Isu Arak Pas Menang Dua Anugerah Berprestij




SAYA cuba mendapatkan sedikit maklumat penting daripada Timbalan Menteri Sains dan Inovasi YB Haji Amzad Hashim berkenaan peranan Ketua Setiausaha (KSU) di Kementerian-kementerian. Apa kuasa mereka, bagaimana sesuatu perkara itu boleh diluluskan dan setakat mana hal yang berkaitan dengan isu arak baru-baru ini terlepas.
 
Alhamdulillah, YB Haji Amzad seorang yang sangat membantu, terutama apabila saya menyatakan hasrat saya untuk menulis, memberikan sedikit penerangan kepada orang awam atas apa yang berlaku. Terima Kasih YB, walaupun kesibukan, beliau masih menjawab soalan saya. Jadi nota ringkas beliau, saya terangkan kepada beberapa perkara.
 
Secara mudah ianya adalah berkenaan dengan isu menurunkan kuasa meluluskan daripada Menteri kepada KSU. Menteri atau Timbalan Menteri akan memberikan perkara asas untuk KSU lakukan yang kemudiannya diagihkan kerja-kerja yang dikehendaki itu kepada jabatan-jabatan yang berada di bawah Kementerian terbabit.
 
Sama seperti Pengurus Besar di sebuah syarikat yang memberikan kuasa kepada Pengurus-pengurus di bawahnya seperti perbelanjaan dalam suatu jumlah yang mana Pengurus kecil syarikat itu boleh berbelanja tanpa perlu meminta kebenaran setiap kali mahu berbelanja daripada Pengurus Besar, atas beberapa syarat asas yang telah dimaklumkan oleh Pengurus Besar ketika memberikan kuasa itu.Ikut atas kepandaian mereka berbelanja. Ianya akan menyusahkan Pengurus Besar apabila pada setiap masa perlu memeriksa apa yang mahu dibeli, berapa harga. Ianya tidak praktikal langsung. Perkara ini juga atas isu kepercayaan kepada kebijaksanaan orang dilantik.
 
Tetapi isu akan timbul apabila pembelian tidak kena pada tempat dan masa, atau pembelian yang terkeluar dari syarat-syarat syarikat. Contohnya berbelanja bagi mengadakan majlis keramaian. Ia dibenar sebelum ini, tetapi akan dipersoalkan di waktu ini kerana wang itu patut digunakan kepada hal lain seperti kebajikan pekerja dan juga bahaya dari segi kesihatan, berkumpul beramai-ramai.
 
Jadi Pengurus Besar berkuasa membatalkannya. Pengurus bawah tidak melakukan kesalahan kerana masih dalam bidang kuasanya meluluskan hal itu. Mungkin boleh dibincang di sini mengenai sensitiviti oleh pengurusan bawah yang dilihat tidak peka dengan keadaan semasa.
 
Inilah yang terjadi ketika surat kelulusan jualan itu dikeluarkan. Arak dibenarkan untuk dijual. Itu tak perlu penjelasan kerana amalan itu dibenarkan untuk bukan-Islam. Tetapi jualannya mesti dikawal sebagaimana PAS di Terengganu dan Kelantan melaksanakannya semenjak puluhan tahun lalu, mengikut Islam. Dan pembangkang yang memfitnah PAS ketika ini juga ada bersama dalam Kerajaan PAS ketika itu.
 
Oleh kerana kuasa melulus telah diberikan kepada KSU, maka beliau menjalankan kerja seperti biasa. Saya cuba mengelak menuduh beliau berlaku curang. Saya anggap beliau, sebagai orang yang beramanah atas Jawatan Utama Sektor Awam yang beliau miliki itu. Cuma mungkin kurang peka yang Kerajaan sekarang ada PAS bersama.
 
Tulisan saya hanya mahu menerangkan keadaan. Pasti ini akan lebih membuka minda daripada tuduhan-tuduhan yang kadang kala tidak berpijak di bumi yang nyata. Jadi dalam senarai pembekal, jenama-jenama arak itu juga termasuk dalam kategori yang boleh diberi kebenaran membekal.
 
Menteri dan Timbalan Menteri bukan bertugas memeriksa senarai nama dan kategori pembekal. Tanggungjawab mereka jauh lebih besar, iaitu menetapkan dasar yang dipersetujui Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet dan melaksanakan beberapa peraturan tersendiri yang diberikan kuasa oleh Perdana Menteri kepada mereka. Maka sudah pastilah peraturan itu berjalan seperti biasa di bawah KSU.
 
Sehinggalah surat kelulusan ditandatangani dan kemudiannya tersebar ke serata negara, maka PAS segera bangkit melalui Pemudanya menegur Kerajaan agar menarik balik kebenaran penjualan arak ketika wabak sedang melanda ini. Tuntutan ini amatlah munasabah kerana apa peranan arak selain dari memusnahkan kehidupan? Rakyat termasuk pembangkang faham yang penjualan arak dibenarkan dahulu, termasuk di Kelantan dan Terengganu dengan syarat-syarat tertentu.
 
Tetapi alhamdulillah, sepakat masyarakat menolaknya ketika dalam keadaan penyakit bertebaran ini. Dan amat menggembirakan, kerana Kerajaan segera menarik kembali kelulusan itu disebabkan teguran pantas PAS tadi. PAS menjuarai dalam kategori menyelamatkan masyarakat dari arak, semua orang bersetuju dengan tindakan PAS. Kesilapan adalah biasa tetapi mengakui dan membaikinya dengan segera itu yang luar biasa.
 
Dalam masa yang sama, kita boleh imbau, satu perkara yang lebih dahsyat telah berlaku suatu ketika dahulu iaitu kelulusan mengadakan Better Beer Festival di Selangor. Ianya disokong oleh kalangan Melayu Islam dari PH. Tiada suara bantahan, selain dari PAS dan NGO Islam. Malah yang membantah pula dikecam mereka. Konon atas dasar hak asasi manusia. Sengaja sesetengah mereka bukan-Islam menunjukkan gambar mereka sedang minum.
 
PAS membantah untuk pesta diadakan, diiklankan secara terbuka seperti mempersendakan agama Islam sebagai agama Persekutuan di negara ini. Itu jelas. Jika bukan-Islam mahu minum sehingga menelan botol sekalipun, asalkan dalam rumah mereka, tanpa publisiti, PAS tiada masalah. Tetapi mengadakan acara terbuka di tempat awam, PAS akan tentang.
 
Kemudian pada isu kelulusan jualan arak ini, tidak semena-mena, PAS dituduh bersekongkol dengan dosa arak oleh mereka yang dahulu bersetuju dengan pesta arak. Seolah-olah PAS yang menandatangani surat kelulusan itu. Sedangkan PAS konsisten menentangnya sejak dahulu. Ketika mereka setuju dengan pesta arak, mereka dakwa mereka betul. Ketika PAS menentang dan mereka fitnah PAS bersekongkol, mereka rasa mereka juga betul.
 
Jadi PAS menjuarai satu lagi kategori berprestij iaitu kategori mengutip pahala secara percuma di akhirat nanti. Lihatlah kepada tuduhan, cemuhan, fitnah yang mereka mainkan di medsos. Sepertinya pada mereka, malaikat juga dikenakan PKP, tidak boleh ke sana ke mari mencatat dosa-dosa mereka. Syukurlah wahai ahli PAS, tak habis lagi fitnah RM90 juta, datang lagi fitnah lain bertimpa-timpa.
 
Kita mungkin lemah dalam melakukan ibadat dan ketaatan, tetapi insyaAllah kita akan mendapat pahala difitnah sekiranya kita kekal bersabar. Sesungguhnya sabar itu amat payah dalam perjuangan kita mahu menegakkan Islam. Pastikan kita dalam senarai orang-orang yang bersabar.
 
MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 7/4/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/04/isu-arak-pas-menang-dua-anugerah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arak Macai Ph Jadikan Isu Politik Umno Pas Dan Bersatu Bantah Secara Profesional

Arak Macai Ph Jadikan Isu Politik Umno Pas Dan Bersatu Bantah Secara Profesional

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 431 hits
Malaysiakini akhar Pro PH menyiarkan berikutan bantahan oleh pemipim Umno PAS dan Bersatu Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan kelulusan untuk syarikat Heineken Malaysia Bhd dan Carlsberg beroperasi semasa PKP ...
Pas Sudah Boleh Terima Kilang Arak

Pas Sudah Boleh Terima Kilang Arak

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 359 hits
PAS SUDAH BOLEH TERIMA KILANG ARAK Rakyat Malaysia terutamanya orang Islam dalam keadaan yang amat terkejut apabila terdedah dua surat yang mana Kementrian Hal Ehwal Pengguna membenarkan Kilang Heineken dan Kilang Calrsberg beroperasi seper...
Kilang Arak Dibenar Beroperasi Ketika Pkp Di Mana Suara Pas

Kilang Arak Dibenar Beroperasi Ketika Pkp Di Mana Suara Pas

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 334 hits
Sehingga ini belum kedengaran lagi suara bantahan daripada Pas berhubung kebenaran yang diberikan kerajaan tebuk atap terhadap sebuah kilang arak untuk terus beroperasi ketika PKP dikuatkuasakan Jika kita masih ingat sebelum ini jika ada ke...
Bezakan Isu Dasar Agama Berhubung Isu Kilang Arak

Bezakan Isu Dasar Agama Berhubung Isu Kilang Arak

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 201 hits
Oleh Lucas Liu Saya bukan penganut Islam dan sekali sekala turut mengambil minuman beralkohol atau dirujuk dalam bahasa Inggeris sebagai social drinker tetapi saya melihat isu larangan untuk 2 kilang arak beroperasi sepanjang tempoh PKP tia...
Arak Pemuda Lapor Polis Fitnah Terhadap Pas

Arak Pemuda Lapor Polis Fitnah Terhadap Pas

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 246 hits
HARAKAHDAILYKAMPAR Dewan Pemuda Kawasan Kampar telah membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang dianggap membuat kenyataan jelik terhadap Presiden PAS di Balai Polis Malim Nawar di sini hari ini Laporan polis itu dib...
Menikmati Uniknya Sensasi Air Panas Dan Dingin Di Sungai Dua Rasa Sumatera Utara

Menikmati Uniknya Sensasi Air Panas Dan Dingin Di Sungai Dua Rasa Sumatera Utara

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 159 hits
Sumatera Utara memiliki banyak sekali obyek wisata yang indah dan menarik Salah satu wisata alam yang harus Anda kunjungi saat berada di Sumatera Utara adalah Sungai Dua Rasa
Diklaim Akurat Who Rekomendasikan Dua Alat Tes Covid 19 Untuk Situasi Darurat

Diklaim Akurat Who Rekomendasikan Dua Alat Tes Covid 19 Untuk Situasi Darurat

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 147 hits
WHO merekomendasikan dua alat tes Covid 19 genesig Real Time PCR Coronavirus dan cobas SARS CoV 2 Qualitative assay for use on the cobas 6800 8800 Systems ke dalam daftar alat uji darurat atau Emergency Use Listing
Dua Pencuri Bermodus Ganjal Atm Di Tangerang Dibekuk Polisi

Dua Pencuri Bermodus Ganjal Atm Di Tangerang Dibekuk Polisi

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 109 hits
Polisi terpaksa menembak dua pelaku karena berusaha melarikan diri saat akan ditangkap
Terkini Covid 19 Dua Kematian 166 Pulih

Terkini Covid 19 Dua Kematian 166 Pulih

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 206 hits
Seramai 166 pesakit pulih daripada jangkitan Covid 19 seperti dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan setakat 12 tengah hari hari ini Terkini Covid 19 Dua Kematian 166 Pulih
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Menu Tengahari Ikan Talang Goreng Bawang Bendi Tumis Air

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram

6 Ciri Harimau Jadian

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Ukraine Approaching Total Collapse

Police Probe Chaos Incident Outside Mosque In Penang