Isu Judi Pas Seperti Lepas Batuk Di Tangga Sahaja


 


Reaksi PAS terhadap isu cabutan khas judi yang diizinkan kerajaan sekarang dianggap sekadar melepaskan batuk ditangga oleh Tokoh Wartawan Negara A Kadir Jasin.
Malah A Kadir PAS juga secara tidak langsung meletakkan parti itu sebagai rakan subahat dengan kegiatan tersebut apabila salah seorang pemimpinnya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berpendapat Putrajaya wajar mengekalkan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.



“Kalaulah PAS ini betul-betul berpegang kepada Islam seperti didakwa dan dihebahkan kepada para walaknya, tentu ia membantah dengan sekeras-kerasnya sehingga keluar kerajaan jika perlu.
“Tetapi reaksi PAS tidak lebih daripada melepas batuk di tangga saja,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
PAS kini dikecam pelbagai pihak atas kedudukan mereka dalam kerajaan selepas Kementerian Kewangan membenarkan semua syarikat perjudian kembali melakukan 22 kali cabutan khas sepanjang tahun ini.
Cabutan khas itu adalah tambahan kepada aktiviti mingguan yang dilakukan dari semasa ke semasa.
Kebenaran itu disahkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Bukan diharamkan, tapi diperkasa
Asalnya cabutan khas berkenaan – yang diperkenalkan sebagai langkah mengumpul dana ekoran ancaman virus Nipah lebih dua dekad lalu – memang 22 kali setahun.
Apabila PH menjadi kerajaan pusat, kekerapan itu diturunkan kepada 11 kali pada 2019 sebelum dikurangkan kepada hanya lapan kali pada 2020.
Selepas PH dijatuhkan melalui Langkah Sheraton, kerajaan baru kembali menaikkan kekerapan itu kepada 22 kali pada tahun ini.
PAS merupakan salah satu parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan menjadi kerajaan sekarang.
A Kadir berkata sejak sekian lama, modal besar PAS semasa berkempen ialah kerajaan BN tidak Islamik kerana membenarkan kegiatan judi dan penjualan arak.
Katanya PAS juga berikrar untuk mengharamkan kegiatan tersebut apabila mereka berkuasa.
“Itulah antara janji PAS kepada para walaknya, atau walaun mengikut istilah media sosial.
“Sekarang, apabila PAS duduk dalam kerajaan, dapat jawatan kabinet dan Menteri Kewangan pula orang Melayu-Islam berketurunan raja bernama Tengku Zafrul Abdul Aziz, bukan sahaja judi tidak diharamkan malah diperkasakan,” katanya.
Menurut A Kadir, tidak mungkin Tengku Zafrul bertindak bersendirian dan memandai-mandai untuk meluluskan permohonan daripada agensi nombor ramalan untuk menambah bilangan cabutan khas kepada 22 kali.
“Takkan kabinet atau perdana menteri tak tahu?” katanya.
A Kadir yang juga bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd berkata Tengku Zafrul adalah orang korporat, justeru keutamaannya adalah mendapatkan hasil buat kerajaan.
“Manakala pemimpin Melayu-Islam PN pula nampak macam tidak berapa peduli asalkan hasil kerajaan ada untuk membayar gaji, elaun, pencen dan segala kemudahan mereka,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/isu-judi-pas-seperti-lepas-batuk-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Dengan Isu Judi

Pas Dengan Isu Judi

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 287 hits
Mohsin AbdullahAda isu besar dibangkitkan di Parlimen beberapa hari lalu yang menyulitkan PAS Ia timbul apabila Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengesahkan di Parlimen kerajaan memberi izin kepada semua syarikat nombor ramalan unt...
Isu Judi Lelaki Ini Sekolahkan Razman Keputusan Kabinet Adalah Kolektif Menteri Pas Turut Terlibat

Isu Judi Lelaki Ini Sekolahkan Razman Keputusan Kabinet Adalah Kolektif Menteri Pas Turut Terlibat

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 291 hits
MOHD MUKHLISSeptember 22 2021 Beza Fatwa PakText masa kerajaan dan masa PakText jadi pembangkang Dia ingat rakyat ini macam un yang pajak otak ke Keputusan kabinet adalah secara kolektif jadi keputusan Menteri Kewangan adalah sama dengan ke...
Jangan Jadi Pengutip Sampah Ulas Isu Tak Disaring Pemimpin Pas Beritahu Ulama

Jangan Jadi Pengutip Sampah Ulas Isu Tak Disaring Pemimpin Pas Beritahu Ulama

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 306 hits
Mokhtar Senik berkata jika ulama mengulas isu yang tidak difahami sepenuhnya ketidakadilan boleh berlaku PETALING JAYA Seorang pemimpin PAS hari ini mengingatkan para ulama tidak menjadi pengutip sampah yang menghukum hanya berdasarkan makl...
Menteri Pas Harus Letak Jawatan Jika Tidak Mahu Dituduh Bersekongkol Lulus Judi

Menteri Pas Harus Letak Jawatan Jika Tidak Mahu Dituduh Bersekongkol Lulus Judi

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 232 hits
MALAYSIA DATELINEMenteri menteri Pas yang berada dalam posisi kabinet hari ini harus meletakkan jawatan sekiranya tidak mahu dituduh bersekongkol meluluskan kenaikkan cabutan judi Ketua Pemuda AMANAH Terengganu Zamil Ghazali berkata menteri...
Cabutan Khas Judi Pemimpin Umno Dakwa Pas Gagal Tunai Janji Untuk Hapus Judi Jika Jadi Kerajaan

Cabutan Khas Judi Pemimpin Umno Dakwa Pas Gagal Tunai Janji Untuk Hapus Judi Jika Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 304 hits
September 25 2021Keputusan kerajaan menambah kekerapan cabutan khas judi nombor ramalan bukan saja tidak wajar malah memberi implikasi negatif kepada PAS yang kini menjadi sebahagian anggota kabinet Setiausaha Agung Veteran Umno Mustapha Ya...
Pas Must Not Walk Into The Ban Judi Trap Again

Pas Must Not Walk Into The Ban Judi Trap Again

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 281 hits
Remember what the Chinese told PAS President Abdul Hadi Awang in 1999 Gambling is part of Chinese culture So banning gambling would be denying the Chinese the right to practice their culture Hence you cannot ban gambling NO HOLDS BARRED Raj...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saya Peminat Tegar Jin Bts Akui Suka Lagu Ros Bruno Mars Apt

Tak Tular Ketika Hidup Tapi Kisahnya Mencuri Perhatian Saat Dia Pergi

Smarter Operations Enabled By Sap System Malaysia

Cara Melembutkan Daging Dengan Cepat

Mak Sentiasa Dalam Hati Adib Pemergian Pelajar Upsi Undang Tangisan Seluruh Negara

Resepi Udang Nestum