Isu Abu Chin Peng Kadir Jasin Kenapa Dulu Cakap Lain Sekarang Sudah Lain




Kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin berhubung abu mayat Chin Peng baru-baru ini ditegur kerana bercanggah dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan beliau lebih 10 tahun lalu.
Kadir dalam satu hantaran di blognya tiga hari lepas mendakwa orang Melayu Malaysia malas membaca, malas berfikir di samping tidak gemarkan sejarah dan mudah sangat lupa.
Ini menyebabkan mereka bertegang urat dan berbahas secara tidak rasional mengenai debu ketua komunis itu yang dibawa balik ke Malaysia untuk disemadikan, katanya.
Sedangkan menurut Pensyarah Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Anuar Ahmad, kenyataan tersebut jauh bercanggah dengan apa yang pernah ditulis A. Kadir dalam blognya pada 2009.
Pada 30 Mei 2009, A. Kadir dalam blog yang sama menulis, setiap pihak wajib mengingati bahawa sikap anti-komunis dan pengorbanan darah daging orang Melayu yang melawan keganasan bersenjata Parti Komunis Malaya menyebabkan gerakan itu tumpas.
Malah A. Kadir juga menasihatkan supaya parti-parti politik agar menjaga hati orang Melayu yang sudah sekian lama menjeruk rasa sebelum menggunakan isu Chin Peng untuk meraih undi dan melaksanakan sikap kemanusiaan.
“Mengapa beliau telah membuat tuduhan bahawa orang Melayu yang membantah tindakan membawa masuk debu mendiang Chin Peng sebagai orang yang malas membaca, malas berfikir, benci sejarah tanah air dan orang Melayu jenis mudah lupa? https://kadirjasin.blogspot.com/…/isu-debu-chin-peng-petand…
“Apakah beliau telah lupa bahawa genap sepuluh tahun yang lalu iaitu pada 30 Mei 2009, beliau jugalah orangnya yang telah menulis di dalam blog yang sama tetapi dengan nada yang berbeza?
“Dulu di tahun 2009, beliau kata jangan sesiapa persendakan perasaan orang Melayu apabila cuba membawa masuk Chin Peng ke Malaysia.
“Beliau tegaskan bahawa orang Melayu adalah pejuang yang telah berjaya mengalahkan penganas komunis. Sekarang di tahun 2019, beliau pula kata orang Melayu sudah keliru dan bangsa Melayu adalah bangsa yang malas membaca dan berfikir sebab mahu menentang tindakan membawa masuk debu mendiang Chin Peng. Dituduh orang Melayu malas membaca isi Penjanjian Perdamaian Malaysia dan PKM 1989.
“Dulu beliau cakap lain. Sekarang beliau dah cakap lain. Dulu yang betul atau sekarang yang betul?,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Laporan media mengenai abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah dibawa masuk pulang ke Malaysia pada 16 September lepas dan ditabur ke laut berhampiran Lumut, Perak dan di hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak yang masih belum boleh melupakan kekejaman rejim komunis.
Abu mayat bekas pemimpin PKM itu dilaporkan tiba di Ipoh, Perak pada 16 September lepas dan satu majlis peringatan dihadiri 150 individu diadakan pada hari yang sama.
Chin Peng, yang lahir di Sitiawan, Perak meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada tahun 2013 ketika berusia 89 tahun.- MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/12/02/isu-abu-chin-peng-kadir-jasin-kenapa-dulu-cakap-lain-sekarang-sudah-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Bawa Balik Abu Chin Peng Dap Menyokong Maka Kita Harus Menentang

Isu Bawa Balik Abu Chin Peng Dap Menyokong Maka Kita Harus Menentang

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 339 hits
Isu abu Chin Peng dibawa balik ke Malaysia ini senang saja Memang betul ianya tidak ada implikasi terhadap keselamatan Malaysia atau akan menyebabkan hidupnya balik Parti Komunis Malaya Tetapi isu ini adalah isu politik Dibelakang usaha ser...
Tidak Susah Pun Nak Faham Berkenaan Isu Abu Mayat Chin Peng

Tidak Susah Pun Nak Faham Berkenaan Isu Abu Mayat Chin Peng

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 700 hits
Oleh Zam Perang Terus Tidak susah pun nak faham berkenaan isu Abu Mayat Chin Peng Sebenarnya kerajaan PH tidak pernah benarkan Abu Mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia Melainkan ianya dibawa pulang secara sembunyi sembunyi Kalau kita p...
Kadir Jasin S Silly Spin On Chin Peng S Ashes

Kadir Jasin S Silly Spin On Chin Peng S Ashes

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 390 hits
When Mahathir was still in Umno in 2013 and the enemy of DAP he opposed bringing back Chin Peng s ashes but now that he is DAP s friend he supports bringing back Chin Peng s ashes Hence the symbolism of bringing back Chin Peng s ashes is th...
Patriot Khuatir Isu Abu Chin Peng Cetus Pertelagahan Kaum

Patriot Khuatir Isu Abu Chin Peng Cetus Pertelagahan Kaum

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 361 hits
Yasmin Ramlan Kumpulan veteran tentera Persatuan Patriot Kebangsaan hari ini menyokong kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang menganggap isu abu bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya Chin Peng dijadikan isu perkauman untuk...
Isu Chin Peng Dia Tak Boleh Buat Apa Cuma Abu Dia Saja Yang Balik Tun Mahathir

Isu Chin Peng Dia Tak Boleh Buat Apa Cuma Abu Dia Saja Yang Balik Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 471 hits
Isu abu mayat Chin Peng tidak perlu diketengahkan oleh mana mana pihak yang terlibat kata Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Bagi beliau pemimpin parti Komunis Malaya itu sudah meninggal Banyak orang yang dulu dera orang kita macam orang...
Jangan Besarkan Isu Abu Chin Peng Presiden Patriot

Jangan Besarkan Isu Abu Chin Peng Presiden Patriot

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 345 hits
Seorang brigadier jeneral bersara yng memulakan kerjaya tenteranya menentang pemberontakan komunis pada tahun 1970 an berkata orang ramai harus berhenti membesarkan isu insiden abu ayat bekas pemimpin komunis Chin Peng dibawa masuk ke Malay...
Sebelum Tuduh Dap Lihat Dulu Apa Kata Mca Tentang Abu Mayat Chin Peng

Sebelum Tuduh Dap Lihat Dulu Apa Kata Mca Tentang Abu Mayat Chin Peng

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 2607 hits
Petikan kenyataan MCA pada tahun 2013 lagi Putrajaya perlu membenarkan abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng di bawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai kata MCA Naib Presiden parti komponen Barisan Nasi...
Isu Abu Chin Peng Patriot Dangkal Tidak Bermoral

Isu Abu Chin Peng Patriot Dangkal Tidak Bermoral

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 234 hits
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Haji Aminuddin Yahaya menempelak kenyataan kumpulan veteran tentera yang dikenali sebagai Persatuan Patriot Kebangsaan yang menganggap kemarahan rakyat dalam isu Chin Peng hanya akan menimbulkan huru hara d...
Jasad Chin Peng Menang Jadi Abu Kalah Jadi Arang

Jasad Chin Peng Menang Jadi Abu Kalah Jadi Arang

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 343 hits
Oleh Menang jadi arang kalah jadi abuMengapa kita semua hanya tahu abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dibawa masuk ke negara ini hanya selepas dua bulan berlalunya peristiwa itu Dua bulan lalu mereka bawa pulang abu may...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Fam What Happened To The World Cup Tickets



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord

8 Tanda Tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan