Istiwa Adzam 28 Mei 2023 Malaysia Cara Semakan Arah Kiblat


Istiwa Adzam 2023 Di Malaysia & Cara Semakan Arah Kiblat
Macam mana cara nak tentukan arah kiblat?
Perlukah menggunakan kompas kiblat atau ada sebarang applikasi yang memudahkan kita mencari kiblat di rumah?
Anda boleh membuat semakan ketepatan arah kiblat di rumah melalui perisitiwa Istiwa Adzam yang berlaku 2 kali setahun.
Selain itu, Google dengan teknologi augmented reality (AR) menghasilkan satu web khas bagi memudahkan umat Islam di seluruh dunia mencari arah kiblat dengan menggunakan telefon bimbit sahaja.
Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang kedua-dua kaedah semakan kiblat ini.
ISTIWA ADZAM 2023 DI MALAYSIA AYUH SEMAK ARAH KIBLAT PADA 28 MEI INI
Istiwa A’dzam adalah satu fenomena di mana matahari transit (Istiwa) atau berada di atas Kaabah yang berlaku dua (2) kali setahun. Keadaan ini membolehkan orang ramai di negara ini membuat semakan arah kiblat di lokasi masing-masing mengikut masa yang ditetapkan.
Tarikh dan masa yang dinyatakan adalah Waktu Piawai Malaysia (WPM) seragam di seluruh negara sama ada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Sumber: Planetarium Negara Bilakah ia terjadi?
Pada tahun 2023 peristiwa Istiwa A’dzam ini akan berlaku pada dua (2) tarikh dan masa seperti berikut:
• 28 Mei 2023 jam 5:18 PM; dan
• 16 Julai 2023 jam 5:26 PM.
Marilah bersama membuat semakan Arah Kiblat kita semasa fenomena ini.
Sumber data:
Almanak Falak Syarie Malaysia Tahun 2023 (AFSM 2023), JUPEM.
Cara Semakan Arah Kiblat Di Rumah (28 Mei 2023) Berikut adalah cara menyemak arah kiblat adalah berpandukan fenomena yang dikenali sebagai Istiwa Adzam.
Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai.
Pada jam 5.16 petang (28 Mei) matahari akan berada hampir tepat di atas bangunan Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. Fenomena ini juga berlaku pada jam 5.28 petang (16 Julai) setiap tahun.
Sumber: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM Pada masa tersebut, kita boleh menyemak kedudukan kiblat dengan cara berikut:
Peluang Menyemak Ketepatan Arah Kiblat Menggunakan Kaedah Tradisional
Bahan² diperlukan:
Kayu lurus (sebaiknya yang ada tapak@boleh berdiri tegak). Masking Tape. Pen Marker. Cara-cara:
Setkan masa untuk membuat semakan pada 28 Mei 2023, tepat jam 5.16 petang (semak jam Waktu Standard SIRIM atau telefon 1051). Pacakkan / Letakkan kayu lurus tegak tersebut (90 darjah) di kawasan yang ada sinaran matahari (ada bayang-bayang). Pastikan hari tidak mendung/hujan. Gunakan pen marker untuk tulis/tandakan arah kiblat pada jam ditentukan. Lekatkan masking tape lurus mengikut bayang2 kayu tersebut. Bayang-bayang adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yang di arah bertentangan. Selesai tanda arah kiblat yang tepat. Penerangan:
Fenomena Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah pada 28 Mei* (kecuali Tahun Lompat) pada jam 5:16 petang (waktu Malaysia)
Pada waktu yang sama, di Mekah, iaitu di Kaabah (jam 12:16 tengah hari waktu Mekah) berlaku fenomena ‘Hari Tanpa Bayang’ kerana matahari tepat berada di atas Kaabah.
Istiwa A’dzam berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei jam 5:16 petang dan 16 Julai jam 5:28 petang. (Leap Year: 27 Mei & 15 Julai).
(Jika tahun lompat, maka fenomena tersebut jatuh pada tarikh 29 Mei dan 17 Julai.
p/s: Setelah siap tanda arah kiblat, bolehlah kita semak ketepatan Apps Arah Kiblat di smartphone yang sering kita ragu² tu (tertakluk juga keadaan fungsi GPS di peranti dan gangguan magnet).
Sumber: JAKIM
Untuk maklumat lanjut, anda boleh download PDF yang dihasilkan oleh FalakOnline di sini.
Semakan Online Melalui Qibla Finder Google Aplikasi berasaskan web yang dikenali Qibla Finder ini menggunakan lokasi Kaabah  (Lat 21.4224779 Long 39.8251832) dan lokasi pengguna (GPS) untuk menentukan kiblat yang tepat.
Cara menggunakannya adalah seperti berikut:
Layari Qibla Finder menerusi pelayar web anda (Chrome, Safari, Mozilla, etc) Untuk dapatkan arah kiblat yang lebih tepat sila buat gerakan angka 8 Kemudian halakan telefon anda ke arah Kaabah Untuk maklumat lanjut, layari Google Qibla Finder.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/arah-kiblat-istiwa-adzam/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=arah-kiblat-istiwa-adzam

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fenomena Istiwa Adzam Matahari Tepat Atas Kaabah 2023 Semak Arah Kiblat

Fenomena Istiwa Adzam Matahari Tepat Atas Kaabah 2023 Semak Arah Kiblat

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 345 hits
Setiap tahun umat Islam boleh menyemak sendiri arah kiblat semasa fenomena Istiwa Adzam dimana kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah Peristiwa Istiwa Adzam membolehkan umat Islam melakukan pemeriksaan ukur arah kiblat dengan lebih ...
Jawatan Kosong Di Perbadanan Kraftangan Malaysia Mei 2023

Jawatan Kosong Di Perbadanan Kraftangan Malaysia Mei 2023

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 248 hits
Jawatan Kosong Di Perbadanan Kraftangan Malaysia Mei 2023 Kepada seluruh rakyat Malaysia yang sedang mencari peluang kerjaya berita gembira untuk anda semua Permohonan Pengambilan Jawatan Kosong Di Perbadanan Kraftangan Malaysia Mei 2023 te...
Kemaskini Btc Untuk 30 Mei 2023 Penembusan Julat Dagangan Ke Arah Atas

Kemaskini Btc Untuk 30 Mei 2023 Penembusan Julat Dagangan Ke Arah Atas

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 416 hits
Analisis selanjutnya BTC USD telah berdagang menurun pagi ini tetapi saya melihat potensi akhir pembetulan bahagian bawah dan permulaan pergerakan menaik baharu Disebabkan penembusan julat dagangan dan penarikan semula normal saya melihat p...
Infinix Note 30 Series Akan Mulai Ada Di Malaysia Pada 24 Mei 2023

Infinix Note 30 Series Akan Mulai Ada Di Malaysia Pada 24 Mei 2023

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 361 hits
Infinix Malaysia akan memperkenalkan siri NOTE 30 terbaharu yang akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei 2023 Siri baharu ini dijangka memberikan pengalaman permainan yang hebat mengukuhkan lagi kedudukan Infinix dalam industri permainan S...
Best Hybrid Sunscreen Malaysia 2023 Pilihan Saya Krim Muka Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Berminyak Semua Jenis Kulit

Best Hybrid Sunscreen Malaysia 2023 Pilihan Saya Krim Muka Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Berminyak Semua Jenis Kulit

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 384 hits
Panas betul cuaca sekarang Keluar sekejap untuk daftar sekolah Ameera tadi pun terasa perit mata saya akibat menahan panahan cahaya matahari terik di atas kepala Tapi kalau dulu saya memang elakkan untuk keluar rumah pada waktu panas terik ...
Ghea Indrawari Dendam Malam Kelam Chord

Luna Maya Bu Ketua Resmi Jadi Istri Maxime Ini Dia 7 Artis Belum Menikah Yang Bisa Jadi Patokan Umur Gen 90 An

Dolla Mwa Chord

Spring Fever Amazon Diesel Powered Mini Bike Pt 1

Marsha Sudah Ku Temui Chord

Nurul Izzah Kurang Setuju Lantikan Kali Ke 3 Azam Baki Sambungan Yang Tak Dialu Alukan

The Benefits Of Implementing Knowledge Management Tools In The Workplace

Di Antara Doa Yang Paling Lengkap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelas Berenang

Apa Punya Bengap Angkara Salam Tak Cium Tangan Vokalis Skinhead Kena Belasah

Ingatkan Tak Sambung Pas Terkejut Tak Sangka Azam Baki Dilantik Semula Terajui Sprm

Eh Xperience Kafe Menarik Di The Campus Ampang

Understanding Artificial Intelligence A Malaysian Corporate Perspective

Digital Twins In Urban Planning Building Smarter Cities Before They Re Built