Ismail Jangan Syok Sangat Istana Ada Kaedah Baru Uji Sokongan Majoriti



Pihak yang mendakwa telah mempunyai majoriti dan calon Perdana Menteri (PM) disokong oleh 115 Ahli Parlimen tidak boleh berasa terlalu yakin.
Hal ini kerana pihak Istana Negara telah menyediakan satu mekanisme semak dan imbang bagi mengelakkan berlakunya lantikan PM sebagaimana pada 1 Mac 2020 lalu, berdasarkan sokongan ketua-ketua parti semata-mata.
Mekanisme tersebut berupa surat akuan pencalonan PM yang perlu dihantar oleh setiap Ahli Parlimen ke pihak istana sebelum pukul 4.00 petang, hari ini.
Sekiranya Ahli Parlimen menyokong seseorang calon kerana dipengaruhi oleh arahan pemimpin parti maka jumlah sokongan ke atas calon PM berkenaan mungkin akan berbeza dengan undian yang diterima oleh pihak istana.
Bagi Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh kaedah menguji sokongan terbaharu ini dilihat amat matang dalam menentu sahkan sokongan yang diterima oleh calon PM benar-benar daripada Ahli Parlimen sebagaimana kehendak Perlembagaan Persekutuan Perkara 43 (2)(a).
“Dari segi kaedah ini memang satu kaedah yang dibuat istana. Kalau dulu (Agong) bertanya kepada ketua-ketua parti tetapi sekarang Baginda juga nak tahu daripada setiap Ahli Parlimen.
“Kita dimaklumkan kita hanya boleh pilih satu nama sahaja calon untuk PM ke 9. Kemudian kita hantar kepada istana. Jadi ada juga yang mempersoalkan apakah ketulenan atau ketelusan dari segi maklumat yang telah diberikan tersebut?
“Saya difahamkan kita kena hantar kepada istana dalam beberapa kaedah; Faks, Emel, WhatsApp pun boleh. Maksudnya perkara ini kita sendiri kena ambil sikap supaya pilihan itu benar dan sahih. Kemudian di pihak istana, mereka kena beri tanda terima. Tanda terima itu supaya kita ada pengesahan terima.
“Setelah itu saya difahamkan pihak istana akan membuat semakan tambahan yang saya rasa (Agong) akan membuat perbandingan kalau misalnya, katalah berlaku seorang Ahli Parlimen hantar nama dua kali, mesti ada cara supaya disemak tidak berlaku bertindan undi (kepada calon PM).
“Hal ini kita serahkan kepada pihak istana. Tentulah pihak istana akan berhati-hati dan mempunyai kaedah untuk selesaikan perkara ini,” katanya kepada Suara Keadilan.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor itu lagi, untuk menjadi lebih telus dan respons kepada tuntutan rakyat mungkin selepas ini hasil sokongan berkenaan boleh diumumkan oleh pihak istana untuk diketahui siapakah yang dipilih Ahli-ahli Parlimen dan berapakah sokongan yang diperolehi mereka.
“Ada kalangan NGO, dan saya juga mencadangkan supaya (proses ini) lebih telus, keputusan tentang pengundian diumumkan kepada khalayak, ini terserah.
“Tetapi itu antara perkara yang mungkin juga boleh menyebabkan kita lebih yakin kepada keputusan yang dibuat
“Namun saya rasa kita kena yakin kepada sistem atau kaedah ini. Di peringkat Ahli Parlimen pula kita kena amanah dan jujur untuk tidak mengelirukan atau menghantar dua kali (surat sokongan) atau pun cara-cara yang lain,” katanya.
Mengenai satu lagi cara yang dititah oleh Yang di-Pertuan Agong dalam membuat keputusan, iaitu memanggil Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pada Jumaat ini, Syed Ibtahim melihat perkara tersebut positif dan boleh membantu Agong dalam membuat keputusan tepat jika tiada calon PM yang memperolehi majoriti atau isu-isu lain yang berbangkit.
“Kita balik kepada Perlembagaan. Namun saya rasa memang dalam kaedah ini Yang di-Pertuan Agong membuat majlis syura Baginda supaya ada rujukan
“Tetapi kita jika dilihat Perlembagaan Perkara 43 (2)(a) jelas bahawa Agong yang mempunyai kuasa pada hemat Baginda sekiranya ada seorang yang mendapat kepercayaan majoriti, maka itulah yang akan dipilih. Kuasa itu ada pada Yang di-Pertuan Agong. Tidak disebut Majlis Raja-raja
“Saya rasa kerana Agong sendiri rasa Baginda nak maklumkan (kepada Majlis Raja-raja), maka diadakan proses supaya perkara itu dalam pengetahuan Majlis Raja-raja,” katanya lagi.
Untuk rekod, Perikatan Nasional telah pun mengumumkan mereka memperolehi majoriti berdasarkan sokongan ketua-ketua parti dan mengangkat nama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob calon sebagai Perdana Menteri baharu.
Bagaimanapun, dengan kaedah terkini menentukan sokongan yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui Speaker Dewan Rakyat, maka tahap sokongan ke atas Ismail akan diperiksa melalui sokongan individu Ahli Parlimen pula.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32852

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Pula Dilapor Miliki Majoriti Sokongan Sebagi Pm Ke 9

Ismail Sabri Pula Dilapor Miliki Majoriti Sokongan Sebagi Pm Ke 9

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 341 hits
Perlumbaan untuk siapa dilantik sebagai calon Perdana Menteri baharu masih sedang berlangsung dengan rancak dan tidak ada sesiapa yang memiliki majoriti jelas setakat ini namun Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang mendah...
Najib Persoal Samada Muhyiddin Benar Benar Masih Ada Sokongan Majoriti Mp Atau Tidak

Najib Persoal Samada Muhyiddin Benar Benar Masih Ada Sokongan Majoriti Mp Atau Tidak

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 198 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan samada Tan Sri Muhyiddin Yassin benar benar masih mempunyai majoriti ketika ini Beliau berkata bilangan tersebut dilihat berubah selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk...
Bagaimana Pm Masih Ada Sokongan Majoriti Selepas Sokongan Berkurangan Tanya Najib

Bagaimana Pm Masih Ada Sokongan Majoriti Selepas Sokongan Berkurangan Tanya Najib

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 156 hits
Najib Razak berkata usaha kerajaan melaksanakan darurat selama tujuh bulan nampaknya tidak membuahkan hasil selepas sokongan dilihat semakin berkurangan PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak mempertikaikan bagaimana Muhyiddin Yass...
Ismail Sabri Sudah Menang Esok Kami Bertolak Ke Istana Negara Ahmad Maslan

Ismail Sabri Sudah Menang Esok Kami Bertolak Ke Istana Negara Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 305 hits
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mengumpul jumlah surat akuan tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9 Meneru...
Eksklusif Ismail Calon Pm Yang Menang 114 Mp Dijemput Ke Istana Esok Untuk Pengesahan Agong

Eksklusif Ismail Calon Pm Yang Menang 114 Mp Dijemput Ke Istana Esok Untuk Pengesahan Agong

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 239 hits
Ismail Sabri sudah menang esok kami bertolak ke Istana Negara Ahmad Maslan Ismail calon PM yang menang 114 MP BN dijemput ke Istana esok PETALING JAYA Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mengumpul jumlah surat akuan te...
Diharapkan Ismail Jangan Lupa Nasihat Agong Jangan Tekan Pembangkang

Diharapkan Ismail Jangan Lupa Nasihat Agong Jangan Tekan Pembangkang

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 195 hits
Perdana Menteri ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diharap akan melaksanakan nasihat Yang di Pertuan Agong untuk melaksanakan pentadbiran negara secara bekerjasama dengan gabungan pembangkang bagi menangani wabak Covid 19 secara lebih berk...
Persaingan Pm Tahap Sokongan Ismail Anwar Setakat Ini

Persaingan Pm Tahap Sokongan Ismail Anwar Setakat Ini

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 221 hits
Persaingan PM Tahap sokongan Ismail Anwar setakat ini Ketika negara menunggu penuh debar siapa yang akan diangkat menjadi perdana menteri ke 9 FMT melihat lebih dekat calon disebut sebut dan sokongan yang dilaporkan diperoleh mereka Yang di...
Agong Jumpa 114 Ahli Parlimen Hari Ini Untuk Sahkan Sokongan Ismail Dilantik Pm

Agong Jumpa 114 Ahli Parlimen Hari Ini Untuk Sahkan Sokongan Ismail Dilantik Pm

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 221 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sejumlah 114 Ahli Parlimen yang dilaporkan menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri dipanggil menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara hari ini Menurut sumber Ahli Parlimen berkenaan mer...
Kadir Kata Anwar Buktikan Dulu Ada Sokongan Majoriti Jika Mahu Jadi Pm

Kadir Kata Anwar Buktikan Dulu Ada Sokongan Majoriti Jika Mahu Jadi Pm

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 177 hits
Kadir kata Anwar buktikan dulu ada sokongan majoriti jika mahu jadi PM Seandainya Muhyiddin kalah dalam undi percaya yang dijanjikannya bulan depan tidak bermakna Anwar secara automatik naik menjadi perdana menteri Anwar kena buktikan secar...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Cabinet To Address Najib S House Arrest Bid With Transparency Urges Zaid

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Apa Itu Berkat

Mesothelioma Attorney Assistance A Beacon Of Hope For Victims Of Asbestos Exposure

Cara Tambah Akaun Admin Page Facebook 2024

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Coklat Ketupat Matcha