Isteri Duduk Saja Dia Bukan Malas Rehat Kumpul Tenaga Letih Sangat


Kekutan seorang isteri tu, dia boleh buat macam-macam kerja. Sakit pun jarang sekali. Kalau badan rasa tak sihat, cepat-cepat dipujuk supaya tak jatuh sakit. Namun, isteri atau ibu tetap manusia biasa yang akan merasa penat. Bila dah terlalu letih, mulalah sampai tahap burn out. 
Gambar hiasan (Facebook Noor Alia Nazlia Iqbal) Di dalam penulisannya di laman Facebook, Dr Redza Zainol berkongsi tentang pengorbanan seorang isteri. Menurutnya, isteri mungkin akan mengalami emotional burn out jika terlalu letih menguruskan rumah tangga. Penat emosi tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Biarpun perkongsian ini sudah lama, tetapi ia tetap dapat memberi ilmu kepada para suami untuk sentiasa peka dengan keadaan isteri.
Isteri Senyum-Senyum Seorang Diri..
Saya perhati je dari pagi.
Isteri saya duk baring-baring di sofa. Tak lama lepas tu, dia bangun dan masuk ke bilik. Ditariknya laptop naik ke atas katil dan dia mula tengok cerita Korea pula.
Sambil melayan cerita tu, saya nampak dia tersenyum seorang diri dari celah pintu.
“Tengok cerita apa tu?” saya tanya.
Entah dia jawab. Baru tengok katanya. Dalam hati ni, saya rasa dah 1 jam juga.
Saya pun pergi ke tepi dia. Nak menyibuk la katakan.
Tertulis perkataan ni, “Crash Landing On You.”
Best ke?
Dia kata biasa-biasa je, sambil tu dia senyum-senyum lagi.
Dulu, Saya Ingat Rehat Tu Sia-Sia..
Masuk waktu tengahari, dia pergi ke meja dan mula baca buku kegemaran dia sampai ke petang.
Serius dulu saya ingat aktiviti berehat ni sia-sia je.
Dulu saya ni jenis yang agak serius. Saya cuma fikir kalau ada masa, baik kita buat kerja. Masa tu pada pendapat saya, berehat ni hanya untuk orang yang malas.
Artikel Menarik: [“Hubungan Jarak Jauh Ni Susah.” Luahan Hati Seorang Suami Buat Netizen Sebak]
Itu dulu.
Sampailah beberapa tahun yang lepas isteri saya tak sihat waktu berpantang. Saya kena jaga anak, kena melayan kehendak anak sepanjang hari.
Mengadap perkara yang sama setiap hari buat saya jadi letih. Penat pada fizikal dan paling ketara ialah penat pada emosi.
Gambar hiasan (Facebook Noor Alia Nazlia Iqbal) Keluar Rumah Pun Rasa Gembira..
Waktu tu, kalau saya dapat keluar rumah sekejap pun dah rasa gembira. Kalau dapat buat perkara lain selain dari menjaga anak, rasa lega sangat.
Masa tu baru saya sedar pengorbanan isteri saya. Banyak kali dia mengadu penat dan saya cakap rehatlah.
Saya silap.
Selama ni saya ingatkan dia penat fizikal, rupanya dia penat pada emosi. Penat pada emosi tu tak boleh hilang dengan tidur atau rehat semata-mata.
Artikel Menarik: [Bila Suami ‘Tundukkan’ Pandangan, Isteri Wanita Tercantik Di Matanya!]
Sebenarnya, selama ni isteri saya ambil masa berehat hanya untuk dia keluar dari “Emotional burnout”.
Penat Emosi Tak Nampak Pada Mata Kasar..
Suami kena hati-hati. Penat pada emosi ni tak nampak pada mata kasar.
Kadang-kadang, suami nampak isteri macam malas sebab terbaring lesu. Tak ramai faham, itu bukan malas tetapi kemungkinan besar si isteri itu sedang burnout.
Percayalah, bila isteri dapat cukup rehat begini, dia akan mula bekerja keras semula untuk keluarga.
Sebab waktu tu, emosi dan psikologinya jadi segar dan terjaga semula.
Bantu saya #sebarkan supaya lagi ramai suami isteri yang tahu. Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan anggota badan yang lain.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

The post Isteri Duduk Saja, Dia Bukan Malas. Rehat & Kumpul Tenaga, Letih Sangat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/isteri-duduk-saja-dia-bukan-malas-rehat-kumpul-tenaga-letih-sangat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidup Dia Nak Protect Saya Saja Isteri Reda Suami Ada Peny4kit Obses Tervk Dengan Dirinya Tiada Kawan Famili

Hidup Dia Nak Protect Saya Saja Isteri Reda Suami Ada Peny4kit Obses Tervk Dengan Dirinya Tiada Kawan Famili

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 180 hits
KEINGINAN untuk melindungi pasangan membuatkan pender1ta Obsessive Love Disorder mahu mengongkong atau mengawal segala perkara berkaitan dirinya Malah wujud perasaan ingin menjaga pasangan melebihi tahap normal sehingga pengh1dap tidak perc...
Saintis Kita Sudah Hampir Berjaya Untuk Capai Tenaga Bersih

Saintis Kita Sudah Hampir Berjaya Untuk Capai Tenaga Bersih

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 112 hits
Para saintis telah mengesahkan mereka berjaya mencapai fasa penyalaan dalam projek tenaga bersih pelakuran nuklear suggest Dalam bahasa mudahnya mereka berjaya memulakan reaksi kimia yang sama berlaku di teras matahari Tetap
Tak Salah Nak Me Time Sekejap Buat Apa Ibu Suka Boleh Recharge Tenaga

Tak Salah Nak Me Time Sekejap Buat Apa Ibu Suka Boleh Recharge Tenaga

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 170 hits
Mungkin ada yang merasakan me time tak penting tapi sebenarnya ia sangat membantu iu untuk kekal positif dan sentiasa bersemangat Sesekali bila buat apa kita suka dapat merangsang aura bahagia dalam diri Tak perlu lama pun tak apa janji apa...
Ainul Semakin Baik Dan Tak Lagi Kritikal Cuma Masih Diberikan Ubat Rehat

Ainul Semakin Baik Dan Tak Lagi Kritikal Cuma Masih Diberikan Ubat Rehat

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 239 hits
Ainul semakin baik dan dia tidak lagi kritikal Alhamdulillah syukur Ya Allah Ini perkembangan terkini adik Ainul Mardhiah yang dikongsikan oleh ayahnya Ahmad Safiuddin di Facebooknya Walaupun begitu Ainul masih perlu dirawat di unit jagaan ...
Pinggang Macam Nak Putus Tak Cukup Rehat Jaga Anak Raja Ilya Lega Suami Bantu

Pinggang Macam Nak Putus Tak Cukup Rehat Jaga Anak Raja Ilya Lega Suami Bantu

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 192 hits
Bergelar ibu bukannya mudah sepenuhnya perhatian diberikan kepada bayi yang masih kecil Bagi pelakon Raja Ilya yang selamat melahirkan bayi perempuannya pada Julai lalu mengakui cabaran baru bergelar ibu Biarpun amat bahagia dengan momen da...
Tips Produktif Setiap Hari Jauh Jauh Dari Kata Mager Alias Malas Gerak

Tips Produktif Setiap Hari Jauh Jauh Dari Kata Mager Alias Malas Gerak

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 164 hits
Tips tips yang bakal membantumu beranjak dari tempat tidur jadi produktif dan bergegas menyambut pagi Hari gini masih mau rezekimu dipatok ayam
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tewas Akhirnya

Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

Himpunan Anti Rasuah Jelaskan Motif

Egg Stra Ong Maryybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar

Nak Hidup Tenang Cuba Tengok Perkongsian 32 Tip Untuk Hidup Tenang

Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti