Isu Bermalam Di Rumah Ibubapa Di Kampung



JANGAN KERANA ATAS NAMA MESRA, KITA MENGUMPUL DOSA DI HARI RAYA
Apabila tiba musim raya, isu tidur di homestay atau hotel akan jadi ‘trending’. Penuh berita mengenai isu ini dan kebanyakannya menjurus kepada tanggapan negatif, sama ada daripada ibu ayah, adik-beradik atau saudara-mara. Maka ada yang mencemuh, pandang atas bawah atau cakap belakang

Cerita disebalik beraya di kampung memang seronok tapi sebenarnya mudah terpalit dosa jika tidak diteliti sebaiknya. Jika banyak keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur berjemaah di ruang tamu sebab tak cukup bilik, maka akan berlaku pendedahan aurat ipar, sepupu atau biras semasa tidur. Bukan itu sahaja, bagi yang menyusu badan lagi sukar kerana mungkin tak sedar auratnya terdedah ketika sedang tidur selepas menyusukan anak. Allahu Akbar

WAHAI IBU BAPA, SELIDIK DAHULU. WAHAI ANAK, JANGAN MELULU

Semasa menjadi perunding cara rumah tangga dulu, memang ramai ibu bapa mengadu bahawa anak mereka terjebak dengan pornografi atau ketagih melihat benda lucah bermula dengan situasi begini di kampung. Pada awalnya hanya ternampak sikit, kemudian datang keinginan untuk melihat dengan lebih banyak

Tuan Puan,
Keadaan ini harus difahami oleh semua pihak dengan berlapang dada. Sudah menjadi tanggungjawab buat seorang suami untuk memelihara maruah anak isteri. Firman Allah SWT:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا قُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَاَهْلِيْكُمْ نَارًا
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.”
(Surah at-Tahrim 66: 6)
Sebelum ibu ayah berkata sesuatu yang mungkin akan timbulkan salah faham, walaupun dah 2 tahun tak beraya dengan anak-anak, lama tak balik, maka fahami dulu situasinya kenapa. Bukanlah sebab rumah itu tidak selesa, tiada aircond, suasana kampung, dll tetapi bagi menjaga maruah, aurat dan pergaulan anak dan isteri

Seorang anak pula harus jujur jika bermalam di hotel/homestay. Terangkan kepada ibu ayah dengan baik dan jelas, kadang mungkin mereka terlalu rindukan anak yang sudah lama tak pulang, jadi tugas kita ialah cuba jelaskan dengan baik. Mudah-mudahan ibu ayah memahami dengan lapang dada

Firman Allah SWT:
وَاِنْ جَاهَدٰكَ عَلٰٓى اَنْ تُشْرِكَ بِيْ مَا لَيْسَ لَكَ بِهٖ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِى الدُّنْيَا مَعْرُوْفًا ۖ وَّاتَّبِعْ سَبِيْلَ مَنْ اَنَابَ اِلَيَّۚ ثُمَّ اِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَاُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ
Maksudnya: “Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”
(Surah Luqman 31: 15)
BATAS AURAT WANITA DENGAN LELAKI AJNABI
Kita maklum bahawa batas aurat seorang wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya (ajnabi) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Daripada Ibnu Abbas r.a., beliau mengatakan:
مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَجْهُهَا وَكَفَّاهَا وَإِنَّمَا لَمْ يَكُونَا عَوْرَةً؛ لِأَنَّ الْحَاجَةَ تَدْعُو إلَى إبْرَازِهِمَا وَإِنَّمَا حُرِّمَ النَّظَرُ إلَيْهِمَا: لِأَنَّهُمَا مَظِنَّةُ الْفِتْنَةِ
Maksudnya: “Apa yang zahir daripadanya (perempuan) ialah muka dan telapak tangannya. Kedua-duanya bukanlah aurat kerana terdapatnya keperluan (hajat) untuk mendedahkannya. Adapun diharamkan untuk melihat pada kedua-duanya kerana biasanya kedua-duanya akan membawa kepada timbulnya fitnah.”
(Kitab Asna al-Matalib, 1/176)
Walaupun batasan auratnya masih boleh dijaga, namun sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya bagi saudara-mara yang ramai dan tiada privasi, sebaiknya bermalam di tempat berasingan kerana waktu tidur kita tak sedar apa yang terdedah. Kecuali jika di kampung memang tak ramai atau setiap keluarga mendapat privasi yang diperlukan. Maka ketika itu tidur di rumah ibu bapa lebih baik bagi meraikan dan menggembirakan mereka

Anak-anak yang memilih untuk tidak bermalam dirumah ibu bapa, perlulah sebab yang berkaitan syara’, bukan kerana tidak selesa dll. Dibimbangi akan membuatkan orang tua dan keluarga berjauh hati. Dan pada waktu selain rehat malam maka sepatutnya perlu berada di rumah supaya boleh berbakti dan menggembirakan hati orang tua dan keluarga

Jika kita miliki anggota keluarga yang ramai, maka semakin ramailah orang yang perlu dijaga batas auratnya, terutama sekali wanita. Mereka perlu menjaga aurat daripada sepupu, ipar, bapa tiri, adik-beradik angkat, biras, dll

Firman Allah SWT:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ
Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya. Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak suruhan (hamba) yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.”
(Surah an-Nur 24: 31)
Semoga para suami, ibu ayah, abang, adik lelaki, ibu ayah mertua memahami akan kepentingan dalam penjagaan aurat ini dan tidak semudahnya berkecil hati dan bersangka buruk terhadap anak-anak yang memilih untuk bermalam selain di rumah

Ulama terdahulu pernah mengingatkan:
مَنْ حَفِظَ بَصَرَهُ نَوَّرَ اللّٰهُ بَصِيْرَتَهُ وَقَلْبَهُ
Maksudnya : “Sesiapa yang memelihara penglihatannya, maka Allah SWT akan menyinari (memberi petunjuk) pandangannya dan juga hatinya.”
(Kitab Tafsir Ibnu Kathir: Tahzib wa Tartib, Dr. Solah al-Khalidi, 4/2343)
DOA MENJAGA MARUAH DIRI
Mari kita amalkan doa ini, mudah-mudahan maruah diri dan keluarga kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT:
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي
Maksudnya: “Ya Allah lindungilah auratku, amankanlah apa-apa yang menjadi pemeliharaanku.”
(HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Semoga penerangan ini bermanfaat, Allah merahmati dan melindungi seluruh ahli keluarga kita daripada perkara mungkar serta salah faham di dalam rumah tangga. Ameen Ya Rabbal Alamin

SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA. 😊🤲🏻🌹
Sumber: Asma’ binti Harun#UAHSahabatDuniaAkhiratwww.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2022/05/isu-bermalam-di-rumah-ibubapa-di-kampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahan Petasan Meledak Sebuah Rumah Di Sleman Hancur

Bahan Petasan Meledak Sebuah Rumah Di Sleman Hancur

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 157 hits
Kapolsek Ngaglik Kompol Anjar Istriani mengatakan ledakan yang menyebabkan sebuah rumah hancur ini terjadi sekitar pukul 07 45 WIB Anjar menuturkan selain menghancurkan sebuah rumah juga membuat 8 rumah di sekitar lokasi mengalami kerusakan...
Lirik Jagalah Rumah Allah Rosalinda Kadam

Lirik Jagalah Rumah Allah Rosalinda Kadam

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 178 hits
mesjid tempat beribadahtempat umat sholat berjamaahrumah allah agung suci mulialambang kesatuan taqwamesjid tempat beribadahtempat berhimpun memuji allahhanya kepada nya kita menyembahhanya kepada nya kita memintajagalah rumah allahsholat z...
Jangan Bersedih Najib Rumah Kata Pergi Sungai Buloh Kata Mari

Jangan Bersedih Najib Rumah Kata Pergi Sungai Buloh Kata Mari

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 213 hits
Panas Nama dipetik dalam minit sulit Pas yang tular ini respon NajibApril 22 2022 Datuk Seri Najib Tun Razak yang namanya antara disebut dalam minit sulit perancangan politik Pas yang tular tampil memberi respons Dalam hantaran di akaun fac...
Seluruh Furnitur Bakal Dibelikan Raffi Ahmad Ini 7 Potret Rumah Baru Mewah Keanu Agl

Seluruh Furnitur Bakal Dibelikan Raffi Ahmad Ini 7 Potret Rumah Baru Mewah Keanu Agl

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 140 hits
Raffi Ahmad berkunjung ke rumah baru Keanu Agl Rumahnya mewah namun masih kosong belum banyak furnitur Raffi lalu berjanji akan membelikan furnitur bagus untuk rumah Keanu Intip potretnya berikut ini
Gudang Ban Di Kaltim Terbakar Satu Orang Dievakuasi Ke Rumah Sakit

Gudang Ban Di Kaltim Terbakar Satu Orang Dievakuasi Ke Rumah Sakit

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 165 hits
Bengkel sekaligus gudang distributor ban di Rinding Teluk Bayur kabupaten Berau Kalimantan Timur terbakar Sabtu Satu orang dievakuasi ke rumah sakit diduga kelelahan dan mengalami sesak napas
Lelaki Bakar Rumah Sendiri Empat Beranak Rentung

Lelaki Bakar Rumah Sendiri Empat Beranak Rentung

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 265 hits
KOSMO RIYADH Polis wilayah Qatif di timur Arab Saudi menangkap seorang penduduk tempatan yang mencurah minyak petrol dan membakar rumahnya sehingga mengakibatkan empat ahli keluarganya terbunuh lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin Menurut po...
Sule Syok Atap Kaca Rumah Seharga Rp900 Juta Pecah Begini Penampakannya

Sule Syok Atap Kaca Rumah Seharga Rp900 Juta Pecah Begini Penampakannya

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 230 hits
Sule benar benar syok saat mengetahui atap kaca di rumahnya pecah berkeping keping Padahal ia memasang atap kaca itu dengan harga fantastis yakni mencapai Rp900 juta Simak penampakannya berikut ini
Pengalaman Merasai Urutan Bali Spa Dan Berbekam Terus Dari Rumah

Pengalaman Merasai Urutan Bali Spa Dan Berbekam Terus Dari Rumah

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 323 hits
2 minggu kot aku mengalami sakit sakit badan Maklumlah aku kan berpantang haritu dek keguguran pada awal April 2022 Hari Jumaat baru lah aku dapat mencari tukang urut dan berbekam Alhamdulillah syukur sangat ya allah Dengan berbekam dan uru...
Tegakkan Keadilan Buat Bella Menteri Perlu Bertindak Terhadap Rumah Kebajikan Haram Farhash

Tegakkan Keadilan Buat Bella Menteri Perlu Bertindak Terhadap Rumah Kebajikan Haram Farhash

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 193 hits
Kes penganiayaan terhadap adik Bella yang masih dibicarakan di mahkamah menuntut kerajaan mengambil ikhtibar terhadap pengajaan kanak kanak kurang bernasib baik yang dioperasikan oleh individu persendirian atau dikendalikan NGO tetapi tidak...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord