak membuat andaian secara terburu buru dala...
Bapa Pelajar Malaysia Koma Di Mesir Sedih Ada Pihak Ambik Kesempatan Wujudkan Akaun Derma Palsu

Bapa Pelajar Malaysia Koma Di Mesir Sedih Ada Pihak Ambik Kesempatan Wujudkan Akaun Derma Palsu

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 768 hits
KUALA LUMPUR Bapa kepada pelajar Malaysia yang dilaporkan koma di Mesir sebelum ini Azyanshah Ariffin 53 meminta orang ramai tidak menyalurkan derma menerusi akaun CIMB yang tersebar di internet dan media sosial kerana bukan miliknya serta ...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


N 16 Bas Kafe Sekinchan Makcik Melayan Budak Gen Z

7 Resepi Ikan Yang Patut Korang Cuba

Buasir Otak Tv Bila Introvert Pergi Beraya Be Like

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia