Isu Akhyar Rashid Kfa Mahu Heret Fam Ke Mahkamah


KFA akan heret FAM ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung jumlah pampasan pemain mudanya, Akhyar Rashid (kanan). Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris (kiri) menyifatkan keputusan FAM itu jelas tidak adil.
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan mengheret Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selepas tidak berpuas hati dengan keputusan badan induk itu menolak rayuan berhubung jumlah pampasan pemain mudanya, Akhyar Rashid.

Setiausaha Kehormatnya, Mohd Asmirul Anuar Aris menyifatkan keputusan FAM itu jelas tidak adil dan pihaknya akan mengemukakan aduan kepada CAS untuk menuntut keadilan.

"Kami (KFA) nyata kecewa dengan keputusan FAM yang menolak rayuan kami. Sebagai majikan yang masih memegang kontrak sah Akhyar, kami berhak ke atas pemain itu dan akan membawa isu ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan.

"Negara kita sebuah negara demokrasi, jadi langkah seterusnya perlu demi mendapatkan hak kami ke atas Akhyar," katanya kepada Sukan NSTP, hari ini.

Terdahulu, FAM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini menolak rayuan KFA untuk mendapatkan pampasan lebih tinggi daripada mana-mana pasukan yang mahukan khidmat Akhyar.

Malah, Jawatankuasa Rayuan badan induk itu yang bersidang semalam dan dipengerusikan Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff memutuskan jumlah pampasan RM75,000 yang ditetapkan Jawatankuasa Rayuan awal bulan ini, kekal.

"Jumlah RM210,000 itu adalah berdasarkan jumlah gaji Akhyar yang didarabkan dengan jumlah baki kontraknya bersama KFA, iaitu mengikut Artikel 15A: Penamatan kontrak secara sebelah pihak atau tebus kontrak oleh pasukan atau pemain.

"Jumlah RM75,000 pula adalah dibuat berdasarkan kos latihan, kategori kelab yang telah ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), iaitu mengikut Artikel 8: Pengiraan Pampasan Latihan Peraturan Status & Perpindahan Pemain FAM," menurut kenyataan FAM itu.

Sebelum ini, KFA menyifatkan isu berkenaan belum selesai dan akan mengemukakan rayuan kepada FAM selepas tidak berpuas hati dengan keputusan FAM yang menetapkan nilai pampasan RM75,000 kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Akhyar.

Difahamkan, Akhyar masih memiliki kontrak bersama KFA sehingga 2019 dengan nilai baki kontrak atau tebus kontrak sebanyak RM210,000.

Bagaimanapun, keputusan Jawatankuasa Rayuan FAM itu memuktamadkan segala kemelut yang timbul dan mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan Akhyar perlu membayar pampasan RM75,000 bersama jumlah tebus kontrak RM210,000.-BHonline

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2018/12/isu-akhyar-rashid-kfa-mahu-heret-fam-ke.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Perpindahan Akhyar Rashid Kenapa Masih Berbangkit

Isu Perpindahan Akhyar Rashid Kenapa Masih Berbangkit

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 664 hits
Minggu ni isu perpindahan Akhyar Rashid menjadi buah mulut di kalangan peminat bola sepak tempatan Isu yang menjadi perbualan hangat selepas terdapat perbalahan antara Persatuan Bolasepak Kedah dan JDT mengenai perpindahan pemain bintang be...
Isu Akhyar Kfa Perlu Move On Anggap Pengajaran Berguna

Isu Akhyar Kfa Perlu Move On Anggap Pengajaran Berguna

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 2218 hits
KREDIT FOTO SPORTFLEX MALAYSIA PERSATUAN Bola Sepak Kedah tidak perlu memanjangkan isu membabitkan Akhyar Rashid hingga ke peringkat yang lebih tinggi sebaliknya perlu menjadikan kemelut itu satu pengajaran Peguam Undang undang Sukan Zhafr
Perlis Fa Pergi Ke Rumah Akhyar Rashid Untuk Melamar

Perlis Fa Pergi Ke Rumah Akhyar Rashid Untuk Melamar

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 1586 hits
Perlis nampaknya serius dalam usaha mereka mahu membawa Akhyar Rashid menyertai mereka Sebelum ini Perlis FA secara terbuka menyatakan minat mereka ke atas Akhyar Rashid ketika media tengah heboh dengan cerita JDT vs KFA dalam saga perpinda...
Kfa Kekal Bawa Kes Muhammad Akhyar Ke Cas

Kfa Kekal Bawa Kes Muhammad Akhyar Ke Cas

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 306 hits
02 Januari 2019 7 44 PM ALOR SETAR Persatuan Bola Sepak Kedah kekal dengan keputusan untuk membawa kes perpindahan kontroversi membabitkan bekas pemainnya Muhammad Akhyar Abdul R
Ppbm S Rashid Cheered For Demanding Govt Projects To Help Party Chiefs

Ppbm S Rashid Cheered For Demanding Govt Projects To Help Party Chiefs

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 365 hits
PPBM vice president Abdul Rashid Abdul Rahman has come to the defence of delegates at its general assembly who called for government resources to help the party The former Election Commission chief said PPBM must do all it could to win elec...
Congrats Mahathir Vp Abdul Rashid S Demand For Contracts Is Proof Ppbm Is Becoming As Corrupt As Umno

Congrats Mahathir Vp Abdul Rashid S Demand For Contracts Is Proof Ppbm Is Becoming As Corrupt As Umno

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 368 hits
Abdul Rashid one of the most corrupt Election Commission chiefs was made one of PPBM s vice presidents in 2016 He joined the extreme Malay rights group Perkasa in 2013 and was famously quoted as saying that the three redelineation exercises...
Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara

Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Kambing Paratal Bersantan Gabungan Rasa Padu Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta

Lain Macam Seram Kali Ini Dengan Movie Weapons

Info Terkait Kes Adik Zara Info Polis Dengar Bukan Makcik Mona

Where Were You When


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor

Rain Lily Noble Gold

Lunch Hari Ini Dan Update Brazil Wood

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Untung 1mdb Rakyat Perlu Tahu

Printing Custom Ziplock Pouch Packaging Untuk Makanan Kosmetik Aksesori Design Eksklusif