Isteri Kurang Me Time Mudah Stres Seminggu Suami Bagilah Isteri Betul Betul Rehat
Kebanyakan wanita apabila bergelar isteri dan selepas itu bertukar status seorang ibu, kehidupannya akan berubah. Dulu mungkin boleh keluar untuk rehatkan minda dengan kawan-kawan tetapi bila ada anak dan isteri, perkara itu diletakkan nombor dua.
Persoalan yang selalu bermain difikiran seorang isteri adalah suami dan anak. Betul tak? Tapi perasan tak keadaan ini juga akan membuatkan isteri rasa sedikit stres. Mungkin masa anak-anak buat bising dan sepah rumah, ibu dah stres. Bila anak tidur, adalah sikit me time tapi fikiran ibu pula macam rasa anak terbangun atau menangis pula.
Kenapa keadaan ini boleh berlaku pada isteri dan macam mana nak buat diri kita sentiasa gembira dengan insan tersayang. Perkongsian dari penulis Keibubapaan dan Kekeluargaan, Mohd Fhais ini cukup memberi input positif buat anda sebagai isteri.
Masa jaga stres, masa tidur pun stres
Mulanya tak faham tengok isteri stres masa anak dah tidur. Ingatkan bila anak dah tidur dia lega dan happy, rupanya tidak.
Masuk bilik buka pintu biasa la ada bunyi sikit. Tak semena-mena kena sound, “buka pintu tu slow sikit nanti anak bangun”.
Masa tengah teman dia lipat baju tiba-tiba dia suruh, “abg g tengok anak kejap, macam bunyi suara aisy”. Padahal kita tak dengar pape pun.
Selagi mata tak lelap selagi tu duk stress je mak-mak ni ye.
Lama juga saya perhati, sekarang baru faham kenapa boleh jadi stres.
Rupanya isteri saya ni kurang Self Love. Dia tak buat aktiviti yang dia suka, dia kurang masa Me-Time dan kurang buat Self Care. Patut la!
Bila setiap hari dengan rutin yang sama, pergi kerja balik rumah jaga anak tidur, pergi kerja balik rumah jaga anak tidur.
Selama bertahun-tahun buat benda yang sama, sampai satu saat dia lupa terus tentang diri sendiri, yang duk dalam kepala hanya anak kerja, anak kerja.
Setiap hari buat benda yang sama, otak pun boleh jadi sempit tau!
Itu yang sampai boleh terbayang bayang dalam minda anak menangis padahal anak tengah lena di buai mimpi sampai meleleh air liur.
Alhamdulillah, sekarang dah tak stress nampaknya..
Semenjak saya bagi isteri saya ikut Girl Fitness Club, hari demi hari saya nampak perubahan. Semakin hari semakin kurang stress, kalau setakat anak menangis ni dia boleh senyum lagi la.
Sehari sejam, seminggu 1-2 kali. Tak lama pun, dia pergi buat apa yang dia suka, saya buat apa yang dia perlukan. Saya jaga anak kat rumah.
Dah tak ada lagi dia cakap abg jangan bising, abg tengok anak, abg buat itu ini. Sekarang semua dia buat sendiri. Anak terjaga tengah tengah malam pun dia boleh cool lagi. Hebat sungguh Self Love ni ye.
Betullah apa orang kata, “we get what we deserve”
Kita layak di sayangi dan di hargai hanya apabila kita sendiri boleh memberi orang sekeliling rasa di sayangi dan rasa di hargai.
Self Love setiap orang berbeza. Ada yang suka shopping, ada yang suka tengok drama, ada juga yang suka tidur. Bagi peluang kat isteri cari kegembiraan dia, percayalah bila dia dah jumpa kalian akan jadi orang yang paling gembira dan bersyukur.
Sumber: Mohd Fhais
Isteri happy, anak happy, suami pun turut happy.
The post Isteri Kurang Me Time, Mudah Stres! Seminggu Suami Bagilah Isteri Betul-Betul Rehat appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/isteri-kurang-me-time-mudah-stres-seminggu-suami-bagilah-isteri-betul-betul-rehat/