Isu Dakwaan Murtad Illi Najwa Mohon Maaf Mengaku Apa Terjadi Kejahilan Dia Dan Suami


 


KUALA LUMPUR - Illi Najwa Anuar Hussin Saddique tampil memohon maaf susulan majlis resepsi perkahwinannya dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar baru-baru ini mencetuskan pelbagai persoalan sehingga ada yang mendakwa dia murtad.
Memetik laporan media, wanita terbabit mengaku apa yang berlaku atas salah dan kejahilan dia dan suaminya.
Malah, Illi Najwa turut menzahirkan permohonan maaf kepada keluarganya yang diheret sama dalam isu itu.
Bagaimanapun, wanita yang berasal dari Johor itu mengesahkan suaminya sudah memeluk Islam sejak akhir tahun lalu dan mereka melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam majlis tertutup.
Katanya, sijil nikahnya akan diperoleh pada Rabu depan.
Tegas Illi Najwa, beliau tidak pernah menukar nama atau agama seperti mana yang didakwa sesetengah pihak terutamanya warganet.
"Nama saya masih kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga suami memanggil saya Navpreet sejak 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya," katanya yang turut memaklumkan dia ke India mengikut prosedur perjalanan yang sah.
Media India sebelum ini melaporkan Illi Najwa berkahwin dengan Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.
Rakaman video majlis resepsi perkahwinan mereka kemudian tular di media sosial dengan memaparkan Manpreet mengenakan sut perkahwinan Punjabi.
Manakala Illi Najwa memakai pakaian pengantin wanita Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.
Dalam majlis itu, Illi Najwa dan suaminya kelihatan melakukan perbuatan yang mencetuskan pelbagai persoalan hingga status agamanya
Mengulas mengenai video itu, Illi Najwa berkata, mereka tidak pernah meminta perkahwinannya di sana dirakamkan kerana tahu akan sensitiviti yang akan dihadapi mereka.
Namun, katanya, rakaman yang didedahkan oleh media itu di luar kawalan.
Illi Najwa mengakui dia tidak gembira dengan isu yang mengheret namanya dan suami.
Malah, katanya, Manpreet juga tidak mahu ia berlaku kerana sedar akan akibatnya.
"Kami tidak mengatakan apa yang kami lakukan adalah betul tetapi kami tidak mempunyai pilihan dan Manpreet tidak pernah memberikan kenyataan sensitif dan ketika mendapat tahu tentang berita ini, dia meminta semuanya ditarik balik," katanya.
Terdahulu, media melaporkan kerajaan akan memanggil Illi Najwa Saddique dan suami bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama mereka.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary dilaporkan berkata, mereka akan dipanggil sebaik kembali ke Malaysia.
Katanya, setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhubung status agama wanita berkenaan.
"Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awal yang diterima, wanita berkenaan masih seorang Muslim dan setakat ini tiada permohonan yang diterima untuk menukar agama.
"Pada masa sama, kita juga tidak menerima permohonan wanita berkenaan untuk berkahwin di luar negara," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/12/dakwaan-murtad-illi-najwa-mohon-maaf.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netizen Sebar Kenyataan Illi Najwa Ulas Isu Perkahwinan Hal Peribadinya

Netizen Sebar Kenyataan Illi Najwa Ulas Isu Perkahwinan Hal Peribadinya

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 602 hits
loading Nampaknya isu perkahwinan Illi Najwa Saddique bersama pasangannya Manpreet Singh masih lagi belum reda
Illi Najwa Mohon Maaf

Illi Najwa Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 415 hits
Rakaman video acara resepsi perkahwinan Illi Najwa Saddique dan Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar Punjab yang cetuskan persoalan KUALA LUMPUR Illi Najwa Anuar Hussin Saddique yang mencetuskan pelbagai persoalan berhubung majlis resepsi p...
Illi Najwa Dan Suami Digesa Segera Beri Penjelasan Kepada Pihak Berkuasa

Illi Najwa Dan Suami Digesa Segera Beri Penjelasan Kepada Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 322 hits
Zainul Rijal Abu Bakar KUALA LUMPUR Illi Najwa Anuar Hussin Saddique dan suaminya Manpreet Singh Pawar digesa untuk segera kembali ke Malaysia dan memberi penjelasan kepada pihak berkuasa berhubung isu perkahwinannya yang dikatakan tidak me...
Hiburan Saya Minta Maaf Cliff Umar Perjelas Isu Rimas Pakai Pelitup Muka Di Pentas Akhir Gv7

Hiburan Saya Minta Maaf Cliff Umar Perjelas Isu Rimas Pakai Pelitup Muka Di Pentas Akhir Gv7

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 387 hits
Penyanyi Cliff Umar yang baru sahaja merangkul gelaran juara bagi program Gegar Vaganza musim ke 7 pada malam Ahad yang lalu Meskipun begitu terjadi pula perkara yang tidak menyenangkan apabila netizen menganggap kata kata Cliff ketika ucap...
Antara Illi Najwa Dan Navpreet Kaur Sebagai Mualaf Izinkan Saya Berbicara

Antara Illi Najwa Dan Navpreet Kaur Sebagai Mualaf Izinkan Saya Berbicara

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 328 hits
Oleh Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Nasi lemak buah bidara Sayang selasih saya lurutkan Buang emak buang saudara Kerana kasih saya turutkan Hebat orang Melayu dahulu berseloka Melangkaui zaman Ternyata sudah menjadi realiti Ini yang diketahui...
Didkwa Buat Majlis Berc4nggah Dgn Aj4ran Islam Suami Kepada Najwa Bukan Cal4ng2 Lelaki

Didkwa Buat Majlis Berc4nggah Dgn Aj4ran Islam Suami Kepada Najwa Bukan Cal4ng2 Lelaki

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 905 hits
loading Sebelum ini tular di media sosial berkenaan seorang wanita yang dikenali sebagai Illi Najwa berjaya menambat hati Kapten Hoki Pasukan Negara India Manpreet Singh Pawar dan telah berkahwin pada awal Disember ini
Sultan Johor Titah Status Agama Illi Najwa Disahkan

Sultan Johor Titah Status Agama Illi Najwa Disahkan

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 500 hits
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar KUALA LUMPUR Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Johor memastikan keabsahan terkini status wanita bangsa Johor yang dikatakan telah melangsungkan pernikahan...
Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

Mobile Social Support Centres Proposed In Sabah To Aid Women Facing Domestic Violence

Saya Pernah Dilabel Pemberontak Lawan Ayah Dalam Pkr Nurul Izzah Bongkar Kisah Lama

Good Morning

Why Electronic Manufacturing Services In Malaysia Are Gaining Global Attention

How Is Home Made Mango Juice Prepared


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pabrik Ac Hunian Full Scale Daikin Resmi Beroperasi Siap Produksi 1 5 Juta Unit Ac Made In Indonesia Per Tahun

Suami Yang Teman Isteri Ke Bilik Bersalin Itulah Hero Sebenar Mudahkan Urusan Lahirkan Anak

Sofa Dekat Balkoni Anak 2 Tahun Maut Lepas Panjat Terjatuh

Miniatur Bus Jetbus2 Voyager Hdd Nk

Miniatur Bus Evo G Rahayu Santosa Nk

Aduhai Cik Pepel Accident Lagi