Ismail Sabri Berkecuali Kekal Pendirian Bn Jadi Pembangkang



SHAH ALAM - "Tidak betul (dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyokong mana-mana pihak).
"Datuk Seri Ismail berkecuali dan setakat ini beliau masih berpendirian bahawa Barisan Nasional (BN) harus kekal menjadi pembangkang pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)."
Demikian kenyataan tegas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad kepada Sinar Premium pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan kononnya Naib Presiden UMNO itu telah mengambil ketetapan untuk bersama-sama dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyokong pembentukan kerajaan campuran di antara koalisi itu dengan PH.
Hal ini kerana nama beliau turut termasuk dalam satu senarai tular nama 12 ahli Parlimen BN yang dikatakan telah memberi mandat kepada Ahmad Zahid untuk menentukan gabungan kerajaan yang bakal disertai koalisi itu selepas ini.
Menguatkan lagi dakwaan itu, pada pagi Isnin, Ismail Sabri telah menyertai sejumlah 27 ahli Parlimen BN mengadakan pertemuan dengan Ahmad Zahid di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, sebelum terlibat dalam satu pertemuan di antara pucuk kepimpinan koalisi bersama Anwar dan pemimpin PH di hotel sama.
Sebelum ini, nama Ahli Parlimen Bera itu turut dikaitkan dengan spekulasi beliau dikatakan senada dengan Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyokong pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rela dipecat parti.
Hishammuddin yang tidak hadir dalam pertemuan pemimpin BN-PH pagi Isnin, telah mengumumkan pendirian untuk kekal menolak kerjasama dengan PH dan bersedia dipecat parti sekiranya pendirian beliau itu dianggap satu kesalahan parti.
BELUM ADA KEPUTUSAN AKHIR
Syed Mohd Fazmi berkata, sehingga kini, 30 ahli Parlimen BN boleh dianggap belum membuat sebarang keputusan akhir memandangkan koalisi itu masih di peringkat rundingan bukan sahaja dengan PH, bahkan PN.
Jelas beliau, sesi pertemuan 30 ahli Parlimen BN dengan Ahmad Zahid pagi Isnin turut membolehkan satu jawatankuasa rundingan khas dengan PH dan PN ditubuhkan dengan tujuh pemimpin utama koalisi itu dilantik menjadi wakil perunding.
"Tujuh pemimpin utama yang menjadi ahli jawatankuasa rundingan khas itu pastinya Ahmad Zahid selaku Pengerusi BN, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, Ismail Sabri sendiri selaku Perdana Menteri, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan tiga ketua parti komponen MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
"Jawatankuasa rundingan khas ini akan berunding dengan PH dan PN di sebelah pagi dan petang, sebelum mengemukakan hasil rundingan untuk dibincangkan di peringkat mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang sedang berlangsung sekarang.
"Secara jelasnya, BN masih belum membuat sebarang keputusan berhubung masa depan parti itu dan segalanya akan diketahui selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini (Isnin)," katanya.
KONTROVERSI GAMBAR
Ditanya sama ada terdapat ahli Parlimen BN lain yang membuat keputusan berkecuali dan mahu koalisi itu kekal menjadi pembangkang, Syed Mohd Fazmi mengiyakannya, namun tidak mendedahkan bilangan ahli Parlimen berkenaan.
Polemik gambar pertemuan Ahmad Zahid dan sebilangan pemimpin BN dengan Anwar pada Isnin mencetuskan perdebatan sama ada BN sudah memuktamadkan kerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan campuran pasca PRU15.
Pada Ahad, Muhyiddin juga mengesahkan koalisi itu mendapat sokongan majoriti melebihi 112 kerusi Parlimen bagi mengetuai kerajaan campuran baharu pasca PRU15.
Begitu juga dengan Anwar yang mengulangi kenyataan beliau mempunyai angka sokongan mencukupi untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Selasa.
Susulan itu, Ahmad Zahid menafikan bahawa koalisi itu telah mengadakan perbincangan dengan PN mahu pun Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-10.
Lebih mengejutkan, dalam satu kenyataan media, Ahmad Zahid turut memberi amaran kepada 30 ahli Parlimen BN bahawa mereka sudah menandatangani akujanji dan memberi mandat kepadanya untuk menentukan sebarang kerjasama bagi menubuhkan kerajaan.
Laporan penuh sila baca di SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/11/ismail-sabri-berkecuali-kekal-pendirian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Zahid Ulang Pendirian Ismail Sabri Kekal Pm

Ahmad Zahid Ulang Pendirian Ismail Sabri Kekal Pm

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 174 hits
MELAKA Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendirian bahawa Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan kekal sebagai calon Perdana Menteri BN apabila parti itu diberi mandat membentuk kerajaan ...
Annuar Possible For Ismail Sabri To Reduce Size Of Cabinet

Annuar Possible For Ismail Sabri To Reduce Size Of Cabinet

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 170 hits
Annuar speaks during a press conference in Kota Bharu Kelantan on Nov 1 2022 8211 Bernama photo KUALA KANGSAR Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob s commitment to reduce the size of the Cabinet if Barisan Nasional is given a
Polis Siasat Poster Ismail Sabri Dibakar

Polis Siasat Poster Ismail Sabri Dibakar

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 98 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 16 2022 11 55 AMPolis menyiasat perbuatan membakar poster Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kampung Gelung Ayer di Gunung Keriang di Kedah yang dipercayai angkara khianat Ketua Polis Daerah Ko...
Ismail Sabri Pn S Rule Was Chaos I Restored Calm

Ismail Sabri Pn S Rule Was Chaos I Restored Calm

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 108 hits
GE15 Caretaker prime minister Ismail Sabri Yaakob has lambasted Perikatan Nasional leaders for claiming that his administration is a failed government saying the latter is delusional and devoid of facts Ismail Sabri stressed that he had res...
A Few Bad Apples Don T Mean Whole Umno Is Corrupt Says Ismail Sabri

A Few Bad Apples Don T Mean Whole Umno Is Corrupt Says Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 132 hits
A few corrupt individuals in Umno does not mean that the whole party is corrupt said caretaker prime minister Ismail Sabri Yaakob He said the corruption cases faced by several of their party leaders do not involve the party but the individu...
Ismail Sabri Beri Sokongan Kepada Khairy Di Sungai Buloh

Ismail Sabri Beri Sokongan Kepada Khairy Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 91 hits
PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob malam ini memberikan sokongannya terhadap usaha Khairy Jamaluddin untuk memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh pada program ramah mesra bersama penduduk di kawasan itu bersama ahli partinya Dalam program ...
Ismail Sabri We Want Dominant Position Even If Bn Doesn T Win Outright

Ismail Sabri We Want Dominant Position Even If Bn Doesn T Win Outright

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 101 hits
Even if BN does not win an outright majority in the upcoming polls it hopes to do well enough to be in a dominant position in any future coalition government said caretaker prime minister Ismail Sabri Yaakob We are competing in 178 seats As...
Zahid Kata Ikut Budi Bicara Agong Tapi Ismail Sabri Kata Dirinya Calon Pm

Zahid Kata Ikut Budi Bicara Agong Tapi Ismail Sabri Kata Dirinya Calon Pm

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 143 hits
agendaily com16 11 2022Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Walaupun Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata lantikan Perdana Menteri baharu adalah bergantung kepada budi bicara...
Ismail Sabri Akui Kecewa Ada Rakan Umno Tak Jadi Calon

Ismail Sabri Akui Kecewa Ada Rakan Umno Tak Jadi Calon

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 131 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 14 2022 6 37 PMPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui berasa agak kecewa sebelum ini apabila ada rakan dalam kabinet beliau daripada Umno tidak dicalonkan untuk bertanding pada Pilihan Raya U...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Quick To Act Against Citizens Slow To Act Against Politicians

Skuter Ev Yang Tengah Viral Tu Rupanya Nak Gila Boleh Cecah Top Speed 175km Jam

Liverpool Bukan Pilihan Yang Tepat Untuk Alonso Kata Matthaeus

Kadar Mas Kahwin Pahang Naik Bermula Rm100 Daripada Rm22 50 Sultan Pahang

Zahid Selar Bekas Ahli Samakan Umno Biawak Hidup

Kempen Mypalmpride Dilancar Demi Betulkan Salah Anggap Pengeluaran Minyak Sawit