Isteri Beri Zakat Kepada Suami



Urusan zakat tidak boleh diambil mudah. Zakat perlu dikeluarkan atau diserahkan kepada golongan yang layak menerimanya atau dinamakan golongan asnaf. Jika diserahkan kepada yang tidak layak, maka zakat itu tidak sah. Ia hanya dipanggil sedekah atau hadiah.

Ulama berselisih pendapat mengenai kedudukan memberi zakat kepada ahli keluarga, terutama zakat harta isteri kepada suami. Majoriti ulama mengatakan sah zakat diserahkan kepada ahli keluarga, manakala sebahagian pula mengatakan tidak sah.

Ulama yang mengatakan dibolehkan isteri memberi zakat kepada suaminya berdasarkan kepada maksud umum ayat al-Quran dan hadis yang menjelaskan bahwa orang miskin berhak mendapatkan zakat dari orang kaya, termasuk di dalamnya suami yang miskin berhak mendapatkan zakat dari istrinya yang kaya.  Tidak ada ayat al-Quran dan hadis yang mengharamkan suami menerima zakat daripada isterinya.

Disebut dalam satu hadis mengatakan sedekah kepada ahli keluarga lebih utama. Sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga adalah dikira dua kebajikan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sedekah kepada fakir miskin itu adalah satu kebajikan (sedekah) manakala sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga pula adalah dua kebajikan (sedekah dan hubungan keluarga).” (Hadis riwayat Ahmad Tarmizi dan Nasai).

Dalam satu hadis yang lain bahawa Zainab isteri kepada Ibnu Masud bertanya Rasulullah SAW: “Wahai Nabi Allah! Sebenarnya kamu mewajibkan sedekah hari ini sedangkan aku ada memiliki perhiasan dan aku ingin bersedekah dari perhiasan itu lalu Ibnu Masud merasakan dirinya dan anak-anaknya lebih berhak (menerimanya) dari orang lain.” Maka Nabi SAW bersabda: Ibnu Masud benar, suamimu dan anak-anakmu lebih berhak menerimanya (sedekah kamu itu) (riwayat Bukhari).

Berkata Ibnu Hajar (Fathu al-Bari: 3/ 329): “Hadis ini menjadi dalil kebolehan seorang isteri memberikan zakat kepada suaminya”.

Berdasarkan hadis inilah, ahli fikah mengatakan harus isteri membayar zakatnya kepada suami sahaja kerana isterinya itu orang berada manakala suami pula termasuk dalam orang yang berhak dan bukan tanggungannya. Sedangkan dalam hadis tersebut pula jelas difahami oleh Zainab sebagai sedekah wajib sedangkan sedekah wajib itulah apa yang dimaksudkan dengan zakat.

Tetapi kata sesetengah ulama harta dari zakat tersebut tidak harus dibelanjakan sebagai nafkah untuk membiayai isterinya. Tetapi kata yang lain bila harta itu sudah menjadi miliknya dia bebas membelanjakannya ke mana yang dikehendakinya seperti dalam hadis mengenai kafarah yang juga harus dibayar kepada isteri dan keluarga yang berhak dari fakir miskin.

Pendapat lain mengatakan suami tidak layak menerima zakat dari isterinya. Ini adalah pendapat Abu Hanifah dan riwayat Imam Ahmad. Dalil pendapat ini, bahawa sebagaimana seorang suami tidak dibolehkan memberikan zakat kepada isterinya, maka isteripun demikian tidak boleh memberikan zakatnya kepada suaminya. Pasangan suami isteri dianggap satu perkongsian yang saling memiliki. Oleh sebab itu, sebahagian ulama seperti Ibnu Hazm mengatakan jika suami miskin, dan isteri kaya, maka isteri berkewajiban memberikan nafkah kepada suaminya berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 233 yang bermaksud: “Dan bagi ahli waris punya kewajiban serupa.“

Malah, jika isteri memberi zakat kepada suami, wang itu pula akan diberikan kepada isterinya semula sebagai nafkah yang wajib menjadi tanggungjawabnya.

Golongan yang mengatakan tidak boleh memberikan zakat kepada isteri juga menjelaskan bahawa hadis yang disandarkan oleh pihak yang mengharuskan adalah merujuk kepada sedekah tidak wajib dan bukannya berhubungan dengan zakat. 

Sedekah memang boleh diberikan kepada sesiapa, sedangkan zakat ada golongan tertentu yang layak menerimanya. Zakat adalah wajib dan jika tidak dilaksanakan mengikut aturan menyebabkan ia tidak sah dan perlu diulangi semula. 

Adapun alasan pendapat yang menyamakan antara suami isteri dalam masalah pembayaran zakat tidaklah benar. Ini disebabkan suami berkewajiban memberikan nafkah kepada isterinya yang menjadikan isteri mencukupi keperluan hidupnya dan tidak lagi memerlukan zakat, maka suami tidak boleh memberikan zakat kepadanya.

Berkata Ibnu Qudamah di dalam (al-Mughni: 2/ 279 ): “Jika isteri miskin, sedangkan suami kaya, dan selalu memberikan nafkah kepadanya, maka tidak dibolehkan baginya memberikan zakat kepada isterinya, kerana isteri sudah cukup dengan nafkah dari suami.”

Sebaliknya, isteri kaya tidak wajib memberi nafkah kepada suaminya yang miskin. Harta isteri tidak menjadi harta suami biarpun turut digunakan oleh suami. Milik harta itu kekal pada isterinya, kecuali isteri telah menyerah hak itu kepada suaminya. 

Dalam kes harta isteri tidak diserahkan hak pemilikan kepada suami, maka suami kekal miskin dan fakir (jika itulah kedudukannya) biarpun tinggal dan menggunakan harta isteri seperti kediaman dan kenderaan. Maka itu, isteri dibolehkan memberikan zakat kepada suaminya. 

Namun, dalam kes isteri yang telah berkongsi pemilikan hartanya dengan suaminya, maka ketika itu suaminya juga sudah layak digelar sebagai orang kaya, biarpun tidak memiliki sumber pendapatan sendiri. Maka, suami tidak layak menerima zakat dari isterinya kerana dirinya telah termasuk golongan kaya atau tidak layak menerima zakat.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/07/fec_25.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Didikan Suami Itu Sebenarnya Yang Membentuk Seorang Isteri Hebatnya

Didikan Suami Itu Sebenarnya Yang Membentuk Seorang Isteri Hebatnya

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 428 hits
Didikan Suami Itu Sebenarnya Yang Membentuk Seorang Isteri Hebatnya Isteri adalah cerminan suami Cantik suamimu cantiklah kamu Elok suamimu eloklah kamu Beriman suamimu maka berimanlah kamu Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga Begi...
Bila Isteri Kata Penat Maksudnya Bukan Tak Larat Tapi Dia Cuma Nak Kita Tahu Suami Tolonglah Faham

Bila Isteri Kata Penat Maksudnya Bukan Tak Larat Tapi Dia Cuma Nak Kita Tahu Suami Tolonglah Faham

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 462 hits
Hidup suami isteri haruslah saling bantu membantu dan banyak bertolak ansur dalam segala hal Lebih lebih lagi hal melibatkan urusan rumah tangga dan anak anak Adakalanya isteri kita penat seharian uruskan anak anak tetapi suami buat tak fah...
Tak Sempat Sambut Orang Baru Jenazah Suami Isteri Bayi Dikebumikan Satu Liang Lahad

Tak Sempat Sambut Orang Baru Jenazah Suami Isteri Bayi Dikebumikan Satu Liang Lahad

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 704 hits
Jenazah suami isteri dan bayi dalam kandungan yang maut akibat terkena renjatan elektrik di Sungai Buloh Selangor kelmarin selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembah di sini semalam Kredit Gambar Metro Jenazah Wan Hasheliza W...
Isteri Mengadu Penat Tak Larat Itu Tandanya Nak Suami Tolong

Isteri Mengadu Penat Tak Larat Itu Tandanya Nak Suami Tolong

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 614 hits
Para suami bukan sekadar perlu memberikan nafkah skil mendengar dan memahami kehendak isteri elok juga diketahui Mendengar dengan baik dan memahami juga sebahagian daripada keperluan isteri yang yang perlu dipenuhi Bertuahlah jika suami yan...
Cinta Hujung Nyawa Lagi Sebulan Kelahiran Anak Sulung Suami Isteri Maut Dalam Runtuhan

Cinta Hujung Nyawa Lagi Sebulan Kelahiran Anak Sulung Suami Isteri Maut Dalam Runtuhan

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 437 hits
Tolong sakit Itu jeritan terakhir Wan Hasheliza Wan Ibrahim 29 selepas tersepit apabila ditimpa runtuhan tangga separa siap rumah teres dua tingkat dalam pembinaan di Kampung Matang Pagar di sini kelmarin Dalam kejadian jam 12 30 tengah har...
Isteri Tak Pernah Minta Dia Faham Kewangan Suami Jangan Diam Saja Tanya Apa Isteri Mahu

Isteri Tak Pernah Minta Dia Faham Kewangan Suami Jangan Diam Saja Tanya Apa Isteri Mahu

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 390 hits
Sememangnya isteri kita tak pernah meminta minta Dia tak pernah minta belikan baju mahal mahal tak pernah minta hadiah setiap bulan apa lagi barang kemas bergunung ganang Tak pernah sama sekali Berapa yang diberikan suami setiap bulan semua...
Suami Maintain Berat Isteri Hamil Makin Bertambah Alif Satar Tetap Puji Shadila Cantik

Suami Maintain Berat Isteri Hamil Makin Bertambah Alif Satar Tetap Puji Shadila Cantik

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 571 hits
Kenaikan berat badan semasa hamil memang tidak dapat dielakkan Berat badan yang bertambah adalah daripada perkembangan bayi dalam kandungan serta sistem sokongannya seperti uri dan air ketuban Menjelang trimester ketiga selalunya berat bada...
Mayat Suami Amp Isteri Sarat Hamil Berpelukan Maut Akibat Dihempap Tangga

Mayat Suami Amp Isteri Sarat Hamil Berpelukan Maut Akibat Dihempap Tangga

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 554 hits
Betul bak kata pepatah yang menyatakan bahawa malang tidak berbau Kemalangan melibatkan nyawa pasti akan menimbulkan perasaan pilu bagi ahli keluarga mangsa yang terlibat Satu kejadian menyayat hati berlaku di Subang Selangor dimana empat m...
Jangan Amalkan Suami Isteri Tidur Berasingan Disebabkan Anak Anak Ia Memberikan Kesan Buruk

Jangan Amalkan Suami Isteri Tidur Berasingan Disebabkan Anak Anak Ia Memberikan Kesan Buruk

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 397 hits
Sedar atau tidak sudah menjadi kebiasaan pada masa kini pasangan suami isteri terpaksa tidur berasingan disebabkan anak anak Pertamanya kerana ada anak kecil Untuk satu katil bersaiz queen atau king sekalipun memang agak sempit dan membahay...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles