Istana Negara Jelaskan Kenapa Laporan Guardian Salah




Istana Negara hari ini membuat penjelasan berhubung laporan akhbar British yang mendakwa tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan dan Umno kembali melalui pakatan pimpinan Muhyiddin Yassin disebabkan “rampasan kuasa diraja”.
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata laporan The Guardian itu tidak tepat dan mengelirukan, memandangkan demokrasi berparlimen di Malaysia berasaskan sistem Westminster.
“Yang di-Pertuan Agong terikat oleh Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan untuk memilih dan melantik perdana menteri susulan peletakan jawatan perdana menteri dan Kabinetnya.
“Oleh itu, apabila perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad memaklumkan kepada baginda pada petang 24 Feb 2020 bahawa dia tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat dan menyerahkan surat peletakan jawatannya, baginda diwajibkan oleh Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan untuk melaksanakan budi bicaranya dalam melantik perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan.
Ahmad Fadil berkata Istana Negara juga melangkaui tanggungjawabnya apabila Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menemubual semua ahli Parlimen dari semua parti politik, sebelum baginda membuat sebarang keputusan.
“Ia hanya selepas proses perundingan yang ketat dan terbuka ini, sepenuhnya mengikut Perlembagaan Persekutuan, bahawa Agong menjalankan budi bicaranya di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk melantik perdana menteri baru.
“Oleh itu, proses ini tidak dianggap sebagai “rampasan kuasa diraja” seperti yang dipersoalkan oleh Guardian, yang menggunakan kecondongan yang sangat partisan dalam editorialnya,” katanya.
Beliau juga menasihati The Guardian dan saluran media lain lebih berhati-hati dalam pelaporan mereka dengan memberi tumpuan pada fakta dan objektif.
Rabu lalu, The Guardian menerusi editorial akhbarnya berkata seorang raja gulingkan keputusan pilihan raya demokratik yang mencabar orde lama yang rasuah dan ia salah dan dunia patut menegurnya.
Akhbar itu berkata keadaan-keadaan yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PH yang berusia 21 bulan itu menunjukkan Mahathir “tersalah agak” apabila percaya hanya beliau boleh menyatukan kerajaan dan dengan itu Agong akan melantiknya semula.
Peletakan jawatan Mahathir pada 24 Feb disusuli dengan partinya keluar PH, meninggalkan kekosongan kuasa di Putrajaya. Tidak lama kemudian pelbagai blok politik berebut-rebut mendapatkan bilangan wakil rakyat bagi meyakinkan Agong bahawa mereka ada sokangan majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.
Pada 1 Mac, Agong menamakan Muhyiddin sebagai perdana menteri ke-8, selepas presiden PPBM itu tidak dapat tetap berada dalam barisan Mahathir.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/08/istana-negara-jelaskan-kenapa-laporan-guardian-salah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=istana-negara-jelaskan-kenapa-laporan-guardian-salah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laporan Rampasan Kuasa Diraja Dari The Guardian Mengelirukan Istana Negara

Laporan Rampasan Kuasa Diraja Dari The Guardian Mengelirukan Istana Negara

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 258 hits
KUALA LUMPUR 8 Mac Istana Negara menegaskan artikel dalam ruangan lidah pengarang bertajuk The Guardian view on a royal coup a king overturns a historic election diterbitkan pada 3 Mac oleh akhbar harian Britain The Guardian adalah mengelir...
Istana Negara Explains Why Guardian S Editorial Is Wrong

Istana Negara Explains Why Guardian S Editorial Is Wrong

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 356 hits
Istana Negara wishes to refer to the Guardian s editorial entitled The Guardian view on a royal coup a king overturns a historic election published on March 3 2020 First and foremost on behalf of Istana Negara I thank Malaysians both here a...
Selepas Kfc Dan Mcd Kini Lori Milo Depan Pintu Istana Negara

Selepas Kfc Dan Mcd Kini Lori Milo Depan Pintu Istana Negara

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 501 hits
Sumber gambar dari Twitter abdullah karimSejak beberapa hari lepas Istana Negara telah menjadi tumpuan petugas petugas media bagi mendapat info terkini tentang keadaan politik semasa yang sedang bergolak Ini memaksa petugas petugas berkenaa...
Shafie Apdal Hantar Wakil Hadap Agong Istana Negara Tak Terima

Shafie Apdal Hantar Wakil Hadap Agong Istana Negara Tak Terima

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 317 hits
PETALING JAYA Istana Negara hari ini tidak mahu terima wakil yang dihantar Ahli Parlimen Semporna Shafie Apdal untuk menghadap Agong tentang penubuhan kerajaan baru kata seorang pegawai istana Selepas perjumpaan dengan ahli Parlimen yang be...
Xiaomi Malaysia Prihatin Agih Powerbank Untuk Semua Wartawan Bertugas Di Istana Negara

Xiaomi Malaysia Prihatin Agih Powerbank Untuk Semua Wartawan Bertugas Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 427 hits
Terpaksa berhujan dan berpanas begitulah kini yang harus ditempuh oleh para pengamal media bagi menanti perkhabaran baru mengenai krisis politik yang sedang melanda negara kita Melihat pengorbanan para petugas media sebenarnya banyak pihak ...
Lambaian Dgn Senyuman Demi Negara Tercinta Ahli Parlimen Nekad Naik Bas Bersama Sama Menuju Ke Istana Negara

Lambaian Dgn Senyuman Demi Negara Tercinta Ahli Parlimen Nekad Naik Bas Bersama Sama Menuju Ke Istana Negara

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 363 hits
Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pas tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sebentar lagi Lebih menjadi perhatian apabila mereka menaiki bas yang disediak...
Edar Rm10 000 Depan Istana Negara Pemuda Buat Kerja Gila Dihalau Polis

Edar Rm10 000 Depan Istana Negara Pemuda Buat Kerja Gila Dihalau Polis

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 607 hits
Cubaan seorang YouTuber untuk mengagihkan RM10 000 secara tunai kepada orang ramai yang berkumpul di luar Istana Negara gagal dilaksanakan apabila dihalau pihak polis Isa Isarb yang sering menghasilkan video prank memuat naik sebuah video d...
Meeting Of Conference Of Rulers In Istana Negara Tomorrow

Meeting Of Conference Of Rulers In Istana Negara Tomorrow

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 284 hits
Conference of Rulers is scheduled to hold a special meeting at Istana Negara after Friday prayers tomorrow Citing the Astro Awani report this was confirmed by an internal source from Istana Selangor The essence of tomorrow s meeting will be...
Langsung Dr M Memasuki Istana Negara

Langsung Dr M Memasuki Istana Negara

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 272 hits
WARTAWAN MALAYSIAKINI LANGSUNG Kemelut penjajaran semula kuasa politik negara memasuki hari kelima Ia bermula dengan cubaan mengalih kuasa yang gagal pada Ahad lalu Semalam perdana menteri interim Dr Mahathir Mohamad membayangkan apa akan b...
The Rise Of Haptic Feedback Technology In Virtual Training

Harga Telur Masih Berkuat Kuasa Hingga Keputusan Kerajaan Mengenai Pengapungan Harga Berlaku Kpdn

Undi Popular Phbn Menurun Pn Meningkat Analisa Prk Ayer Kuning

Isyarat Protes Rafizi Sedia Undur Diri Dari Parti Dan Kabinet Anwar

Saham2u Unveils Upgraded Platform To Simplify Share Financing For Malaysian Investors

Bekas Pemimpin Mca Ti Lian Ker Salahkan Umno Jadi Punca Pengundi Cina Menjauh Diri Sejak 20 Tahun

Pm Anwar Salur Sumbangan Kepada Kanak Kanak Menghidap Sakit Jantung

5 Artis Bercerai Setelah Menikah Lama Realita Kelam Di Balik Pernikahan Sempurna


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siri 1 2025

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Lomba Trading Pontianak 2025 Buktikan Skillmu Di Akun Demo Dan Live

Medx Back Machine A Game Changer For Strengthening Weak Low Back Muscles

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat