Isteri Hamil Tapi Suami Meloya Mengada Ngada Atau Realiti Ini Penjelasannya


Apabila anda disahkan berbadan dua, adakah berlaku perubahan pada pasangan seperti cepat letih atau loya? Jika ya, suami mungkin mengalami alahan mengandung yang disebut sebagai sindrom Couvade.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui sama ada ia keadaan yang dibuat-buat atau benar terjadi.
Isteri berbadan dua tapi suami alami alahan mengandung
Gejala alahan yang disebut sebagai sindrom Couvade adalah keadaan di mana suami atau pasangan kepada wanita mengandung mengalami simptom kehamilan. Ia juga dikenali sebagai kehamilan simpati atau sindrom ayah mengandung.
Diambil daripada perkataan Perancis, couvee bermaksud ‘mengeram’ atau ‘menetas’. Apabila pasangan anda menghidap sindrom Couvade ini, adakah yang mereka alami itu psikosomatik atau tidak.
Pasangan anda mungkin akan mendapatkan pemeriksaan perubatan untuk mengetahui sama ada wujud masalah kesihatan atau tidak. Hakikatnya, sindrom yang dialami semasa isteri berbadan dua ini bukanlah penyakit rasmi atau melibatkan keadaan psikologi. Ia juga tidak diklasifikasikan sebagai masalah perubatan atau mental.
Seperkara yang perlu anda ketahui, walaupun sindrom Couvade ini amat jarang dibincangkan secara terbuka oleh kaum lelaki, namun ia adalah 1 keadaan biasa untuk terjadi.
Simptom alahan mengandung pada suami
Terdapat pelbagai jenis gejala yang mungkin dialami pasangan dengan sindrom Couvade ini dan ia biasanya berbeza antara setiap individu – seperti simptom kehamilan sebenar.
Antara yang biasa didengar adalah si suami turut sama mengidam makanan tertentu seperti isteri mereka yang berbadan dua.
Anda harus fahami bahawa terdapat perbezaan antara sindrom Couvade ini dan khayalan kehamilan; iaitu individu dengan sindrom ini merasakan gejala kehamilan tetapi tidak percaya bahawa mereka mengandung.
Umumnya, gejala yang dialami boleh dibahagikan kepada 2:
Gejala psikologi
Kegelisahan Kemurungan Masalah tidur Tidak cukup rehat Penurunan keinginan seksual / perubahan lain berkaitan libido Gejala fizikal
Loya, muntah dan pedih ulu hati Sakit atau kembung perut Perubahan selera makan Kaki kejang Sakit belakang Kerengsaan alat kelamin atau semasa kencing Penambahan atau penurunan berat badan Masalah sakit gigi juga antara simptom biasa terjadi Bila sindrom Couvade bermula?
Gejala berkaitan dengan kehamilan simpati ini cenderung berkembang pada trimester pertama. Mereka akan mendapat gejala seperti wanita hamil mengalami mual pagi, keletihan dan simptom awal kehamilan yang tidak begitu seronok untuk dilalui.
Sindrom alahan mengandung suami juga akan berkurangan semasa trimester kedua, keadaan sama bagi wanita hamil yang bertambah baik pada tempoh kehamilan ini.
Gejala Couvade pada pasangan akan bertambah teruk menjelang trimester ketiga sehinggalah menghampiri saat kelahiran bayi, ia sejajar dengan keadaan wanita yang akan mengalami ketidakselesaan pada tempoh terakhir kehamilan.
Punca alahan mengandung pada suami
Pakar masih tidak pasti mengapa sindrom Couvade ini berlaku hanya pada sesetengah lelaki. Namun antara teori yang boleh dikaitkan dengan gejala alahan ini adalah:
Perubahan tahap hormon
Apabila sindrom ini berkembang, hormon prolaktin dan estrogen meningkat semasa di trimester pertama dan ketiga kehamilan, seiring dengan penurunan tahap testosteron serta hormon stress kortisol.
Ikatan emosi
Dipercayai bakal ayah yang banyak belajar mengenai bayi dalam kandungan akan lebih terdedah kepada sindrom ini.
Faktor fisiologi
Lelaki yang lebih sifat empati (penyayang) akan lebih kerap mengalami sindrom ini. Dalam erti kata lain, mereka yang berempati dengan gejala atau kesakitan yang dihadapi pasangan yang berbadan dua cenderung terdedah kepada sindrom Couvade.

Kajian mengenai alahan mengandung pada suami
Sebuah kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Men’s Health, menunjukkan kemungkinan mengembangkan sindrom Couvade ini adalah disebabkan terikat dengan budaya.
Manakala dalam kajian lama yang diterbitkan dalam Health Care for Women International, menjelaskan bahawa lelaki yang mempunyai pasangan dengan masalah ketidaksuburan mungkin mengalami sindrom alahan ini.
Penyelidik kajian tersebut menggunakan istilah “symptom attunement” atau penyesuaian gejala bagi menggambarkan fenomena itu. Menerusi penyelidikan dalam Journal of Reproductive and Infant Psychology, mempunyai teori bahawa sindrom ini disebabkan oleh rasa cemburu mahupun iri hati terhadap pasangan berbadan dua atau ikatan ibu-anak – dianggap sebagai krisis peralihan bergelar ibu bapa.
Malangnya, kebanyakan hasil kajian adalah tidak konsisten dan lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk menentukan penyebab fisiologi sindrom Couvade terjadi.
Rawatan
Tiada rawatan khusus untuk sindrom Couvade ini. Cuma ia akan hilang dengan kelahiran bayi atau beberapa tempoh selepas itu. Namun jika terdapat sebarang kebimbangan, pasangan anda boleh mendapatkan pemeriksaan doktor untuk merawat gejala yang dialami.
Apa yang boleh kita simpulkan, sindrom Couvade atau alahan mengandung suami ini cenderung berlaku disebabkan rasa kebimbangan dan kegelisahan berkaitan kehamilan yang terjadi.
Jadi amat penting untuk kalian berdua bersama-sama menjaga antara satu sama lain. Sebaiknya, dapatkan rehat yang mencukupi, menjaga pemakanan dengan memastikan diet seimbang dan sihat, mengelakkan pengambilan alkohol, melakukan senaman secara teratur dan melakukan teknik pernafasan mendalam, yoga atau meditasi bagi menghindari tekanan.
Kredit: Hello Health

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Isteri Hamil Tapi Suami Meloya, Mengada-ngada Atau Realiti? Ini Penjelasannya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/isteri-hamil-tapi-suami-meloya-mengada-ngada-atau-realiti-ini-penjelasannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alhamdulillah 4 Bulan Lagi Eyra Hazali Umum Hamil Anak Kedua Buat Kejutan Untuk Suami

Alhamdulillah 4 Bulan Lagi Eyra Hazali Umum Hamil Anak Kedua Buat Kejutan Untuk Suami

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 313 hits
Tahniah diucapkan buat pelakon Eyra Hazali yang mengumumkan kehamilannya yang kini sudah pun memasuki usia lima bulan Menerusi Instagramnya isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta zim Muhammad Haziq Nadzli itu memuat naik video kejutan bua...
3 Bulan Suami Tak Beri Nafkah Tiba Tiba Isteri Jumpa Resit Beli Barang Kemas

3 Bulan Suami Tak Beri Nafkah Tiba Tiba Isteri Jumpa Resit Beli Barang Kemas

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 269 hits
Assalamualaikum Tidak slah anak lelaki masih mahu menbur bakti pada orang tua selepas berkahwin namun janganlah mengaba1kan tanggungjawab diri pada isteri dan anak Suami perlu diingatkan jangan dhagakan pujian semata mata namun dalam diam i...
Suami Tertinggal Isteri Selepas Isi Minyak

Suami Tertinggal Isteri Selepas Isi Minyak

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 189 hits
Keluarga ASTRO AWANIPerkongsian rakaman video tersebut telah meraih lebih 200 000 tontonan dan lebih 7 000 tanda suka Foto TikTok miszzue TERTINGGAL barang itu perkara biasa berlaku dan yang peliknya apabila di separuh pemanduan baru tering...
Baru Selamat Diijab Kabul Muka Reda Suami Ditep1s Tangan Isteri Jadi Perhatian

Baru Selamat Diijab Kabul Muka Reda Suami Ditep1s Tangan Isteri Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 252 hits
Menjaga batas pergaulan adalah apa yang dituntut oleh agama kita jika kita menjaga batas pergaulan kita dengan sendirinya kita akan malu bila nak bersentuhan atau bermesra dengan lelaki yang bukan suami kita Tetapi tidak ramai yang menjaga ...
Isteri Gagah Heret Suami Curang

Isteri Gagah Heret Suami Curang

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 268 hits
Wanita itu mendapati bahawa suaminya berlaku curang setelah dimaklumkan oleh saudaranya Instagram JAKARTA Sebuah video tular di media sosial yang memperlihatkan seorang wanita bertindak mengheret suaminya yang berlaku curang dari sebuah pan...
Isteri Pertama Minta Suami Carikan Seorang Madu Sebagai Peneman Reda Akhirnya Dapat 3 Orang Wife Kedua Bff Saya

Isteri Pertama Minta Suami Carikan Seorang Madu Sebagai Peneman Reda Akhirnya Dapat 3 Orang Wife Kedua Bff Saya

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 279 hits
POLIGAMI merupakan antara perkataan yang paling dig3runi dan amat sens1tif terutama sekali buat golongan wanita Realitinya seandainya barang pun kadangkala kita tidak gemar untuk berkongsi apatah lagi apabila ia melibatkan seorang suami Nam...
Suami Nak Tegur Isteri Jangan Depan Anak Risau Mereka Tak Hormat Ibunya

Suami Nak Tegur Isteri Jangan Depan Anak Risau Mereka Tak Hormat Ibunya

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 470 hits
Bila dah berkahwin suami atau isteri ada hak untuk menegur satu sama lain Cuma bagaimana teguran itu ada caranya Tambah lagi bila ada anak anak tunjuklah yang elok depan mereka Sebab itu ramai yang berpendapat jika suami atau isteri nak teg...
Suami Terkej0t Teng0k Cctv Isteri Bawa Balik Lelaki Lain Siap Pr0jek Dekat Ruang Tamu Lagi

Suami Terkej0t Teng0k Cctv Isteri Bawa Balik Lelaki Lain Siap Pr0jek Dekat Ruang Tamu Lagi

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 448 hits
Seorang wanita yang juga bergelar isteri kantoi bermain kayu tiga bersama lelaki lain ketika suaminya tiada di rumah
Aeta Is Coming Ayie Elham Umum Isteri Kini Sedang Hamil Tahniah

Aeta Is Coming Ayie Elham Umum Isteri Kini Sedang Hamil Tahniah

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 236 hits
Bila berumah tangga sudah tentulah sesebuah pasangan itu mengharapkan untuk menimang cahaya mata Itulah berita yang sangat menggembirakan dan ditunggu tunggu Begitu jugalah dengan vokalis kumpulan Floor 88 iaitu Ayie Elham yang berkongsi kh...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Samsuri Bukan Penjenayah Legaaa

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia