Isteri Memelihara Kehormatan Diri Walau Jatuh Cinta Pada Rakan Sepejabat



SOALAN:
Adakah seorang isteri mendapat pahala apabila dia jatuh cinta kepada lelaki lain di pejabat, tetapi dia menjaga dirinya baik-baik kerana dia tahu itu adalah haram?

JAWAPAN:
Kami mulakan dengan sabda Rasulullah SAW:

إنِّي قدْ رُزِقْتُ حُبَّها
“Sesungguhnya aku telah direzekikan cinta Khadijah.” [HR. Muslim (2435)]

Ini adalah merupakan satu ungkapan romantik yang menggambarkan betapa cinta dan kasihnya baginda SAW kepada isterinya Khadijah R.Anha. Balasan cinta dan kasih sayang seorang isteri kepada suaminya atau sebaliknya adalah merupakan rezeki. Kita dapat melihat bagaimana Khadijah R.Anha telah menjadi tunjang kekuatan kepada suaminya, Rasulullah SAW. Ketika mana di awal permulaan Islam, apabila suaminya berada dalam keadaan takut usai menerima wahyu yang pertama, dia telah menenangkan baginda menerusi katanya:

كَلّا واللَّهِ ما يُخْزِيكَ اللَّهُ أبَدًا، إنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ، وتَحْمِلُ الكَلَّ، وتَكْسِبُ المَعْدُومَ، وتَقْرِي الضَّيْفَ، وتُعِينُ على نَوائِبِ الحَقِّ
“Sama sekali tidak demi Allah, Dia tidak akan menghinakan kamu. Sesungguhnya kamu adalah orang yang menghubungkan silaturahim, menanggung bebanan orang miskin, membantu orang yang kesusahan, menyambut dan memuliakan tetamu, serta membantu orang yang berhak.” [HR. al-Bukhari (3)]

Sebaik-baik perhiasan dunia

Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

الدُّنْيا مَتاعٌ، وَخَيْرُ مَتاعِ الدُّنْيا المَرْأَةُ الصّالِحَةُ
“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” [HR. Muslim (1467)]

Imam al-Qurtubi menafsirkan makna wanita yang solehah dalam hadis tersebut dengan katanya:

إِذا نظر إِلَيْهَا سرته وَإِذا أمرهَا أَطَاعَته وَإِذا غَابَ عَنْهَا حفظته فِي نَفسهَا وَمَاله
“Iaitu (wanita) yang menggembirakan (suami) apabila dilihat, apabila diberi arahan dia taat, dan apabila ketiadaan suaminya dia memelihara (maruah suaminya) pada dirinya dan juga harta suaminya.” [Lihat: al-Dibaj ‘ala Sahih Muslim (4/85)]

Tafsiran ini adalah berdasarkan kepada sabda Nabi SAW di dalam hadis yang lain:

ألا أُخْبِرُكَ بخيرِ ما يكنِزُ المرءُ؟ المرأةَ الصالحةَ: إذا نَظَر إليها سَرَّته، وإذا أمَرَها أطاعَتْه، واذا غَابَ عنها حَفِظْتْه
“Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.” [HR. Abu Daud (1664)]

Berbalik kepada soalan di atas, adakah dia mendapat pahala kerana telah menjaga dirinya baik-baik daripada terjebak kepada perkara haram?

Memelihara diri daripada terjebak kepada perkara-perkara yang diharamkan adalah merupakan antara tuntutan agama. Sebagaimana sabda Nabi SAW:

ما نَهَيْتُكُمْ عنْه فاجْتَنِبُوهُ، وَما أَمَرْتُكُمْ به فافْعَلُوا منه ما اسْتَطَعْتُمْ
“Apa yang aku larang kamu lakukan, hendaklah kamu jauhi dan apa yang aku perintahkan kepadamu, maka lakukanlah sesuai kemampuan kamu.” [HR. Muslim (1337)]

Di antara sifat orang bertaqwa dan beriman juga ialah mereka menjauhi daripada perkara yang dikhuatiri akan mengheret mereka kepada perkara yang haram. Abu Darda’ R.A telah menghuraikan maksud taqwa dengan katanya:

تمام التقوى : أن يتقي الله العبد حتى يتقيه من مثقال ذرة، وحتى يترك ما يرى أنه حلال خشية أن يكون حراما، حجابا بينه وبين الحرام
“Kesempurnaan takwa itu ialah apabila seorang hamba takutkan Allah sehinggakan dalam sekecil-kecil perkara (sebesar zarah) dan juga dia meninggalkan perkara yang halal kerana takut terjebak kepada yang haram, sebagai penghalang antara dirinya dengan perkara yang haram.” [Lihat: Fathu al-Bari libni Rejab (1/16)]

Berazam meninggalkan perkara mungkar mendapat pahala

Di dalam satu hadis Qudsi, ada menyebutkan bahawa Allah SWT telah berfirman:

إنَّ اللَّهَ كَتَبَ الحَسَناتِ والسَّيِّئاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذلكَ، فمَن هَمَّ بحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْها كَتَبَها اللَّهُ له عِنْدَهُ حَسَنَةً كامِلَةً، فإنْ هو هَمَّ بها فَعَمِلَها كَتَبَها اللَّهُ له عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَناتٍ إلى سَبْعِ مِئَةِ ضِعْفٍ إلى أضْعافٍ كَثِيرَةٍ، ومَن هَمَّ بسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْها كَتَبَها اللَّهُ له عِنْدَهُ حَسَنَةً كامِلَةً، فإنْ هو هَمَّ بها فَعَمِلَها كَتَبَها اللَّهُ له سَيِّئَةً واحِدَةً
“Sesungguhnya Allah telah menetapkan nilai kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Maka barangsiapa berniat mengerjakan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika dia berniat untuk berbuat kebaikan lalu dia mengerjakannya, Allah mencatatnya sebagai 10 sampai 700 kali kebaikan atau lebih banyak lagi. Jika dia berniat melakukan kejahatan, tetapi dia tidak mengerjakannya, Allah mencatatkan padanya satu kebaikan yang sempurna. Jika dia berniat melakukan kejahatan lalu dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kejahatan.” [HR. al-Bukhari (6491) dan Muslim (131)]

Ibnu Hajar al-‘Asqalani telah mengulas hadis berkenaan dengan katanya:

الْهَمُّ تَرْجِيحُ قَصْدِ الْفِعْلِ تَقُولُ هَمَمْتُ بِكَذَا أَيْ قَصَدْتُهُ بِهِمَّتِي وَهُوَ فَوْقَ مُجَرَّدِ خُطُورِ الشَّيْءِ بِالْقَلْبِ
“Sesuatu keazaman itu telah menguatkan lagi niat bagi melakukan perbuatan tersebut. Misalnya seseorang itu telah berkata: ‘Aku telah berazam untuk ini (melakukannya)’ iaitu bermakna ‘Aku telah niat dengan tekad akannya’ dan ianya adalah lebih tinggi lagi kedudukannya daripada sekadar sesuatu lintasan dengan hati.” [Lihat: Fathu al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, (11/323)]

Oleh demikian, dapat difahami bahawa sesiapa yang telah berazam dengan tekad mahu melakukan maksiat tetapi tidak melakukannya kerana takutkan Allah, ditulis baginya pahala. Begitulah juga, jika seseorang yang hatinya cenderung melakukan dosa dan maksiat, akan tetapi dia berusaha dan mencari jalan agar tidak melakukannya, baginya juga pahala sebagaimana yang telah disebutkan di dalam hadis di atas.

Kesimpulan

Setelah meneliti dalil-dalil yang telah dikemukakan, kami berpendapat bahawa apa yang telah dilakukan oleh perempuan tersebut dengan menjaga kehormatan dirinya sebagai seorang isteri adalah bertepatan sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak iaitu menjauhi perkara-perkara yang haram serta boleh menjatuhkan institusi kekeluargaan. Malah, dia dijanjikan mendapat pahala atas apa yang telah dilakukannya itu.

Jagalah batas-batas pergaulan sesama rakan sekerja, sama ada lelaki mahupun perempuan sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak. Hal ini kerana sebagai seorang manusia, kita tidak dapat terhindar daripada melakukan dosa-dosa kecil akibat daripada perbuatan kita, sebagaimana sabda Nabi SAW:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا العَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ المَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ
“Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan pada setiap anak Adam bahagiannya daripada perbuatan zina yang pasti terjadi dan tidak mungkin dihindari. Maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan perkataan, dalam keadaan nafsu berkeinginan dan membuak-buak, dan kemaluanlah yang akan membenarkan (perkara itu) atau menafikannya.” [HR. al-Bukhari (6612)]

Hadis ini menjadi peringatan kepada kita semua agar tidak bermudah-mudah dengan dosa-dosa kecil kerana kadang-kadang dosa kecil inilah yang menjadi perrmulaan kepada seorang anak Adam terjerumus ke dalam dosa-dosa besar. Justeru, ianya mesti dijauhi dan dihindari semampu mungkin.

Kami juga ingin berpesan kepada dirinya agar memperbanyakan doa dan zikir kepada Allah SWT, supaya dijauhi daripada segala perasaan yang tidak sepatutnya dan seterusnya menjadi penyebab kepada terjebaknya ke dalam perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.

Semoga Allah memelihara kita semua daripada terjerumus ke dalam maksiat dan perkara-perkara yang diharamkan oleh-Nya.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/isteri-memelihara-kehormatan-diri-walau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penelitian Ini Alasan Orang Sering Jatuh Cinta Kepada Orang Yang Mirip Mantannya

Penelitian Ini Alasan Orang Sering Jatuh Cinta Kepada Orang Yang Mirip Mantannya

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 304 hits
Menurut penelitian ini alasan orang sering jatuh cinta kepada orang yang mirip mantannya terus menerus
Suami Dituduh Lacurkan Isteri Isteri Pula Didakwa Melacur Diri

Suami Dituduh Lacurkan Isteri Isteri Pula Didakwa Melacur Diri

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 490 hits
KUALA TERENGGANU Seorang lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas dua pertuduhan menjalankan kegiatan pelacuran membabitkan isterinya Bagi pertuduhan pertama lelaki berusia 33 tahun itu didakwa menjadi ...
Isteri Boros Tuntut Cerai Suami Nekad Bakar Diri

Isteri Boros Tuntut Cerai Suami Nekad Bakar Diri

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 405 hits
The ReporterSeorang lelaki berusia 32 tahun nekad membakar dirinya kerana mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya yang terdahulu menuntut cerai Pegawai polis unit siasatan jenayah Budi Setyanta berkata kejadian itu berlaku pada 18 N...
Buat Cabaran I Love You Suami Isteri Berebut Luah Rasa Cinta

Buat Cabaran I Love You Suami Isteri Berebut Luah Rasa Cinta

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 381 hits
Bukanlah tidak sayang Tidak juga sengaja mengabaikan Tuntutan kerja atau perkara lain yang kita rasakan lebih utama membuatkan kita terlupa untuk mengungkapkan kata cinta pada pasangan Biarpun hanya tiga patah perkataan tetapi kita selalu t...
Anak Lebih Seorang Tetap Kena Cantik Biar Suami Jatuh Cinta Setiap Kali Pandang

Anak Lebih Seorang Tetap Kena Cantik Biar Suami Jatuh Cinta Setiap Kali Pandang

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 392 hits
Rumah tangga yang dibina pasti ada pasang surutnya Setakat bergaduh sikit itu biasa Cuma bagaimana pasangan itu mengendalikannya bergantung pada satu sama lain Buang rasa ego ringankan tulang membantu isteri sentiasa menjalankan tanggungjaw...
Masih Memelihara Alb Walaupun Diri Difltnah Sharnaaz Ahmad Cakap Tentang Siapa

Masih Memelihara Alb Walaupun Diri Difltnah Sharnaaz Ahmad Cakap Tentang Siapa

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 260 hits
UMUM mengetahui kemelut rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila Mohd Noor masih belum berkesudahan Masih memelihara alb walaupun diri difltnah Sharnaaz Ahmad cakap tentang siapa
Terlilit Cicilan Mobil Istri Hingga Ogah Dicerai Satpam Di Cipayung Bakar Diri Mau Buktikan Cinta

Terlilit Cicilan Mobil Istri Hingga Ogah Dicerai Satpam Di Cipayung Bakar Diri Mau Buktikan Cinta

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 232 hits
Seorang security atau satpam berinisial HF nekat berusaha mengakhiri hidupnya dengan cara bakar diri di kediamannya kawasan Kecamatan Cipayung Jakarta Timur pada Senin sekira pukul 00 30 WIB Kasat Reskrim Polres Metro Jakarta Timur AKBP Her...
Unggah Foto Dan Status Romantis Di Instagram Sophia Latjuba Jatuh Cinta Lagi

Unggah Foto Dan Status Romantis Di Instagram Sophia Latjuba Jatuh Cinta Lagi

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 307 hits
Terbaru Sophia Latjuba kembali mencuri perhatian Hal ini terkait unggahan terbarunya di instagram
Didakwa Cemburu Isteri Minat Hrithik Roshan Suami Tikam Isteri Sampai Mati Sebelum Gantung Diri

Didakwa Cemburu Isteri Minat Hrithik Roshan Suami Tikam Isteri Sampai Mati Sebelum Gantung Diri

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 435 hits
Seorang lelaki bertindak diluar kawalan apabila didakwa menikam mati isterinya sebelum menggantung diri gara gara cemburukan bintang Bollywood Hrithik Roshan Isterinya dikatakan amat meminati lakonan dan tarian aktor tinggi lampai berkenaan...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos