Isteri Meninggal Selepas Setengah Jam Suami Meninggal



Isteri meninggal selepas setengah jam suami meninggal
Sepasang suami isteri meninggal dunia selang 29 minit akibat Covid-19 antara cerita menyayat hati dalam pada negara ini kekal dibelenggu penularan wabak berkenaan.
Pemergian Wan Yusof Wan Abdullah, 63, dan isteri tersayang, Aminah Yaakub, 59, berlaku pada 29 Julai lalu, pastinya meninggalkan kesan mendalam terhadap lima anak mereka dengan tiga daripadanya turut disahkan positif Covid-19.
Anak mangsa yang juga pensyarah, Wan Su Emi Yusnita, 39, berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada 8.32 pagi di Hospital Jelebu diikuti Aminah di Hospital Tampin, Negeri Sembilan, jam 9.01 pagi dengan hanya 29 minit memisahkan ajal mereka berdua.
Jenazah kedua-duanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Berkongsi kisah memilukan itu dengan Harian Metro, Wan Su Emi Yusnita yang menetap di Sungai Besi, Kuala Lumpur, berkata dia dan adik-beradiknya sudah lama bersedia dengan kemungkinan bapanya akan meninggal dunia kerana penyakit kronik dialami. Namun mereka terkejut apabila ibu yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) selepas kaki kanan dipotong akibat diabetes turut dijemput Ilahi pada hari sama.
“Abah memang mempunyai penyakit tiga serangkai iaitu jantung, darah tinggi dan masalah buah pinggang akibat diabetes malah baru keluar daripada hospital pada 16 Julai lalu.
“Keesokan harinya (17 Julai), abah demam diikuti emak dan adik kedua, keempat serta bongsu.
“Melihat keadaan emak yang demam sehingga (badannya) menggigil, adik bawanya menjalani ujian saringan pada 20 Julai iaitu pada Hari Raya Aidiladha dan disahkan positif keesokan harinya sebelum dimasukkan ke hospital hari sama.
“Sementara itu, abah pula dibawa menjalani ujian saringan pada 21 Julai, sah positif Covid-19 keesokannya (22 Julai) dan dimasukkan ke Hospital Jelebu pada 23 Julai,” katanya.
Menurut Wan Su Emi Yusnita, hanya dia dan adik ketiga, Wan Mohd Hanafiah, 33 berpeluang membuat pengecaman serta menatap jenazah ibu bapa mereka.
Sementara itu, Wan Su Emi Yusnita berkata, tiga lagi adiknya iaitu Wan Nur Hashimah, 36; Wan Nur Ainshatun, 26 dan Wan Shafiqah Zaharah, 24, tidak dapat turut sama kerana masih menjalani kuarantin selepas positif Covid-19.
“Selepas dapat tahu emak meninggal dunia, saya hilang kata-kata dan bertambah terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian abah yang rupanya pergi lebih awal.
“Mujurlah urusan pergerakan rentas negeri berjalan lancar dan saya uruskan pengecaman jenazah abah manakala adik lelaki membantu urusan emak di hospital.
“Adik yang lain pula tidak dapat bersama jadi hanya berpeluang melihat wajah jenazah emak dan abah menerusi panggilan video. Detik itu yang membuatkan kami semua sukar mengawal emosi termasuk saya,” katanya.
Baca Artikel Menarik :
Pandelela cemas kepala hampir terkena platform Saya dan Dhabitah sudah lama berpisah Resepi Gulai Nangka Muda Ikan Masin Sempoi Najib memberi teguran kepada pengkritik kerajaan Najib, UMNO Peroleh Kembali Aset Yang Disita Bernilai RM114 juta Tuduh saya mencuri tapi pujuk suruh sokong PM Horse-trading for the PM’s post, Muhyiddin keep fighting Layari Laman Facebook MYKMU
Wan Su Emi Yusnita berkata, perasaan sedih itu bertambah kerana dia tidak dapat memeluk dan mencium jenazah ibu bapanya buat kali terakhir.
Bagaimanapun, dia dan adik beradik cuba memujuk diri serta bersangka baik dengan ketentuan Allah.
“Abah sudah lama tenat sebenarnya tetapi Allah panjangkan umurnya dan takdirkan arwah pergi bersama emak.
“Sebagai anak, saya tentunya sedih apabila hilang kedua-duanya tetapi reda kerana memikirkan bagaimana keadaan emak seandainya abah yang pergi meninggalkannya memandangkan mereka berdua rapat walaupun sudah 40 tahun berkahwin.
“Rezeki arwah emak dan abah juga apabila pusara mereka bersebelahan satu sama lain malah ini bukti cinta mereka sehingga hujung nyawa,” katanya. FMT
Isteri meninggal selepas setengah jam suami meninggal
Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut

The post Isteri meninggal selepas setengah jam suami meninggal appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/06/isteri-meninggal-selepas-setengah-jam-suami-meninggal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Isteri Meninggal Dunia Selang Dua Hari Angkara Covid 19

Suami Isteri Meninggal Dunia Selang Dua Hari Angkara Covid 19

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 269 hits
Tangkap layar potret keluarga Azman bersama isterinya Norashima dua dari kanan PETALING JAYA Kebahagiaan hidup dimiliki sepasang suami isteri bersama tiga cahaya mata mereka hilang sekelip mata selepas pasangan itu meninggal dunia selang du...
Baru Nikah 10 Bulan Suami Longlai Dapat Berita Isteri Hamil Anak Sulung Meninggal

Baru Nikah 10 Bulan Suami Longlai Dapat Berita Isteri Hamil Anak Sulung Meninggal

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 504 hits
Tak siapa tahu tentang ajal jodoh dan juga rezeki seseorang Siapa sangka kegembiraan menanti detik bahagia bertukar duka dalam sekelip mata sahaja tanpa ditunda tunda Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok menggunakan n...
Siti Sarah Meninggal Dunia Selepas Bertarung Nyawa Akibat Jangkitan Covid 19 Sejak Rabu

Siti Sarah Meninggal Dunia Selepas Bertarung Nyawa Akibat Jangkitan Covid 19 Sejak Rabu

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 478 hits
KUALA LUMPUR Penyanyi terkenal Siti Sarah Raisuddin 36 yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID 19 meninggal dunia sebentar tadi Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5 13 pagi...
Suami Isteri Oku Terselamat Dari Rentung

Suami Isteri Oku Terselamat Dari Rentung

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 178 hits
Mangsa wanita yang sesak nafas diberikan rawatan selepas diselamatkan dalam kebakaran di Kota Kemuning awal pagi tadi SHAH ALAM Kepantasan anggota bomba berjaya menyelamatkan sepasang suami isteri yang merupakan orang kelainan upaya daripad...
Suami Isteri Maut Kereta Terbabas Langgar Tiang Elektrik

Suami Isteri Maut Kereta Terbabas Langgar Tiang Elektrik

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 231 hits
Kedua dua mangsa yang maut di tempat kejadian kemudian dikeluarkan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian PETALING JAYA Sepasang suami isteri maut setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas melanggar tiang elektrik sebelum terbaka...
Mahu Sebar Covid 19 Isteri Izin Suami Dibelasah Penduduk Kampung

Mahu Sebar Covid 19 Isteri Izin Suami Dibelasah Penduduk Kampung

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 313 hits
Salamat ketika ditahan pihak berkuasa kesihatan selepas cuba menjangkiti orang kampung dengan Covid 19 JAKARTA Seorang lelaki yang disahkan positif Covid 19 di Indonesia bertindak di luar kawalan apabila melarikan diri dari pusat kuarantin ...
Isteri Tembak Potong Mayat Suami Dengan Kapak Suruh Anak Bantu Buang Mayat Mangsa

Isteri Tembak Potong Mayat Suami Dengan Kapak Suruh Anak Bantu Buang Mayat Mangsa

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 379 hits
Isteri tembak potong mayat suami dengan kapak suruh anak bantu buang mayat mangsaPolis menahan seorang wanita dari Indiana kerana didakwa telah membunuh suaminya di bilik tidur kediaman mereka di LaPorte pada 27 Julai lalu sebelum memotong ...
Bukan Mudah Alahan Suami Tiada Disisi Isteri Datuk Azizul Berterima Kasih Pada Banyak Membantu

Bukan Mudah Alahan Suami Tiada Disisi Isteri Datuk Azizul Berterima Kasih Pada Banyak Membantu

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 662 hits
Datuk Azizulhasni Awang telah berjaya meraih pingat perak untuk negara dalam acara keirin lelaki di Kejohanan Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi Kejayaan ini merupakan hadiah yang amat bernilai buat rakyat Malaysia dan isteri kepada Datuk Azi...
Hiburan Siti Sarah Meninggal Dunia Jam 5 13 Pagi Tadi

Hiburan Siti Sarah Meninggal Dunia Jam 5 13 Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 362 hits
Al Fatihah Penyanyi Siti Sarah Raissuddin dimaklumkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 5 13 pagi tadi di unit rawatan rapi ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementBerita sedih ini dimaklumkan oleh suaminya Shuib Sepahtu melalui In...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023